You are on page 1of 2

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN

A - Cara Pembayaran Melalui Kaunter Bank Islam

1. Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Ringgit Malaysia satu ratus
(RM100.00). Pembayaran boleh dibuat di semua cawangan Bank Islam. Pembayaran hendaklah dibuat di
atas nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dan No. Akaun 08068 01 0023133.

2. Sekiranya mempunyai tunggakan yuran, sila jelaskan sekali bersama-sama dengan yuran graduan.

3. Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran
konvokesyen sebanyak Ringgit Malaysia satu ratus (RM100.00). Ijazah dan Transkrip Akademik tidak
akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.

4. Semua bakal graduan dibenarkan menggunakan Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di kaunter BIMB
dengan maklumat seperti di bawah.

4.1 Pada bahagian Nama, sila nyatakan nama bakal graduan.

4.2 Pada bahagian No K/P , sila nyatakan nombor kad pengenalan graduan.

4.3 Pada bahagian Jenis Bayaran, sila nyatakan jenis pembayaran sama ada yuran
pengajian/asrama/konvo/pinjaman tabung HEP

5. Selepas cawangan Bank Islam memperakukan penerimaan bayaran, dapatkan kembali salinan slip bayaran
yang telah bercetak dari Bank Islam sebagai bukti bayaran. Sila bawa bersama salinan slip bayaran
tersebut sewaktu hendak membuat pinjaman pakaian akademik.
B - Cara Pembayaran Melalui Kaunter Bank Islam

Ø Pilih Menu

Ø LAIN-LAIN

Ø PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

Ø YURAN IPT

Ø Pilih AKAUN PEMBAYAR

Ø Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

Ø Pilih Bil ( Untuk pelajar UKM, hanya ada satu Bil /


No Pelajar )

Ø Masukkan amaun atau sahkan amaun yang ingin


dibayar

Ø Transaksi selesai dan ambil Resit

Ø Simpan resit sebagai bukti pembayaran.

You might also like