You are on page 1of 14

PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun .


Ia telah bermula
pada  nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan , keadaan atau cara  telah dilakukan dalam usaha
mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan
tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati  daripada
tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.

           Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu  perubatan yang penting  kerana
ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan   taraf  kesihatan negara ini.Perubatan tradisional
masih diperlukan  biarpun dunia perubatan  semakin canggih.Malahan dalam beberapa  jenis penyakit,
sistem perubatan tradisional  ternyata lebih berkesan   daripada perubatan moden.

       Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat  hari ini  kerana beberapa faktor
.Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional   masih mengekang nilai hidup sebahagian besar
masyarakat khususnya orang melayu di kawasan  dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat
terpengaruh kepada kepercayaan animisme   dan saki baki  kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun
angin perubahan dan kemodenan  begitu kencang bertiup.

         Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit  bermula  daripada lebihan
kecairan ,racun  dan  pengaruh makhluk  halus.Kalau  hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu
rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati
penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau rasukan hantu.

           Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah
darah atau menjerit-jerit .Penyakit –penyakit  ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional
dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah perubatan tradisional memang 
berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan
perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.

         Perubatan tradional  masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai
penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah ,lumpuh ,patah tulang  dan 
penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan 
tradisional  jika dibandingkan dengan perubatan moden.

         Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan  yang baik ,khasnya dalam
mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini
menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Selain
itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .

         Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di kalangan
masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal  sejak zaman berzaman lagi.Kedua-dua  jenis
perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit  seperti darah tinggi ,sakit lelah dan lumpuh .Tambahan
pula rawatan  akupunktur boleh menggantikan  ubat bius dalam proses  pembedahan.
             Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan  tradisional .Lebih-lebih lagi
untuk mengubati penyakit-penyakit  ayng berbahaya .Dan perubatan tradisional semakin mendapat
sambutan memandangkan  kejayaan rawatan dan penemuan  khasiat ubatan  tradisional yang mujarab
.Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan  untuk menyembuhkan penyakit yang
kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah ,kencing manis dan penyakit mental.Penyakit
tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden.Untuk penyakit
hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu
untuk menyembuhkannya.         

             Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan
tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden.Dalam
penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak
menggunakan sistem rawatan tradisional .Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih
diperlukan .

          Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu
hendak  membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran perubatan tradisional lebih mudah
berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam
perubatan moden ,kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan  oleh orang ramai.Contohnya kos
sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser.

        Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat ,tetapi dengan kos yang
tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional ,bayarannya  murah
kerana  perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut
keuntungan .Maka ,bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit  .Dari segi rawatan 
pula ,perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit ,tetapi
perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.

            Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga  ubat-ubatan  tradisional yang
murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab golongan
miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab
itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.

        Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara ini.Perubatan  cara ini 
bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain seperti  India  dan
Cina.Semua kaum  mempunyai sistem  rawatan tradisional masing-masing.

          Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan  daripada Bomoh atau dukun Melayu,
sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan  daripada sinseh dan bomeh  Cina .Ini membuktikan
bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak  terhad
kepada sesuatu kaum sahaja.Hakikat  bahawa amalan ini ada

pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk  menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit.

      Selain itu sistem  rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini  masih diperlukan di negara
ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada
kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal  di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus
pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang  sejak zaman-berzaman
lagi.
          Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun
untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini  telah dibuktikan benar melalui  pengalaman sehari-harian
mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh disembuhkan.             

       Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang  kita  capai, Kita tidak seharusnya
menyebabkan kita melupkan  sistem  perubatan Tradisional.Jelaslah bahawa perubatan
tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan
kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang
.Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan
moden demi meninggikan mutu perubatan di negara ini.

Perubatan Tradisional adalah alternatif kepada perubatan moden yang


telah terbukti keberkesanannya. Sejak akhir-akhir ini kesedaran di
kalangan semua tentang kebaikan perubatan tradisional, khususnya
penggunaan tumbuhan-tumbuhan herba, semakin meningkat.

Banyak terdapat kes-kes di mana seseorang pesakit yang telah puas


berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan
tradisional, sembuh dengan sepenuhnya. Ini munkin kerana ubat-ubat
moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan
rasa sakit sahaja . Manakala ubat-ubat tradisional dari tumbuhan-
tumbuhan herba dan akar-akar kayu bertindak ke atas punca penyakit
dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit.

Selain daripada khasiat dan keberkesanannya, ubat-ubat tradisional


juga dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan
tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh
memudaratkan.

Faktor harga juga menyebabkan ramai di antara kita yang kembali


kepada perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal
berbanding dengan ubat-ubatan tradisional yang ada diantaranya boleh
tumbuh dengan mudah di belakang rumah kita.

Para pengkaji di institut-institut penyelidikan seperti MARDI dan


institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti
Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah
membuktikan keberkesanan ubat-ubatan tradisional dan kini sedang
mengusahakan untuk memproses dan mengedarkan ubat-ubatan ini dalam
bentuk yang lebih mudah diambil dan didapati seperti pil dan kapsul.

"MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI" kerana kos untuk


Perubatan adalah tinggi dan semakin meningkat.Penggunaan dadah
didalam ubatan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan
kita. Kajian diseluruh dunia telah mendapati bahawa produk
berasaskan herba menunjukkan kesan yang amat positif dan berkesan
dan telah diakui oleh pelbagai pihak. Kita mempunyai altenatif untuk
kekal sihat melalui cara yang diamalkan oleh nenek moyang kita dan
mereka telah membuktikannya.
PERUBATAN TRADISI MELALUI PENGGUNAAN TUMBUHAN

ROSNAWATI BT YASIN

KANDUNGAN

  PENGENALAN 1

  PERUBATAN TRADISI MELALUI TUMBUHAN

  ANTARA CONTOH-CONTOH PERUBATAN TRADISI MELALUI


TUMBUHAN

A. ASAM JAWA
B. DUKUNG ANAK

C) TEMBUNI KUCING

D) KEMUDU BESAR

E) GELAM

F) MENGKUDU

G) KUNYIT HIDUP

H) GELENGGANG

I) KEMUNTING

J) BUNGA TAHI AYAM

K) PINANG

L) PETAI 11

 KESIMPULAN

  RUJUKAN

PENGENALAN
Masyarakat Melayu tradisi mempunyai keistimewaan sendiri dalam menjalani
kehidupan mereka. Mereka merupakan masyarakat yang mempunyai
kepakaran dalam penggunaan tumbuhan terutama dalam pengubatan tradisi.
Kebanyakkan mereka terdiri daripada kumpulan etnik yang pandai
memanfaatkan hutan terutama untuk tujuan perubatan. Ini berdasarkan
wujudnya pengamal ubatan tradisi di kampung-kampung orang Melayu sama
ada dukun, bomoh, pawang dan sebagainya. Pengetahuan dan pengalaman
mereka ini tentang perubatan tradisi kemudiannya telah diperturunkan dari
satu generasi kepada generasi yang lain sama ada melalui tulisan ataupun
lisan. Dalam perubatan tradisi, penggunaan tumbuhan adalah lebih meluas
semenjak pengetahuan dan komitmen manusia terhadap penyakit serta ilmu
perubatan yang semakin bertambah telah membebaskan manusia merekodnya
sebagai menjadi bahan rujukan generasi yang seterusnya.

Perubatan tradisi adalah gabungan antara ilmu perubatan dan amalan


perubatan tidak kira sama ada ianya mujarab atau sebaliknya atau sebagai
pengesan penyakit, pencegah atau penghapus sesuatu penyakit . Pengunaan
herba merupakan amalan lama dalam perubatan tradisi dan ia melibatkan
pelbagai jenis amalan termasuklah pengunaan jampi mentera, kekuatan
rohaniah, pengantungan kepada makluk halus dan sebagainya. Penggunaan
tumbuhan perlu ketika mengamalkan cara perubatan yang sedemikian
sebagai bahan-bahan herba seperti sireh pinang, kemenyan, kayu gaharu dan
sebagainya yang menjadi bahan utama dalam perubatan. Persoalannya
mujarab ataupun tidak tentang cara perubatan ini terserah kepada
kepercayaan kelompok manusia itu sendiri.

PERUBATAN TRADISI MELALUI TUMBUHAN

Perubatan tradisi banyak mengunakan tumbuhan samada daripada daun,


akar, batang mahupun buahnya. Contohnya pokok gelam, kemudu besar dan
sebagainya.Herba yang terhasil melalui tumbuhan tersebut dipercayai dapat
menjadi bahan atau dianggap penawar untuk menyembuhkan penyakit
tertentu seperti penyakit jantung, merdu, deman kepialu dan sebagainya.
Perubatan tradisi ini dipercayai turun temurun oleh generasi atau kumpulan
etnik yang memang mengenali atau banyak berpengetahuan tentang khasiat
dan cara menggunakan tumbuh-tumbuhan herba tersebut sebagai ubat-
ubatan.

Pengamal-pengamal perubatan tradisi yang mengunakan tumbuhan sebagai


bahan ubat mempunyai alasan tersendiri apabila menggunakan tumbuhan
tersebut. Dipercayai bahawa bahan sebatian yang dihasilkan oleh tumbuhan
hampir menyerupai sebatian tubuh manusia. Dengan itu, tubuh manusia
dapat bertindak balas terhadap sebatian tersebut dengan kesan yang minima.
Tumbuh-tumbuhan yang sering dijadikan sebagai bahan perubatan tradisi
terdiri daripada hutan hujan tropikal. Antara contoh-contoh perubatan tradisi
melalui tumbuh-tumbuhan ialah :

A)Asam Jawa

Asam jawa atau nama saintifiknya Tamarindus indica


L. Asam jawa daripada keluarga Leguminaseae
menghasilkan buah yang sangat masan dan lebih
kurang 70 peratus daripada buahnya yang boleh
dimakan. Pokok asam jawa hidup subur di negara
yang mempunyai kadar hujan turun sepanjang tahun.
Pokok ini mempunyai ketinggian sekitar 20 hingga 25
meter. Pokok asam jawa mempunyai batang yang
tegap dan dahan-dahan yang agak tersebar dan
melentur. Sudurnya bulat dan padat tetapi berdahan
rendah.

Khasiat dan penggunaan

1. Meredakan sakit kepala dan deman panas

Cara penggunaannya dengan menjaram kepala


menggunakan asam jawa yang dibancuh dengan air.

2. Batuk

Campurkan ramuan asam jawa dengan sedikit gula batu


dan embunkan semalaman sebelum diminum keesokan
pagi.

3. Penyakit Asthma

Air rebusan kulit batang asam jawa yang pahit


digunakan untuk mengurangkan sakit ini

B)Dukung anak

Dukung anak atau nama saintifik ialah Phyllanthus


urinaria L. Pokok ini merupakan sejenis herba . Pokok
ini mempunyai ketinggian di antara 15-20 cm. Batang
bercabang ,daun sesil dan berbunga kecil. Pokok ini
tumbuh di kawasan terbiar dan berpasir.

Khasiat dan pengguanaan


1. Selepas bersalin

Pokok dukung anak ,pokok pagar anak dan pokok


jauh anak direbus. Campuran akar sukai sebanyak
300 g direbus selama 44 hari dan campur kulit kerang
7 keping. Diminumdan dimandikan.

2) Menjarang anak

5 pokok dukung anak direbus hingga mendidih.


Apabila suam . dimandikan airnya. Pucuknya dibuat
ulam bersama daun meraga jalil setiap hari.

3) Sakit urat

Pokok dihancurkan menjadi serbuk atau debu.


Dimasak bersama minyak cocos nucifera sebanyak 3
biji. Minyak dibuat urut.

4) Karang batu dan sakit pinggang

Daun dan akar dijemur hingga kering dan direbus. Air


rebusan tersebut diminum 3 kali sehari selepas
makan.

5) Penyakit kuning

Daun sebanyak 15 helai diambil semasa basah dan


digiling lumat, diperah air dan dicampur dengan susu
kambing yang segar.

C) Tembuni kucing

Tembuni kucing atau nama saintifiknya Acalyppha


indica L. Pokok ini adalah sejenis herba yang
mempunyai ketinggian lebih kurang 30 cm . Manakala
daunnya adalah ringkas iaitu panjang daun di antara
3.2-3.4 dan lebar di antara 2.0-2.6 cm.

Khasiat dan penggunaan

1. Ubat selepas bersalin

Rebus pokok tembuni kucing tiap-tiap hari hingga 44


hari. Kemudian air rebusan tersebut diminum dan
dibuat mandi. Diamalkan selama 44 hari.
A. Kemudu besar

Kemudu besar atau nama saintifiknya ialah Morinda elliptica Ridl.


Pokoknya kecil dan mempunyai ketinggian di antara 3-3.6 m.
Pokok ini mempunyai batang berwarna putih, daun ringkas iaitu
11.6-12.7cm panjang dan 3.7-4.2cm lebar. Biasanya pokok
kemudu besar ini tunbuh di kawasan terbuka dan kawasan pantai
yang berbatu.

Khasiat dan penggunaan

1) Ubat sakit jantung

Buah yang masak dimakan atau dihancurkan dibuat jus, campur


1 biji limau kasturi dan seketul garam. Ramuan tersebut diminum
1 kali sehari selepas makan pada waktu malam.

2) Haluskan kulit

Buah yang masak ditumbuk dan diperah airnya. Air tersebut


dimasak bersama santan kelapa dijadikan minyak. Kemudian
minyak tersebut disapu pada muka di malam hari dan jangan
kena matahari.

3) Ubat urat kaki yang timbul

Pucuk dibuat Ulam.

B. Gelam

Gelam atau nama saintifiknya ialah Melaleuca cajuputi


Powell. Pokok adalah kecil , mempunyai ketinggian
24m dan daunnya 5-12 cm. Daun mudanya berbulu
dan bunganya kecil. Biasanya tumbuhan ini hidup di
kawasan berpaya.

Khasiat dan penggunaan

1) Ubat deman kepialu / campak / deman panas

Buah gelam , 7 tangkai dan 7 pokok Phyllanthus nirurr direbus


sehingga

mendidih. Diminum 3 kali sehari sebelum makan.

2)Ubat cacing
Daun 14 helai dicampur daun Mallatus Paniculatus,
daun Olax seconders, daun pandan wangi direbus
sehingga mendidih. Diminum 3 kali sehari sebelum
makan.

F) Mengkudu

Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda


citrifolia L. Pokoknya mempunyai ketinggian kira-kira
3.5m. Daunnya eliptik, berkilat, licin dan susunan
setentang. Tumbuh di kawasan tanah paya
berlumpur.

Khasiat dan penggunaan

1. Bisa hati

Pokoknya dicelur dan dimakan

2) Kanak-kanak kembung

Daun dilayur dan diletakkan pada perut

1. Cacing (kanak-kanak)

Buahnya diperah dalam air garam

G) Kunyit Hidup

Kunyit hidup atau nama saintifiknya ialah Fibraurea


choraleuca.

Kunyit hidup terdiri daripada keluarga menisperamaceae.

Khasiat dan Penggunaan

1) Panaskan Badan

Isinya dicampur air bawang merah, 3 biji ditumbuk dan


direbus sehingga mendidih. Diminum 3 kali sehari selepas
makan.

2) Ubat mata rabun ayam


Isinya dicampur dua helai daun sirih dan ditumbuk hingga
hancur, kemudian ditapis. Dicampur air panas, diperah dan
diminum setiap hari.

3) Ubat pening kepala

Isinya dibuang kulit, dan diparut isinya diperah. Diminum 3 kali sehari

selepas makan.

4)Ubat gastrik

Isi kunyit tua iaitu lebih kurang 3cm panjang diparut dan
diperah airnya. Kemudian dicampur dengan kuning telur
ayam kampung sehingga sebati.

5)Ubat lelah

3 sudu besar madu lebah dicampur air kunyit , diminum


tiap-tiap hari selama sebulan.

H) Gelenggang

Gelenggang atau nama saintifiknya ialah Cassia alata.


Terdiri daripada famili Fabacaea. Pokoknya
mempunyai ketinggian 1.5m. Daunnya panjang 0.5m
dan mempunyai 10 pasang anak daun. Bunganya
pada spika yang tegak dan berwarna kuning. Buahnya
sejanis kekacang dan berwarna hitam apabila masak.

Khasiat dan penggunaan

1. Panau

Daunnya dipotong-potong dicampur dengan air kapur dan


diletak pada kulit yang panau.

2. Sakit perut

Daun dan akarnya direbus dan airnya diminum.

3) Sebagai teh

Daun dimasuk ke dalam air mendidih dan diminun airnya untuk


sihat
badan.

A. Kemunting

Kemunting atau nama saintifiknya ialah Rhdomyyrtus


famentosa Wight Terdiri daripada keluarga Myfaceae.
Pokoknya mempunyai ketinggian hingga 1m.
pokoknya mempunyai bunga yang berwarna merah
jambu. Pokoknya biasa terdapat di kawasan berpasir.

Khasiat dan penggunaan.

1. Sakit perut

Pucuknya dan daun tutup bumi direbus dan airnya


diminum.

2. Rawatan selepas bersalin

Pucuknya dan daun inai, daun hati-hati , daun jambu


batu dan akar tutup bumi direbus airnya dan
diminum untuk mengecut rahimnya.

3) keputihan

Akar dan daun direbus bersama campuran lain dan


diminum.

A. Bunga tahi ayam

Bunga tahi ayam atau nama saintifiknya ialah


Cutharantus roses. Bunga tahi ayam ini merupakan
tumbhan herba yang tumbuh tegak. Daunnya ringkas
dan bersaiz 3-8 cm. Asalnya dari Amerika dan dibawa
ke tanah Melayu untuk dijadikan tanaman tutup
bumi. Tumbuhan ini tumbuh dikawasan berpasir dan
terbuka.

Khasiat dan penggunaanya.

1. Sakit kepala

Bunga putih bersama bunga raya putih diramas dalam air,


dam dijaram kepala.

2. Kencing manis dan darah tinggi


Akarnya digunakan dalam ramuan ubat periuk.

3. Penyakit Asma

Minyak yang terhasil daripada daun bunga tahi ayam


amat berkesan untuk mengeluarkan lendir dan kahak
daripada penghidap asma. Lendir yang menghalang
saluran pernafasan pesakit dapat dikeluarkan dengan
hanya menghidu bau yang terhasil daripada ramasan
atau tumbukan daunnya yang telah dijemur sehingga
setengah kering.

A. Pinang

Pinang atau nama saintifiknya Arecau catechu L.


Pinang ini terdiri daripada famili Arecaceae. Pokok
pinang mempunyai batang yang lurus dan keras.
Pinang ini dapat mengubati pelbagai penyakit.

Khasiat dan penggunaan

1. Ubat cacing

Menggiling setengah biji pinang, setelah halus diseduh


dengan air panas dan garam. Air tersebut diminum.

2. Ubat luka

Sebiji pinang tua ditumbuk halus dan diramas dengan


daun lidah buaya . kemudian ditampalkan pada
tempat yang luka, lakukan dua kali sehari.

A. Petai

Petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong


daripada famili Leguminaceae. Pokok petai yang
terdapat di negara kita adalah daripada 4 spesies
antaranya petai kerayung (Parkia javanica), petai
maranti ( Parkia ingsularis), petai biasa (Parkia
speciosa)dan petai nering ( Parkia sumatrana). Pohon
pokok petai boleh mencapai ketinggian antara 20-30
m. Ukuran lilitan batangnya boleh menjangkau antara
2-5 m.

Khasiat dan penggunaan


1) Penyakit darah tinggi atau kencing manis

Buah petai dijadikan ulam . Ia dikatakan boleh


mengibati penyakit ini.

KESIMPULAN

Pengalaman dan kepakaran masyarakat Melayu tentang


perubatan tradisi melalui tumbuhan telah menarik para
pengkaji untuk mengcungkir lebih banyak rahsia tentang
tumbuhan untuk kegunaan manusia terutamanya dalam
bidang perubatan. Setengah perubatan tradisi dapat
dijelaskan melalui bukti-bukti saintifik, banyak kajian yang
dijalankan berjaya memberi pengesahan terdapat
kebekesanan terapi sediaan-sediaan herba. Selain itu,
tumbuhan ubat-ubatan telah memainkan peranan yang
penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden.

Kepentingan tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-


ubatan moden terbukti dengan penemuan 121 jenis ubatan
yang terhasil daripada 95 spesies tumbuhan. Di antara
contoh ubat-ubatan moden yang berasal daripada
tumbuhan ialah kuinina (Cinchona ledgeriana) untuk
mengubati mamalia. Penemuan ubat-ubatan baru daripada
tumbuhan telah menimbulkan kesedaran baru kepada
pelbagai pihak khasnya syarikat-syarikat Farmaseutikal
daripada negara Barat untuk menjalankan kajian
penyaringan biologi terhadap tumbuhan ubat-ubatan secara
besar-besaran.

BIBLIOGRAFI

  Azahari Ibrahim.Ubat-ubatan Tradisional Melayu.

 Samad Ahmad.1983.Warisan Perubatan Melayu.Dewan Bahasa dan

Pustaka.Kuala Lumpur.

  Azizal Abdul kadir.Disember 1996.Hutan Tropika Malaysia; Sumber


Bahan Herba, Kosmetik dan Farmaseutikal.Dewan Kosmik.

  Dr. Azizah Osman.Julai 1998.Asam Jawa.Dewan Kosmik

  Dr. Ong Hean Chooi.Disember 1998.Malaysia Tabung Fitokimia


Terbesar. Dewan Kosmik.
  Hafilah Yusop.Penggunaan Tumbuhan Kawasan Pantai dalam
Perubatan Tradisi; Kajian Kes di Melaka.Latihan Ilmiah Jabatan
Botani.UKM.

  Mariatini Othman.April 1996.Tumbuhan-tumbuhan Ubatan.Dewan


Kosmik.

  Noriya Mohamad.Kajian Etnobotani Dengan Merujuk Kepada


Tumbuhan Ubatan di Daerah Dungun,Terengganu.Latihan Ilmiah Jabatan
Botani.UKM.

  Razak Haji Lajis.April 1996.Perubatan Tradisional; Antara Manfaat


dengan Risiko.Dewan Kosmik.

  Rohana Mohd.April 1995.Asam Jawa.Majalah Wanita.

  Ramli Abdul Samad.Jun 1997.Khasiat Petai Dalam Perubatan


Tradisional. Dewan Kosmik.

  Wan Normie Hasan.November 1997.Disebalik Warna-warni Bunga,


Cantik,Berseri dan Berkhasiat.Dewan Kosmik.

You might also like