You are on page 1of 2

JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI :: ::al-ahkam.net:: ... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...

::al-ahkam.net::
Siber Feqh Anda

JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI


Posted by : alitantawi on Friday, March 28, 2008 - 08:33 AM CCT
Oleh ibnu hazam dan alitantawi

- Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi,
al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah.

- Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah.
Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik
(179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H).

- Mula merantau mencari ilmu pada 210 hijrah ke seluruh pusat-pusat ilmu pada waktu itu
seperti Mekah, Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria.

- Beliau terkenal dengan hafazan yang begitu kuat dan mantap. Ketika ditanya tentang
rahsia ingatan yang kuat, beliau menyebut bahawa rahsianya ialah keinginan yang kuat
serta sentiasa mengulang-ulang maklumat yang dihafaz.

- Beliau mempunyai ramai guru dan murid. Di antara gurunya yang terkenal ialah Ali Ibn
al-Madini (234H), Ahmad Ibn Hanbal (241H), Yahya Ibn Ma’in (233H) dan Ishaq Ibn
Rahuyah/Rahawaih (238H).

- Di antaranya muridnya yang terkenal ialah Imam Muslim (256H), Imam atTirmizi (279H)
dan lain-lain lagi.

- Di antara buku beliau ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih atau lebih popular dengan nama
Sahih al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir (biodata periwayat hadith), al-Adab al-Mufrad
(hadith-hadith tentang adab dan akhlak) serta lain-lain lagi.

- Hampir kesemua ahli hadith pada zaman beliau telah menobatkan beliau sebagai seorang
ahli hadith yang hebat dan dipercayai. Namanya terkenal di seluruh negara Islam.

- Di antara kehebatannya ialah beliau mewarisi kehebatan guru-gurunya dalam


kemampuannya untuk menilai dan menapis hadith bagi membezakan antara yang sahih dan
yang tidak.

- Salah seorang gurunya iaitu Muhammad Ibn Bassyar menganggap al-Bukhari sebagai salah
seorang daripada 4 pakar hadith terbaik pada waktu itu bersama-sama dengan Muslim, Abu
Zur’ah dan juga al-Darimi.

- Imam Muslim pernah berkata kepada al-Bukhari: Aku bersaksi bahawa tidak ada di dunia
ini seseorang seperti kamu.

- Beliau bukan sekadar hebat dalam bidang ilmu sahaja, namun beliau juga adalah seorang

1 of 2 08/06/2008 01:49 PM
JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI :: ::al-ahkam.net:: ... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...

tentera yang mahir terutama dalam memanah. Bentuk tubuh badan beliau digambarkan
sebagai seorang yang kuat dan sasa oleh sesiapa yang mengenalinya.

- Oleh kerana kehebatannya didalam ilmu hadith, terdapat sebahagian daripada


masyarakat pada zaman beliau yang merasa dengki lalu melakukan pelbagai tuduhan yang
tidak benar terhadap peribadinya.

- Akhirnya, beliau wafat di sebuah kampung di Samarqand pada 256 Hijrah.

Sumber rujukan:

1- Syarh ’Ilal al-Tirmidzi – Ibn Rajab al-Hanbali.

2- Hayat al-Bukhari – Syeikh Jamaluddin al-Qasimi.

3- Manhaj al-Bukhari Fi Tashih al-Ahadith wa Ta’liliha – Dr. Abu Bakr Kafi.

4- Muqaddimah analisis buku al-Ilzamat wa al-Tatabbu’ – Syeikh Muqbil al-Wadi’e.

5- Manhaj al-Muhaddithin – Dr. Sa’d al-Humayyid.

6- Masodir al-Sunnah wa Manahijuha – Dr. Hatim al-Syarif.

7- Manhaj al-Naqd Fi Ulum al-Hadith – Dr. Nuruddin Itr.

No access to comments.

Page created in 0.032095 Seconds

Powered by MD-Pro

2 of 2 08/06/2008 01:49 PM

You might also like