Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
Proposal Perpuluhan

Proposal Perpuluhan

Ratings: (0)|Views: 13,527|Likes:
Published by azinadin

More info:

Published by: azinadin on Aug 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/25/2013

pdf

text

original

 
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1 ____________________________________________________________________________________________ 
BAB 1
PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN
Di Malaysia matematik adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadusekolah Menengah. (KBSM). Sukatan pelajaran matematik telah diubah suai mengikutkehendak semasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM memberi tumpuan khas kepada memupuk nilai murnimasyarakat Malaysia , memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah , menekankankeseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Nombor perpuluhan merupakan salah satu topik yang digolongkan dalam bidangnombor dalam sukatan pelajaran KBSM. Perpuluhan masih dimasukkan dalam bidang Nombor Tingkatan satu supaya ada kesinambungan apa yang telah dipelajari dari tahunempat hingga tahun enam di sekolah rendah. Mengikut sukatan KBSR. Murid di sekolahrendah diperkenalkan kepada nombor perpuluhan dengan pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu. Murid di sekolah rendah hanya diperkenalkan sehingga tiga titik perpuluhansahaja. Manakala pelajar di Tingkatan satu pula diuji kemahiran yang telah dipelajari disekolah rendah berkaitan konsep-konsep serta operasi asas melibatkan nombor perpuluhan .Pelajar didedahkan dengan operasi asas melibatkan tempat perpuluhan yang lebih besar lagi.Kebanyakan Negara lain turut mendedahkan nombor perpuluhan kepada pelajar di peringkatsekolah rendah lagi.Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan dengan topik  pecahan dan topik wang. Menurut Skemp (1997) , pembelajaran suatu konsep matematik sangat perlu dan penting untuk dilaksanakan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
 ___________________________________________________________________________________________________ Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
1
 
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1 ____________________________________________________________________________________________ 
1.2
PERNYATAAN MASAALAH
Masalah pencapaian yang rendah dalam suatu topik matematik seringkali dihadapioleh pendidik matematik. Kesilapan konsep matematik adalah jawapan yang diperoleh gurudalam mengenal pasti punca-punca kelemahan murid dalam suatu topik matematik. Muridsering memperoleh tahap pencapaian yang rendah dalam topik nombor perpuluhanPembelajaran nombor perpuluhan sukar difahami dan seringkali dianggap sukar oleh murid-murid. Ini adalah disebabkan murid terkeliru dengan cara penyebutan nombor perpuluhankerana mengalami masalah dalam istilah matematik. Justeru, pemahaman konsep nombor  perpuluhan perlu diberi perhatian oleh para guru matematik. Kegagalan memahami konsepdalam sesuatu topik merupakan faktor utama dalam pencapaian matematik . Oleh sebab itu,kegagalan pelajar dalam menguasai konsep nombor perpuluhan menjadi faktor penghalang pemahaman murid dalam topik ini .Penggunaan kalkulator secara meluas dalam pembelajaran matematik dan perubahan unit ukuran daripada Sistem Imperial kepada systemMetrik menjadikan topik perpuluhan menjadi satu topik penting dalam kurukulum matematik sekolah. Guru matematik harus memberi penekanan terhadap topik ini bagi memastikankemahiran dalam topik perpuluhan dapat dikuasai dengan sepenuhnya Hal ini mendorongsaya menjalan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah pelajar dalam penyelesaian yang membabitkan penambahan nombor perpuluhan, penolakan nombor  perpuluhan, pendaraban nombor perpuluhan dan pembahagian nombor perpuluhan dikalangan pelajaran Tingkatan Satu. Ini termasuklah operasi bergabung yang melibatkannombor perpuluhan. Kajian menumpukan pengenalpastian terhadap cara ataupun kaedahyang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian melibatkan nombor perpuluhan. Tumpuankajian adalah bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar berkaitan dengan nombor  perpuluhan ini. Hal ini dikaji berdasarkan cara-cara pelajar ini menyelesaikan soalan – soalan yang melibatkan empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak darab dan bahagi.Serta melibatkan gabungan beberapa operasi asas. Kajian ini juga dapat mengenalpastisamada pelajar memahami konsep perpuluhan ataupun hanya mengetahui cara penyelesaianyang sering diberi latih tubi oleh guru.
 ___________________________________________________________________________________________________ Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
2
 
Mengenal Pasti Kefahaman Pelajar Dalam Penyelesaian Melibatkan Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1 ____________________________________________________________________________________________ 
1.3TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cara penyelesaian yang membabitkanoperasi asas iaitu, tambah, tolak, darab , bahagi dan operasi bergabung nombor perpuluhanoleh pelajar Tingkatan Satu
.
 
Tumpuan diberikan kepada langkah-langkah yang digunakanoleh subjek kajian untuk mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberikan. Tumpuan juga adalah bagi mengenalpasti samada pelajar memahami ataupun sekadar menyelesaikanmengikut bimbingan guru yang kebanyakkannya mengajar menjawab soalan dan bukannyamenanam konsep perpuluhan.
1.4OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara terperincinya bertujuan untuk mengenalpasti cara penyelesaian yangmembabitkan operasi asas iaitu tambah , tolak , darab , bahagi dan operasi bergabung nombor  perpuluhan oleh pelajar tingkatan satu . Tumpuan diberikan kepada langkah-langkah yangdigunakan oleh subjek kajian untuk mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberikan.Penekanan juga diberikan ke atas kefahaman pelajar terhadap konsep nombor perpuluhanterhadap pengajaran guru atau sekadar menyelesaikan mengikut bimbingan guru yangkebanyakannya mengajar menjawab soalan.
1.3PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah bagi memberikan jawapan kepada persoalan-persoalanini:Apakah cara yang digunakan oleh pelajar untuk:i.menambah nombor perpuluhan?iimenolak nombor perpuluhaniiimendarab nombor perpuluhan?iv. membahagi nombor perpuluhan?v.menyelesaikan lebih operasi nombor perpuluhan?
 ___________________________________________________________________________________________________ Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->