You are on page 1of 18

KUMPULAN 7

SJAMUSM SEMESTER 2021/2022


TAJUK:
BEKALAN DARAH DI HOSPITAL SELURUH MALAYSIA SEMAKIN BERKURANGAN MESKIPUN
KEMPEN DERMA DARAH SERING DIJALANKAN. BINCANGKAN PUNCA
KEMPEN DERMA DARAH TIDAK MENDAPATSAMBUTAN DAN LANGKAH LAIN BAGI
MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MENDERMA DARAH

NAMA AHLI KUMPULAN :

AISHAH BINTI MUHAMMAD 146717 NUR ATHIRAH BINTI CHE’ZAMBELI 148249


ANIS NABILA BINTI AZIZ 142171 WAN NURHALIZA BINTI WAN SABRI 145859
ENG ZHI YING 146455 NOOR ATHIRAH MURNI BT AB AZIZ 148478
NURAISYAH BINTI TAUFIK PANG 147838 NURNADHIRAH BINTI ABDUL RASHID 147934
ATIKAH BINTI ABD ROHIM 141317 VILAKSHINI A/P VASANTHAKUMARAN 145929
NUR SYAFIQAH BINTI ZAINUL 145460
Pengenalan
Aktiviti menderma darah merupakan satu tindakan atau perbuatan yang
berkaitan dengan pengorbanan seseorang kepada orang lain.

Penderma darah merupakan kumpulan yang berpotensi menyumbang kepada


bekalan darah yang sihat dan selamat serta berminat untuk membantu
pengurusan bekalan darah

Individu yang sanggup menderma darah adalah mereka yang berani, positif
malahan juga mengambil berat tentang kesejahteraan orang lain (Ferguson
2015)
Terdapat empat kumpulan darah manusia iaitu kumpulan darah
A, B, AB dan O
Di Malaysia, penderma darah sukarela layak menjadi penderma darah jika mereka
memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:
berumur 18 hingga 60 tahun
tidak menghidapi sebarang penyakit
tidak mengambil ubat, tidur lebih daripada 5 jam sehari
tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit

Namun begitu, aktiviti ini masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan
masyarakat walaupun aktiviti menderma darah kerap dilakukan

Bilangan orang yang ingin menderma darah secara sukarela semakin berkurangan
setiap tahun (Chapman, 2004).

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Haji Mohd Ismail Merican berkata, daripada 1,000
rakyat Malaysia yang layak menderma darah, hanya dua sahaja yang menjadi penderma
darah.

Oleh itu, dalam tugasan ini kami akan merungkai punca aktiviti menderma darah tidak
mendapat sambutan meskipun kempen derma darah telah dilakukan dan mencari
langkah inisiatif lain bagi menggalakkan orang ramai untuk menderma darah.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti punca kempen derma darah kurang mendapat
sambutan daripada orang ramai
menyenarai dan menghurai langkah yang lebih efektif selain
daripada Kempen Derma Darah

METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH KEPUSTAKAAN

KAEDAH KUALITATIF IAITU KAJIAN ARTIKEL DAN SUMBER


INTERNET

ISU KAJIAN
Di Malaysia, menderma darah bukanlah cara hidup
kebanyakan rakyat Malaysia.
Mereka masih tidak menganggap derma darah sebagai
tanggungjawab sosial yang penting.
Ini menyebabkan bekalan darah negara kekal pada tahap
yang tidak stabil, dalam erti kata lain, ia tidak mencukupi.

DAPATAN KAJIAN

PUNCA KEMPEN DERMA


DARAH TIDAK
MENDAPAT SAMBUTAN

Kurang Kesedaran Sambutan Hari


Fobia dengan Jarum
Mengenai Kepentingan Penderma Darah Tidak
Suntikan
Menderma Darah Diuar-uarkan
KURANG KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN MENDERMA DARAH.

PUNCA
KEMPEN
DERMA Tahap kesedaran terhadap kepentingan menderma darah masih rendah
DARAH dalam kalangan rakyat Malaysia.
TIDAK Terdapat juga segelintir kumpulan masyarakat yang ketinggalan mengenai
MENDAPAT maklumat tentang derma darah dan kepentingannya.
Antara kepentingan menderma darah: mengurangkan jumlah zat besi yang
SAMBUTAN berlebihan, mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan sebagainya.
Oleh itu, setiap masyarakat haruslah mengetahui tentang kepentingan
menderma darah kerana setiap perbuatan baik yang kita lakukan sudah pasti
akan mendatangkan manfaat kepada diri sendiri serta sekeliling kita.
Sambutan Hari Penderma Darah Tidak Diuar-uarkan

1. Adakah anda tahu bahawa Hari Penderma Darah disambut oleh


seluruh dunia pada 14 Jun setiap tahun?

2. Kenapa sambutan Hari Penderma Darah tidak dititikberat?


Kurangnya promosi daripada pihak berkuasa dan pihak media
massa.
Ketidakpercayaan terhadap staf atau pengamal pendermaan
darah.
Sikap malas menunggu atau terlalu sibuk bekerja.
Fobia Dengan Jarum Suntikan

Dikenali sebagai trypanophobia di mana seseorang takut denga


prosedur perubatan yang melibatkan jarum
Golongan ini beranggapan bahawa proses menderma darah
tersebut menyakitkan
Fobia ini turut dibentuk hasil daripada peristiwa atau
pengalaman lepas
DAPATAN KAJIAN
LANGKAH LAIN UNTUK MENGGALAKKAN ORANG RAMAI
MENDERMA DARAH

Menaja program Membudayakan Inisiatif pembinaan


derma darah akiviti menderma lebih banyak tabung
darah derma darah
Menaja program
derma darah
Shuns Sheen Lee Trading Sdn. Bhd, The Twin Brothers
& Maestro Swiss Trading menaja produk-produk makanan
dalam program derma darah anjuran
Wartawan Utara Sarawak (NSJA)

Mahsuri Food Sdn. Bhd menjadi penaja kepada Mc Donald's Malaysia menjadi penaja kepada
Persatuan Mesra Pengguna Malaysia Pusat Darah Negara
Membudayakan akiviti menderma darah

N & S W AS T A
KE R A J A A
I N DI VI DU MASYARAKAT
Dorongan daripada orang sekeliling IPTA dan IPTS menawarkan
Mewujudkan keistimewaan kepada pelajar yang
perasaan positif Meningkatkan kolobarasi dengan menderma darah.
klinik kesihatan dan hospital

Contoh: Pelajar USM memperoleh


Contoh: HARI KANTIN SEKOLAH mata merit (MyCSD) setelah
(Kerjasama Pusat Kesihatan Daerah) menderma darah.
Inisiatif pembinaan lebih banyak tabung darah

Meningkatkan pembinaan "Blood Bank" di seluruh Malaysia.

Rakyat tidak membudayakan Tabung darah beroperasi dengan


sistem tabung darah dengan sistem secara perjanjian atau walk-in,
holistik, hal ini berlaku jadi rakyat boleh menderma davrah
demikian kerana warga dengan mudah tanpa menghadapi
Malaysia lebih mengamalkan kekangan masa dengan membuat
kem-kem derma darah. temujanji atau terus walk-in.

Dengan lebih banyak tabung Menderma darah


darah dibina di seluruh melalui tabung darah
Malaysia , ia akan jadi lebih adalah lebih mudah dan
mudah dan fleksibel untuk efisien bagi rakyat
lebih ramai menderma darah sejagat Malaysia.
bila-bila masa sahaja.
Perkaitan Kajian Dengan Elemen St John

1.Pasukan SJAMUSM Melaksanakan Duti Awam


Pihak SJAMUSM boleh menyokong kempen derma darah dengan
menghantar sukarelawan SJAMUSM untuk membantu gerak kerja
penganjur sepanjang program derma darah diadakan.

2. SJAMUSM berkolaborasi dengan "influencer''.


Kempen derma darah boleh diuar-uarkan dengan menjalinkan
kolaborasi antara SJAMUSM dengan mana-mana 'influncer' untuk
memberi pendedahan berkaitan derma darah.
Perkaitan Kajian Dengan Elemen St John

3. SJAMUSM Menyebarkan Kepentingan Menderma Darah di


Laman-Laman Sosial
SJAMUSM menyiarkan kepentingan menderma darah dan
menyangkal maklumat palsu dengan kerjasama pihak jabatan
kesihatan Malaysia menerusi laman-laman media sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

4. SJAMUSM Mengadakan Kolaborasi dengan Syarikat Besar


seperti Shopee
Menawarkan baucar menarik seperti diskaun sehingga 50% atau 50%
pulangan tunai (cashback) bagi individu yang menderma darah.
Kesimpulan
Amalan membudayakan derma darah
kurang mendapat sambutan
kerana kurang diuar-uarkan.
Faktor masalah kesihatan turut mempengaruhi masyarakat untuk tidak
menyahut seruan kempen derma darah.
Masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang derma darah.
Elemen ini amat penting untuk mempengaruhi seseorang supaya
menderma darah.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan kakitangan kesihatan perlu
berganding bahu untuk memberi pendedahan tentang derma darah
kepada masyarakat.
Melalui pendedahan dan pengetahuan yang diberikan akan menarik lebih
ramai masyarakat untuk membudayakan amalan menderma darah.

You might also like