You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

KOMPONEN 1 : USUL PENYELIDIKAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1-4
1.2 Senario dan imbasan pilihan raya 2008
P. 82 Parlimen Bandar Indera Mahkota 4
1.3 Objektif dan Tujuan Penyelidikan 7
1.4 Skop Penyelidikan 7
1.5 Jangkaan Hasil Kajian 8
1.6 Faedah Kajian 9

BAHAGIAN 2 : KERANGKA TEORITIKAL


2.0 Kerangka Teoritikal 10

BAHAGIAN 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN


3.1 Hasil Kajian Yang Lalu 13 - 14
3.2 Masalah dan Persoalan Utama 15
3.3 Hipotesis Yang Hendak Diuji 16
3.4 Metod dan Instrumen Penyelidikan 17
3.5 Kaedah Pengutipan dan Analisa Data 18
3.6 Batasan Kajian 19
3.7 Jadual Kerja Penyelidikan 20

BAHAGIAN 4 : PROFIL KAWASAN KAJIAN


4.1 Profail kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota
dan Komposisi Pengundi 20
4.2 Senario Pembangunan Politik Malaysia
dan Trend pengundian masa lalu 21

5.0 BIBILIOGRAFI 23

1
TAJUK : FAKTOR –FAKTOR KEKALAHAN BARISAN NASIONAL DI P.82 BANDAR
INDERA MAHKOTA

1. TAJUK DAN SIGNIFIKAN KAJIAN.

1.1 Pengenalan.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, acara pilihan raya merupakan ciri – ciri

utama dalam sistem tersebut. Menurut sistem demokrasi tujuan diadakan pilihan raya adalah untuk

memilih pemimpin bagi memengang kuasa pemerintahan ke atas entiti negara. Melalui pilihan

raya secara tidak langsung pemberian pengiktirafan oleh rakyat berkaitan dengan kuasa yang selari

dengan pengamalan sistem demokrasi iaitu rakyat mewakilkan pemimpin yang dipilih

menjalankan kuasa untuk mentadbirkan negara, proses pilihan raya melibatkan parti – parti politik

yang berlainan ideologi, perjuangan serta agenda bersaing untuk mendapatkan kuasa politik.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen

( Dewan Rakyat ) atau Dewan Undangan Negeri supaya membolehkan kerajaan Persekutuan atau

kerajaan Negeri ditubuhkan. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang

mereka bertanding akan diisytihar menang.

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seorang calon akan mewakili penduduk -

penduduk sesuatu bahagian pilihanraya sama ada di Parlimen atau Undangan Negeri. Pemilihan

calon untuk menjadi wakil rakyat ini di buat melalui proses pilihan raya yang akan diadakan

dalam tempoh lima tahun ataupun tidak lebih daripada lima tahun. Pilihan raya merupakan

penglibatan secara langsung rakyat dalam politik melalui proses pemilihan wakil – wakil

pemimpin di mana ahli-ahli masyarakat membuang undi seterusnya mengesahkan wakil tersebut

untuk membuat dasar dan keputusan dalam sebuah kerajaan. Maka jelas peranan utama rakyat dan

2
masyarakat dalam sesebuah kerajaan adalah memilih wakil dan pemimpin melalui institusi pilihan

raya, dan rakyat juga boleh mengkritik kerajaan demokrasi yang dibentuk.

Pilihan raya bagi sesebuah negara, banyak dipengaruhi oleh sistem politiknya, latar belakang

sejarahnya dan pengaruh-pengaruh luarannya yang diterima berbeza-beza. Proses pilihan raya di

Malaysia adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas yang telah

mendaftar untuk mengundi. Pengundi pula tidak dikenakan sebarang sekatan sama ada dalam

bentuk status, kaum, kekuatan ekonomi ataupun keturunan. Umum mengetahui bahawa negara

kita Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi tidak terkecuali untuk

mengadakan pilihan raya. Matlamat pilihan raya diadakan adalah untuk memilih ahli-ahli

Parlimen bagi Dewan Rakyat dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia diadakan serentak

bagi semua negeri di Malaysia kecuali pemilihan ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan

Sarawak yang tarikhnya berbeza.

Berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 113 hingga 120,

pilihan raya di Malaysia diadakan dalam jangka masa lima tahun sekali. Ia dikendalikan oleh satu

badan bebas iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR ) untuk menjalankan kajian

persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya menjalankan urusan pendaftaran dan

penyemakan pendaftaran pemilih dan mengadakan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan

Negeri. Dasar utama SPR ialah untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi

di negara ini melalui sistem pilihan raya yang adil dan saksama. Bagi melicinkan perjalanan

pilihan raya, beberapa undang-undang diperkenalkan iaitu Akta Pilihan Raya 1958, Akta

Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan sebagainya telah diwujudkan. Melihat kepada sejarah pilihan

raya di Malaysia telah bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi iaitu pilihan raya

Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang yang diadakan pada 1 Januari 1951. Pilihan raya

3
yang pertama selepas kemerdekaan diadakan pada tahun 1959 dan sehingga tahun 2008, pilihan

raya umum telah diadakan sebanyak dua belas kali. Di Malaysia sistem pilihan raya yang

dipraktikkan adalah sistem mudah iaitu simple first-past-the-post.

Menurut sistem simple first-past-the-post calon yang menang adalah calon yang mendapat undi

terbanyak walaupun dengan kelebihan satu undi. Dengan sistem ini pengundi mendapat kepuasan

memilih calon – calon yang bertanding secara langsung bagi kawasan yang telah ditetapkan. Parti

yang memenangi banyak kerusi di dalam pilihan raya umum akan menubuhkan kerajaan, iaitu

sekurang-kurangnya 2/3 atau lebih kerusi yang dimenangi. Dengan itu kerajaan yang akan

dibentuk adalah merupakan kerajaan yang stabil kerana kuasa untuk menggubal undang-undang

adalah mencukupi dan tidak menimbulkan sebarang masalah dalam membentuk sesebuah dasar

kerajaan.

1.2 Senario dan imbasan semula pilihanraya umum ke 12 (2008) di Malaysia khusus di

Kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota, P.82 Kuantan Pahang

Gelombang perkembangan yang luar biasa melanda pilihan raya Malaysia yang ke 12, gelombang

ini lebih dikenali sebagai tsunami politik yang amat mengejutkan melanda pentas politik di

Malaysia. Keputusan pilihan raya umum 2008 telah memihak kepada Barisan Nasional walaupun

memperolehi kerusi 2/3 yang dimenangi dan melayakkan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan

dengan pengekalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, namum

demikian imej parti Barisan Nasional telah menurun dengan kadar yang sangat tinggi dan

dianggap kurang popular di kalangan rakyat. Indesk undian ketika pilihan raya ke 12 telah banyak

memihak kepada Pakatan Rakyat ( gabungan parti PAS, Parti Keadilan Rakyat, dan DAP), tidak

termasuk undi rosak yang mencatatkan sejarah pilihanraya undi rosak yang tertinggi, maka kajian

4
ke P. 82 Bandar Indera Mahkota yang dipilih meninjau secara terperinci berhubung dengan

kemenangan kawasan parlimen tersebut kepada pembangkang dan apakah faktor – faktor yang

menyebabkan kekalahan Barisan Nasional.

Berdasarkan keputusan pilihan raya yang ke-12, Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi

DUN di 12 negeri kecuali Sarawak yang perlu direbut oleh calon yang bertanding. 10,922,139

rakyat Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi sebagaimana senarai akhir daftar

pemilih yang diwartakan pada 05 Februari 2008. Ini merupakan peningkatan 600,000 pengundi

berbanding 10.3 juta tahun 2004. Daripada jumlah parlimen yang dipertandingkan Barisan

Nasional memperolehi 136 kerusi manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 dan 6 kerusi

dimenangi oleh parti bebas. Kejayaan diluar jangkaan pembangkang dalam PRU 12 telah

menyedarkan BN, bahawa Barisan Nasional perlu membuat sesuatu termasuk tranformasi politik.

Berdasarkan keputusan pilihan raya tersebut secara tidak langsung memberikan peluang kepada

BN untuk terus memerintah negara sepenggal lagi bagi meneruskan agenda pembanggunan

negara.

Pada perspektif yang lain, pencapaian BN dalam pilihan raya kali ini juga lebih buruk berbanding

dengan pilihan raya umum pada tahun 1969 yang Parti Perikatan (sekarang dikenali sebagai BN)

hanya mendapat 68 daripada 118 kerusi Parlimen yang ditandingi dan tidak mendapat 2/3 majoriti

di parlimen. Pada masa itu perikatan hanya tewas di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi dalam PRU-

12 BN telah kehilangan negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak. Malahan

pada tahun 1999 apabila UMNO berdepan dengan krisis penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim

(DSAI), BN masih lagi mampu memperolehi 56.5% undi majoriti (Berita Minggu 16/3/2008 : 14).

5
Pengaruh Dato Seri’ Abdullah sebagai pemimpin parti dilihat memberi impak yang besar ke atas

kekalahan calon Barisan Nasional disamping pengaruh dan personaliti calon serta dasar kerajaan

dalam menangani isu berkaitan dengan politik selain daripada strategi pembangkang menghadapi

pilihan raya dengan mengimbangi persaingan dengan parti pemerintah. Impak kekalahan yang

berlaku di P. 82 Bandar Indera Mahkota sebagai contoh, saya telah mengambil untuk kajian.

Kawasan P. 82 Bandar Indera Mahkota terletak dipinggir bandar Kuantan dengan jumlah

pengundi yang berdaftar seramai 51,235, peratusan mencapai 77.40% daripada jumlah tersebut

adalah 52.60 peratus Melayu, 32.30 peratus Cina, 11.70 peratus India dan 3.40 peratus lain – lain

bangsa.

Pada pilihanraya umum 2008, P. 82 Bandar Indera Mahkota telah menyaksikan pertandingan satu

lawan satu iaitu di antara calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. En. Salamon Ali Rizal B

Abd Rahman telah bertanding sebagai calon Barisan Nasional Pada pilihan raya P.82 Bandar

Indera Mahkota pada 2008 menentang calon dari parti Keadilan Rakyat En. Azan Ismail. Pada

pilih raya tersebut dan En. Azan Bin Ismail telah memenangi kerusi P.82 Bandar Indera Mahkota

dengan majoriti 1027. Beliau telah memperolehi 19,823 undi menewaskan En. Salamon Ali Rizal

B. Abd Rahman yang memperolehi 18,796 undi.

Perkembangan pilihan raya 2008 memperlihatkan tranformasi politik bukan sahaja dilihat dari

aspek politik mikro sebaliknya faktor yang mencetuskan tranformasi politik dinilai daripada

pandangan politik makro yang membawa perubahan ke atas sosial politik negara. Kemenangan

YB Azan Bin Ismail bukanlah di sebabkan ketokohan dan keperibadiannya semata – mata, tetapi

kemenangan beliau sebagai membuktikan keputusan rakyat yang inginkan perubahan politik yang

dominan. Maka tidak hairan calon – calon daripada parti pembangkang yang tidak popular turut

menang walaupun berhadapan dengan calon BN yang sangat popular dan berpengalaman.

6
1.3 Objektif dan tujuan Penyelidikan.

Kajian ini tertumpu kepada beberapa objektif penyelidikan iaitu :

1) Faktor sosial politik mencetuskan perubahan dan keputusan memilih kerajaan

2) Pengaruh media yang bertindak sebagai agen politik berjaya mempengaruhi pengundian
rakyat

3) Perpecahan dalaman di kalangan ahli parti Barisan Nasional

4) Pembangkang mewujudkan persaingan

5) Pecahan undi daripada golongan pengundi generasi 2, mencapai 30% turut menyumbang
kemenangan calon pembangkang

6) Faktor calon sebagai pembolehubah perubahan pola pengundian

7) Meninjau peranan atau strategi parti - parti politik menggembleng ahli atau anggota parti

dalam meningkatkan pengaruh masing-masing.

8) Mengkaji serta meneliti sama ada pola pengundian di kawasan parlimen Bandar Indera

Mahkota dipengaruhi oleh calon atau faktor kepartian.

9) Meninjau sejauh mana perubahan politik masyarakat melayu di kawasan parlimen Bandar

Indera Mahkota dapat mempengaruhi keputusan pilihan raya.

1.4 Skop Penyelidikan.

Bagi tujuan kajian ini, kawasan P. 82 parlimen Bandar Indera Mahkota telah dipilih kerana P.82

adalah merupakan kawasan Parlimen yang dianggap baru ditubuhkan melalui pengalaman pilihan

raya di peringkat parlimen. Parlimen ini juga terletak di kawasan elit, dengan kerancakkan

pembangunan, lokasi pelancungan terkenal dan penempatan baru bagi jentera kerajaan. Maka

sesuatu yang unik untuk dikaji trend penggundi membawa perubahan kepimpinan walaupun

7
diketahui bahawa dasar pembangunan yang dikecapi oleh rakyat seperti mana pengkaji politik

mendakwa hanya akan dapat dinilai setelah melalui pengalaman pilihan raya dalam tempoh yang

lama berbanding dengan P. 82 Bandar Indera Mahkota dan telah beralih arah kepada

pembangkang dan apakah faktor – faktor pengbolehubah yang mendorong pengundian oleh

rakyat. Kajian melihat secara jelas ke atas faktor – faktor yang menyebabkan kekalahan Barisan

Nasional secara khusus di Parlimen Indera Mahkota.

Kajian ini juga tertumpu kepada proses perubahan, pembentukan, perlaksanaan dan perkembangan

politik semasa di kawasan yang dikaji. Masyarakat bandar terutama kaum cina dan kaum india

yang telah beralih arah dengan memberi sokongan mereka kepada parti pembangkang telah

menamatkan dominasi penguasaan Barisan Nasional di kawasan ini. Ketidakpuasan hati

masyarakat terhadap perlaksanaan dasar kerajaan, persaingan yang diwujudkan oleh barisan

pembangkang serta pengaruh mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim

(DSA1) setelah dibebaskan 2007 yang bertindak sebagai agen politik pembangkang.

1.5 Jangkaan Hasil Kajian.

Di jangkakan di akhir kajian ini nanti diharapkan ia dapat membincangkan tentang sosial politik

dan transformasi politik turut mempengaruhi tingkah laku pengundi khusus melibatkan

masyarakat melayu di kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota ini. Dengan adanya kajian ini kita

akan dapat melihat kecenderungan pengundi dalam memilih wakil mereka. Begitu juga dengan

pelbagai isu yang telah dimainkan oleh parti yang bertanding pada pilihan raya ke-12, isu

ketidakadilan, jenayah dan penyalahgunaan kuasa, pengaruh menantu Perdana Menteri Dato Seri

Abdullah Ahmad Badwi dalam dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan ekonomi serta

pengaruh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Sentuhan gabungan parti pembangkang untuk kali kedua

dengan dikenali sebagai Pakatan Rakyat untuk menghadapi pakatan Barisan Nasional telah

8
menunjukan impak yang besar kepada rakyat. Di akhir kajian diharapkan ia dapat memberi

perhatian terhadap faktor – faktor kekalahan calon BN kepada calon pembangkang.

1.6 Faedah Kajian.

Dengan adanya kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran sebenar sebab dan

musababnya sebuah parti yang bertanding menang dalam pilihanraya di sesuatu kawasan. Begitu

juga dengan adanya kajian ini ia sedikit sebanyak akan dapat merungkai strategi politik dengan

mempopularkan pendekatan ilmu politik iaitu pasaran politik yang digilap dapat membantu dan

dapat mempengaruhi pengundi untuk memilih calon sebagai wakil rakyat mereka. Dengan kajian

ini juga kita akan dapat melihat adakah senario politik Malaysia yang berlaku pada pilihan raya

umum 2008 telah menunjukan tanda-tanda bahawa masyarakat Melayu inginkan perubahan dalam

politik di Malaysia, khususnya kepada generasi muda yang didapati menyokong parti

pembangkang bagi melahirkan kekecewaan akibat dipengaruhi oleh maklumat yang tidak pasti

kesahihanya selain daripada pendekatan kepimpinan Perdana Menteri memberi impak yang besar

di atas kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang ke-12.

Penyelidikan tentang punca perubahan politik masyarakat melayu kepada parti pembangkang

khususnya PAS, Keadilan Rakyat dan DAP yang telah menggugat kredibiliti Barisan Nasional

(BN) selaku peneraju kerajaan menarik minat untuk diperhalusi. BN menyediakan pembangunan -

pembangunan untuk meraih kembali sokongan masyarakat melayu terhadap parti mereka,

manakala parti pembangkang pula akan berusaha berhabis – habisan untuk memenangi pilihan

raya mempertahankan kawasan yang telah dimenanginya. Kajian ini akan memberi gambaran dan

penilaian mengenai hubungkait di antara pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan dengan

tingkahlaku pengundi bagi menarik masyarakat melayu dan cina yang merupakan majoriti

pengundi di kawasan kajian kembali menyokong parti mereka.

9
2. KERANGKA TEORITIKAL.

Parlimen Bandar Indera Mahkota terletak berhampiran dengan Bandar Kuantan Pahang,

merupakan parlimen yang baru melalui pengalaman pilihan raya selain daripada parlimen ini

berada di kawasan elit dengan pusat pelancungan, kelab pelacungan antarabangsa seperti Kelab

MED, pusat peranginan Cherating dan penepatan baru jentera kerajaan persekutuan serta

terletaknya istana Tengku Mahkota Pahang. Perhatian yang khusus ke atas kesan dari

perkembangan politik yang melanda melibatkan pelbagai isu di antaranya isu kepimpinan,

kesesuaian memilih calon, pola pengundian masyarakat cina, isu nasional, ekonomi

mempengaruhi reaksi pengundi di kawasan tersebut. Senario pembangunan politik negara terbukti

bukan sahaja tertumpu ke atas sesuatu kawasan namum kesan pembangunan politik tersebut di

lihat tercetus hampir di keseluruhan negara dan Parlimen Bandar Indera Mahkota turut merasa

bahangnya. Perubahan pola pengundian yang mempengaruhi perkembangan pilihan raya Malaysia

yang ke 12 bukan sahaja dapat dikesan di luar sesebuah parti pemerintah tetapi wujud krisis

dalaman parti yang bertanding.

Perubahan politik yang berlaku secara drastik ketika PRU 12 ini diakibatkan oleh pola pengundian

mengalami proses pemodenan kesan daripada implementasi dasar kerajaan, imbangan persaingan

yang diwujudkan oleh pihak pembangkang terhadap parti pemerintah. Pendekatan ilmu politik

pasaran politik dalam sains politik dengan memaksimumkan kemudahan media seterusnya

tuntutan hak – hak asasi manusia, keadilan dan nilai – nilai universal serta isu pemilihan calon

dalam pilihan raya.

10
Impak yang amat dominan berbanding dengan pilihan raya sebelum PRU 12 adalah keputusan

yang dibuat oleh rakyat Malaysia seolah – olah satu era baru dalam situasi politik di Malaysia.

Kemerosotan pengundian yang diperolehi oleh parti Pemerintah sehingga menyebabkan parti

yang memerintah kehilangan empat negeri tidak termasuk iaitu Perak, Selangor, Pulau Pinang dan

Kedah tidak termasuk Kelantan dan pola pengundian yang diperolehi oleh BN juga turut

mengalami kemerosotan di negeri yang dimenangi. Keadaan ini memberikan mesej yang jelas

kepada parti pemerintah bahawa trend pengundian sukar untuk diramalkan dan rakyat seperti

meluahkan ketidak puasan terhadap parti pemerintah.

Pembangunan politik di Malaysia boleh dilihat berasaskan konsep “demokrasi permuafakatan”

yang dipelopori oleh prof. Arend Lijphart dari Universiti Leiden yang menekankan kepentingan

kerjasama politik elit dalam masyarakat yang berkelompok – kelompok. Menurut Lijphart,

pembentukan demokrasi permuafakatan dapat membina kestabilan politik kerana ia dapat

memberikan keutamaan dan pengagihan nilai – nilai politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan

sebagainya kepada golongan yang berbeza. Lazimnya dalam membentuk kerajaan gabunagan

pelbagai kepartian ini elit yang mewakili kaum masing – masing telah bersetuju untuk berkongsi

kuasa dan pembahagian – pembahagian yang terdapat di dalamnya. Perkara ini penting bagi

menjamin kestabilan dalam sistem demokrasi permuafakatan. Langkah ini bertepatan dengan ciri –

ciri teori diperkenalkan oleh Lijphart.

Pembangunan politik di Malaysia telah menuju ke arah satu dimensi baru terutamanya dalam

aspek politik kepartian dan perkauman telah berjaya disusun atur melalui demokrasi

permuafakatan sama ada di pihak Barisan Nasional dan juga gabungan parti politik Pakatan

Rakyat. Kita juga dapat melihat teori akomodasi elit oleh Lijphart dan Means adalah bersesuaian

dalam konteks pakatan kerjasama oleh elit-elit politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

11
Malaysia juga boleh dianggap sebagai model permuafakatan yang berjaya di kalangan negara

membangun. ia merupakan faktor penting kepada pengekalan kestabilan dan pembangunan politik

di negara ini.

Kajian yang akan dilakukan ini adalah mendalami kesan perubahan politik masyarakat terutama

orang melayu terhadap pembangunan politik Malaysia khususnya di kawasan P. 82 Bandar Indera

Mahkota secara teoritikal, seseorang individu atau kumpulan individu itu berminat untuk terlibat

dalam politik sama ada politik kepartian atau terlibat dalam proses pilihan raya ataupun terlibat

dalam aktiviti-aktiviti politik lainnya adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang

dipopularkan oleh Robert A.Dahl ialah :-

i) Jenis personaliti seseorang individu itu contohnya cita-cita dan matlamat hidupnya,

kesedaran dan nilaian hidupnya terhadap politik dan pengaruh turun temurun.

ii) Sosialisasi politik contohnya iaitu orientasi, rangsangan dan pengaruh awal yang

didedahkan kepada seseorang individu itu. Ini termasuklah pengaruh latarbelakang

keluarga, sekolah, tempat kerja, kawan-kawan, pengalaman hidup dan persekitaran

politiknya.

iii) Corak sistem budaya, ekonomi dan politik masyarakatnya juga amat berpengaruh kuat

dalam penentuan penglibatan dan tingkat penglibatan seseorang individu itu

melibatkan diri dalam politik.

Dalam teori penglibatan politik Robert A.Dahl, beliau telah menganjurkan enam generalisasi

tentang pertimbangan seseorang individu itu dalam membuat keputusan politik dalam

kerangka sistem politik : demokratik iaitu:-

i) Dia memberi nilaian yang tinggi kepada ganjaran yang boleh didapati dari penglibatan

itu.

12
ii) Dia merasakan alternative - alternatif yang ada itu berbeza dan apa yang di lakukan itu

penting.

iii) Dia rasa yakin bahawa dengan penglibatannya, apa yang dia iakukan itu boleh

memberi kesan, dalam menyebabkan perubahan kepada apa yang akan berlaku.

iv) Dia merasakan bahawa kesudahan yang akan berlaku itu tidak akan memuaskan jika ia

tidak bertindak melibatkan diri.

v) Dia merasakan yang dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang sesuatu isu

itu dan ini akan membolehkan dia menjadi berkesan jika dia melibatkan diri.

vi) Tidak banyak rintangan politik kepada penglibatannya.

Dari huraian di atas, jelas bahawa teori penyertaan politik oleh Robert A.Dahl bersesuaian sebagai

model untuk menghuraikan proses pembangunan politik Malaysia amnya dan kawasan P.

Parlimen Bandar Indera mahkota khususnya.

3. METODOLOGI PENYELIDIKAN.

3.1 Ringkasan Hasil Kajian Yang Lalu.

Kajian mengenai pembangunan politik Malaysia oleh Mohamed (1987) yang telah mengkaji

pembangunan sistem demokrasi di Malaysia turut membantu dalam mengenalpasti keadaan

pilihan raya umum di Malaysia. Begitu juga kajian yang dibuat oleh Crick (1964), beliau telah

melihat dan memfokuskan masyarakat dari pelbagai perspektif, umpamanya perspektif konflik dan

pengurusannya, perspektif ekonomi - politik, perspektif pembangunan sosial, perspektif gender

dan sebagainya. Namun kajian yang terdahulu secara mendalam mengenai pembangunan politik

Malaysia khususnya di kawasan P. 82 Bandar Indera Mahkota belum lagi dilakukan.

Walaubagaimana pun terdapat beberapa hasil kajian terdahulu yang mengkaji secara menyeluruh

mengenai aktiviti politik pembangkang di Kuantan, Pahang telah dijadikan rujukan untuk kajian

ini. Pertemuan dengan pemimpin - pemimpin masyarakat juga telah membantu dalam

13
mendapatkan maklumat hasil kajian dan menganalisa perkembangan dan pembangunan politik di

kawasan kajian.

Penolakan pengundi kepada calon BN, pola pengundian, perubahan pola pengundian dan kesan

PRU 12 ke atas pengundi melayu menjadi fokus utama pilihan para pengkaji. Begitu juga analisa

yang di buat oleh parti - parti politik yang bertanding di laman - laman web menjadi petunjuk dan

juga membantu dalam melaksanakan kajian. Liberalisasi ke atas peranan media menjadi bahan di

manupulasi oleh parti parti politik yang bertanding. Kajian juga melihat daripada aspek pemilikan

ekonomi antara masyarakat di kawasan kajian, pada hakikatnya taraf hidup dan pembahagian

ekonomi dikalangan suku kaum tidak seimbang. Orang Cina yang tinggal di kawasan bandar

kelihatan lebih berada, lebih berkemampuan dan lebih mempunyai peluang untuk meningkatkan

potensi mereka sebagai golongan menengah sementara orang melayu pula majoritinya tinggal di

luar bandar, di mana prospek pembangunannya ekonominya mengalami pertumbuhan dengan

kadar yang perlahan, maka proses kepada peningkatan pendapatan dan kualiti hidup mereka juga

menunjukan perlahan dan rendah. Selain itu kajian Norhayati Mohd Salleh: Pilihan raya Umum

ke-12 ( PRU 12 ),“TSUNAMI” Politik Melayu mempunyai beberapa rencana berkaitan dengan

dengan pola pengundian dan perubahan sokongan pengundi dari pelbagai kaum kepada Barisan

Nasional, dengan digambarkan tsunami politik memberikan kesan kepada hala tuju pembangunan

politik di Malaysia.

Di antara rencana yang boleh dijadikan rujukan ialah seperti Perkembangan Pemikiran Politik oleh

Zaini Othman yang membincangkan perkembangan pemikiran pembangunan politik terhadap

proses politik, budaya politik, politik perbandingan, tekanan penyertaan politik dan modenisasi

serta persoalan yang ditimbulkan tentang kesesuaian pembangunan politik yang lebih bersifat

sejagat seperti demokrasi, globalisasi, keutuhan negara serta keadilan sejagat terhadap

14
pembangunan politik di Malaysia. Manakala kajian oleh “ SUHAIMEE SAAHAR @ SAABAR”

menyentuh isu – isu sebelum, semasa dan selepas PRU 12: Satu analisis blog – blog politik

Malaysia Terpilih dengan mengaitkan pengaruh media melalui bloger – bloger politik serta

strategi kempen pilihan raya dengan pemberian kebebasan bersuara dan penyebaran maklumat

merupakan proses pasaran politik bagi tujuan menginformasikan rakyat.

Manakala Buku “Politik Baru Dalam Pilihan raya Umum” UKM yang disunting oleh Mohd

Yusuf Kasim dan Azlan Ahmad juga dapat membantu untuk rujukan analisis ini seperti “

Persaingan Parti dan Demokrasi Malaysia” oleh Nizam Sulaiman & Bilcher Bala dan

“Perkembangan Politik Baru” oleh Rizal Yackop & Jumaat Abd Moin. Paparan permasalahan ini

adaalah merupakan rangkuman dan pelbagai dimensi masalah yang utama dalam penyeildikan ini.

Nyata sekali bahawa pembangunan merupakan persoalan pokok yang masih lagi menjadi agenda

utama politik Malaysia. Ia seringkali menjadi bahan utama bagi setiap pilihan raya.

3.2 Masalah Dan Persoalan Utama.

Persoalan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran, bentuk dan punca sebenarnya

perubahan pola pengundian oleh rakyat dari pelbagai kaum dalam membuat keputusan atau

memilih calon sebagai wakil mereka dan bagaimana penerimaan masyarakat terhadap

pembangunan yang direncanakan oleh parti pemerintah di kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota

serta kaedah dan pengaruh isu dalam kempen - kempen yang di jalankan oleh parti - parti politik

dalam pilihan raya yang lepas.

Dalam kajian ini kita juga akan mengenal pasti apakah faktor yang mempengaruhi pengundi di

kawasan Parlimen Indera Mahkota dalam memilih calun sebagai wakil mereka. Adakah faktor

personeliti calon, projek pembangunan transformasi politik dalam pilihan raya yang lepas terus

15
dan masih mempengaruhi pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka. Apakah tindakan -

tindakan yang dilakukan oleh parti Barisan Nasional bagi memenangi hati masyarakat untuk

meraih kembali sokongan kepada parti agar kerajaan dapat meneruskan kesinambungan

pembangunan kawasan yang dikaji.

Semasa melakukan penyelidikan, saya menjangkakan akan menghadapi masalah dan kesukaran.

Antaranya seperti kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan bertulis yang masih baru yang

dianggap perkara tersebut sebagai sulit. Selain itu kesukaran untuk mengatur temu janji atau

melakukan temubual dengan responden tertentu khasnya ahli-ahli politik serta pemimpm

pemimpin masyarakat untuk ditemui bagi mendapatkan pandangan dan maklumat daripada

mereka disebabkan oleh kesibukan tugas harian mereka. Saya juga menjangkakan akan berlaku

kesukaran untuk nendapatkan kerjasama yang sepenuhnya daripada kesemua responden. Ini

disebabkan ada di antara responden yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang enggan memberikan

pandangan dan maklumat mengenai isu yang diketengahkan. Mereka bimbang penulis sebagai

seorang kakitangan kerajaan melakukan kajian untuk pihak kerajaan kerajaan dan akibatnya akan

memberi keuntungan politik kerajaan. Oleh itu penulis rasakan adalah tidak perlu merekodkan

nama responden yang terlibat bagi memastikan agar mendapat kerjasama sepenuhnya daripada

mereka.

3.3 Hipotesis Yang Hendak Di Kaji.

Dalam penyeildikan ini terdapat 3 hipotesis telah dibentuk:-

Hipotesis 1: mempengaruhi tingkah laku pengundian dan kecenderungan pengundi membuat

perubahan untuk. Menukar dan memilih wakil rakyat.

Hipotesis 2: Faktor Isu dan pengaruh media elektonik mempunyai peranan dalam mempengaruhi

tingkah laku pengundi.

16
Hipotesis 3: Apabila tidak berlaku pertukaran calon dan transformasi politik dalam kalangan

masyarakat melayu di Parlimen Bandar Indera Mahkota pembangunan meningkat.

Hipotesis 4: Apabila berlaku pertukaran calon dan transformasi politik atau tidak berlaku

pertukaran calon dan trasformasi politik pembangunan tetap juga meningkat.

3.4 Metod Dan Instrument Penyelidikan.

Untuk menyempurnakan kajian dan analisis ini, beberapa metod dan instrument penyelidikan akan

dilaksanakan dan digunakan agar penyelidikan ini merupakan satu kajian penyelidikan yang

mendalam, menyeluruh dan bersesuaian. Antara kaedah yang akan digunakan ialah :-

Penyelidikan ini akan dilakukan ke atas sumber-sumber data primer melalui borang kaji selidik.

Bagi menemubual dengan para responden, saya akan memilih responden daripada kalangan

mereka yang mempunyai pengaruh di peringkat kampung atau mukim dalam kawasan P. 82

Bandar Indera Mahkota. Bagi tujuan ini satu set borang soal selidik akan diedarkan kepada

pengundi - pengundi di kawasan Parlimen Bandar Indera Mahkota bagi melihat tahap

pembangunan kawasan yang diwakili oleh parti kerajaan Persampelan yang digunakan adalah

kaedah rawak mudah. Data sekunder berbentuk buku, laporan rasmi kerajaan, jurnal dan majalah

pula akan cuba diperolehi dari perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Awam

Negeri Pahang, Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan-Jabatan

kerajaan yang berkaitan. Sumber-sumber dari laporan akhbar dan majalah akan turut digunakan

dalam penyelidikan ini. Pemilihan responden adalah suatu perkara yang sangat penting dalam

sesebuah penyelidikan. Seramai 100 orang responden akan dipilih dan kalangan pengundi.

Kawasan kajian ini. Setelah mengumpul segala data dan maklumat yang dikehendaki, data ini

akan diproses dan dianalisa menggunakan kaedah peratusan, jadual dan carta palang bagi memberi

penerangan yang lebih jelas.

17
3.5 Kaedah Pengutipan Dan Analisis Data.

Penyelidikan ini akan memilih teknik serta alat pemungutan data yang sesuai dengan

permasalahan dan tujuan serta strategi penyelidikan, khususnya jenis dan kewujudan data. Teknik-

teknik yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik dan temubual. Dalam

kaedah soal selidik, kajian akan dibuat di kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota di mana saya

sendiri akan memberi borang soal selidik kepada responden yang terlibat untuk mereka

mengisinya pada ketika itu juga.

Langkah - langkah yans akan diambil dalam menjalankan soal selidik di kawasan kajian ialah

memilih sample secara rawak dan memberi taklimat kepada responden tentang tatacara untuk

menjawab item - item yang terdapat dalam borang soal selidik. Dalam tatacara untuk menjawab

item - item yang terdapat dalam borang soal selidik. terdapat kertas soal selidik, saya telah

menyediakan sebanyak tiga bahagian iaitu maklumat peribadi, maklumat berkaitan dengan

penglibatan dalam politik dan maklumat mengenai tahap pembangunan yang terdiri daripada 25

soalan berbentuk tertutup iaitu yang memerlukan jawapan yang berdasarkan kepada pandangan

atau pendapat responden.

Proses analisis data melibatkan dua peringkat iaitu pemprosesan dan membuat kesimpulan.

Membuat kesimpulan pula melibatkan tiga aktiviti iaitu membuat laporan atau kenyataan

berdasarkan data yang telah diproses, memperkaitkan atau membandingkan dengan kedapatan

hasil kajian yang lain dan akhir sekali membuat kesimpulan.

18
3.6 Batasan Kajian.

Kajian ini adalah berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada penggunaan borang kaji

selidik dan temubual sebagai data primer. Oleh itu respon daripada pengundi yang terpilih adalah

amat penting. Maklumat yang diterima amatlah berguna dalam menganalisa data dan memperolehi

maklumat untuk Kajian. Kajian dan temubual ini hanya dijalankan terhadap pengundi di P.82

Bandar Indera Mahkota sahaja. Memandangkan kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota ini

merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu oleh itu kemungkinan data yang akan di perolehi

hanya mengcakupi keputusan pengundi Melayu dan tidak merangkumi pengundi kaum lain.

3.7 Jadual Kerja Penyelidikan.

Penyelidikan ini akan dijalankan mengikut jadual kerja di bawah .

JADUAL KERJA

Bil Perkara Tempat masa

1. Menghadiri taklimat kursus November 2010

2. Pendaftaran tajuk penyelidikan November 2010

3. Perbincangan dengan penyelidikan November 2010

4. Penyelidikan perpustakaan Januari – Mac 2010

5. Perbincangan Kajian April 2010

6. Penyerahan cadangan usul penyelidikan Julai 2010

7. Pengumpulan data prima dan data sekunder Julai September 2010

8. Menganalisa data Ogos – September 2010

9. Persediaan draf awal penyelidikan Oktober 2010

10. Perbincangan dengan penyelia November 2010

19
11. Penyerahan kertas projek untuk penilaian 30 Januari 2011

4. PROFIL KAWASAN KAJIAN.

4.1 Profail Kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota dan Komposisi Pengundi.

P.82 Bandar Indera Mahkota ini merupakan parlimen yang berhampiran dengan Bandar Kuantan.

Kawasan ini adalah merupakan satu kawasan dalam daerah Kuantan.. Di dalam Kawasan P.82

Bandar Indera Mahkota ini mempunyai dua DUN iaitu DUN Semambu dan DUN Berserah. Di

dalam kawasan parlimen ini juga mempunyai 137 buah kampung yang ketuai oleh seorang

Pengerusi JKKK. Bagi tempat membuang undi pula dalam P.82 Bandar Indera Mahkota ini

mempunyai sebanyak 24 kawasan daerah mengundi iaitu 13 di DUN Beserah dan 11 di DUN

Semambu. Kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota juga mempunyai pengundi seramai lebih kurang

51,235 orang. Pengundi terdiri daripada 52.60 peratus Melayu, 32.30 peratus Cina, 11.70 peratus

India dan 3.40 peratus lain – lain bangsa. Pada pilihan raya ini P.82 Bandar Indera Mahkota

menampilkan pertandingan calun BN menentang calon dari parti Keadilan Rakyat secara

pertandingan satu lawan satu.

Pada pilihan raya ke-12 yang lalu, P.82 Bandar Indera Mahkota ini telah menerima tempias

tsunami politik di mana parti BN telah tewas kepada parti Keadilan Rakyat, P.82 Bandar Indera

Mahkota ini telah berubah kepimpinan politik di tangan calon Keadilan Rakyat. Bagi masyarakat

melayu yang merupakan majoriti pengundi di parlimen ini sebagai penentu kemenagan calon

pilihan raya selain daripada masyarakat cina yang juga merupakan komuniti yang besar

dibandingkan dengan kaum lain seperti india dan lain merupakan faktor penentu kepada

kemenangan calon pilihan raya.

20
Kawasan P.82 Bandar Indera Mahkota ini telah dipilih sebagai kawasan penyelidikan bagi kertas

projek JKP 421 ini kerana kawasan DUN ini di daerah Kuantan dan baru melalui pengalaman

pilihan raya. Ia merupakan satu kawasan yang menarik untuk dikaji kerana Keputusan pilihanraya

ke -12 menyaksikan pertandingan calon - calon baru dalam pilihanraya. Secara tidak langsung ini

menguji kredibiliti calon dan parti yang bertanding. Ia juga merupakan kawasan parlimen yang

sukar untuk dimenangi oleh pihak pembangkang. Di dalam pilihan raya ke-11 yang lalu kawasan

ini telah dimenangi oleh parti Barisan Nasional. Maka pilihan raya 2008 gambaran tsunami politik

turut terlibat bagi P.82 Bandar Indera Mahkota untuk melihat sejauh mana kesan tsunami politik

tersebut mempengaruhi politik di kawasan tersebut.

4.2 Senario Pembangunan Politik Malaysia dan Trend Pengundian Pilihan Raya Yang

Lalu

Kalau melihat kepada corak dan trend pengundian pilihanraya yang lalu., senario pembangunan

politik Malaysia telah memasuki era baru kesan dari modenisasi, liberalisasi dan globalisasi.

Persekitaran dunia juga telah mula berubah kesan daripada tuntutan masyarakat terhadap

penyertaan rakyat yang lebih luas dalam bidang politik. Masyarakat umum juga telah sedar

mengenai politik iaitu siapa mendapat apa, bila dan bagaimana sumber-sumber ekonomi yang

terhad itu diagihkan-agihkan di kalangan msyarakat. Perubahan yang ketara mengenai pilihan raya

yang lalu adalah mengenai corak sistem dua parti yang dominan iaitu Barisan Nasional (BN) dan

Pakatan Rakyat( PR ). Melalui sistem dua parti, ia boleh menawarkan kebebasan memilih yang

tinggi dimiliki oleh rakyat dan dapat mengelakkan dikuasai oleh mana - mana parti. Bagi BN,

kerjasama dan gabungan mereka telah teruji sejak zaman merdeka lagi tentang keutuhan gabungan

mereka. Tetapi bagi Pakatan Rakyat, permuafakatan mereka perlu bagi mewujudkan persaingan

untuk menghadapi pilihan raya seterusnya bermatlamat untuk menguasai politik Negara.

21
PRU -12, memperlihatkan perkembangan dan kesan penglibatan generasi ke dua dalam pilihan

raya. Secara umum golongan memberikan impak yang sangat besar ke atas keputusan pilihan raya

kerana penglibatan mereka mencapai lebih 30% pengundi. Sukar untuk meramalkan pegangan dan

kepercayaan mereka terhadap pembagunan politik, kehendak politik dan hala tuju mereka ke atas

acara pilihan raya itu sendiri kerana generasi baru lebih terpelajar, professional, pegawai kerajaan,

memiliki idealistik dan tidak terikat dengan budaya perkauman atau pembangunan. Namum jelas

golongan generasi ke dua lebih cenderung untuk melakukan reformasi dan cuba mencuba

mewujudkan suasana protes ke atas perlaksanaan dasar awam. Maka dalam PRU – 12 wajar

dipertimbangkan untuk diperhalusi impak yang di bawa dalam pilihan raya – 12 termasuk

melibatkan P. 82 Bandar Indera Mahkota

Umumnya dimaklumi bahawa dalam PRU-12 yang lalu Parti Barisan Nasional (BN) telah

mengalami pencapaian keputusan terburuk di dalam sejarah pilihan raya di negara ini. BN hanya

memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN

hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya. Daripada jumlah tersebut

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah memenangi 78 kerusi Parlimen, MCA 15

kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan People’s Progressive Party (PPP) tidak memenangi

sebarang kerusi. Daripada segi analisa peratusannya boleh dikatakan bahawa calon-calon Parlimen

PPP telah tewas 100%, Gerakan 80%, MIC 67%, MCA 62.5% dan UMNO 27.3%. Secara

keseluruhannya, BN hanya mendapat 51.2% undi majoriti dan gagal untuk memperolehi 2/3

majoriti di Parlimen (Norhayati binti Mohd. Salleh 15 April 2008: 2).JEBAT 35 (2008) 49-64 50

Secara perbandingannya pencapaian parti-parti pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) yang

terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Tindakan Rakyat (DAP) adalah jauh

lebih baik pada pilihan raya kali ini. Ini dapat dilihat daripada segi peningkatan kerusi Parlimen

22
iaitu daripada 20 kepada 82, manakala kerusi DUN kapada 196 kerusi. Sehubungan ini PKR telah

memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN

manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN

5. BIBLIOGRAFI

BUKU.

K.Ramanathan (2000), Asas Sains Politik Edisi Kedua: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd,Kuala
Lumpur.

Nizam Sulaiman & Bilcher Bala (2002), Persaingan Parti dan Demokrasi MalaysiaDalam
PolitikBaru Dalam Pilihanraya Umum, Penerbit UKM, Bangi.

Nizam Sulaiman (1999), Kaum dan Kelas : Pendekatan Popular Melihat Politik Gabungan
Malaysia, Dlm. Ghazali Mahyudin, Teori Sains Politik Pilihan Aplikasi dalam Konteks Malaysia,
Penerbit UKM, Bangi.

Syed Ahmad Husein (1999), Pengantar Sains Politik : DBP/ Kementerian PendidikanMalaysia /
PPPJJ USM Pulau Pinang.

Rizal Yaakob & Jumaat Abd. Moin (2002), Politik Etnik dan Perkembangan Politik Baru: Dalam
Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum, Penerbit UKM, Bangi.

Ozay Mehmet (1987), Pagar Makan Padi ! Amanah, Kemiskinan dan Kekayaan diBawah Dasar
Ekonomi Baru, Institut Analisa Sosial, Kuala Lumpur.

MAJALAH:
Berita Pahang, akhbar utusan Malaysia, akhbar Berita Harian Sinar Harian Edisi Pahang

INTERNATE

http://www.bharian.com.my/Misc/Pilihanrava2008/pahang.
http://www.pahang.gov.my
http://www.spr.gov.my/proses.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Pahang
http://www.pahang.gov.my
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Negeri_Pahang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Azan_Ismail
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

JURNAL

JEBAT 35 (2008) 81-96 81

23
SUHAIMEE SAAHAR @ SAABAR

JEBAT 35 (2008) 33-48 33


MUHAMMAD NADZRI MOHAMED NOOR & GHAZALI MAYUDIN

JEBAT 35 (2008) 49-64 49


NORHAYATI MOHD. SALLEH

24

You might also like