You are on page 1of 58

2009

FASLITATOR SCHOOLNET
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT,
BATU 12 ,JALAN CHERAS KAJANG,
43000 KAJANG,
SELANGOR

PENGENALAN
KOMPUTER

KURSUS KOMPUTER
[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

ISI KANDUNGAN
Muka Surat
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 Pengenalan 3
2.0 Komponen-Komponen Komputer 5
2.1 Input
2.2 Output
2.3 Unit Pemprosesan Komputer
2.4 Ingatan
2.5 Storan Sekunder
2.6 Bahagian Komputer
2.6.1 Perkakasan
2.6.2 Perisian
3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 8
4.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 9
5.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 10
6.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12
6.1 Auto Arrange
6.2 Control Panel
7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 13
8.0 Bekerja Dengan Recycle Bin 13
8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail
8.2 Membersih Recycle Bin

PENYELENGGARAAN DAN HOUSEKEEPING

1.0 Perkakasan
1.1 Pengawal Arus 15
1.2 Bekalan tenaga berterusan 15
1.3 Memindah komputer
1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16
1.4.1 Masalah Habuk
1.4.2 Masalah Suhu
1.4.3 Masalah Cara Penggunaan
1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 18
1.5.1 Central Processing Unit (CPU)
1.5.2 Kasing
1.5.3 Monitor
1.5.4 Pencetak
1.5.5 Keyboard
1.5.6 Mouse
1.5.7 Thumb Drive
1.5.8 Cakera Liut(Disket)
2.0 Perisian
2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 22
2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 28
2.3 Uninstall Program 30
2.4 Mengemaskini Windows 32
2.5 Perkongsian Folder 35
2.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 2


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.7 Instalasi Pencetak 37


2.8 Buang Cookies,History dan Temporary Internet Files 38
2.9 Create user Account 39
2.10 Cara Menutup Komputer 41

MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.0 Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)


1.1 Peralatan Monitor 42
1.2 Peralatan Hard Disk 42
1.3 Peralatan Disket Drive 43
1.4 Peralatan Keyboard 43
1.5 Peralatan Mouse 44
1.6 Peralatan Operating System 44

VIRUS KOMPUTER

1.0 Definasi 45
2.0 Jenis-Jenis Virus 46

2.1 Virus Sektor Boot


2.2 Virus Makro
2.3 Virus Fail TSR (Terminate dan Stay Resident)
2.4 Virus Companion
2.5 Virus Overwriting
3.0 Bagaimana Ia Merebak 47
3.1 Perisian
3.2 Cakera Liut
3.3 Internet
3.4 Rangkaian
4.0 Cara Pencegahan 48
5.0 Perisian Antivirus 48
5.1 Aplikasi Antivirus
5.1.1 Cara Membuat Instalasi 49
5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus 57

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 3


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 PENGENALAN

1.1 Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang
digunakan untuk memproses data.

1.2 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia


menyelesaikan masalah- masalah dalam memproses data:

1.2.1 Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada


pengguna.
1.2.2 Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima
berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara
automatic dan sebagainya.
1.2.3 Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.
1.2.4 Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-
kerja pemprosesan.
1.2.5 Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-
bila masa.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 4


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

Rajah Komponen Asas Komputer

INPUT KOMPUTER OUTPUT

Papan kekunci (keyboard) Monitor


Tetikus (mouse) Pencetak
Scanner

INGATAN RAM/ROM

ALAT UNIT ALAT


INPUT KAWALAN OUTPUT

UNIT
KAWALAN

STORAN
SEKUNDER

Petunjuk:
Unit Pemprosesan Pusat
Aliran data masuk
Arah kawalan
Arahan data/masuk

Proses = Input Unit kawalan Ingatan

Arithmetik
Output
dan logik

Rajah I

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 5


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.0 KOMPONEN- KOMPONEN KOMPUTER

2.1 Input

2.1.1 Menerima data arahan daripada pengguna.


Contoh: P a p a n kekunci (keyboard), Tetikus (mouse),
Pengibas(Scanner)
2.1.2 Untuk memasukkan data ke dalam computer.

2.2 Output

2.2.1 Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam


bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy).
Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)

2.3 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

2.3.1 Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data


arahan daripada memproses data arahan yang diterima.
2.3.2 Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam
storan sekunder atau mengeluarkan kepada alat output.
2.3.3 Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian
utama:

2.3.3.1 Unit Kawalan


Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang
diterima, kawalan aktif alat-alat input/output,
storan ingatan unit arithmetic dan logik.
Mengawal pengaliran data di dalam
komponen-komponen komputer yang lain
berjalan lancar.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 6


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.3.3.2 Unit Arithmetik dan Logik


Menerima data daripada ingatan komputer,
proses data berdasarkan arahan yang
diterima ( +, -, *, /, )
logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam
storan sekunder dan ingatan.

2.4 Ingatan

2.4.1 Kegunaannya:
2.4.1.1 Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic.
2.4.1.2 Menyimpan arahan oleh pengguna.
2.4.1.3 Menyimpan arahan yang sedang diproses.

2.4.2 Terdapat dua (2) jenis:


2.4.2.1 ROM (Read Only Memory) Ingatan bacaan sahaja.
2.4.2.2 RAM (Random Access Memory) Ingatan secara rawak.

2.4.3 Saiz ingatan komputer diukur dalam unit Byte. 1 Byte bersamaan
dengan 8 Bit (Binary digit 0 dan 1).

1 Bit 0 dan 1 (On / Off)

1 Byte 8 Bit
1 aksara (character)

1 Kilobyte 1024 Byte


mukasurat teks

1 Megabyte 1024 Kilobyte


500 mukasurat

1 Gigabyte 1024 Megabyte

1 Terabyte 1024 Gigabyte

Rajah II

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 7


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.5 Storan Sekunder

Contoh: Hard disk, Disket, CD- ROM, USB storage

2.6 Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:

2.6.1 Perkakasan

Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.


Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM,
Tetikus (mouse), Unit Premporsesan Pusat (CPU) dan lain-lain.

2.6.2 Perisian

2.6.2.1 Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita


berhubung dengan komputer.
2.6.2.2 Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun
yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk
menghasilkan aktiviti tertentu.
2.6.2.3 Terbahagi kepada dua (2) jenis:
2.6.2.3.1 Perisian Sistem
MS-DOS
Windows 95, Windows 98,
Windows 2000, Windows XP,
Windows ME
UNIX
Linux
2.6.2.3.2 Perisian Komputer
Microsoft Office
Photoshop
Dreamweaver
Oracle

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 8


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

3.0 OBJEK-OBJEK ASAS PADA WINDOWS

3.1 Skrin awal yang akan didapati semasa memulakan Windows XP adalah
desktop yang mempunyai objek-objek berikut :-

Ikon -ikon
Desktop
(Icons)

Start Button Task Bar Jam

3.2 Tetingkap (Windows) pula mempunyai bahagian-bahagian berikut :-

Minimise Button Maximise Button


Title Bar

Window Title
Menu Bar Close Button
Tool Bar

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 9


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

Program Window Border Scroll Bar (Slider)


Icon

4.0 PILIHAN PILIHAN PADA MENU

Anak Panah Penunjuk Kanan Tanda Periksa


Radio Button

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 10


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

4.1 Tanda Periksa ( 9 )


Pilihan ini boleh ditandakan lebih dari satu.

4.2 Radio Button


Pilihan ini merangkumi kumpulan dan hanya satu item dalam kumpulan
boleh dibuat pada satu masa.

4.3 Anak Panah Penunjuk Kanan ( > )


Pilihan ini membukakan submenu seterusnya.

5.0 MEMERIKSA RUANG CAKERA KERAS & MEMORI

5.1 Cakera Keras

i. Buka tetingkap bagi ikon MY COMPUTER melalui dwi klik pada


ikon tersebut.
ii. Klik kanan pada ikon cakera keras.
iii. Pilih Properties.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 11


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

iv. Kapasiti storan pada cakera keras akan dipaparkan

5.2 Memori

i. Klik kanan pada ikon MY COMPUTER


ii. Pilih Properties
iii. Akan dipamerkan ruang memori pada komputer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 12


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

6.0 PENGENDALIAN IKON- IKON PADA DESKTOP

6.1 Auto Arrange

6.1.1 Fungsi auto arrange adalah untuk menyusun ikon-ikon pada


desktop secara automatik oleh sistem.

Cara
- Klik kanan pada desktop
- Pilih Arrange Icon
- Pilih Auto Arrange

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 13


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

6.2 Control Panel

6.2.1 Untuk tukar Date/Time.

Ada dua perkara perlu dilihat iaitu DISPLAY SETTING dan


- Pilih Start
- Pilih Settings
- Klik Control Panel
- Dwi Klik Date/Time

Anda boleh ubah tarikh dan masa jika bersalahan dengan


sepatutnya.

6.2.2 Untuk tukar background


- Dwi klik Display
Ada menu - Themes
- Desktop
- Screen Saver
- Appearance
- Settings

Ini boleh diubah sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak yakin


jangan ubah. Ini mungkin boleh menyebabkan gangguan pada
skrin.

7.0 MEWUJUDKAN SHORTCUT BAGI EXPLORER


Cara 1
a) Klik kanan pada Start Button di Taskbar
b) Klik OPEN
c) Dwi klik pada program
d) Klik kanan dan tarik/heret keluar ikon explorer dan lepaskan tetikus
e) Klik COPY HERE

Atau

Cara 2
a) Klik kanan pada di desktop anda
b) Pilik Properties
c) Pilih desktop
d) Klik pada Customize Desktop
e) Tandakan pada Internet Explorer

8.0 BEKERJA DENGAN RECYCLE BIN

Recycle Bin adalah tempat sementara di mana folder-folder dan fail-fail yang telah
dibuang disimpan. Selagi pembersihan di Recycle Bin belum dilakukan folder/ fail
masih boleh diperolehi semula.
[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 14
[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

a. Memperolehi Semula folder dan fail

Buka Tetingkap RECYCLE BIN


Dwi klik di ikon RECYCLE BIN
Pilih item yang dikehendaki semula
Klik kanan di pemilihan yang perlu

Atau

Klik di file pada Menu Bar


Pilih Restore

b. Membersih RECYCLE BIN

Pembersihan perlu dilakukan secara berkala agar ruang storan terkawal bagi
BIN. Apabila dihapuskan maka folder/fail tidak akan diperolehi kembali. Anda
boleh bersihkan dengan cara

Klik kanan ikon RECYCLE BIN


Pilih EMPTY RECYCLE BIN

Atau

Buka RECYCLE BIN


Pilih item yang hendak dibuang
Klik kanan dipilihan yang ditentukan
Pilih DELETE

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 15


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

PENYELENGGARAAN DAN HOUSEKEEPING

Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak
kurang menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU,
Video CD mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai
dengan warna sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan,
tetapi setelah sekian lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara
m u l a b e rubah lebih-lebih lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat
memanjangkan jangka hayat komputer anda.
Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan
sistem PC beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan
komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan
perisian(software).

1.0 PERKAKASAN

1.1 Pengawal arus

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada


dinding terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan.
Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang
mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak
terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit
pelaburan dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge
protector". Selain menyambungkan PC, pengguna juga boleh
menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada
pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Pengguna juga
digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian
telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu
hujan lebat.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 16


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

1.2 Bekalan tenaga berterusan

Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad


kepada sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah
mula menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS
(Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di
rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik
berterusan untuk tempoh tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik
utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah masa tenaga yang
dibekalkan.

1.3 Memindah komputer

Jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban peralatan ini


kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang
kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang
kuat juga boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama
menjadi longgar dan komponen tertentu tidak boleh beroperasi
dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia disambungkan
semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan
tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan
benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh
merosakkan PC.

1.4 Teknik Penjagaan Komputer


Teknik penjagaan komputer merangkumi beberapa topik utama yang
perlu menjadi perhatian. Diantaranya :

1.4.1 Masalah Habuk


Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini
sentiasa berada disekeliling kita. Ianya berbentuk partikel-partikel
halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik
yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat
berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 17


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

boleh mengakibatkan jangka hayat komputer akan kurang. Jenis-jenis


habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari
serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.
Cara pencegahannya, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di
gunakan, dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , ialah
gunakan vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang
kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda
(jangan gunakan yang berkuasa tinggi kerana ia boleh merosakkan
komponen-komponen komputer tersebut).

Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Habuk boleh


menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan
mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan ialah pada
bahagian bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.

1.4.2. Masalah Suhu


Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang
dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh
merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi
penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer.
Jangan biarkan komputer anda terkena air dan kelembapan. Air
mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini.
Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan
mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. Cara untuk mengatasi
masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari
pancaran matahari.

Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang


baik. Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda menggunakannya
lebih dari 2 jam. Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah
lebih baik di aktifkan ketika anda menggunakan komputer. Kepanasan
membolehkan komputer anda mengalami kerosakan komponen.

1.4.3. Masalah Cara Penggunaan


Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa
komponen komputer yang mempunyai jangka hayat yang rendah.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 18


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse.


Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu diganti bila perlu. Cuba
dapatkan keyboad atau mouse pada harga yang mahal sedikit kerana
keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di
gunakan.

1.5 Cara membersihkan perkakasan 1.5.1


Central Processing Unit (CPU)
Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum
Langkah-langkah :
Matikan komputer dan cabut semua kabel dari arus
elektrik Buka kasing komputer
Sedut habuk menggunakan vakum
Semburkan cairan alkohol atas kain bersih
Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain
tersebut Pastikan CPU benar-benar kering
Pasangkan kasing dan kabel
Pastikan CPU berfungsi dengan baik

1.5.2 Kasing (Casing)


Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum
Langkah-langkah :
Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

Tutup kembali kasing komputer dan pasang semua kabel

seperti asal

1.5.3 Monitor
Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum
Langkah-langkah :
Matikan dan cabut semua kabel elektrik yang
tersambung dengan monitor
Semburkan cairan alkohol atas kain bersih
Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat debu dan

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 19


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

habuk Setelah bersih, pasang kembali semua kabel yang


terhubung dengan monitor seperti asal

1.5.4 Pencetak (Printer)


Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum,
berus
Langkah-langkah :
Cabut semua kabel yang terhubung dengan printer
Keluarkan Catridge atau tempat toner yang ada dalam
printer
Sedut habuk menggunakan vakum atau gunakan berus
kecil untuk membuang habuk
Pastikan printer benar-benar kering
Masukkan kembali catridge atau toner seperti asal.

1.5.5 Keyboard
Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum
Langkah-langkah :
Buka kasing yang mengikat kekunci dengan membuka
skru pada bahagian belakang keyboard
Cuci kasing menggunakan spray cleaner
Bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan
vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada
papan litar tersebut.
Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard
dan cuci dengan menggunakan kain bersih yang lembap.
Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu
dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.
Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard
Akhir sekali pasangkan kembali kasing keyboard dengan
mengetatkan kembali skru yang dibuka.
Cara penjagaan keyboard
Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer
Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu
software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 20


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

yang kurang baik dan baiki jika kekunci didapati rosak.


Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan
penutup keyboard.
Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa
dingin.

Semasa membuat pembersihan ,keyboard hendaklah


diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di
dalam atau di celah-celah kekunci jatuh

1.5.7 Mouse Bahagian Dalam


Alatan : Putik Kapas
Langkah-langkah :
Didalam mouse akan terdapat bebola penggerak
Buka bahagian bawah mouse untuk mengeluarkan
bolanya.
Bersihkan bahagian-bahagian yang kotor dengan putik
kapas lembap
Jika selesai masukan kembali bebolanya dan posisikan
mouse seperti asal.
Bahagian luar
Alatan : Kain bersih (lembut) dan Cairan Alkhohol Pembersih
Langkah-langkah :
Gosok dengan kain bersih lembap secara merata dan
perlahan-lahan
Biarkan sampai kering

1.5.8 Thumb/Pen Drive


Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu yang
thumb drive ini tidak boleh jatuh.
Cara pengggunaannya perlu betul. Ikuti langkah dibawah untuk
mengeluarkannya dari USB Port.

a) Klik sekali di yang terdapat di sudut kiri (taskbar)


b) Bila Mesej Safely remove USB Mass Storage
Device dipaparkan klik sekali dan Mesej Safe
to remove hardware dipaparkan.
c) Anda boleh cabut thumb drive tersebut.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 21


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

1.5.8 Cakera Liut (Disket)

Cakera Liut sering dipanggil sebagai "disket" merupakan peranti storan


yang paling banyak digunakan untuk menyimpan data. Data disimpan di
dalam cakera liut dengan menggunakan pemacu cakera liut yang terdapat
pada sistem komputer peribadi. Pemacu Cakera Liut digunakan untuk
membaca dan menulis data pada cakera liut. Cakera Liut amat berguna
untuk memindahkan data di antara komputer dengan ciri mudah alihnya
dan juga untuk tujuan membuat salinan atau pendua (backup) terhadap
data.

Penjagaannya:

Jangan sentuh permukaan cakera. Permukaan cakera yang


disentuh, mudah tercemar. Permukaan cakera yang terdedah
Sentuhan Jari
akan menyebabkan kerosakan data apabila disentuh dengan
tangan yang kotor.
Jangan letak cakera berhampiran dengan medan magnet. Bahan
Bahan Bermagnet bermagnet boleh mengganggu dan merosakkan data.Telefon
bimbit dan speaker stereo adalah di antara sumber bahan
bermagnet.
Jangan dedahkan cakera kepada cahaya matahari atau keadaan
Cahaya Matahari panas terik seperti meninggalkan cakera di dalam kereta yang
panas.
Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera. Elakkan
tenggekan cakera iaitu satu cakera diletakkan di atas cakera
Objek Berat
yang lain. Cakera sepatutnya disimpan secara menegak di dalam
kotak yang dikhaskan.
Jangan meletakkan label baru di atas label yang sedia ada
(berlapis). Elakkan cakera menjadi tebal disebabkan label
Label Berlapis
berlapis kerana ia berkemungkinan akan tersekat di dalam
pemacu cakera.
Jangan keluarkan cakera daripada pemacu cakera apabila lampu
pada pemacu sedang menyala. Lampu yang menyala
Memaksa Cakera
menyatakan bahawa cakera liut sedang digunakan dan apabila
Liut
mengeluarkannya secara paksa, ia mungkin boleh
menyebabkan data di dalamnya rosak.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 22


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.0 PERISIAN

2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-


kurangnya sekali setiap bulan kerana ia berupaya memastikan
kelompok "cluster" pada cakera keras berada di dalam keadaan baik.
Anda juga boleh menggunakan fungsi Disk Cleanup, Error Checking
dan Disk Defragmentor apabila anda melihat penurunan persembahan
dalam sistem PC.

2.1.1 Disk Cleanup

Kegunaannya adalah membuang fail-fail yang tidak diperlukan


dalam sistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.
a) Dwi klik pada ikon

Klik pada drive C dan klik kanan, skrin dibawah akan


dipaparkan

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 23


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

b) Pilih Properties , Skrin dibawah akan dipaparkan

c) Klik Disk Cleanup di General

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 24


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

d)
Anda dikehendaki tandakan fail-fail yang anda hendak bersihkan dan
klik OK untuk memulakan proses pembersihan.

e)
Satu mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda hendak
meneruskan proses pembersihan, sila klik Yes. Jika sebaliknya klik
No. Menu di bawah akan dipaparkan iaitu menunjukkan proses
pembersihan sedang dijalankan.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 25


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.1.2 Error checking

Kegunaannya adalah menyemak dan memperbetulkan


kerosakan dan kesalahan yang berlaku pada disk(disk
error) sama ada cakera keras, cakera liut dan lain-lain
storan.

a) Pilih Tool

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 26


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

b) Klik Check Now

c) Tandakan kotak Check disk options dan klik Start

d) Setelah selesai proses tersebut , mesej dibawah akan dipaparkan.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 27


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.1.3 Defragmentation

Kegunaannya adalah menyusun semula kedudukan fail dalam


disk supaya ia dapat mempercepatkan capaian data dalam
komputer.

a) Pilih Tool

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 28


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

b) Klik Defragment Now

Klik Defragment untuk memulakan proses penyusunan semula

2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup)

Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat


dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi
keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan
dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi
Backup:

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 29


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

Klik Start Programs Accessories System Tools Backup


Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan.

Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-


Writer (penulis CD- ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih
mudah, pantas, boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang
lebih besar berbanding disket. Satu lagi pilihan yang agak murah
adalah pemacu Zip.

Pengguna PC juga digalakkan membuat boot diskette kerana ia adalah


penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan
fungsi bagi membina boot diskette dan Start Up kepada sistem.
Pastikan juga sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah
perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian sumber
fail serta peningkatan jumlah virus. Selain langkah-langkah di atas,
beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC dapat membantu
meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan
matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut
Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus tanpa
menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau
fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 30


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

jauhi makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak


tahu menggunakan PC.

Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan


kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda
memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang
dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak
akan mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia
juga mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah d i a t a s
berupaya membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta
mengelak kejadian tidak diingini.

2.3 Uninstall Program


a) Kegunaannya adalah membuang aplikasi yang tidak diperlukan.
b) Klik Start Settings Control Panel Add/Remove Programs

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 31


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

c) Pilih aplikasi yang dikehendaki


d) Klik Change/Remove

e) Klik OK dan proses uninstall akan dijalankan sehingga tamat.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 32


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.4 Mengemaskini Windows

Pengguna Microsoft Windows boleh menggunakan kelebihan untuk


Mengemaskini Windows secara automatik tetapi komputer anda
mesti bersambung ke internet. Sekiranya anda tidak pasti apakah
versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh
mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak di
http://www.microsoft.com/athome/security/protect/checkos.aspx

Langkah-langkah:

a) Klik kanan pada ikon My Computer

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 33


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

b) Pilih Properties skrin dibawah akan dipaparkan

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 34


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

c) Klik Automatic Updates.

Anda boleh tentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk melakukan
proses kemaskini ini. Setelah membuat pilihan klik Apply dan OK

Sila lawati http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mendapatkan


updates
terbaru.

Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut


semula untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin
perlu melakukan ini beberapa kali.

Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut


melawat tapak Office Update untuk memasang sebaran keselamatan
yang terbaharu.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 35


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.5 Perkongsian Folder

Perkongsian folder dimaksudkan untuk memberikan hak pakai pada


komputer lain, sehingga anda dapat melihat isi dari komputer lain.
Langkah-langkah yang digunakan untuk menentukan sharing local
drive ini adalah sebagai berikut :
a) Dwi klik My Computer
b) Dwi klik pada drive yang hendak di kongsi cth Drive C
c) Pilih folder yang hendak dikongsi dan klik kanan

Dapatkan menu Sharing and Security


d) Tandakan Share this folder on the network
e) Namakan folder yang ingin dikongsi
f) Klik Apply dan OK
g) Apabila icon keluar, bermakna folder telah dikongsi

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 36


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.6 Mencari folder dalam jaringan (network)

a) Pilih menu My Network Places

b) Folder yang telah di kongsi akan dipaparkan pada window seperti di


bawah

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 37


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.7 Instalasi pencetak(printer)

a) Klik butang Start

b) Klik Printers and Faxes.

c) Pilih Add a Printer

d) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya.


e) Klik pilihan A network printer, or a printer attached to
another computer.

f) Klik Next> untuk melanjutkan pada langkah berikutnya,


kemudian klik pilihan Browse for a printer.

g) Klik Next> untuk memilih jenis printer yang ada atau telah
dilakukan kongsikan.

h) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya,

i) Pastikan adakah anda ingin menggunakan printer tersebut


sebagai default.Jika ya, klik pilihan Yes pada bahagian do you
want to use this printer?

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 38


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

a) Kemudian klik butang Next> untuk menuju pada kotak dialog


tersebut.
b) Klik butang Finish untuk mengakhiri proses instalasi tersebut.

2.8 Buang Cookies, History dan Temporary Internet Files

Setiap kali kita melayari internet segala cookies, history dan


temporary internet files akan tercipta dan akan disimpan. Sekiranya
ia tidak dibuang ia akan menjejaskan performance komputer masing-
masing.

a. Buka aplikasi Internet Explorer

b. Klik Menu Tools

c. Pilih Internet Option dan skrin dibawah akan dipaparkan

d. Klik butang Delete Cookies

e. Klik OK (membenarkan file cookies dibuang)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 39


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

f. Klik butang Delete Files

g. Tandakan Delete All Offline Content

h. Klik OK

i. Klik butang Clear History

j. Klik YES (membenarkan files history di buang)

k. klik OK (untuk keluar aplikasi)

2.9 Create User Account

Sekiranya kita tidak mahu sesiapa menggunakan komputer kita.


Pengguna perlu menciptakan password dikomputer masing- masing.

a) Klik Start Settings Control Panel User Accounts

b)

Dwi klik pada Administrator dan masukkan password yang


dikehendaki.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 40


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

c) Sekiranya anda ingin menukar password


Start Settings Control Panel User Accounts
Pilih Administrator dan klik Change my password

Masukkan password baru anda dan tekan butang Change Password.

d) Setelah memasukkan password anda perlu settingkan di screen saver

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 41


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.10 Cara Menutup Komputer


Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara
menutup komputer anda dengan betul .

a. Klik START

b. Klik Turn Off Computer

c. Pilih Turn off untuk menutup komputer anda

Pilih Restart untuk menutup dan membuka semula komputer anda.

Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika,


anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 42


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)


1.0 MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.1 Peralatan : Monitor


Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin
Penyelesaian :
a) Periksa komponen pada horizontal area
b) Periksakapasitor tantalum/coupling *
c) Tukar monitor lain

Masalah : Gambar wujud di bawah skrin


Penyelesaian :
a) Periksa komponen pada vertical area
b) Periksa kaki transistor *
c) Tukar monitor lain

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line


Penyelesaian :
a) Laras pada contrast di panel kawalan
b) Laras screen button pada high voltage capasitor *

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur)


Penyelesaian :
a) Laras brightness di panel kawalan
b) Laras focus button pada high voltage capasitor *
c) Tukar monitor

1.2 Peralatan : Hard disk (HDD)


Masalah : Sistem hang / tidak boleh run c:
Penyelesaian :
a) Periksa boot sector/virus
b) Pastikan hard disk utility telah dibuat
c) Periksa cable connection
d) Hard disk rosak/tukar

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 43


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

Masalah : Tidak boleh buat fdisk/fails to create

Penyelesaian :
b) Pastikan hard disk ok/detected ok
c) Periksa DOS disket/BIOS
d) Periksa hard disk setup
e) Periksa motherboard *
f) Periksa cable connection

Masalah : Cari/baca data slow


Penyelesaian :
a) Buat chkdsk c:
b) Ada virus/periksa memori

1.3 Peralatan : Disket Drive (FDD)


Masalah : Tidak boleh baca data dalam disket
Penyelesaian :
a) Periksa head/cuci
b) Pastikan disket ok
a. Ada system/ada fail
b. Tiada virus
c. Kapasiti betul
d. Tidak rosak

1.4 Peralatan : Keyboard


Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak
Penyelesaian :
c) Cabut/bersihkan huruf tersebut
d) Uji kelancaran butang huruf
e) Tukar keyboard

Masalah : Tidak berfungsi langsung/ bila boot keyboard error


Penyelesaian :
(ii) Periksa suis pada keyboard (sebelah belakang AT XT)
(iii) Periksa key lock
[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 44
[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

(iv) Periksakeyboard connector


(v) Tukar keyboard

1.5 Peralatan : Mouse


Masalah : Arrow bergerak tidak lancar
Penyelesaian :
a) Bersihkan roller dan bebola
b) Periksa mouse configure/control
c) Tukar mouse

Masalah : Tidak berfungsi


Penyelesaian :
a) Periksa mouse connection
b) Tukar mouse

1.6 Peralatan : Operating System


Masalah : Sistem slow
Penyelesaian :
f) Periksa CPU/motherboard 286, 386, 486, Pentium dsb
g) Tambah kapasiti RAM
h) Periksa virus, buang
i) Close program yang tidak diperlukan
j) Program perlu banyak memory untuk beroperasi
k) Check HDD

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 45


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

VIRUS KOMPUTER

1.0 DEFINASI

Secara amnya virus merupakan program (blok kod yang boleh dilarikan) yang
menyelit, menulis dan menggantikan program lain untuk merebak tanpa
pengetahuan pengguna PC.

Kata kunci di sini adalah membiak (the ability to reproduce itself) dan
memerlukan host. Ciri-ciri ini membezakan antara virus dan worm.

Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program
pemprosesan kata atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail
data. Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti
makro yang boleh menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript
dan kod sumber yang mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program
lain juga merupakan pembawa virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.

Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:

B o m m a s a dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer


diboot. Contohnya: virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6,
harijadi pelukis terkenal ini.
Bom logik tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan
tertentu dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan.
Contoh aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya
akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logik yang akan menjadi aktif
sekiranya status kerjanya diubah ke terminated.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 46


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.0 JENIS-JENIS VIRUS


2.1 Virus Sektor Boot

Contoh: Form, Stoned

Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau DOS
boot record dalam cakera keras.

Contoh kes virus Stoned (1987)

Cakera liut yang mengandungi virus terselit dalam data digunakan


dalam projek bersama dengan rakan sekerja. Virus dipindahkan
apabila disket ditinggalkan dalam pemacu dan komputer cuba
melakukan bootup dari disket. Komputer memasukkan sektor pertama
disket ke dalam ingatan dan melaksanakannya. Virus menyalinkan
dirinya ke dalam cakera keras menggantikan MBR. Virus ini adalah
memory resident (99% virus mempunyai ciri ini), ia terletak dalam
ingatan dan menangkap interrupt 13h (baca/tulis). Setiap kali
komputer membaca/menulis pada pemacu A, cakera liut akan
dijangkiti.

2.2 Virus Makro Contoh: WM.Concept

Virus jenis ini merupakan ancaman baru kerana ia ditulis dalam


bahasa WordBasic, yang senang dipelajari. Virus tradisional ditulis
dalam bahasa perhimpunan dan memerlukan kepakaran tertentu.
Virus jenis ini menjangkiti fail data dan host jenis ini lebih berkesan
kerana fail data lebih kerap dikongsi bersama. Virus makro tidak
terikat pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu virus boleh
menjangkiti komputer yang menggunakan Windows 3.x, 95, NT malah
Macintosh.

2.3 Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)

Virus jenis ini menjangkiti fail adalah memory resident dan


menjangkiti com dan exe.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 47


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

2.4 Virus Companion

Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan. Misalnya fail asal adalah
myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c,
myapp.com akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya.
Kemudian myapp.exe akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa
pengetahuan pengguna.

2.5 Virus Overwriting

Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program


tersebut tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular
kerana mudah dikesan.

3.0 BAGAIMANA IA MEREBAK


3.1 Perisian

Perisian baru yang dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan


ini lebih besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu,
demonstrasi perisian jurujual dalam komputer juga merupakan satu
sumber virus sekiranya perisian tersebut telah dijangkiti virus.

3.2 Cakera Liut

Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek
dan dalam sistem rangkaian.

3.3 Internet

Virus hanya merebak melalui attachment dalam emel(auto download


tanpa scanning), dan program yang dimuat-turun dari Internet.
Namun demikian, virus hanya akan menjangkiti komputer sekiranya
program tersebut diinstalasikan ke dalam komputer. IRC (Internet
Relay Chat) juga merupakan satu hotspot bagi virus.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 48


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

3.4 Rangkaian

Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam


rangkaian yang

sama oleh itu hanya terdapat 1 salinan fail tersebut. Jika fail tersebut
dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah
kepada jangkitan virus.

4.0 CARA PENCEGAHAN

Berikut merupakan cara untuk mengelakkan dari jangkitan virus:

Penggunaan perisian anti-virus


Periksa disket yang dikongsi sebelum membukanya. Virus tersebar
apabila akses dibuat.
Ubah status disket dari boleh-padam ke read-only
Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang
boleh dipercayai.
Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam BBS dan Internet
Elakkan penggunaan perisian cetak rompak
Pengimplementasian polisi keselamatan organisasi. Antara kandungan
utamanya:
- hak penggunaan perkakas, perisian dan data
- akses fizikal ke perkakas, perisian dan data
- prosedur backup dan recovery
- penalti jika polisi dilanggar
Sentiasa backup data

5.0 PERISIAN ANTIVIRUS

Perisian antivirus merupakan langkah pencegahan utama terhadap jangkitan


virus. Cara antivirus berfungsi:

Scanner mencari corak ('scan strings', 'search strings', 'signatures').

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 49


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

TSR scanner mencari virus apabila program lain sedang berjalan


VxD scanner memerika untuk virus secara berterusan
Heuristic scanners memeriksa fail boleh laksana (.exe fail)
Monitor/Behaviour Blocker memeriksa perlakuan system
Change Detectors/Checksummers/Integrity Checkers
- menyimpan pangkalan data ciri-ciri semua fail boleh laksana dan
memeriksa untuk perubahan dalam program tersebut
Cryptographic Checksummers menggunakan algoritma enkripsi

Perisian antivirus perlu sentiasa di kemaskini agar dapat mengesan virus


baru. Ini dibuat melalui muat-t u r u n f a i l macro.def dan sign.def dari
Internet. Kebanyakan syarikat pengeluar antivirus menawarkan
pengemaskinian percuma.

Jika menggunakan Windows 95 ke atas, pakej antivirus yang berkesan


mestilah merupakan 32 bit. Di antara pakej antivius adalah seperti Mc Afee,
PC Cilin, Norton, AVG dan lain-lain lagi.

5.1 Aplikasi Antivirus

Pihak Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah membekalkan
satu CD Anti Virus ke setiap jabatan.

5.1.1 Cara Membuat Instalasi (protection)

Masukkan CD yang telah dibekalkan ke dalam CD Drive anda.

Instalasi Perisian Antivirus Corporate Edition. o Klik 2


kali My Computer .
o Klik 2 kali Folder Protection.
o Klik 2 kali pada Folder Norton Antivirus
Corporate Edition.
o Klik 2 kali pada fail Savcelm.exe
o Semasa Proses instalasi berlaku rajah di
bawah akan dipaparkan.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 50


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Proses seterusnya

o Klik pada butang Next untuk proses seterusnya.

o Tandakan kekotak I Accept the terms in the license agreement


o Klik Next

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 51


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Tandakan pada kekotak Microsoft Exchange dan Lotus


Notes o Klik Next

o Klik Next

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 52


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Tandakan pada Kekotak Managed

o Klik Next

o Klik pada butang Browse untuk proses seterusnya

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 53


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Klik pada Find Computer

o Masukkkan IP Address 10.144.2.2


o Pilih Address
o Klik butang Find untuk proses seterusnya

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 54


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Seterusnya nama Server akan di paparkan


o Klik pada butang OK untuk proses seterusnya

o Klik Next

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 55


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Klik Next

o Klik Install untuk membuat instalasi anti virus

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 56


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

o Tunggu hingga proses ini selesai

5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus

Klik butang Start


Klik All Programs
Pilih program Symantec Client Security

Atau

Dwi klik pada simbol Symantec Client Security yang


terletak di sebelah kanan task bar

Skin seperti di bawah akan terpapar

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 57


[Kursus Komputer-ICT] Pengenalan & Penyelenggaraan Komputer

Pilih Scan Computer


Tandakan Drive yang ingin di scan

Klik Scan
Biarkan hingga proses tamat.

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 58

You might also like