You are on page 1of 27

ELEMEN 1

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Isi kandungan

[sorok]

 1 Kehidupan peribadi
o 1.1 Pendidikan
o 1.2 Keluarga
 2 Kerjaya politik
o 2.1 Laluan ke kemerdekaan
o 2.2 Sebagai Perdana Menteri
 3 Kegiatan Islam
 4 Kehidupan kemudian
 5 Garis masa
 6 Rujukan
 7 Pautan luar

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak
yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang
ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang
pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana
beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan
Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak
adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah
membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan
melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di


Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa
Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar
bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa
Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar
di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk
menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan
belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915,
Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara
gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau
menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri
Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di
United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak
dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit
berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke


England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya
hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di
England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap
dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya,


Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar
kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal
Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya
semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir
Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan
bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi
ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-
undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-
undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku
bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah
pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang
pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935
oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas
sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim
daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di
Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji
Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita
bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah,
ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British
hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan
melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera
Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan
Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu
Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan
tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan
Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star.
Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya
diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid
meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai
Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun
yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947.


Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau
dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul
Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu,
Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan
India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti
Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola


sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada
tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi
Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan
Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star.
Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra
dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana
menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan
rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai,
Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah
dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau
Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul
Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah,
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah,
seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan
sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana
berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan
Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka
mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga
telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia
dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku
Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk


bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau
kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi
Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua
Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum


Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh
Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan
Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO
memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku
dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20
tahun.

Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk


memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama
diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO
dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik
sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India
kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk
berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31
Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British
diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai
untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang
diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi
berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia
yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin


Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959
dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura,


Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan
Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963,
dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan


Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%.
Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti
Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti
sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya.
Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan
sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai
gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya
Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa
beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini
membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura
meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala


Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan
Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih
untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak
mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding
kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan
kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian
digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-
negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan
hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya
itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian
pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis
terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah
jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22
September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun
1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri
daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam.
Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960,
Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada
penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga
setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-
Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang
diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan
pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam


(OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau
kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang
khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah
Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.

Kehidupan kemudian

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah
syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi
pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan
"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan
pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu.
Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas
Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar
"UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang
menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang
merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh
Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan
Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau


Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87,
dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

Garis masa

 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang
lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul
Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
 1919 (umur 16): Belajar di England.
 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah)
dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-
undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati
dengan keputusannya yang lalu.
 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner
Temple.
 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan
kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam,
anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan
anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul
Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni
Tunku Abdul Rahman.
 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang,
Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di
Geylang Serai, Singapura.
 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai
Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung
pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon
Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan ,
Violet Coulson.
 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan
meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed
Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan
sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak
mendapat seorang anak pun.
 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8
Disember.
 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung
pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar
ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau
memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai
Presiden Mahkamah Sesi.
 1946: Menyertai UMNO.
 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk
Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca
Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi
kunjungan itu tidak berhasil.
 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan,
dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi
yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah
dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi
rombongan ke London diadakan.
 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku
mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20
Februari di Bandar Hilir, Melaka.
 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang
merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football
Confederation (AFC) (1958 – 1976).
 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia
(ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.
Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa yang pertama.
 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah
Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara
(sekarang Sabah).
 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan
Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak
Hussein.
 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia
Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam
Diraja Langgar di Alor Star.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya Nabihah bt Abdul Kadir ingin merakamkan ucapan

penghargaan saya kepada Puan Pengetua sekolah iaitu Pn. Che Sham bt Abdul

yang memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan

kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan terima

kasih kepada guru Sejarah saya, Pn. Rosmaini bt Yusof kerana telah sudi

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek .


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Tuan Haji Abdul Kadir bin Ibrahim dan

Pn Hajjah Norzilayati bt Chik yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk

saya menjalankan kajian ini. Saya juga amat bersyukur kerana mendapat

kerjasama dan pertolongan daripada sahabat-sahabat saya. Akhir sekali, tidak

lupa juga terima kasih diucapkan kepada beberapa pihak yang telah menolong

saya bagi menyiapkan tugasan ini .

ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH

Mantan Perdana Menteri

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


ISI KANDUNGAN

BILANGAN SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT

1 TAJUK KAJIAN

2 SENARAI KANDUNGAN

3 PENGHARGAAN

4 OBJEKTIF KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 HASIL KAJIAN

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN
TAJUK KAJIAN

TOKOH MANTAN PERDANA

MENTERI

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

AL-HAJ
OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Saya telah mendapat banyak

pengalaman sepanjang melakukan tugasan ini .

Objektif kajian ini adalah untuk saya menambahkan pengetahuan

saya mengenai tokoh ini . Malah saya telah ke Perpustakaan Negara untuk lebih

mengenali tokoh ini .

Selain itu , kajian ini bertujuan menyedarkan masyarakat betapa

pentingnya kita mengenali tokoh-tokoh perdana menteri selain daripada tokoh

yang saya pilih iaitu , Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Akhir sekali , ia adalah untuk saya menghargai dan menyanjungi

jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj .

KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat penyelidikan

terhadap sebuah buku iaitu Buku Sejarah Tingkatan 3 oleh Ramlah Binti

Adam, Abdul Hakim Bin Samsuri dan Muslimin bin Fadzil pada tahun 2005

oleh keluaran Dawama Sdn.Bhd. Seterusnya, saya telah membuat kajian dengan

cara melayari Internet di laman web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman. Dan akhir sekali saya

telah mengimbas kembali keratan akhbar di akhbar Berita Harian yang bertarikh

11 Oktober 2008 mengenai Mantan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj.

HASIL KAJIAN

1. NAMA TOKOH
Dalam kajian ini, saya telah memilih Mantan Perdana Menteri iaitu

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang merupakan Perdana Menteri yang ke

1.

I) NAMA PENUH

Nama penuh beliau ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

II) GELARAN

Beliau diberi gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan atau Bapa Malaysia

kerana telah memerdekakan negara ini.

III) NAMA SAMARAN

Beliau digelar AWANG semasa beliau kecil kerana beliau tidak sesegak

abang-abangnya yang lain.

2. BIODATA

I) TARIKH DAN TEMPAT LAHIR

Pada 8 februari 1903, beliau telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat di

Alor Setar, Kedah.

II) KELUARGA
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita

kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor

Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang

Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana

menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas kematian

Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di

England. Beliau dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja

Kedah, kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light.

Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah.

Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di

Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak

mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah,

Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa

Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata

perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hay.

III) PENDIDIKAN

Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah

rendah melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Beliau biasa berbahasa siam di

rumah dan belajar bahasa melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang

kerumahnya untuk mengajar bahasa inggeris. Kemudian beliau berpindah ke

sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan sebagai Kolej
Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1913 sewaktu beliau berusia 10 tahun, beliau

telah belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School)bersama abang

sulungnya, Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau

pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Pada tahun

1919, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan

pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau

memperolehi ijazahnya Sarjana Muda Sastera pada tahun 1925. Beliau lulus

semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun

1930. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar

undang-undang di Universiti Cambridge. Kemudian Tunku pulang ke tanah air.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk

menyambung pelajaran undang-undangnya. Tunku menyambung semula

pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947.

IV) PEKERJAAN

Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-

Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk

Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai

Pegawai Jajahan di Sungai Petani. Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah

Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sewaktu

beliau berusia 36 tahun (1940) beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah

Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada tahun 1958, beliau


telah dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC)

(1958 – 1976). Dan pada tahun 1982, beliau telah dilantik sebagai Presiden

Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).

3. KEJAYAAN TOKOH

I) BIDANG YANG DICEBURI

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun 1946

dengan menyertai UMNO dan menjadi Presiden UMNO. 4 tahun kemudiannya,

beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Pada

tahun, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.

Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala

Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan Presiden Mahkamah

Sesi.

II) PANGKAT/KEBESARAN

- Kedah order of Merit 1958

- Darjah Seri Mahkota Negara

- Degree of Doctor of laws, Cambridge University 1960

- Hononary Doctor of letters, University of Oxford 29 june 1970

- Doctorate in Law, University of Sydney

- Hononary degree of The Premier of South Korea 1965

- Doctorate of Law, University of Philippines


- Doctorate from University of Alligarh, India 1962

- Tunisia’s Highest Award 5 july 1969

- Doctorate fromn University of Songkla, Thailand

- Ramon Magsaysay Award 1960

- Medal of Appriciation (First Class), Thai Red Cross 6 Sept 197

III) PENGIKTIRAFAN

- Yang amat dihormati Darjah Kerabat Negeri Perlis

- Hononary Doctorate Og Law, Universiti Sains malaysia

- Hononary Doctorate of Law, Universiti Kebangsaan Malaysia

1981

- Chancellor Award, Universiti Malaya

- Darjah Utama Negeri Melaka

- National Sports Personality Award 2 june 1979

- United States Distinguished Service Award 6 Feb 1981

IV) SUMBANGAN

Pada tahun 1954, beliau telah mengetuai satu rombongan ke

England untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu tetapi ianya tidak

berhasil. Beliau telh menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) bagi

membantu golongan mualaf.selang beberapa tahun kemudian, beliau telah

membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung


dengan Singapura,Sarawak dan Sabah. Pada tahun 1969 ,beliau telah membantu

menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai

Setiausaha Agungnya yang pertama

RUMUSAN
Hasil kajian yang saya jalankan, saya dapat mengenali latar belakang

tokoh tersebut dengan lebih mendalam. Malah saya memperoleh semangat

patriotik apabila mengkaji sumbangan yang telah dicurahkan oleh mantan

perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Melalui kajian ini juga, saya dapati ramai generasi masyarakat tanpa

mengira kaum menghormati, menghargai, dan mengenang jasa mantan perdana

menteri Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Selain itu, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada generasi yang akan

datang belia di negara kita tentang betapa besarnya sumbangan Tunku Abdul

Rahman Putera Al-Haj bagi membebaskan negara kita daripada kuasa penjajah.

Ia juga dapat memupuk jiwa masyarakat supaya generasi masa kini dapat

merangka wawasan pada masa akan datang untuk mempertahankan kedaulatan

negara.

RUJUKAN
1. Buku Sejarah Tingkatan 3, Ramlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin

Samsuri, Muslimin Bin Fadzil, 2005, Dawana Sdn.Bhd


2. Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

3. Akhbar Berita Harian 11 Oktober 2008

LAMPIRAN
Gambar di atas menunjukkan gambar Mantan Perdana Menteri IAITU Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj
Ilustrasi menunjukkan gambar Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

ELEMEN 3
PENERAPAN UNSUR
PATRIOTISME

You might also like