You are on page 1of 9

TERHAD

Kod Kertas : 910/2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
(CAWANGAN PERLIS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


STPM 2009

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

PERINGATAN :
Skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan
kepada pihak yang tidak berkenaan.

_____________________________________________________________________________
_
Skema ini terdiri daripada halaman 8 bercetak.
© Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia 2009

TERHA
D
TERHAD 2

Skema Jawapan
Bahagian A

1 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Sebahagian
doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati beberapa penyakit. Jelaskan
kepentingan-kepentingan perubatan tradisional kepada masyarakat dan negara.

Pendahuluan
– Perubatan tradisional masih diperlukan oleh masyarakat, terutama di kawasan kampung.
– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80% penduduk dunia bergantung pada
perubatan tradisional.
– Faktor kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan rawatan moden.

IS1 : Dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ghaib atau hitam kerana ubat moden
sesuai untuk penyakit tertentu sahaja
IS2 : Perbelanjaannya lebih murah kerana menggunakan bahan alam semula jadi
IS3 : Sumber pendapatan/menambahkan pendapatan rakyat yang menjadi pengamal perubatan
tradisional
IS4 : Keselamatannya terjamin disebabkan tiadanya penggunaan bahan kimia yang membahayakan
IS5 : Menimbulkan persaingan yang sihat dengan pengamal perubatan moden
IS6 : Lebih mujarab dan berkhasiat kerana ubat tradisional mampu mengesan dan merawat punca
penyakit
IS7 : Wujudnya hubungan erat antara pengamal dengan pesakit
IS8 : Menggalakkan atau meningkatkan industri berasaskan herba
IS9 : Setiap kaum dapat mengekalkan perubatan tradisional masing-masing

Penutup
– Oleh sebab perubatan tradisional mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka usaha perlu
dilakukan untuk meningkatkan kualiti perubatan tradisional.
– Ubat-ubatan tradisional boleh dijadikan bahan eksport yang menguntungkan masyarakat dan negara
2 Sikap masyarakat kita yang mementingkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam telah
mendorong kewujudan pusat tuisyen di mana-mana sahaja. Bincangkan kesan-kesan akibat kewujudan
pusat tuisyen tersebut.

Pendahuluan
– Pusat tuisyen merupakan kelas tambahan berbayar dan diadakan di luar waktu persekolahan
– Kelas tambahan atau tuisyen merupakan alternatif bagi para pelajar yang ingin mendapatkan
pelajaran tambahan dan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
– Pengajaran dan pembelajaran diadakan di pusat tuisyen atau di rumah

Kesan positif

IS1 : Pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan kerana guru mampu menumpukan
perhatian terhadap setiap pelajar
IS2 : Memberikan peluang untuk pelajar mempelajari mata pelajaran yang sukar dikuasai
IS3 : Pelajar dapat membuat ulang kaji dengan lebih banyak dan sistematik
IS4 : Guru dapat memberi tumpuan kepada topik-topik yang menjadi masalah kepada pelajar
IS5 : Dapat mewujudkan persaingan sihat dengan sekolah biasa
IS6 : Kekurangan atau kelemahan di sekolah akibat kekerapan ketiadaan atau kesibukan guru dapat
diatasi

Kesan negatif

IS1 : Ada pusat tuisyen yang mementingkan keuntungan semata-mata – yuran tinggi dan kualiti
pengajaran yang tidak terjamin
IS2 : Pelajar hilang tumpuan di dalam kelas apabila ia lebih mempercayai pengajaran guru di pusat
tuisyen
IS3 : Guru kurang bertauliah dan tidak berpengalaman – mengelirukan pelajar kerana cara atau
pendekatan yang digunakan berbeza
IS4 : Kecenderungan kepada peperiksaan sahaja
IS5 : Pelajar akan mengabaikan aktiviti kokurikulum kerana masa belajar di pusat tuisyen adalah pada
waktu petang

Penutup
– Pusat tuisyen masih diperlukan selagi sistem pendidikan negara mementingkan kelulusan dalam
peperiksaan.
– Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, mereka perlulah bertimbang rasa dan prihatin tentang
kemampuan anak-anak agar anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan.
– Walaupun pusat tuisyen menjadi pilihan utama pelajar untuk memperoleh kecemerlangan, namun
sikap dan kesungguhan belajar mereka lebih utama.
– Pemantauan pihak berwajib perlu bagi memastikan pusat tuisyen menjalankan tanggungjawab mereka
dengan berkesan.
3 Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta untuk
menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja”. Tajuk ucapan anda
ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan Masyarakat.” Tulis teks ucapan
anda itu.

Format ucapan

Maksimum tolak 3 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) :


Tiada kata aluan – 1 markah, tiada kata sapaan – 1 markah, dan tiada penutup ucapan – 1 markah

Pendahuluan
– Definisi berjimat cermat ialah perbelanjaan wang secara berhemat atau berhati-hati dalam
penggunaan sesuatu
– Masyarakat Malaysia kurang mengamalkan sikap berjimat cermat, terutama apabila menjelang
musim perayaan.
– Kempen-kempen kesedaran telah dianjurkan untuk menerapkan amalan berjimat cermat dalam
kalangan masyarakat.
– Malangnya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak dapat mengubah sikap boros berbelanja
mereka.
– Berjimat cermat perlu dijadikan budaya hidup dan dapat meningkatkan ekonomi negara serta
mencegah inflasi

IS1 : Mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan merancang perbelanjaan seharian – bersikap


sederhana semasa berbelanja
IS2 : Membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya sambil mengurangkan
pembelian barang import dan berjenama
IS3 : Berbelanja di kedai-kedai yang diiktiraf sebagai kedai harga patut oleh kerajaan

TERHAD

IS4 : Peranan ibu bapa sebagai suri teladan dalam mengamalkan sikap berjimat cermat di mana-mana
sahaja – menyimpan sebahagian pendapatan untuk pelaburan yang menguntungkan dan
mengawal perbelanjaan anak-anak
IS5 : Pihak bank atau institusi kewangan mengadakan kempen menabung
IS6 : Kerajaan mengawal iklan yang mengalakkan masyarakat berbelanja secara boros
IS7 : Pendidikan pengurusan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah
IS8 : Program Buku Wang Saku dijalankan secara menyeluruh kepada semua pelajar
IS9 : Mengurangkan amalan membazir dalam kehidupan seharian, seperti penggunaan elektrik, air,
kenderaan, dan sebagainya
IS10 : Menanam sayuran atau menternak haiwan sendiri
IS11 : Menggunakan sesuatu barangan secara maksimum atau membelinya secara pukal

Penutup
– Langkah-langkah yang dicadangkan perlu dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh.
– Semoga amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan seharian masyarakat.
– Ibu bapa perlu bersungguh-sungguh untuk menyemai amalan ini.
– Sikap boros berbelanja yang keterlaluan boleh mengakibatkan berlakunya inflasi.
– Apabila masyarakat menerapkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan, mereka akan dapat
menikmati kehidupan yang lebih selesa.

4 Anda sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di tempat-tempat
awam. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan punca-punca kurangnya
tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah
tersebut.

Format laporan

Maksimum tolak 4 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) :


Tiada tajuk – 1 markah, tiada penomboran – 1 markah, tiada subtajuk – 1 markah, dan tiada tandatangan –
1 markah.

Tajuk Laporan

1.0 Pendahuluan
2.0 Punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam
2.1 .....
2.2 .....
3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut
3.1 .....
3.2 .....
3.3 .....
4.0 Penutup/Kesimpulan

Laporan disediakan oleh,

.............................
(Nama Pegawai)
Pegawai Kesihatan Negeri Perlis

Pendahuluan

– Masyarakat yang mementingkan aspek kebersihan dianggap mempunyai nilai atau kualiti hidup yang
tinggi
– Tahap kebersihan di negara kita masih rendah, terutama di tempat-tempat awam
– Hal ini menjejaskan imej negara kita
– Terdapat banyak sebab fenomena ini berlaku dan langkah-langkah untuk menanganinya perlu
dilakukan dengan segera

Sebab

IS1 : Kurangnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri
IS2 : Kurangnya didikan agama dan moral kerana semua agama mementingkan kebersihan
IS3 : Penguatkuasaan undang-undang tidak tegas kerana kurang tindakan dijalankan
IS4 : Kelemahan institusi keluarga kerana ada segelintirnya tidak menunjukkan teladan yang baik
IS5 : Menganggap bahawa menjaga kebersihan sebagai tugas pihak lain

Langkah

IS1 : Menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan seperti di negara-negara lain di samping


membuat pemantauan secara berkala – peraturan dan garis panduan menjaga kebersihan kepada
penjaja dan peniaga
IS2 : Pentingnya menerapkan pendidikan agama dan moral dengan sempurna agar wujud sikap
mementingkan kebersihan
IS3 : Peranan institusi keluarga dengan menerapkan amalan kebersihan kepada anak-anak sejak kecil
IS4 : Peranan pihak sekolah dalam memupuk amalan kebersihan dalam kalangan pelajar
IS5 : Menjalankan kempen-kempen kesedaran dengan lebih giat dan berkesan
IS6 : Masyarakat menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan
IS7 : Melabel gerai-gerai dan tandas-tandas awam mengikut gred

Penutup
– Amalan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak.
– Kehidupan masyarakat akan lebih selesa dan terjamin apabila mereka mengambil berat tentang
kebersihan, sama ada berkaitan dengan kebersihan diri atau persekitaran.
– Kualiti kesihatan juga akan meningkat seandainya masyarakat gemar menjaga kebersihan sepanjang
masa.

TERHAD

5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa
menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada
tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam
kurungan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Skema jawapan

Idea utama :
Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa pada dekad 1990-an
suhu mencatatkan titik panas paling tinggi dalam sejarahnya, / manakala tahun 2004 dan 2005
merupakan tahun paling panas. / Bank Dunia pula telah menyenaraikan beberapa negara utama
yang menyebabkan pemanasan suhu bumi..

Isi sokongan

IS1 : Perubahan cuaca ini menuntut penduduk dunia mengubah cara hidup. / Mereka harus ingat
bahawa asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan pembakaran terbuka menjadi
penyumbang terbesar pemanasan global.
IS2 : Sekiranya kesan rumah hijau dapat dielakkan, / suhu bumi dan aras laut akan menurun.
IS3 : Pemanasan global memusnahkan harta benda dan nyawa manusia, / selain mengundang
pelbagai malapetaka yang berbahaya.
IS4 : Pemanasan global juga menyebabkan spesies flora dan fauna di dunia mengalami
kemusnahan habibat, / pembesaran tanaman terganggu / dan manusia terpaksa
menanggung kerugian.
IS5 : Penyakit juga akan menyerang manusia / disebabkan pemanasan global / kerana perubahan
cuaca yang ekstrem.
IS6 : Negara-negara di dunia telah mengambil tindakan untuk menangani kesan pemanasan global
/ dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Kesimpulan :
Rakyat negara ini perlu memahami bahawa aktiviti mereka turut menyumbang pemanasan global. /
Rakyat juga perlu menjadi menjadi mata dan telinga kerajaan (pemerhati dan pemberi maklumat
kepada kerajaan). / Kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah
hijau ke atmosfera.

Catatan:
IU tepat – 2 atau 3 isi tepat
IS tepat – 2 isi tepat (2 isi) atau 2 atau 3 isi tepat (3 isi)
K tepat – 2 atau 3 isi tepat

TERHAD

6 Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bahasa prosa Melayu moden. [15]

Mambang Molek begitu marah. Mukanya merah seperti bunga raya. Mambang Molek menghunus
keris yang bernama Si Pukal yang bersalut / berpamor dengan perak tiga persegi sambil menerkam dan
menikam Seri Paduka. Seri Paduka melompat ke kanan dan menyebabkan tikaman Mambang tersasar ke
arah kiri. Mambang Molek menikam Seri Paduka pula di sebelah kiri dan Seri Paduka melompat ke
kanan. Mambang Molek menikam Seri Paduka berulang kali, tetapi semua tikamannya tersasar.
Mambang Molek menyarung kerisnya ke pinggang dan menghunus pedang (yang) berbentuk alang.
Pedang itu tajam sehingga boleh mencukur dan mengupas sesuatu. Mambang Molek memarang/menetak
baginda bertubi-tubi.

Mambang Molek memarang/menetak baginda di sebelah kanan, tetapi baginda mengelak ke sebelah
kiri. Mambang Molek menetak baginda di sebelah kiri, tetapi baginda mengelak ke sebelah kanan.
Mambang Molek menetak baginda di bahagian bawah, tetapi baginda melompat ke atas. Mambang Molek
menetak baginda di bahagian atas, tetapi baginda tunduk ke bawah. Baginda ketinting/melompat seperti
rama-rama. Kaki baginda bagai tidak menjejak bumi. Mambang Molek mengetam bibir dan baginda
tersenyum seperti menyindirnya. Seri Paduka berseru dengan hebat meminta Mambang Molek supaya
beringat. Seri Paduka bertitah bahawa pada masa itu tibalah giliran baginda untuk membalas serangan
Mambang Molek. Seri Paduka meminta Mambang Molek supaya bersedia untuk menghadapi maut. Seri
Paduka menghunus (keris) si Jalak Jantan. Seri Paduka/Baginda menunjukkan keris itu kepada Mambang
Molek sambil berkata bahawa keris itu bernama si Jalak Jantan. Keris itu berkerawang dan bersalut pada
pangkalnya serta ditulis kalimah Subhanallah pada hujungnya.
7 Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa prosa biasa. [15]

Dr. Karim mengatakan sekiranya Mira meminta jururawat menelefonnya di rumah, sudah tentu dia
akan datang dengan serta-merta. Menurut Dr. Karim lagi, jururawat memberitahu bahawa Mira
menunggunya dari pukul 8/lapan pagi, iaitu selama dua jam. Mira memberitahu bahawa dia tidak terfikir
untuk menelefon Dr. Karim. Dr. Karim bertanyakan khabar dan ingin tahu sama ada Mira mengajar atau
tidak pada pagi itu. Mira mengucap syukur sambil membuka dan menutup beg tangannya. Mira
mengatakan bahawa dia tidak dapat mengajar kerana sejak semalam Dr. Karim mengelak-elak diri
daripada menjawab soalannya/pertanyaannya. Dr. Karim tunduk sambil mengguris-guris sembarangan di
meja dalam keadaan serba salah. Dr. Karim memberitahu Mira bahawa dia pernah mengatakan harapan
sentiasa ada. Dengan sedih, Mira mengatakan dia faham bahawa perkara itu hanya kenyataan umum
seorang doktor untuk menyenangkan hati.
Dengan suara yang menggeletar, Mira meminta Dr. Karim supaya menyatakan perkara yang sebenar,
iaitu peratus kemungkinan suaminya akan sihat semula. Dr. Karim mengatakan bahawa dia tidak
bersetuju untuk membuat ramalan begitu. Mira merayu Dr. Karim agar memberitahu ramalan itu,
walaupun Dr. Karim tidak bersetuju. Dr. Karim bertanya tentang sebab dan tujuan Mira ingin tahu
ramalan itu. Mira memberitahu bahawa dia akan menerangkannya kemudian, dan meminta Dr. Karim
menjawab pertanyaannya dahulu. Sambil mengeluh, Dr. Karim bersetuju tetapi dia mengingatkan Mira
bahawa dia tidak yakin akan ramalan itu. Dr. Karim tidak tergamak untuk menyatakan ramalan itu.
Menurutnya lagi, mengikut kebiasaannya harapan tetap ada. Mira meminta Dr. Karim supaya
memberitahunya dan dia sedia menerima apa-apa sahaja. Dr. Karim tetap membisu. Mira mengatakan
bahawa dia dapat meneka suaminya hanya ada harapan untuk hidup sebulan lagi.

TERHAD

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan
sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]

Bil. Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan


1. mengetahui cara menarik
Kata hubung komplemen perlu mengetahui cara untuk
digunakan dalam ayat majmuk menarik
komplemen.
2. memperkenalkan kepada Kata kerja transitif (aktif) perlu memperkenalkan anak-anak
anak-anak diikuti oleh objek atau penyambut.
3. dan boleh membeli Ayat (tergantung) tiada subjek. dan ibu bapa/penjaga boleh
membeli
4. buku cerita-buku cerita Kata majmuk yang dieja terpisah buku-buku cerita
hanya pada bahagian awal kata yang
digandakan.
5. anak-anaknya Kesalahan kata ganti nama diri “nya” anak-anak mereka
yang tidak menunjukkan jamak./Kata
ganti nama diri “nya” menunjukkan
makna tunggal.
6. sama ada ... mahupun Kesalahan kata hubung berpasangan sama ada ... atau
kerana “sama ada” berpasangan
dengan “atau”.
TERHAD

You might also like