You are on page 1of 1

Semangat Kejiranan

Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada guru matapelajaran Bahasa


Malaysia,kelas 3 Topaz iaitu Puan Azihani Binti Hasbullah dan rakan-rakan yang dihormati
sekalian.Hari ini,saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Semangat
Kejiranan”.

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan baik


dengan jiran-jiran kita.Akan tetapi,saban hari semangat kejiranan semakin
luntur.Sebenarnya,semangat kejiranan patut ditingkatkan kerana membawa beberapa
kepentingan kepada semua pihak.

Semangat kejiranan penting dalam masyarakat kerana dapat mewujudkan


masyarakat penyayang.Jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu sentiasa bertegur
sapa,hormat-menghormati,dan bertoleransi antara satu sama lain.Jiran-jiran yang
mengamalkan semangat kejiranan ini akan saling bantu-membantu.Jesteru itu,wujudlah
masyarakat penyayang di kalangan jiran berbilang kaum.

Selain itu,semangat kejiranan dapat mengurangkan kadar jenayah di sekitar


kawasan perumahan.Kawasan perumahan yang mementingkan semangat kejiranan akan
membentuk Jawatankuasa Rukun Tertangga.Jawatankuasa Rukun Tetangga akan membuat
rondaan dan memantau kegiatan di sekitar kawasan perumahan.Secara tidak langsung,kes-
kes jenayah dapat dikurangkan.

Di samping itu,semanagat kejiranan dapat memupuk perpaduan khasnya di


kalangan masyarakat berbilang kaum.Dengan adanya semangat kejiranan,jiran-jiran akan
sentiasa kunjung-mengunjungi dalam apa-apa juga majlis yang diadakan.Secara tidak
langsung,semangat kejiranan dapat mengeratkan masyarakat berbilang kaum.

Kesimpulannya,semangat kejiranan adalah penting dan patut diamalkan di


mana-mana sahaja.

Demikianlah syarahan saya pada hari ini.Sekian,terima kasih

Nama : Muhammad Herdy Bin Abdullah

Kelas : 3 Topaz

No. K/P : 951227-01-5113

You might also like