You are on page 1of 3

PERANTI INPUT Papan kekunci/Keyboard Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang terdapat pada mesin

in taip. Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer.

Mikrofon

Peranti untuk menukarkan bunyi kepada isyarat yang kemudiannya boleh disimpan, dimanipulasi dan dimainkan semula oleh computer.

Kamera Digital

Kelihatan seperti kamera biasa kecuali imejdirakam dalam bentuk digital di dalamingatan kamera dan bukan pada filem. Selalunya digunakan untuk memasukkan gambar atau imej ke laman-laman web. Pengimbas ini mengenalpasti gambar dan jenis-jenis penaipan dengan cahaya dan memecahkan setiap imej kepada titiktitikkecil yang seterusnya ditukar ke bentuk koddigitan untuk storan. Selalunya digunakan untuk penerbitan atas meja (desktop publishing). Mesin transmisi faks atau mesin faks mengimbas kawasan-kawasan cerah dan gelap pada imej yang kemudiannya ditukar ke bentuk yang boleh dihantar secara elektronik melalui talian telefon. Mesin faks yang menerima imej isyarat tersebut akanmenukarkannya semula ke imej asal padakertas.Papan litar faks/modem terdapat di dalam komputer pada masa sekarang memudahkan lagi penghantaran faks. Pengimbas fotoelektrik ini membaca kod bar yang terdapat pada barangan di pasaraya atau kedai untuk menentukan deskripsi dan harga barangan tersebut. Banyak digunakan di pasaraya dan kedaikedai.

Pengimbas/Scanner

Mesin Faks

Pembaca Kod Bar

Tetikus/Mouse

Tiga jenis tetikus: a) Tetikus yang mempunyai bebola dipermukaan bawahnya dan bersambung dengan kabel ke unit sistem. b) Tetikus yang memerlukan pengguna menggolek bebolanya dengan ibu jari. Dikenali sebagai trackball atau rollerball. c) Tetikus sentuhan adalah jenis yang terbaru. Tetikus dijalankan denganmenyentuh dan menggerakkan jari dipermukaan yang disediakan. Jenis-jenis a dan b banyak digunakan pada komputer mudah-alih.

Skrin Sentuh Terdapat satu lapisan plastik dipermukaan skrin paparan, yang mana dibelakangkanya terdapat pancaran infra-red yang bersilangsilang membolehkan arahan dijalankan apabila skrin disentuh dengan jari.

Pen Cahaya

Peranti kelihatan seperti pen yang peka cahaya. Digunakan dengan menyentuhkannya pada skrin paparan untuk menjalankan arahan. Kebanyakannya digunakan oleh jurutera dan arkitek.

PERANTI OUTPUT Monitor Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah: gambar, permainan komputer, tayangan filem. Terdapat dua jenis monitor: CRT(cathode ray tube) selalunya ditempatkan bersama unit sistem ataudesktop. Saiz dan teknologinya sama dengan televisyen yang terdapat di pasaran. LCD( liquid crystal display) lebih nipis jika dibandingkan dengan CRT. Luas digunakan pada komputer mudah alih dan mikrokomputer pada masa sekarang. Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan kertas. Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy. Salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat 4 jenis: jet dakwat (ink- jet) dot matriks termal laser Mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.

Pencetak/Printer

Speaker

Pemplot

Peranti kegunaan khusus untuk menghasilkan carta, peta, lukisan arkitektural dan ilustrasi 3 dimensi.

You might also like