You are on page 1of 19

Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India

Suthanthiradevi A/P J.N.J.Money

Master Sains

Jabatan Pengajian Melayu,

ABSTRACT

This study seeks to find out the the effects of mother-tongue – otherwise referred to as L1
intterference in the process of learning Malay- otherwise referred to as L2 among Indian students in
Buntung, Perak. Research conducted made use of students’ written composition, produced in a
formal classroom learning situation, their oral communication in BM and answers to a questionnaire
given at the end of the study.

Results of the content analysis on the subjects’ written compositions produced in a formal
class-learning situation indicates that vowel replacement in L2 is highly correlated with similar lexical
items prevalent in L1 interference is apparent in verb fronting and how conjunctions such as
language transfer also occurs at the semantic level, where meaning in L1 is imposed on L2.

Analyses of subjects’ oral communication reveals frequent use of L1 glottal stops /?/ for many
L2 root words and words with affixes. On the other hand, the phenomenon of code-mixing in L1 and
L2 is detected especially in the construction of interrogatives.

In an informal learning situation where data is collected by means of questionnaires, it is


noted that the most dominant element of MT extralinguistics interference is language used
everyday. Suggestions put forward in this study include the use of enrichment and reinforcement
activities in L2 .

Latar belakang Kajian

Matlamat kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya
daripada peringkat pengajian dasar hingga ke peringkat pengajian tinggi, jelas terlaksana secara
menyeluruh mulai tahun 1983. Walaupun penggunaan bahasa Melayu sudah begitu meluas di dalam
dan di luar sekolah, namun tanda-tanda menunjukkan bahawa sebahagian murid-murid di negara ini
masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka khususnya masyarakat bukan Melayu.

Penyataan masalah

Daripada tinjauan awal yang dibuat oleh pengkaji di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)) Gunung
Rapat, Ipoh di Daerah Kinta, memang terdapat berbagai-bagai masalah dalam mempelajari bahasa
Melayu oleh murid-murid berketurunan India. Antara masalah yang timbul dan dapat dikesan
secara am ialah murid-murid India menghadapi masalah sebutan huruf ‘r’ semasa pembelajaran
bahasa Melayu. Didapati juga tidak semua guru bahasa Melayu berminat untuk mengajar mata
pelajaran tersebut di SJK(T).

Sehubungan dengan pengaruh bahasa ibunda bagi pembelajaran bahasa Melayu di SJK(T) itu
juga, suatu fenomena dapat dikesan. Murid-murid India menghadapi masalah menggunakan vokal-
vokal atau konsonan-konsonan tertentu bahasa Melayu yang agak asing kepada mereka. Apabila
kata-kata Melayu atau kata-kata pinjaman dari bahasa lain dituturkan berlaku perubahan bunyi-
bunyi vokal dan konsonan yang terhampir dengan bahasa Tamil. Bahasa ibunda murid-murid India
dirasakan mengganggu sebutan baku bahasa Melayu.

Pertukaran bunyi-bunyi tertentu mengakibatkan terjadinya proses penggantian konsonan, proses


penghilangan konsonan dan proses menambah bunyi hentian glottis. Masalah percampuran kod
(code mixing) antara bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut membantutkan pembelajaran
bahasa Melayu murid-murid India. Masalah ini berkait dengan kemunculan unsur-unsur linguistik
bahasa ibunda dari semasa ke semasa ketika murid-murid berkenaan menggunakan bahasa Melayu.

Kelainan struktur ayat bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut mempengaruhi proses
pembelajaran bahasa murid-murid India. Kelainan-kelainan tersebut tertumpu kepada Hukum DM
(diterangkan-menerangkan) dalam kedudukan frasa nama dalam ayat. Binaan ayat biasa (Subjek +
Predikat) bahasa Melayu mengutamakan frasa nama pada awal ayat. Manakala binaan ayat bahasa
Tamil lebih mementingkan struktur Predikat + Subjek dengan kedudukan frasa nama diletak
ditengah atau di akhir ayat.

Objektif kajian

Kajian ini mengemukakan tiga objektif seperti yang berikut:


1. Untuk mengenal pasti pengaruh bahasa ibunda yang terdapat dalam penulisan karangan
bahasa Melayu murid-murid India.

2. Untuk mengenal pasti unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdapat dalam pertuturan
murid-murid India semasa mereka mempelajari bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

3. Untuk menentukan pemboleh ubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di kalangan
murid India.

Soalan Kajian

Kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang berikut:

Sejauh manakah unsur-unsur linguistik bahasa ibunda (leksikal, makna kata, imbuhan dan binaan
ayat) mempengaruhi markah ujian karangan murid-murid India?

Apakah unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdapat dalam pertuturan percampuran kod
bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid India?

Sejauh manakah perbezaan kekerapan pembolehubah-pembolehubah mempengaruhi penggunaan


bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa murid-murid India itu?

Kepentingan kajian

Kajian ini penting kepada pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan, hasil
kajian ini nanti difikirkan boleh dijadikan panduan untuk sebarang perubahan kurikulum yang
hendak dilakukan. Ia dapat dan mungkin boleh dijadikan sebagai asas untuk mengadakan sebuah
buku panduan atau rujukan untuk guru-guru bahasa yang hendak mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu di SJKT.

Kajian ini berfaedah untuk menjelaskan perbezaan struktur bahasa ibunda murid-murid India
dengan bahasa Melayu. Bidang bermasalah akibat perbezaan tersebut dapat diketahui melalui
perincian hasil penulisan murid-murid India. Maklumat daripada perincian itu dapat membantu guru
meramalkan masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Selanjutnya guru dapat melakukan kerja
pembetulan latihan bahasa dengan lebih berkesan.
Kajian ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah
khususnya di SJKT. Juga menjadi panduan kepada Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Pihak panitia boleh memikirkan cara mengintepretasi kandungan kurikulum ke dalam bentuk yang
sesuai dengan latar belakang murid-murid India.

Batasan kajian

Subjek kajian jenis deskriptif ini terbatas kepada murid-murid India yang sedang belajar di SJKT
Sg.Pari dan SJKT Methodist, Buntung, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Mereka terdiri daripada murid-
murid tahun enam sahaja.

Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu yang hendak dikaji
dibataskan kepada dua unsur utama. Unsur pertama ialah unsur-unsur linguistik yang merangkumi
aspek leksikal, makna kata, imbuhan dan binaan ayat dalam aspek penulisan dan pertuturan murid-
murid India. Unsur kedua ialah unsur-unsur ekstralinguistik yang merangkumi aspek penggunaan
bahasa harian, pendedahan bahasa dan sikap murid-murid India terhadap bahasa Melayu.

Definisi Operasional

1. Pengaruh bahasa ibunda

Unsur-unsur linguistik bahasa pertama (Tamil) yang diserap ke dalam penulisan atau pertuturan
bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut hadir dalam bentuk fonem, morfem, semantik, frasa atau
sintaksis.

Unsur-unsur ekstralinguistik bahasa pertama (Tamil) yang bersifat positif atau negatif terhadap
pembelajaran bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut ialah penggunaan bahasa harian, sikap dan
pendedahan bahasa murid-murid India.

2. Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda etnik Melayu. Nama ‘Bahasa Malaysia’ mula digunakan secara
meluas selepas 13 Mei 1969 untuk tujuan politik, iaitu untuk menanamkan perasaan milik bersama
terhadap bahasa itu di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Baru-baru ini pada tahun
1992, nama bahasa Malaysia telah ditukar semula kepada bahasa Melayu.

3. Proses Pembelajaran Bahasa Melayu

Proses pembelajaran bahasa Melayu merujuk kegiatan memperoleh ilmu pengetahuan bahasa
Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyentuh proses pembelajaran yang berlaku pada struktur
ayat dan pemilihan kata.

Dalam konteks kajian ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini ialah murid-murid
India cuba memperolehi dan memanfaatkan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.

Tinjauan Literatur

Ringbow (1976:1-14) telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda dalam proses
mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish dan Finnish dijadikan subjek kajian.
Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada akhir kajian
beliau mendapati murid-murid Finnish kurang dipengaruhi pemindahan bahasa ibunda berbanding
murid-murid Swedish. Murid-murid Swedish hidup dalam masyarakat yang menggunakan bahasa
Sweden sebagai bahasa harian, manakala murid-murid Finnish hidup dalam masyarakat multilingual.
Ternyata Ringbom menghubungkan dapatannya dengan faktor persekitaran bahasa murid-murid
berkenaan. Beliau merumuskan bahawa faktor persekitaran bahasa memainkan peranan yang
penting dalam pemerolehan bahasa kedua.

Sikap mempelajari bahasa kedua pernah juga dikaji oleh Nguyen (1987:110-112). Responden
beliau ialah murid-murid Asia- Amerika. Mereka terdiri daripada murid-murid Filipina, Cina, Jepun,
Korea dan Vietnam. Kajian beliau dibahagikan kepada dua peringkat. Di peringkat yang pertama
beliau menggunakan soal selidik. Di peringkat kedua pula beliau telah menjalankan satu kajian mikro
ke atas murid-murid Cina.

Kajian peringkat pertama menunjukkan murid-murid Asia-Amerika tidak menyenangi


pembetulan kesalahan bahasa yang dilakukan secara langsung. Di samping itu, mereka mempelajari
bahasa Inggeris kerana dorongan motivasi instrumental. Mereka lebih berminat mempelajari bahasa
Inggeris secara berkelompok. Pembelajaran bahasa menggunakan cara demikian boleh
mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama antara mereka.
Di peringkat kedua kajian Nguyen (1987) telah membandingkan sikap murid-murid Cina
Kantonis terhadap bahasa ibunda dan bahasa keduanya. Beliau juga ingin mengenal pasti kaedah
pengajaran bacaan yang digunakan oleh murid-murid tersebut.

Beliau mendapati bahawa murid-murid yang bersikap bangga dengan bahasa ibunda mereka lebih
gemar menggunakan Kaedah Terjemahan. Bagi murid-murid yang tidak bersikap demikian Kaedah
Terus adalah lebih sesuai.

Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua
seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-murid India. Persekitaran bahasa
murid-murid tersebut masih didominasi oleh bahasa Tamil. Bahasa tersebut digunakan sebagai
bahasa harian terutama dalam berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada suku yang
sama. Keamatan penggunaan bahasa ibunda ini tidak hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa
pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa
(Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981). Hal demikian terjadi kerana persepsi mereka tentang
linguistik bahasa Tamil telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Persepsi murid tentang aspek
semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa
kedua (Kellerman, 1978; Thomson dan Kuafman, 1990). Akibatnya daripadanya, apabila murid-murid
menggunakan bahasa Melayu akan berlaku kesalahan ke atas kosa kata bahasa Melayu tersebut
(Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990).

Daripada kajian Abdul Hamid Mahmood ( 1990), terdapat contoh kesalahan kosa kata bahasa
Melayu yang dilakukan oleh murid-murid daripada pelbagai bangsa di Malaysia. Beberapa kesalahan
daripada contoh tersebut serupa dengan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid India.
Misalnya, kata /dadah/ menjadi /dada/, kata /besar/ menjadi /busar/ dan /seluar/ menjadi
/silvaaru/.

Kesalahan perkataan-perkataan bagi contoh yang diberi itu terjadi kerana murid-murid India
selaku penutur-penutur natif bahasa Tamil tidak mempunyai cukup pengetahuan tentang wacana
medan makna bahasa Melayu (Jamaliah Mohd. Ali, 1990).

Sikap merasa bangga terhadap bahasa ibunda akan menjejaskan penguasaan bahasa sasar jika
sampai bahasa sasar diabaikan (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981; Abdul Hamid Mahmood, 1990).
Murid-murid India sendiri merasa bangga dengan bahasa ibundanya. Oleh itu mereka mempelajari
bahasa Melayu kerana didorong oleh motivasi instrumental. Murid-murid Melayu pula mempelajari
bahasa Melayu kerana motivasi integrative dan instrumental. Di sini tentulah terdapat jurang
perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara murid-murid India dengan murid-murid Melayu.
Kaedah dan prosedur kajian

Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism) dijadikan kerangka teori kajian ini. Teori
tersebut diasaskan oleh Edward Chace Tolman (1886-1959). Unsur-unsur utama dan jenis-jenis
pembelajaran Teori Behaviorisme Bertujuan disimpulkan dalam Rajah 1.

Kerangka konseptual kajian ini dibina berpandukan dua unsur utama dan tiga jenis
pembelajaran yang terkandung dalam teori Behaviorisme Bertujuan. Dua unsur utama teori tersebut
dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar kajian ini. Tiga jenis pembelajaran
dalam teori tersebut pula dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah bersandar (lihat Rajah
2).

Seramai 180 murid dari dua buah sekolah dijadikan subjek kajian. Murid-murid tahun enam
dari SJKT Sg. Pari, Buntung seramai 131 orang dan SJKT Methodist, Buntung seramai 49 orang terdiri
daripada kaum India. Umur mereka lebih kurang dua belas tahun.

Kaedah kajian ini berbentuk deskriptif dari jenis kajian kes. Penyelidik mengkaji beberapa
aspek pembolehubah persekitaran bahasa murid. Penekanan kajian kes adalah kepada dua aspek.
Pertama, pemahaman sebab murid-murid dipengaruhi bahasa ibundanya. Kedua, cara pengaruh
bahasa ibunda wujud dalam penulisan dan pertuturan bahasa Melayu murid. Bagi aspek pertama
penyelidik menggunakan Kaedah Tinjauan (soal selidik). Aspek kedua (penulisan) penyelidik
menggunakan Kaedah Analisis Kandungan. Aspek kedua (pertuturan) dikaji berdasarkan
pemerhatian. Beberapa set perbualan murid-murid dan pengajaran guru bahasa Melayu telah
dirakam dan dianalisis. Pengkaji juga ada membuat penelitian turut serta di dalam kelas bahasa
Melayu.

Sebagai kesimpulan, dikemukakan Model Kajian Kes yang merangkumi fenomena yang dikaji,
teori pembelajaran, objektif, subjek kajian, pengumpulan data, dan analisis data (lihat rajah 3).

Dapatan kajian

Dapatan tentang pengaruh bahasa ibunda dibincangkan mengikut tiga tajuk kecil.
1. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan

Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak menerima pengaruh
bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut terdapat 145 patah perkataan bersamaan
74.36%. Pengaruh tersebut merangkumi proses penggantian, penambahan dan penghilangan
fonem-fonem bahasa Melayu. Proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu paling kerap berlaku
dalam karangan bahasa Melayu murid-murid India. Contohnya:

a. Penggantian /e/ kepada /a/

cerita

menjadi

carita

kepada

menjadi

kapada

b. Penggantian /a/ kepada /o/

sangat

menjadi

songat
nama

menjadi

namo

c. Penggantian /e/ kepada /i/

terima

menjadi

tirima

rehat

menjadi

rihat

d. Penggantian /u/ kepada /o/

puku

menjadi

pukol

untuk

menjadi

untok
e. Penggantian /i/ kepada /e/

habis

menjadi

habes

pilihan

menjadi

pilehan

Terdapat tujuh proses penggantian fonem konsonan, iaitu:

a.

Penggantian konsonan /b/ kepada /p/

bandar

menjadi

pandar

b.

Penggantian konsonan /p/ kepada /b/


pecah

menjadi

bicah

c.

Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/

faedah

menjadi

paedah

d.

Penggantian /g/ kepada /k/

bagus

menjadi

bakus

e.

Penggantian /k/ kepada /h/

awak
menjadi

awah

f.

Penggantian /w/ kepada /v/

kawan

menjadi

kavan

g.

Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/

tanpa

menjadi

tampa

Proses penambahan fonem juga berlaku.

a.

Penambahan vokal depan rendah /a/

harga
menjadi

haraga

b.

Penambahan konsonan /h/

meja

menjadi

mejah

jumpa

menjadi

jumpah

c.

Penambahan konsonan /w/

semua

menjadi

semuwa

Proses penghilangan juga berlaku


a.

Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/

terima

menjadi

trima

b.

Penghilangan vokal /a/

soalan

menjadi

solan

c.

Penghilangan konsonan /h/

sekolah

menjadi

skola

d.

Penghilangan konsonan /k/


tak mahu

menjadi

tamau

e.

Penghilangan konsonan /g/

menggunakan

menjadi

mengunakan

f.

Penghilangan konsonan /r/

besar

menjadi

besa

Proses Pemindahan Bahasa Ibunda

Dua perkataan bahasa Tamil digunakan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Perkataan-
perkataan itu adalah:

/kaasi/ kasi wang


/maata/ mata polis

Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena percampuran kod
bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat. Ayat penyata
paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.Contoh:

1. Saya sura ada tulis.

(Saya ada menulis surat)

2. Itu vakkul suda peno.

(Bakul itu sudah penuh)

3. Dia kooli kerja ada buat

Dia membuat kerja buruh (kuli)

Secara keseluruhan murid-murid bersikap positif terhadap penggunaan bahasa Melayu. Oleh yang
demikian jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut menjadi positif. Unsur ekstralinguistik
iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke atas Pembelajaran Terpendam.

Berdasarkan data-data yang diperolehi, ketiga-tiga soalan kajian itu dapat jawapannya. Unsur-
unsur linguistik bahasa ibunda yang terdiri daripada leksikal, makna kata, imbuhan dan binaan ayat
memang ada mempengaruhi markah karangan bahasa Melayu murid-murid India walaupun dalam
peratus yang berbeza-beza.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa unsur-unsur linguistik bahasa ibunda memang
terdapat di dalam pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid India.
Juga didapati ada pembolehubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di kalangan
murid India. Ia terdiri daripada penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa murid-
murid India itu. Kekerapan pembolehubah-pembolehubah itu berbeza-beza.

Ringkasan kajian

Dalam penulisan bahasa Melayu, aspek yang paling banyak menerima pengaruh bahasa
ibunda ialah leksikal. Pengaruh itu dikesan melalui proses penggantian, proses penambahan dan
proses penghilangan fonem-fonem. Antara tiga proses tersebut, proses penghilangan fonem vokal
merupakan yang paling kerap berlaku. Aspek kedua yang paling kerap dipengaruhi bahasa ibunda
ialah aspek penambahan dan ketiga ialah penggantian.

Selain daripada itu, aspek binaan ayat yang mempengaruhi bahasa ibunda telah dikenal pasti.
Binaan-binaan ayat itu mengalami proses pendepanan; iaitu pendepanan kata kerja, pendepanan
kata kerja tunggal ‘ada’ dan kata penekan ‘juga’, serta pendepanan kata hubung gabungan ‘dan’.
Pertuturan bahasa Melayu murid-murid India tidak terkecuali daripada pengaruh bahasa ibunda
khususnya pengaruh bunyi fonem vokal atau konsonan. Pengaruh itu hadir dalam aspek leksikal dan
ayat.

Berdasarkan keputusan kajian maka beberapa cadangan atau syor untuk membaiki
kelemahan mempelajari bahasa Melayu di kalangan murid India akan dikemukakan.

1. Kesalahan sebutan dan ejaan berlaku di kalangan murid India akibat daripada pengaruh
bahasa ibunda dengan cara penambahan, penghilangan dan penggantian fonem-fonem pada
perkataan-perkataan bahasa Melayu. Guru dapat mengatasi masalah tersebut dengan menerangkan
terlebih dahulu kepada murid-murid struktur bunyi dan struktur kata sebenar bahasa Melayu
sehingga murid-murid itu faham. Penerangan dapat dilakukan dengan membandingkan struktur
bunyi dan struktur kata bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. Guru juga boleh mengajar latihan
menyebut perkataan-perkataan bahasa Melayu dengan cara latih tubi. Apa yang jelas ialah mengajar
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukan guru bahasa yang mengetahui deskripsi bahasa
Melayu juga deskripsi bahasa ibunda murid-murid. Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif
tentang keperihalan keadaan dua bahasa itu.

2. Bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa ibunda
maka pembetulan kesilapan-kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik hendaklah
dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan tersebut, teguran spontan perlu diberi oleh
guru sekiranya didapati murid menyimpang daripada fitur serta rumus bahasa Melayu baku. Guru
dapat memberi pengayaan bahasa kepada kumpulan pandai dan kumpulan lembab diberi
pengukuhan bahasa.
3. Fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil di dalam bilik darjah boleh
dikurangkan. Langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan
perbincangan antara murid-murid dalam bahasa Melayu yang betul. Langkah ini dapat dilakukan
dengan cara mengintegrasikan murid-murid menggunakan bahasa Melayu. Guru boleh
membahagikan murid-murid yang kerap dengan yang jarang menggunakan bahasa Melayu. Integrasi
murid dilaksanakan semasa perbincangan dalam kumpulan.Untuk menghidupkan suasana
perbincangan maka konsep pertandingan antara kumpulan boleh dijalankan. Guru boleh memberi
ganjaran dalam bentuk pujian, buku atau seumpamanya kepada kumpulan yang menggunakan
kurang percampuran kod. Cara ini dapat menggalakkan murid-murid berbincang dengan
menggunakan bahasa Melayu yang betul tanpa percampuran kod.

4. Bagi mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai cukup kosa kata bahasa Melayu,
penyelidik mencadangkan strategi pembelajaran mencari makna kata berdasarkan kamus dan
konteks klu. Strategi jenis ini sesuai untuk memantapkan kosa bahasa Melayu murid-murid India.
Dalam pengajarannya, guru hendaklah tidak menekankan aturan-aturan tatabahasa terlebih dahulu.
Penekanan patut ditumpukan kepada struktur ayat yang menerbitkan makna, iaitu dengan melihat
makna kata dalam konteks ayat. Guru juga harus mengajar murid-murid untuk memahami makna
kata dalam konteks budaya, tajuk dan situasi. Dengan yang demikian murid-murid dapat memahami
makna kata dalam pelbagai konteks. Selanjutnya, murid-murid dapat mengaitkan makna sesuatu
kata dengan kata-kata sinonim lain dalam konteks yang berbeza.

5. Boleh juga diadakan latihan bercerita dalam bahasa Melayu sebagai asas program
pendedahan bahasa. Latihan sedemikian dapat dilaksanakan dengan cara guru menayangkan filem,
video atau rakaman perbualan, cerita, lagu dan seumpamanya.

Sebagai kesimpulannya, penyelidik ingin mengajukan cadangan kepada bakal penyelidik. Bakal
penyelidik boleh menjalankan kajian jenis inferensi dengan menerapkan prosedur kumpulan
eksperimen ujian pra dan ujian pasca. Di samping itu, bakal penyelidik boleh memajukan model
percampuran kod yang telah diasaskan oleh Poplack (1980), Woolford (1983) dan Bokamba (1988).

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Ahmad (1988) Pengaruh Bahasa Sungai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Malaysia Baku. Penulisan Ilmiah Bacelor Pendidikan (PBMP), Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang.

Antonia,C. (1981) Problems of Learning English as a Second Language. Singapore: Regional Language
Centre.

Bialystok,E. and Frohlich, M.(1977) “Aspects of Second Language Learning in Classroom Settings”.
Working Papers on Bilingualism, No. 13. The Ontario Institute for Studies in Education.

Clement,R.,Major,L.J.,Gardner,R.C., and Smythe, P.C.(1977) Attitudes and Motivation in Second


Language Acquisition, London: Longman.

Dulay, H.,Marina, B., and Stephen, K. (1982) Language Two.London: Oxford University

Press.

Farid, M.Onn., and Ajid Che Kob (1981) Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran
Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norainah Dani (1993) “Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-
pelajar Dusun”, Penulisan Ilmiah Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang.

You might also like