You are on page 1of 1

Rumusan

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek
keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat
bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional
melayu.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas
kajian dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai
rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum
yang mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang
terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat
bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

Pengenalan

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan


yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak
banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang
sama.
WAU antara permainan orang Melayu berunsur seni untuk masa lapang, sekitar
kurun ke-15, sangat popular di kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
permainan wau dikatakan ada kaitan dengan semangat angin,langit dan padi.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur.Permainan
wau juga diadakan unutk pertandingan.Pertandingan diukur dari segi keindahannya
kepada bentuk,ciptaan,warna,keaslian ciptaan dan ukurannya.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi,
wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat
digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan
menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan
dinding.

You might also like