You are on page 1of 3

Sumbangan Tamadun China Kepada Pembinaan Tamadun Malaysia

Pengenalan

Tamadunan China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi. Tamadun China merupakan
antara tamadun yang terbesar kita pelajari selain Tamadun Indus,Mesapotamia san Mesir. Tamadun
China suatu ketika dahulu juga dikenali sebagai Tamadun Hwang Ho. Pembinaan tamadun Malaysia
masih dalam fasa permulaan. Sebelum kita kaitkan sumbangan tamdun China dengan pembinaan
tamadun Malaysia,kita haruslah mengenali dengan lebih baik apa itu tamadun China yang sudah
berkurun lamanya.

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.
Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama
itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M.
dan berakhir pada tahun 206 S.M.Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan
beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya
amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan
takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Perluasan kuasa dalam tamadun China telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal
kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M..
Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja
membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada
pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan
tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.
Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.
Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang
memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman
berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-
undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada
zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat
mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas
kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.
Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah
memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan
undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu
Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja
mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.

Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada
zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan
seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak.
Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima
tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar,
beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han
kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya
memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan
yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze,
Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan
Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk
membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda,
dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan
Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem
penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit
telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan
terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan
terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.

Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi.
Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula
dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti
Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-
kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.

Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China
sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan
kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan
dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti
kereta kuda dan kereta lembu.

Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan


dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat
tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah
rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan
sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah
terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk
menterjemah buku suci.

Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam
mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin
Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap
ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan
tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota
empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah
pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik.
Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah
yang tertua di dunia.

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain.
Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak
zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500
batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang,
Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di
kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung
juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu
gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja
yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan
taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri
daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat
pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk
meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama.
Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.

Secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari sumbangan tamadun China
yang masih bertahan hingga hari ini. Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan
Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan
dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan
tembikar. Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk
meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk
peperangan.Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama
penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan
sebatang sudu magnet.

Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga
ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam
bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber
sejarah. Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia,
iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada
sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu.
Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan
ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan
dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China.
Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren),
kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang
itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan
mayarakat. Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini
muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao
Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri
Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya.
Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah
Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk
agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan
ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku.
Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia
bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan
dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah
kebaikan.

You might also like