You are on page 1of 14

Soalan 1 - 7.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D.Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.

1. Fareen___________ perasaan terkilannya kepada sahabat karibnya, Syamil.

A. menjelaskan C. menyatakan
B. menyampaikan D. meluahkan

2. Rambut budak lelaki itu kelihatan _________ kerana tidak disikat.

A. compang-camping C. simpang-siur
B. kusut-masai D. serba-serbi

3. Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun sebagai tanda______kepada para pekerja

A. peringatan C. penghormatan
B. penghargaan D. pembalasan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pak Cik Leman sedang _______________ ikan di tepi paya itu untuk dijadikan lauk bagi
makan tengah hari nanti.

A. menyodok C. menyerkap
B. mencekup D. membubu
( 1 )
5. Penghulu mengadakan pertemuan itu bagi menghuraikan segala ________ yang melanda
penduduk kampung.
A. kekacauan C. kekusutan
B. ketegangan D. kecelaruan

6. Puan Habsah_______ tepung gandum itu untuk dibuat kuih baulu.

A. mengayak C. menampi
B. menapis D. mendulang

7.

Sungai yang cetek itu akan ______ bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap
berlaku akibat kerja-kerja pembangunan yang dijalankan.

A. Diperlebar C. Diperdalam
B. Diperlebarkan D. Diperdalamkan

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
Kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Tuan pengetua memberitahu yang beliau akan bersara pada hujung tahun ini dan
A B
akan melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. Tiada kesalahan
C D

9. Nora ialah pekerja yang paling awal sekali sampai ke pejabat pada setiap hari.
A B C
Tiada kesalahan
D

( 2 )
10. Keempat-empat ekor anak kucing itu sedang minum susu di dalam mangkuk yang
A B
diletakkan di bawah meja makan. Tiada kesalahan
C D

11. Sajak yang dideklamasikan oleh penyajak itu puitis sungguh sehingga semua
A B
penonton terpegun mendengarnya. Tiada kesalahan
C D

12. Di waktu malam , mereka sering bersembang kosong di kedai Pak Mat yang terletak
A B
di simpang empat jalan masuk ke Kampung Sentosa itu. Tiada kesalahan
C D

13. Beberapa orang pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah telah dibuang
A B C
sekolah oleh pihak sekolah kerana dikenal pasti telah memukul pelajar baharu itu.

Tiada kesalahan
D
14. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk menangani
A B
masalah penyakit selesema burung. Tiada kesalahan
C D

Soalan 15 - 17

Pilih ayat–ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan
bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Menurut nasihat doktor, abang hanya dibenarkan menjamah makanan yang lembut.
II Penyanyi Siti Nurhaliza terkenal dengan sikapnya yang peramah dan lemah
lembut.
III Daging kambing itu sangat lembut tetapi berbau hamis.
IV Kertas yang dibeli oleh ibu terlalu lembut.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

( 3 )
16. I Azmi sedang meragut jagung muda yang baru sahaja direbus oleh ibu.

II Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan raya


tahun lalu telah meragut banyak nyawa.
III Beberapa ekor kambing kepunyaan Pak Wahid sedang meragut rumput di tengah
padang.
IV Mak Piah sedang meragut daun kelapa untuk dijadikan penyapu lidi.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

17. I Tun Perak pernah dilantik sebagai salah seorang pembesar kerajaan Melayu
Melaka.
II Juruacara menggunakan alat pembesar suara untuk mengendalikan majlis itu.
III Semua pembesar negeri akan berkumpul di Istana Negara untuk menerima
anugerah masing-masing.
IV Hang Tuah mempunyai kuasa pembesar sehinggakan semua musuh sukar untuk
menewaskannya.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

18. Udara di kawasan tanah tinggi itu amat menyegar dan menyejukkan tubuh.

A. menyegar dan menyejuk tubuh


B. menyegarkan dan menyejuk tubuh
C. menyegarkan dan menyejukkan tubuh
D. menyegar dan menyejukkan tubuh
( 4 )
19. Emak membeli sehelai sutera batik daripada butik itu.

A. belikan sehelai sutera batik


B. membeli sehelai batik sutera
C. membeli batik sutera sehelai
D. membeli sehelai sutera batik

20. Pada setiap malam, ibu selalu membaca adik buku cerita.

A. membacakan adik buku cerita


B. membaca buku cerita adik
C. membacakan buku cerita untuk adik
D. membaca adik buku cerita

21. Beliau mengusahakan ternakan daging ayam di ladangnya.

A. daging ayamnya di ladang


B. ayam berdaging di ladang ayam
C. ayam daging di ladangnya
D. daging ayam di ladangnya

Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
bercetak tebal.

22. Kehadiran warga asing ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial.

A. Masalah sosial telah ditimbulkan oleh warga asing di negara ini.

B. Sejak kedatangan warga asing di negara ini, telah timbul pelbagai penyakit sosial.

C. Kedatangan warga asing ke Malaysia telah menimbulkan banyak masalah sosial.

D. Warga asing yang telah datang ke Malaysia banyak sangat menimbulkan masalah
sosial.
( 5 )
23. Sikap jimat cermat perlu disemai dalam jiwa masyarakat agar mereka tidak
membazir ketika berbelanja.

A. Masyarakat perlu dididik agar berjimat cermat ketika berbelanja supaya tidak
membazir.
B. Berjimat cermat perlu disemai dalam jiwa masyarakat sekiranya kita ingin berjimat.
C. Ketika berbelanja kita perlu berjimat agar tidak berlaku pembaziran.
D. Kita perlu berjimat cermat supaya masyarakat tidak membazir.

24. Orang ramai takut untuk menggunakan jejambat itu kerana disahkan telah
retak.

A. Kebanyakan orang masih berani menggunakan jejambat itu walaupun disahkan


retak.
B. Mereka tidak mahu menggunakan jejambat itu kerana disahkan berbahaya kepada
orang ramai.
C. Jejambat yang retak itu disahkan oleh orang ramai yang tidak berani menggunakan
kawasan itu.
D. Apabila jejambat itu disahkan retak orang ramai tidak berani untuk
menggunakannya.

Soalan 25 - 27

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan
cadangan yang paling sesuai.

25. I Projek itu dapat disiapkan kerjasama semua warga sekolah.


II Siapakah nama guru yang baru bertugas di sekolah awak itu?
III Sekolah itu akan dilawati oleh jemaah nazir pada minggu hadapan.
IV Camelia terima keputusan tunangnya itu dengan hati yang terbuka.

A. I sahaja C. II dan III sahaja


B. I dan II sahaja D. III dan IV sahaja

26. I Pemuda yang bersandar pada pokok itu tersenyum kepada saya.
II Lagu ini merupakan hasil ciptaan bersama Rozman dan isterinya.
III Ayah bercadang untuk memperbesar kandang kambing di belakang rumah kami.
IV Banyak peneroka yang tidak turun ke ladang ketika musim hujan.

( 6 )
A. I dan II sahaja C. I,II dan IV sahaja
B. II dan IV sahaja D. I,II, III dan IV sahaja

27. I Pandangan kakak saya kian kabur kerana sering bersengkang mata.
II Setelah beberapa minggu Pak Mat bersusah payah membuat kerja,
barulah dia mencapai kejayaan.
III Beliau yang membayangkan dirinya seorang pelakon popular pada masa hadapan.
IV Bila membeli sesuatu barang, kita haruslah menelitinya agar tidak terbeli yang
rosak.

A. I dan II sahaja C. II dan IV sahaja


B. I dan III sahaja D. III dan IV sahaja

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

28. Shahril insaf apabila kakinya patah setelah dia menyertai lumba haram di jalan raya.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah …………………

A. Alah bisa tegal biasa


B Adat juara kalah menang
B. Sudah jatuh ditimpa tangga
C. Sudah terantuk baru tengadah

29.Soalan no.29 berdasarkan gambar di bawah.

Peribahasa yang berikut menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam gambar,


Kecuali……

A. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam


B. Sehari selembar benang ,lama-lama menjadi kain
C. Kalau benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
D. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

( 7 )
30. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan seseorang yang dalam kebingungan atau kesulitan
apabila berhadapan dengan masalah,…………

A. seperti rusa masuk kampung


B. seperti anak ayam kehilangan ibu
C. seperti bumi dengan langit
D. seperti telur di hujung tanduk

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hatta antara selang tiga bulan, masuklah pula tiga buah kapal membawa anak itik baharu jadi,
meminta kenalkan jantan betinanya. Maka kapal itu pun sampailah ke pelabuhan. Juragannya naik ke
darat menghadap Raja Indera Maya. Maka ada pun tatkala itu baginda sedang dihadapi oleh menteri,
hulubalang, sida-sida, dan biduanda sekaliannya. Maka juragan itu pun naik ke balai penghadapan
masuk menghadap dibawa oleh bentara baginda. Serta baginda memandang , juragan pun bertelut
kepada baginda. Sembahnya , “ Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Patik ini datang dari sebuah negeri
ke sebuah negeri membawa anak itik baharu menetas, meminta kenalkan jantan betinanya. Jikalau
tuanku dapat mengenal jantan betinanya, patik persembahkan ke bawah duli tuanku, kapal patik tiga
buah itu dengan isi-isinya. Patik turun kain sehelai sepinggang sahaja. Tetapi , jika tuanku tiada
terkenal anak itik itu jantan betinanya, harapkan diampun beribu-ribu ampun, negeri tuanku ini patik
pohonkan supaya menjadi milik patik.”

Maka sahut baginda, “Baiklah, encik juragan. Beta minta tempoh tiga hari dahulu ; kepada hari
yang ketiga itu pagi-pagi bolehlah datang bawakan anak-anak itik itu,boleh beta kenalkan jantan
betinanya,” Maka juragan itu pun bermohon balik ke kapalnya.
Maka baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang. Maka
biduanda pun pergi kepada Ahlil Nujum Belalang. Tatkala itu Ahlil Nujum Belalang ada dirumahnya,
sedang merojak sirih hendak dimakannya. Maka biduanda pun naik, katanya, “Hai Ahlil Nujum, titah
raja memanggil bersama-sama sahaya menghadap dengan segeranya.” Maka kata Ahlil Nujum
Belalang Ahlil Nujum Belalang, “Apa khabarnya raja memanggil aku ini ? “ Jawab biduanda, “Ada
kapal masuk membawa anak itik baharu menetas, minta kenalkan jantan betinanya. Itulah sebab tuanku
memanggil. “ Maka sahut Ahlil Nujum Belalang, “Baiklah,” lalu ia mengambil tongkat berjalan
bersama-sama dengan biduanda menghadap baginda ke balairung seri. Demi terpandang kepada Ahlil
Nujum, maka baginda pun bertitah. “ Marilah ke sini dekat dengan beta ini: hendak bermesyuarat.”

(dipetik dan diubahsuai daripada cerita “Pak Belalang”.,


antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP

( 8 )
31. Apakah hadiah yang akan diberikan oleh juragan jika Raja Indera Maya dapat mengenal itik
jantan atau betina ?

A. Kain sehelai sepinggang


B. Tiga buah kapal beserta isinya
C. Tiga buah kapal yang sangat besar
D. Negerinya akan diberikan kepada Raja Indera Maya

32. Mengapakan Raja Indera Maya meminta tangguh selama tiga hari untuk menjawab
teka-teki juragan ?

A. Raja Indera Maya mahu Ahlil Nujum Pak Belalang menjawabnya


B. Raja Indera Maya tidak tahu menjawabnya
C. Soalan itu sangat sukar untuk dijawab
D. Soalan itu tidak logik

33. Latar masyarakat yang ditonjolkan dalam petikan di atas ialah………

A. masyarakat istana
B. golongan bawahan
C. raja-raja di kayangan
D. orang kampung yang miskin

34. Perwatakan berikut dimiliki oleh Raja Indera Maya dalam petikan berikut, kecuali……

A. tidak terburu-buru C. tergesa-gesa


B. mementingkan mesyuarat D. berani mengambil risiko
.

35. Persoalan-persoalan berikut terdapat dalam cerita Pak Belalang kecuali……..

A. taat setia kepada raja


B. usaha yang membuahkan hasil
C. keinginan untuk menguasai sebuah negara
D. ketidakjujuran terhadap janji yang diucapkan

( 9 )
Soalan 36 hingga soalan 40
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya

Seuntai Kata untuk Dirasa

Panas usah membakar dada


suara usah menggegar sahaja
kalau benar membawa cita
di dalam senyap kumpulkan tenaga

Ayam bertelur sekampung tahu


mengapa mesti kita begitu?
falsafah ubi diam berisi
mengapa tidak kita turuti?

Sekarang singkirkan semua bicara


sekarang kumpulkan tenaga raksasa
tiba saat berbunga merah
serentak mara kita bersama

AWANG ABDULLAH
(Dipetik daripada antologi Seuntai
Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2
Dewan Bahasa dan Pustaka

36. Apakah maksud ungkapan serentak mara kita bersama ?

A . Langkah yang seragam


B. Mencapai satu matlamat secara bersama-sama
C. Sentiasa dalam barisan yang kemas
D.Bersama-sama serentak dalam satu barisan

( 10 )
37. Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan menurut penyajak?

A. Membanyakkan usaha tetapi kurangkan bercakap


B. Mengurnpulkan tenaga untuk menjatuhkan pesaing
C. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bersikap ramah dengan semua orang
D. Sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai sesuatu kejayaan

38. Aspek gaya bahasa yang terkandung dalam baris ayam bertelur sekampung tahu ialah

A. metafora
B. perlambangan
C. responsi
D. peribahasa

39. Sajak Seuntai Kata untuk Dirasa bertemakan

A. Cinta
B. Kemanusiaan
C. Perjuangan
D. kemasyarakatan

40. Yang berikut merupakan persoalan bagi sajak Seuntai Kata untuk Dirasa kecuali....

A. Perancangan yang teliti untuk mencapai matlamat


B. Berfikiran positif untuk mencapai matlamat
C. Berfikiran positif dalam kehidupan
D. Bijak mengatur langkah dalam barisan

SOALAN TAMAT

( 11 )
Jawapan

1.D
2.B
3.B
4.C
5.A
6.A
7.C
8.A
9.B
10.D
11.D
12.A
13.A
14.D
15.C
16.B
17.C
18.C
19.B
20.C
21.C
22.C
23.A
24.D
25.D
26.A
27.A
28.C
29.C
30.B
31.B
32.A
33.A
34.C
35.D
36.B
37.A
38.D
39.C
40.D

You might also like