You are on page 1of 18

SERANTA (FELDA)

JABATAN PERDANA MENTERI

BUKU PANDUAN & BORANG PENCALONAN

ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA

(PIALA PERDANA BELIA FELDA MALAYSIA)

A B F M 2 0 1 0

DISEDIAKAN OLEH :

PEJABAT SERANTA (FELDA)


JABATAN PERDANA MENTERI
ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA
(PIALA PERDANA BELIA FELDA MALAYSIA)
ABFM 2010

PENGENALAN

Anugerah Belia FELDA Malaysia (Piala Perdana Belia FELDA Malaysia), merupakan satu
pengiktirafan khas Pejabat Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri bersama FELDA dengan
kerjasama Majlis Belia FELDA Malaysia kepada individu atau organisasi yang terlibat dalam
pembentukan serta pembangunan generasi baru FELDA yang mampu mendokong aspirasi
1Malaysia.

TUJUAN

1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pencapaian warga belia FELDA dalam
segenap lapangan.
2. Merupakan komitmen Kerajaan untuk melonjak gandakan kemampuan dan kecemerlangan
warga belia FELDA.
3. Menggalakkan warga belia FELDA untuk bergiat aktif dan bersama-sama masyarakat
FELDA yang lain, membangunkan tanah rancangan FELDA dalam semua aspek secara
menyeluruh.
4. Menyediakan pewaris 50 tahun ke-2 FELDA yang bersedia, bersemangat dan berakhlak
mulia.
5. Membina belia FELDA berciri glokal yang mampu mendokong aspirasi 1Malaysia.

KATEGORI ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA

1. Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia


Persatuan Belia FELDA yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY),
Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia Negara (KBS) serta bercawangan dengan
Majlis Belia FELDA Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek;
persatuan & keorganisasian (pengurusan & pentadbiran), terlibat dengan pembangunan
pendidikan dan kemahiran belia, bergiat dan menyumbang kepada pergerakan sukan
dan kebudayaan, melaksanakan usaha membanteras gejala sosial, pembangunan
program & projek, khidmat masyarakat, kerohanian & kesukarelaan serta cemerlang
aspek pencapaian & usaha.

2
2. Persatuan Belia Terbaik Bidangan
Ia merupakan aspek dalam penilaian Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA
Malaysia. Persatuan yang merebut Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA
Malaysia secara automatik akan dinilai untuk pengiktirafan Persatuan Belia Terbaik
Bidangan. Ada enam (6) bidangan iaitu Terbaik Pentadbiran & Pengurusan, Pendidikan
& Kemahiran, Sukan & Kebudayaan, Pembangunan Ekonomi, Khidmat Masyarakat,
Kerohanian & Kesukarelaan dan Membanteras Gejala Sosial.

3. Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis FELDA Malaysia


Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki dan perempuan) yang banyak berjasa
samada secara individu atau berkumpulan dalam memimpin untuk menggerakkan belia
dan dalam meningkatkan taraf keseluruhan persatuan terbabit ataupun masyarakat
sekitar.

4. Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani FELDA Malaysia


Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan berasaskan
pertanian atau penternakan serta menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran
masyarakat setempat samada secara langsung atau tidak.

5. Anugerah Usahawan Jaya Belia Industri FELDA Malaysia.


Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan berasaskan
perindustrian atau pembuatan serta menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran
masyarakat setempat samada secara langsung atau tidak.

6. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia


Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai
kejayaan tertinggi atau luar biasa dalam bidang pelajaran, pendidikan dan kemahiran.
Selain ia memberi manfaat kepada diri calon, ia juga menjadi inspirasi yang positif dan
menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Pengiktirafan ini diberikan
kepada calon yang berjaya di dalam pendidikan dan calon tersebut sekurang-kurangnya
pemegang Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, calon juga harus mempunyai komitmen yang
tinggi di dalam rancangan beliau sendiri.

3
7. Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA Malaysia
Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai
kejayaan tertinggi atau luar biasa dalam bidang sukan serta menyumbang kepada
kesejahteraan dan pembangunan masyarakat setempat.

8. Anugerah Pencapaian Kesenian Belia FELDA Malaysia


Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai
kejayaan tertinggi atau luar biasa dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta
menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan masyarakat setempat.

9. Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia


Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang dikategorikan
sebagai insan istimewa. Calon mestilah seorang yang mencapai tahap dan sumbangan
kepada / dalam masyarakat yang membanggakan.

10. Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM


Ia adalah pengiktirafan khas ABFM kepada individu (lelaki atau perempuan) yang layak
dinobatkan sebagai tokoh yang telah menyumbang daya usaha, tenaga dan masa
kearah membangunkan Generasi Baru FELDA terutamanya belia dari pelbagai perspektif
yang memberi faedah dan kesan kepada usaha memartabatkan masyarakat FELDA di
Malaysia.

12. Anugerah Khas ABFM; Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik


Ia merupakan pengiktirafan khas ABFM kepada Majlis Belia FELDA Wilayah yang telah
berjaya dalam mentadbir urus serta boleh menjadi contoh kepada MBF Wilayah yang
lain. Selain itu, dengan pengiktirafan khas ini diharap dapat memberi motivasi dan
galakan kepada pengurus, peneroka FELDA serta generasi baru untuk bersama-sama
menjadikan MBF Wilayah mereka yang terbaik dari semua aspek termasuklah
pentadbiran, pengurusan, program, kesatuan dan kerjasama di dalam rancangan.

4
KRITERIA PENILAIAN

1. Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia

1.1 Aspek Persatuan & Keorganisasian (60 %)

a. Pengurusan & Pentadbiran (25 %)


o Laporan Mesyuarat Agung (bagi tahun sebelum penilaian).
o Laporan Kewangan (bagi tahun sebelum penilaian).
o Pengurusan bilik gerakan / pejabat / rumah persatuan.
o Fungsi dan tugas yang dimainkan oleh biro-biro yang wujud dalam
persatuan.
o Tahap persefahaman dan ukhuwah sesama ahli persatuan dan dengan
masyarakat setempat.
o Tahap kecekapan pendokumentasian; fail-fail mesyuarat, biro-biro dan
jawatankuasa, program-program, surat menyurat dan sebagainya.
o Penilaian kepada peranan dan pencapaian ahli jawatankuasa dalam
menggerakkan persatuan mengikut portfolio masing-masing.
o Penglibatan ahli PERSADA dalam membantu menggerakkan persatuan.
o Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut
maklumat tambahan yang diperolehi.

b. Pendidikan & Kemahiran (10 %)


o Penilaian kepada penglibatan persatuan dan ahli persatuan belia FELDA
terhadap hal berkaitan pendidikan dan pembangunan kemahiran.
o Kesungguhan persatuan dan ahli persatuan membangunkan pendidikan dan
kemahiran dengan mengambil inisiatif menghantar ahli menyertai kursus-
kursus anjuran kerajaan dan swasta.
o Peranan persatuan dalam menggerakkan usaha menjayakan Skim Tuisyen
FELDA, Baucher Tuisyen FELDA dan menggalak penglibatan ahli persatuan
dan warga belia untuk menyertai Skim Latihan Kemahiran tajaan FELDA.
o Juga sejauhmana persatuan dan ahli persatuan menganjurkan aktiviti seperti
kelas tambahan & tuisyen, kelas-kelas kemahiran, usahasama penganjuran
kursus-kursus jangka pendek & sederhana; masakan, jahitan, dandanan,
pertanian, pertukangan, komputer dan sebagainya dengan kerjasama
agensi-agensi kerajaan dan swasta.
o Sumbangan persatuan dan ahli persatuan kepada ahli-ahli dan masyarakat
dalam bidang pendidikan dan lanjutan pembelajaran.
(Sumbangan kewangan, khidmat nasihat, sokongan dan sebagainya).

5
o Perancangan dan visi persatuan terhadap pembangunan pendidikan &
kemahiran ahli persatuan dan warga belia FELDA di dalam tanah rancangan.
o Senarai ahli persatuan dan warga belia FELDA yang memiliki sijil
kemahiran, sijil pendidikan dan yang sedang dalam kursus untuk
mendapatkan pengiktirafan sijil kemahiran atau pendidikan (Pusat-pusat
pembelajaran / ilmu, kolej, maktab, Institiut Pengajian Awam dan Swasta,
Universiti, Kolej Universiti dan sebagainya di dalam atau di luar negara).
o Pengiktirafan yang pernah diterima dalam usaha ini.
o Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut
maklumat tambahan yang diperolehi.

c. Sukan & Kebudayaan (10 %)


o Pencapaian sukan dan kebudayaan persatuan dan ahli persatuan peringkat
(FELDA); kawasan, zon, wilayah, kebangsaan dan di peringkat DUN,
parlimen, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
o Sumbangan / penglibatan sukan dan kebudayaan persatuan dan ahli
persatuan peringkat (FELDA); kawasan, zon, wilayah, kebangsaan dan di
peringkat DUN, parlimen, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
o Pembangunan program kesukanan dan kebudayaan di tanah rancangan
FELDA masing-masing.
o Perancangan dan visi persatuan terhadap pembangunan pendidikan &
kemahiran ahli persatuan dan warga belia FELDA di dalam tanah rancangan.
o Senarai kelab sukan dan kelab kebudayaan yang wujud di FELDA masing-
masing. (Kelab badminton, catur, futsal, motosikal & kereta, kompang, silat,
tarian, nasyid, hadrah, marhaban dan lainnya).
o Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut
maklumat tambahan yang diperolehi.

d. Membanteras Gejala Sosial (10 %)


o Penyediaan semua laporan, data-data dan angka dari semua agensi
berkaitan tentang masalah sosial tempatan (FELDA terbabit) contoh agensi :
PDRM, AADK, PDK, PEMADAM, Prostar, Pejabat Kesihatan dan
sebagainya.
o Usaha persatuan dan ahli persatuan dalam membanteras gejala sosial
seperti menubuhkan atau menyertai pasukan-pasukan bebas pemantauan
seperti RELA, Pasukan Wataniah, Pasukan Sukarelawan Polis, Rakan Cop,
PROSTAR, PEMADAM dan sebagainya.
o Perancangan dan visi persatuan terhadap aspek membanteras gejala sosial
ini.
o Kejayaan sifar penagih dadah akan diberi perhatian untuk kriteria ini.
6
o Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut
maklumat tambahan yang diperolehi.

e. Penilaian Khas (5 %)
o Logo, bendera, visi & misi, uniform / pakaian rasmi dan lagu.
o Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut
maklumat tambahan yang diperolehi.

1.2 Pembangunan Program & Projek (10 %)


a. Semua projek dan program (ekonomi dan sosial) yang sedang, telah dan akan
dilaksanakan.
b. Program penerangan 1Malaysia
c. Pelan, mesyuarat dan dokumentasi berkaitan perancangan atau perlaksanaan
program.
d. Kesan dan sumbangannya kepada ahli persatuan, warga belia dan masyarakat.
e. Penglibatan persatuan, ahli persatuan, warga belia dan masyarakat di peringkat
setempat dan kawasan sekitar.
f. Pengiktirafan oleh pemimpin setempat / badan-badan berkelayakan.
g. Disokong oleh bukti dalam bentuk fail, minit mesyuarat, gambar, video dan sijil
penghargaan.
h. Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut maklumat
tambahan yang diperolehi.

1.3 Khidmat Masyarakat & Kesukarelaan (10 %)


a. Penglibatan persatuan, ahli persatuan dan warga belia dalam program
kemasyarakatan, kesukarelaan dan keagamaan di dalam FELDA masing-masing.
Misalnya; sebagai AJK masjid, badan sahsiah, pasukan keselamatan kampung,
PIBG dan sebagainya.
b. Sumbangan persatuan, ahli persatuan dan warga belia dalam menjayakan program-
program kemasyarakatan, kesukarelaan dan keagamaan yang mencakupi
pembangunan kerohanian dan peningkatan patriotisme di peringkat kampung, DUN,
parlimen, daerah, negeri dan seterusnya.
c. Jumlah program kemasyarakatan, kesukarelaan dan keagamaan yang pernah
dilaksanakan / dianjurkan / dikelolakan oleh / dengan kerjasama persatuan atau ahli
persatuan atau warga belia di FELDA masing-masing. Hal ini termasuklah kegiatan
seperti gotong-royong, projek keceriaan, penyelenggaraan harta awam, kerohanian,
RELA, PDK, Rukun Tetangga, Skuad Waja FELDA dan sebagainya.
d. Sejauhmana kewujudan persatuan, sumbangan ahli persatuan dan warga belia
diiktiraf oleh masyarakat setempat.

7
e. Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut maklumat
tambahan yang diperolehi.

1.4 Pencapaian & Pengiktirafan (10 %)


a. Penglibatan persatuan, ahli persatuan dan warga belia; termasuk pencapaian dan
usaha yang dijalankan dalam hal ekonomi, sukan, kebudayaan, kemasyarakatan,
dan sebagainya.
b. Peringkat pencapaian sama ada rancangan, daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
c. Kebolehan / kemampuan persatuan, ahli persatuan atau warga belia untuk dijadikan
contoh / ikutan oleh persatuan-persatuan atau warga belia lain terutamanya dalam
tanah rancangan FELDA yang lain.
d. Perlaksanaan program mendapat kerjasama dan penglibatan daripada seluruh
masyarakat tempatan / luar dan badan-badan kerajaan, swasta dan NGO.
e. Penghargaan kepada persatuan, ahli persatuan atau warga belia yang diterima
daripada pemimpin atau badan-badan berkelayakan bagi pengiktirafan untuk
program-program yang dianjur atau kejayaan mengelolakan program atau kerjasama
yang telah diberikan.
f. Sejauh mana usaha yang digembleng oleh persatuan, ahli persatuan, warga belia
serta masyarakat dalam mencapai kejayaan tersebut.
g. Kejayaan / pencapaian khas yang membanggakan mengikut peringkat;
antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah dan seterusnya.
h. Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut maklumat
tambahan yang diperolehi.

1.5 Keunikan & Persediaan (10 %)


a. Persatuan dinilai dari aspek keunikan sesuatu program, projek, aset atau
pembangunan yang tiada di tempat lain atau ia mempunyai ciri-ciri kelainan.
b. Sambutan yang diadakan ketika Jawatankuasa Penilai datang menilai.
c. Kreativiti keseluruhan semasa sesi penilaian berlangsung.
d. Pembentangan yang dibuat oleh pengerusi / wakil persatuan.
e. Penglibatan VIP (Ahli Parlimen, ADUN, Pegawai Daerah, Penghulu dan
sebagainya).
f. Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut maklumat
tambahan yang diperolehi.

8
2. Persatuan Belia Terbaik Bidangan;
- Pentadbiran & Pengurusan,
- Pendidikan & Kemahiran,
- Sukan & Kebudayaan,
- Pembangunan Ekonomi,
- Khidmat Masyarakat, Kerohanian & Kesukarelaan,
- Membanteras Gejala Sosial

a. Kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai mengikut maklumat
tambahan yang diperolehi.

3. Anugerah Kepimpinan Terbilang (Belia & Beliawanis) FELDA Malaysia

3.1 Sumbangan dan Penglibatan (30 %)


a. Peranan yang dimainkan dan bakti yang telah digerakkan ke arah kerja-kerja belia
FELDA.
b. Kerjasama yang telah diberikan dalam melaksanakan program-program belia di
semua peringkat (Antarabangsa, Nasional, Negeri, Daerah dan FELDA).
c. Kerjasama dan bantuan kepada aktiviti-aktiviti persatuan belia FELDA dan
mempromosi gagasan 1Malaysia.

3.2 Kualiti Diri (30 %)


a. Kemantapan mengurus diri, sumber kemahiran, pintar bermasyarakat dan
sebagainya.
b. Pencapaian sahsiah diri; jujur, berakhlak, hormat dan menghargai orang lain.
c. Kegigihan dan kesunggguhan menyumbang kepada pembangunan masyarakat
FELDA.
d. Kesungguhan kepimpinan, bina perhubungan manusia dan organisasi.

3.3 Pencapaian (20 %)


a. Sijil / pengiktrafan rasmi yang telah diperolehi.
b. Ketetapan hasil yang diperolehi, berfaedah dan menaikkan imej diri, masyarakat
FELDA dan lainnya.
c. Pengiktirafan dan sokongan masyarakat.

9
3.4 Tahap Usaha, Tugas dan Perjuangan (20 %)
a. Kepentingan usaha, tugas atau perjuangan kepada masyarakat FELDA samada dari
segi faedah, idea dan penyelesaian masalah. Usaha ini mestilah diiktiraf oleh
kerajaan atau FELDA.
b. Tahap pengorbanan dan kesulitan yang dilalui untuk menjayakan usaha atau
perjuangan. Hal ini merujuk kepada kesulitan, pengorbanan wang, masa dan tenaga.
c. Sokongan dan perspektif penilaian yang tinggi oleh masyarakat FELDA.

Nota : Juga kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai
mengikut maklumat tambahan yang diperolehi.

4. Anugerah Usahawan Jaya (Tani & Industri) Belia FELDA Malaysia

4.1 Latar belakang Projek (20 %)


a. Keunikan dan keberkesanan projek yang dijalankan kepada masyarakat setempat.
b. Dilaksanakan atau tapak perniagaan di dalam / luar kawasan FELDA.
c. Bagaimanakah ia bermula; khidmat nasihat, cetusan dan sumbangan / bantuan
badan-badan berkaitan (FELDA, MARA, bank-bank dan lainnya).
o Dokumen / bukti sokongan.

4.2 Kemajuan syarikat (20 %)


a. Jumlah modal dan sumber modal / mengembangkan perniagaan.
b. Nilai urus niaga tahunan.
c. Untung / rugi (3 tahun).
d. Sistem pengurusan syarikat / perniagaan.
e. Bilangan pekerja terutama dalam kalangan ahli belia, warga belia & masyarakat
setempat.

4.3 Sumbangan Sosial (20 %)


a. Sumbangan kepada persatuan terhadap keuntungan projek samada dalam bentuk
kewangan, barangan atau perkhidmatan.
b. Sumbangan dalam bentuk khidmat nasihat / ceramah keusahawanan kepada
masyarakat setempat / luar.
c. Sejauhmana masyarakat menghargai, membanggai dan mendapat manfaat daripada
pengembangan perniagaan.

10
4.4 Daya Usaha & Kegigihan (20 %)
a. Latar belakang keluarga dari segi tempat tinggal, pekerjaan & pendapatan.
b. Latar belakang calon dari segi pendidikan, pengalaman & dorongan diri.
c. Kesukaran yang pernah dihadapi dan cara mengatasinya dalam mewujudkan,
menjalankan dan mengembangkan perniagaan.
o Dinamik dan kreatif dalam merancang & melaksana strategi.
o Mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai kejayaan.

4.5 Pencapaian & kejayaan (20 %)


a. Anugerah atau sijil-sijil pengiktirafan yang diterima.
b. Bonus bagi keanggotaan dalam koperasi rancangan atau KPF.
c. Memegang jawatan penting dalam badan-badan di rancangan atau NGO lain.

Nota : Juga kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai
mengikut maklumat tambahan yang diperolehi.

5. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia

5.1 Pengiktirafan & Sumbangan (50 %)


a. Sejauh mana kejayaan mendapat pengiktirafan masyarakat melalui hasil kerja /
projek yang dilaksanakan seperti penyertaan expo / bengkel pendidikan, penulisan
artikel, pembentangan kertas kerja, pertandingan dan sebagainya.
b. Sumbangan sebagai ahli persatuan / warga belia kepada persatuan dan
pembangunan pendidikan di rancangan FELDA.
c. Pencapaian istimewa yang membanggakan.
d. Sejauah mana kegigihan, daya usaha dan kesungguhan diri dapat diteladani oleh
warga belia & masyarakat.
e. Tumpuan yang diberikan terhadap rancangan sendiri / kerjaya kini.

5.2 Latar belakang & Pencapaian (30 %)


a. Sejarah diri & keluarga
b. Kelayakan akademik yang terpuji.
c. Kelayakan kemahiran vokasional yang diperoleh. Termasuk tempat memperloleh
kemahiran, jenis & jumlah kemahiran yang ada.
d. Sejarah akademik sekolah rendah, menengah dan IPT.

11
5.3 Tahap Usaha, Cabaran & Kepayahan (20 %)
a. Usaha dan tahap kepayahan dalam memperolehi kejayaan.
b. Tahap pencapaian atau anugerah diterima.
c. Pencapaian peperiksaan dan penilaian penting seperti UPSR, PMR / SRP, SPM /
SPMV, STPM, Sijil-sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.

Nota : Juga kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai
mengikut maklumat tambahan yang diperolehi.

6. Anugerah Pencapaian (Sukan & Kesenian) Belia FELDA Malaysia

6.1 Syarat umum


a. Jenis dan jumlah sukan / kesenian yang disertai.
b. Anugerah dan pencapaian yang diperoleh.
c. Potensi menyerlah di peringkat lebih tinggi.
d. Sumbangan terhadap pembangunan sukan / kesenian di rancangan sendiri.
e. Bukti / dokumentasi pencapaian yang diperoleh

Nota : Juga kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai
mengikut maklumat tambahan yang diperolehi.

7. Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia

a. Calon daripada kalangan golongan istimewa atau kurang upaya yang mempunyai
bakat luar biasa dan membanggakan di pelbagai peringkat.
b. Berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya di Jabatan Kebaikan Masyarakat atau
mendapat sokongan daripada pengurus.
o Dokumen (Kad OKU) / bukti sokongan.

Nota : Juga kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Penilai
mengikut maklumat tambahan yang diperolehi.

8. Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM


Pengiktirafan khas.

12
SYARAT-SYARAT PENCALONAN

1. Calon mestilah warganegara Malaysia dan merupakan warga FELDA.


2. Calon mestilah ahli berdaftar dengan MBFM
3. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 31 Disember tahun penganugerahan kecuali bagi
kategori Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM.
4. Permohonan mestilah dicalon dan disokong oleh pihak FELDA di tanah rancangan asal
dan Majlis Belia FELDA wilayah.
5. Keahlian pemohon tidak pernah digantung oleh mana-mana pihak persatuan
6. Pemohon juga wajib mengemukakan perkara-perkara berikut:
6.1 Resume.
6.2 Kad pengenalan (individu) / sijil pendaftaran (persatuan)
6.3 Sijil / dokumen pencapaian.
6.4 Dokumen sokongan; gambar, sijil atau perakuan dan sebagainya.
6.5 Laporan ringkas kejayaan.
6.6 Mengisi lengkap borang permohonan penilaian.
6.7 Syarat tambahan;

6.7.1 Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia & Persatuan Belia
Terbaik Bidangan
a. Calon persatuan mestilah berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY),
Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia Negara (KBS) dan bercawangan dengan
Majlis Belia FELDA Malaysia
b. Permohonan mestilah dicalon dan disokong oleh pihak FELDA di tanah rancangan
asal calon dan oleh Majlis Belia FELDA wilayah serta RGM
c. Minit Mesyuarat Bulanan
d. Laporan terakhir (2009/2010)
e. Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak ke peringkat seterusnya.
f. Pencalonan ke peringkat kebangsaan mestilah telah disahkan di peringkat FELDA
wilayah (Seranta (FELDA) Negeri, FELDA Wilayah, Majlis Belia FELDA Wilayah)
g. Johan Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia / Penerima anugerah
individu ABFM tahun sebelum tidak layak untuk dicalonkan pada tahun berikutnya.

6.7.2 Anugerah Usahawan Jaya (Tani & Industri) Belia FELDA Malaysia
a. Penyata Kewangan yang disahkan oleh institusi kewangan bagi tempoh 2 tahun
terakhir termasuk tahun yang dinilai.

6.7.3 Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM


a. Mendapat pengesahan daripada Pengerusi Bersama ABFM.

13
BENTUK ANUGERAH

1. PEMENANG PERINGKAT KEBANGSAAN

1.1 Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia


a. JOHAN
o Wang tunai RM 10,000.00.
o Bantuan aktiviti bernilai RM 6,000.00.
o Piala pusingan.
o Piala iringan.
o Sijil penghargaan.
o 80 orang ahli persatuan akan diberi hadiah mengikuti pakej Program Belajar
Sambil Lawatan (PBSL) ke Kuala Lumpur & Putrajaya.

b. NAIB JOHAN
o Wang tunai RM 5,000.00.
o Bantuan aktiviti bernilai RM 4,000.00.
o Piala iringan.
o Sijil penghargaan.
o 80 orang ahli persatuan akan diberi hadiah mengikuti pakej Program Belajar
Sambil Lawatan (PBSL) ke Kuala Lumpur & Putrajaya.

c. KE TIGA
o Wang tunai RM3,000.00.
o Bantuan aktiviti bernilai RM 2,000.00.
o Piala iringan.
o Sijil penghargaan.
o 80 orang ahli persatuan akan diberi hadiah mengikuti pakej Program Belajar
Sambil Lawatan (PBSL) ke Kuala Lumpur & Putrajaya.

14
1.2 Anugerah Persatuan Terbaik Bidangan
- Pentadbiran & Pengurusan
- Pendidikan & Kemahiran,
- Sukan & Kebudayaan,
- Pembangunan Ekonomi,
- Khidmat Masyarakat, Kerohanian & Kesukarelaan,
- Membanteras Gejala Sosial

Setiap pemenang akan menerima;


a. Wang tunai RM 3,000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.2.1 Saguhati Penghargaan (Persatuan)


Persatuan Belia FELDA yang telah layak ke penilaian akhir peringkat kebangsaan akan
menerima saguhati berupa;
a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
b. Sijil penghargaan.

1.3 Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia & Beliawanis FELDA Malaysia


a. Wang tunai RM 4,000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.4 Anugerah Usahawan Jaya (Tani) Belia FELDA Malaysia


a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.5 Anugerah Usahawan Jaya (Industri) Belia FELDA Malaysia


a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.6 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia


a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

15
1.7 Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA Malaysia
a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.8 Anugerah Pencapaian Kesenian & Kebudayaan Belia FELDA Malaysia


a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.9 Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia


a. Wang tunai RM 1,500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.10 Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM


a. Wang tunai RM 4,000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.11 Anugerah Khas ABFM; Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik


a. Wang tunai RM 4,000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

2. PEMENANG PERINGKAT WILAYAH

2.1 Setiap calon Persatuan yang terpilih menjadi wakil FELDA Wilayah masing-masing akan
menerima insentif bernilai RM 1,000.00 dan sijil

16
KEPUTUSAN

1. Satu (1) buah Persatuan yang telah dinilai / dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian
Anugerah Belia FELDA Malaysia Peringkat Wilayah akan ke penilaian peringkat
kebangsaan untuk merebut Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia dan
Anugerah-Anugerah Persatuan Belia Terbaik Bidangan.
2. Anugerah bagi kategori individu adalah pencalonan yang tiada had.
3. Keputusan Jawatankuasa Penilaian adalah muktamad selepas diputuskan oleh
Pengerusi Bersama ABFM.
4. Penerima-penerima Anugerah bagi semua kategori akan diumumkan di Karnival Ikatan
Hati Warga FELDA (IKTIRAF) yang akan dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri.

17
Setiap pencalonan hendaklah melalui borang yang disediakan dan dimajukan kepada;

URUSETIA ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA


(Piala Perdana Belia FELDA Malaysia)
SERANTA (FELDA), JABATAN PERDANA MENTERI,
ARAS 2, BLOK BARAT, BANGUNAN PERDANA PUTRA,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA.
TEL : 03 – 8872 4408 / 4427 / 4423
FAX : 03 – 8888 6632 / 8890 2681

18

You might also like