You are on page 1of 19

BAB 6 : ELEKTRIK

6.1 PENGENALAN

Elektrik merupakan sejenis tenaga yang amat berguna kepada kita.Ianya


merupakan punca tenaga di dalam pelbagai aspek. Tenaga elektrik ini diperolehi
dengan menambah atau mengeluarkan elemen daripada sesuatu benda. Ia juga
diperolehi dengan adanya gerakan elektron dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6.2 ELEKTRON
Elektron ialah zarah-zarah halus yang ada pada semua benda seperti besi,
batu, kertas, bulu dan sebagainya. Apabila elektron dikeluarkan daripada sesuatu
benda,

59
benda itu, akan mempunyai cas positif. Jika elektron ditambah, ia akan menjadi cas
negatif.

Elektron akan mengalir dari benda yang bercas negatif kepada benda yang
bercas positif ( jika ada konduktur atau pengalir ). Pengalir elektron inilah yang akan
menghasilkan tenaga elektrik yang digunakan untuk membuat berbagai kerja. Simbol
cas negatif ialah ( - ), dan simbol cas positif ialah ( + ).

Jumpaan mengenai adanya dua jenis cas ialah cas positif dan cas negatif
dibuat oleh ahli sains Perancis bernama Charles Dufay dalam tahun 1733.

60
6.3 ARUS ELEKTRIK

Sebelum arus mengalir perbezaan keupayaan di antara satu hujung pengalir itu
dengan hujung yang satu lagi. Arus itu pula mesti ada tempat yang ia hendak mengalir.
Dalam beberapa arus elektrik mengalir dari satu sumber arus melalui suatu pengalir &
balik semula ke sumbernya. Dengan demikian kita tahu bahawa arus elektrik mengikut
litar tertutup.

Suis lampu di rumah juga mengalir cas elektrik dengan cara yang sama
berpandukan kuasa arus mengalir. Apabila elektrik mengalir melalui mentol lampu
akan menyala. Apabila suisnya dimatikan litarnya akan terputus dan tidak akan
mengalirkan arus elektrik. Tenaga elektrik yang mengalir melalui litar boleh digunakan
dengan menukarkannya kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.

Untuk menahan mengapa perkara ini berlaku, kita terpaksa berbalik semula
kepada struktur atom. Apabila arus elektrik mengalir pada pengalir ( konduktor ),
elektron yang bebas sentiasa bertembung dengan atom-atom di dalam konduktor itu.
Apabila benda-benda bertembung atau berlanggar haba akan terhasil. Jika arus aliran
itu cukup kuat maka banyak haba akan terhasil dan konduktor itu akan berbara.

61
6.4 SISTEM PENGHANTARAN, PENGAGIHAN DAN PEMBEKALAN
ELEKTRIK

Sebelum arus elektrik dibekalkan kepada pengguna, ia harus dijanakan terlebih


dahulu. Penjanaan adalah merupakan satu arus pengeluaran tenaga elektrik dengan
banyaknya. Terdapat pelbagai jenis sistem janakuasa yang telah dihasilkan untuk
mengeluarkan tenaga elektrik, antaranya termasuklah sistem kuasa yang
menggunakan kuasa stim, sistem janakuasa hidro, stesen janakuasa diesel, sistem
janakuasa nuklear dan sistem janakuasa angin atau ombak.

Kuasa elektrik dijanakan, arus elektrik mempunyai voltan yang sangat tinggi
iaitu sehingga 11kv, 20kv dan 33kv. Selepas itu, voltan yang sangat tinggi akan
dinaikkan ke nilai yang dikehendaki seperti 132kv, 275kv atau 400kv. Tujuannya
adalah untuk mengurangkan perbelanjaan pada penggunaan saiz kabel yang
digunakan adalah berdasarkan kepada arus yang mengalir.

Setelah voltan ditinggikan, arus elektrik akan dihantar ke stesen pencawang


melalui satu transformer menurun. Selepas peringkat ini, arus elektrik akan diagihkan
kepada pihak pembekal dan menurunkan voltan elektrik sebelum menghantarnya
kepada pengguna.

62
6.5 SISTEM FASA

Sistem fasa adalah terdiri daripada beberapa dawai yang disambungkan ke


suatu tempat untuk membekalkan arus elektrik kepada pengguna. Contohnya 2 dawai,
3 dawai dan 4 dawai.

6.5.1 Sistem Bekalan Satu Fasa ( Single Phase )

Satu dawai adalah sistem bekalan satu fasa. Sistem ini mengandungi dua
dawai iaitu dawai hidup dan dawai neutral. Sistem bekalan ini sesuai dibekalkan
kepada pengguna kecil contohnya rumah kediaman. Dua dawai hidup dan dawai
neutral akan di sambungkan ke fius perkhidmatan dan penyambung neutral. Kemudian
arus elektrik akan di sambungkan ke litar kecil selepas menerusi suis utama dan fius
utama. Voltan untuk sistem ini adalah 240V.

6.5.2 Sistem Bekalan Tiga Fasa ( Three Phase )

Sistem bekalan tiga fasa pula mempunyai empat dawai iaitu dawai merah,
dawai kuning, dawai biru dan dawai neutral. Sistem bekalan ini sesuai dibekalkan
untuk pengguna besar seperti kilang, kompleks membeli belah, pejabat besar yang
mempunyai pemasangan elektrik yang rumit. Untuk sistem ini terdapat dua jenis voltan
iaitu 240V dan 400V.

63
6.6 PENCAHAYAAN

Cahaya adalah satu bentuk tenaga sinaran. Ia dapat dihasilkan dengan cara
mengalirkan arus elektrik melalui filament karbon, logam, rod karbon atau melalui tiub-
tiub yang berisi gas. Tenaga elektrik yang dialirkan itu akan ditukarkan ke dalam
bentuk tenaga haba dan kemudiannya menjadi cahaya yang menyinar keluar.

Kebanyakan jasad dapat memantulkan cahaya tetapi kadar pantulan itu tidak
sama pada semua jasad. Cahaya yang dipantulkan ini dinamakan sumber ke dua bagi
cahaya dan ia amat berguna dalam pencahayaan. Hampir keseluruhan lampu elektrik
yang digunakan pada hari ini bergantung sepenuhnya pada faktor pantulan ini,
contohnya pencahayaan di dalam sebuah bilik yang berwarna putih tentulah lebih
terang daripada pencahayaan dalam bilik yang bercat dengan warna biru atau dengan
warna lain yang lebih gelap.

Sinar cahaya mesti dipancarkan seragam ke seluruh luas medan penglihatan


berarah ke satu arah tertentu untuk menyinari perincian kecil dan struktur-struktur
pengkajian. Pencahayaan ini mestilah mempunyai ketumpatan fluks cahaya yang
cukup untuk kegunaan bukaan optimum.

Ketumpatan fluks cahaya ini ialah nilai fotometri kumpulan alur cahaya. Unit
digunakan sebagai pengukuran kecerahan pencahayaan pada suatu objek.

Istilah Unit Ukuran

64
Fluks cahaya Lumen ( ℓm )
Jumlah tenaga cahaya terlihat yang = cahaya terpancar di dalam unit sudut
dipancarkan oleh satu punca cahaya per pejal oleh suatu punca titik satu kendala
unit masa ( saat )
Keamatan cahaya Kandala ( cd )
Kuantiti yang digunakan bagi kuasa = 1⁄60 keamatan cahaya 1.0 sm persegi
pemberian cahaya satu punca cahaya itu. permukaan jasad hitam pada suhu beku
platinum ( 2042K )
Luminans Kilokandela per meter per segi (kcd ⁄m²)
Fluks yang dipancarkan per unit sudut atau kandela per meter persegi (cd ⁄m²).
pejal per unit luas permukaan kecil Stilb (sb) juga digunakan bagi punca
( Kecerahan suatu punca datar ). cahaya yang permukaannnya 1 sm²,
memancarkan keamatan cahaya 1
kandela.
Pencahayaan Luks ( ℓx )
Fluks cahaya yang menimpa ke atas unit = pencahayaan secara berterusan suatu
permukaan iaitu fluks cahaya per unit luas permukaan yang letaknya 1 meter dari
sesuatu permukaan. suatu punca cahaya yang mempunyai
keamatan cahaya satu kandela atau sama
dengan 1 lumen ⁄meter per segi ( m⁄m² ).
Kecekapan cahayaan
Nisbah jumlah fluks cahaya kepada Lumen per watt ( 1m ⁄w )
jumlah fluks sinaran dari punca cahaya;
jumlah fluks cahaya jumlah tenaga ynag
digunakan.

Jadual 6.6.1 : Istilah dan unit fotometri

65
Hukum Konsinus

i) Fluks sinaran pada arah tertentu dari luasan kecil berubah mengikut kosinus
sudut pemancaran.
ii) Pemancaran oleh sinar-sinar selari yang lalu menerusi permukaan berbeza
mengikut kosinus sudut tuju.

Jadual 3.6.2 menunjukkan punca-punca cahaya yang selalu digunakan dalam


mikrostopi optik.

Punca Cahaya Voltan Kuasa ( Watt ) Keamatan Luas


Nominal (Volt) Cahaya (stilb) Permukaan
menyinar, mm²
Mentol voltan
tinggi 220 50 200 14 x 2

Lampu voltan 6 15 900 3 x 1.2


rendah 12 60 1600 4.5 x 2
Lampu halogen
voltan rendah 12 100 3400 3.5 x 2
Arka karbon 60 360 16000 4
Lampu raksa
tekanan tinggi 60 200 25000 2.5 x 1.3

Lampu xenon 14 75 40000 0.5 x 0.25


Lampu xenon 20 460 35000 2.4 x 1.2

Jadual 6.6.2 : Punca-punca cahaya

6.7 PENYUSUNAN, BILANGAN DAN JENIS LAMPU

66
Penyusunan dan bilangan sesuatu jenis lampu amat penting diperhatikan dalam
sesuatu pemasangan lampu pada sesuatu pemasangan kerana :

i) Memastikan cahaya itu tidak terbayang atau berkilauan dan kesan ini boleh
mengganggu mata kerana mata cepat letih apabila bekerja di bawah cahaya
yang berkilauan.
ii) Boleh mempengaruhi pencahayaan dan menentukan samada pencahayaan
itu mencapai nilai yang dikehendaki.
iii) Mencantikkan rupa penyusunan pemasangan yang sekata.
iv) Tidak membazir wang untuk mencapai nilai pencahayaan yang dikehendaki.

Terdapat pelbagai kaedah bagaimana penyusunan, bilangan dan jenis lampu ini
ditentukan. Satu daripadanya ialah kaedah lumen.

6.7.1 Kaedah Lumen

Mengikut pengiraan, kaedah ini menganggapkan pencahayaan yang dihasilkan


oleh lampu adalah daripada fluks yang seragam pada sesuatu satah kerja seperti
permukaan bangku atau meja. Formulanya ialah

O:ExA

Formula ini digunakan dengan menganggapkan bahawa fluks yang dikeluarkan


oleh sesuatu sumber cahaya itu tidak diadang, iaitu sumber cahaya tersebut dipasang
terdedah ( tanpa bilik ) sedangkan dalam masa praktiknya sumber cahaya itu
dipasangkan dalam bilik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor yang

67
mempengaruhi nilai O. Di antara faktor-faktor tambahan yang dititikberatkan dalam
pengiraan ini ialah faktor pendaraban pengguna dan faktor penyelenggaraan.

6.7.2 Faktor Pendaraban Pengguna ( U atau CU )

Faktor ini menganggap bahawa cahaya yang dikeluarkan oleh sesebuah lampu
itu tidak sepenuhnya sampai ke satah kerja. Ia akan dihalang oleh peralatan lampu
yang diserap oleh dinding, syiling dan sebagainya.

Secara ringkasnya, faktor pendaraban ini ialah nisbah keamatan berkilauan


sebenar yang diterima oleh sesuatu satah kerja dibahagi dengan keamatan berkilau
yang dikeluarkan oleh sesuatu lampu itu.

CU atau U : I’/ I

68
I’ adalah keamatan berkilau yang diterima oleh satah kerja dan I adalah
keamatan berkilauan yang dikeluarkan oleh lampu itu. Nilai faktor ini bergantung
kepada beberapa perkara tersebut:

i) Jenis peralatan lampu sama ada secara langsung atau sebagainya.


ii) Cara pemasangan lampu dan ketinggiannya.
iii) Warna dan bahan permukaan dinding.
iv) Betuk, ukuran dan tambahan bilik.
v) Jenis siling sama ada berlubang atau permukaannya berkilau.

Sebagai contoh, peralatan lampu jenis penyebaran cahaya secara langsung,


faktor pendaraban penggunaan ialah antara 0.4 dan 0.6. Bagi lampu yang memberi
penyebaran cahaya tidak langsung, kesan warna ke atas faktor-faktor pendaraban
pengguna amat ketara sekali.

Pihak pembekal sesuatu jenis lampu itu ada menyediakan pola keamatan
berkilau bagi sesuatu jenis lampu yang dibekalkan, tetapi kita perlu juga membuat satu
pola yang baru kerana penggunaan lampu itu sekarang berada pada sudut dan arah
yang berlainan. Apa yang terdapat pada jadual itu hanyalah merupakan nilai yang
mutlak.

6.7.3 Faktor Penyelenggaraan

69
Faktor ini menganggap bahawa sesuatu keamatan yang berkilauan dikeluarkan
oleh sumber cahaya tidak akan sampai ke satah sepenuhnya. Ini disebabkan oleh
halangan habuk dan kekotoran pada pemantul, peneduh, dinding dan kawasan yang
berhabuk dan lain-lain. Faktor ini boleh dinyatakan dalam sebutan susut nilai. Sebagai
contoh, faktor penyelenggaraan bagi perlengkapan lampu yang selalu dibersihkan ialah
kira-kira 0.8, jadi faktor nilai susutnya ialah 1 / 0.8 : 1.25. Secara ringkasnya, faktor ‘P’
ini ditulis sebagai :

P : Pencahayaan pada keadaan yang sebenar


---------------------------------------------------------
Pencahayaan waktu semua peralatan bersih

6.7.4 Pengiraan dengan Kaedah Lumen

Daripada apa yang difahami mengenai pencahayaan, bilangan lampu dan


kecerahan lampu di dalam bilik adalah faktor yang paling diambil kira. Jika faktor
pendaraban pengguna dan faktor penyelenggaraan dimasukkan sekali dalam formula
ini (kerana ini boleh mengubah nilai fluks), maka luks diperlukan di kawasan itu akan
menjadi :

N:ExA
---------
UxP

N : Bilangan lampu
U : Kegunaan “air – cond” di dalam bilik
P : Lumi
A : Luks lampu

FORMULA :

70
Panjang bilik x Lebar bilik x Luks lampu
-------------------------------------------------------
Berair-cond / Tak Berair-cond x Lumi

BERAIR-COND = 0.56
*TAK BERAIR-COND = 0.42

Untuk mengetahui bagaimana luks dan lumi didapati adalah dengan


berdasarkan jadual di bawah. Luks bagi sesebuah bilik telah ditentukan oleh pihak
kontraktor mengikut peraturan kecerahan yang telah ditetapkan oleh pihak yang
berkenaan. Manakala bagi lumi pula berdasarkan mengikut jenis lampu yang telah
ditetapkan. Senarai bilik di bawah ini merupakan luks yang sering digunakan oleh
pereka yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor.

BIL TEMPAT/BILIK LUKS


1. Pejabat,Ruang Menunggu, Blk 300
Penyambut Tetamu
2. Bilik Darjah, Perpustakaan, Server 300
3. Korridor (day) 300
4. Korridor (night) 10
5. Bilik Mesyuarat, Bilik Perbincangan 300 @ 450
6. Makmal, AVA centre, Blk Demontrasi 300
7. Gimnasium, Dapur, Bilik Makan 300
8. Tempat solat, Bilik Belajar, Bilik TV 300
9. Tandas, Store 100 @ 150
10. Bilik Komputer 500

Jadual 6.7.4.1 Luks bagi sesebuah bilik

LUMI :-

i) 1 X 18W = 1000
6000
ii) 2 X 18W = 2000

BILIK BACAAN

71
4750
iii) 1 X 36W = 2500

iv) 2 X 36W = 5000

Bilangan lampu dalam bilik = 6 x 4.8 x luks


----------------- = 4 Bil lampu digunakan
* 0.42 X 5000

6.8 PEMBINAAN RAJAH SKEMATIK ELEKTRIK

Rajah skematik adalah rajah untuk menunjukkan talian di antara komponen-


komponen pada satu sistem yang terdapat pada satu sistem yang berdasarkan kepada
jumlah peralatan elektrik yang digunakan pada sesuatu bangunan. Berikut adalah
penerangan yang lebih jelas untuk rajah skematik ini :

i) Satu rajah skematik adalah untuk mewakili satu DB ( Distribution Board ).

ii) Rajah skematik dibuat adalah untuk memudahkan kita untuk menganalisis
sambungan-sambungan litar antara satu sama lain. Imbangan voltannya
juga perlulah diseragamkan supaya ianya adalah sama rata antara talian.
Jarak penggunaan kaedah tiga fasa, maka keseragaman adalah pada R, Y
dan B.
iii) Sekiranya salah satu taliannya terlebih atau berkurangan, maka proses
penyimbangan voltan pada litar harus dilakukan.

iv) Perbezaan antara kiraan untuk tiga talian tersebut adalah tidak boleh
melebihi 200 watt setiap satu.

72
v) Jika salah satu talian tersebut terlebih, maka bilangan untuk peralatan
elektrik yang terdapat pada sub-line akan diubah mengikut kesesuainnya.

Berlainan pula bagi jarak penggunaan sistem bekalan satu fasa. Rajah
skematiknya tidak perlu diimbang dan hanya perlu dikira mengikut kesesuaian dalam
setiap papan agihan. Walau bagaimanapun, nilai arusnya adalah terhad mengikut
kesesuaian bekalan satu fasa
Kedua-dua sistem ini banyak digunakan tetapi bergantung kepada kesesuaian
dalam pelbagai aspek seperti aras voltan, bentuk sambungan fasa, jumlah kuasa, saiz
kabel dan sebagainya. Semuanya adalah bergantung kepada keperluan dan kehendak
pengguna itu sendiri. Contoh bagi rajah skematik bagi Main Circuit Breaker (MCB)
yang digunakan bagi eksesori perlulah mengikut nilai ampere seperti berikut :

AKSESORI NILAI AMPERE


Lighting Fitting 6 Ampere MCB
Emergency Light 6 Ampere MCB
Keluar Sign 6 Ampere MCB
Ceiling Fan 6 Ampere MCB
Exhaust Fan 6 Ampere MCB
Soket 13A ke atas 30 Ampere MCB
Soket 15A 15 Ampere MCB
20 Amp Isolator TPN 20 Ampere MCCB
30 Amp Isolator TPN 30 Ampere MCCB
40 Amp Isolator TPN 40 Ampere MCCB
Jadual 5.8.1 Skematik bagi Main Circuit Breaker (MSB) dan Nilai Ampere

Manakala proses pengimbangan peralatan elektrik adalah berdasarkan nilai watt setiap
aksesori elektrik contohnya seperti berikut :

AKSESORI NILAI WATT


Fluorescent Lighting 18 – 40 Watt
Wall Lighting 70 – 150 watt

73
15A Switch Soket Outlet 1000 watt
13A Switch Soket Outlet 200 Watt
Ceiling Fan 100 Watt
Emergency Lighting 8 Watt
Keluar Sign 30 Watt
Isolator 20A SPN 1200 Watt
Isolator 20A TPN 2000 Watt
Isolator 30A TPN 4000 Watt
Isolator 40A TPN 5000 Watt
Exhaust Fan 100 Watt
TLC Down Lighting 100 Watt
High Bay 150 – 1000 Watt

Jadual 6.8.2 Aksesori Elektrik dan Nilai Watt

Tetapi kebanyakan orang dari pereka yang sangat berpengalaman mereka tidak
perlu merujuk jadual untuk menentukan MCB / MCCB yang digunakan untuk sesuatu
litar. Dari situ mereka dapat menentukan arus yang sesuai. Begitu juga dengan kabel
utama. Berikut adalah senarai kuasa (KW) dengan (MCB/MCCB) yang sesuai.

NILAI KILOWATT NILAI AMPERE


1 KW – 5 KW ( Satu Fasa ) 30 Ampere
6 KW – 10 KW ( Tiga Fasa ) 40 Ampere
11 KW – 20 KW ( Tiga Fasa ) 40 Ampere
21 KW – 40 KW ( Tiga Fasa ) 60 Ampere
50 KW– 60 KW ( Tiga Fasa ) 100 Ampere
70 KW – 80 KW ( Tiga Fasa ) 120 Ampere
100 KW – 150 KW ( Tiga Fasa ) 200 Ampere

Jadual 6.8.3 Nilai Kilowatt dan Nilai Ampere

74
Selepas mengetahui nilai ampere yang digunakan berdasarkan nilai kilowatt
yang didapati daripada skematik yang dibuat maka kita juga perlu menentukan apakah
jenis kabel yang sesuai perlu ditentukan bagi yang berikut. Berikut adalah senarai
penyesuaian kabel untuk saiz kebel (as per sesco requirement) dan juga saiz kabel
buminya.

6.8.1 Penyesuaian Kabel

SAIZ KABEL SAIZ KABEL BUMI


(as per sesco requirement)
40A-60ASPN
-2 X 1C-16 SQ. MM PVC/PVC -1 X 10 SQ. MM PVC EARTH
CABLE IN G.I TRUNKING CABLE IN G.I TRUNKING
-2 X 1C-35 SQ. MM PVC/PVC -1 X 25 SQ. MM PVC EARTH
CABLE IN G.I TRUNKING CABLE IN G.I TRUNKING
40A TPN
-4 X 1C-16 SQ. MM PVC/PVC -1 X 10 SQ. MM PVC EARTH
CABLE IN G.I TRUNKING CABLE IN G.I TRUNKING

60A TPN
-4 X 1C-35 SQ. MM PVC/PVC -1 X 25 SQ. MM PVC EARTH
CABLE IN G.I TRUNKING CABLE IN G.I TRUNKING

75
100A TPN
-4 X 1C-95 SQ. MM PVC/PVC -1 X 25 SQ. MM PVC EARTH
CABLE IN G.I TRUNKING CABLE IN G.I TRUNKING
200ATPN
-4 X 1C-185 SQ. MM PVC/PVC -1 X 60 SQ. MM PVC EARTH
CABLE IN G.I TRUNKING CABLE IN G.I TRUNKING
300A TPN
-1 X 4C-300 PVC/SWA/PVC
CABLE BURIED UNDERGROUND
400A TPN
- 4C X 1C-300 PVC/SWA/PVC
CABLE BURIED UNDERGROUND
600A TPN
- 4C X 1C-630 PVC/SWA/PVC
CABLE BURIED UNDERGROUND

Jadual 6.8.1.1 Saiz Kabel Dan Saiz Kabel Bumi

6.9 CIRCUIT ARRANGEMENT

Selepas bilangan lampu di tentukan mengikut formula dan pembinaan rajah


skematik, maka lampu itu perlu di beri ‘circuit number’. Ini adalah kerana :

i) Untuk memudahkan kita mengetahui akan sistem pendawaian elektrik yang


mana akan dikawal oleh suis di papan agihan kelak iaitu dikenali sebagai
DB (Distribution Board).

ii) Tujuan yang lainnya adalah jika berlaku kerosakan pada sesuatu lampu atau
mana-mana bahagian pendawaian lampu itu, keadaan suis di papan agihan
kecil dapat dipadamkan. Dengan ini pendawaian elektrik tidak akan
terganggu.

76
Cara penyusunan untuk circuit ini adalah bergantung kepada seseorang pereka.
Ini adalah kerana pihak kontraktor mempunyai kehendak yang berlainan dan
bergantung kepada setiap keperluan bangunan.

Untuk bangunan yang menggunakan sistem bekalan 3 fasa, sebahagian litar


mengikut fasa harus dibuat dengan teliti. Ini adalah untuk mengelakkan pengeluaran
kuasa yang tidak seragam di setiap fasa.

77

You might also like