You are on page 1of 5

Rekabentuk Bandar

December 13, 2005 by atochsmart2

“REKABENTUK BANDAR (URBAN DESIGN) BUKANNYA SAMA DENGAN


ARKITEK BERSKALA BESAR ATAUPUN PERANCANGAN BANDAR DI PERINGKAT KECIL. IANYA
MEMPUNYAI PROFESSIONALISME, ‘SKILL TERRITORY’ SERTA METODOLOGI DAN SKALANYA
TERSENDIRI.”

APAKAH YANG DIFAHAMI DENGAN ‘AGENDA’ REKABENTUK BANDAR INI?

1.0 Pengenalan

Rekabentuk Bandar (Urban Design) merupakan satu cabang ilmu yang kadangkala memberikan kekeliruan dan tanda
tanya kepada semua. Istilah Rekabentuk Bandar ini membuatkan ramai penyelidik melakukan penelitian tentang
siapakah yang sepatutnya terlibat secara langsung dalam bidang ini dan adakah ianya satu profesionalisme yang
berkait rapat dengan perancangan bandar atau arkitek? Di manakah kedudukannya yang sebenar? Apakah bentuk,
skala dan lingkungan Perekabentuk Bandar (Urban Designer) yang sepatutnya? Persoalan-persoalan ini menjadi tanda
tanya yang memerlukan kupasan dan perbahasan yang terperinci mengenai maksud dan kedudukan spektrum dalam
profesionalisme Rekabentuk Bandar. Penulisan ini tidak akan membuat tinjauan yang terperinci untuk mencari apakah
sebenarnya Rekabentuk Bandar, adalah memadai dengan memberikan gambaran secara kasar untuk mengetahui skop
dan perbezaan Rekabentuk Bandar

2.0 Apa itu Rekabentuk Bandar?

Di Malaysia, bidang Rekabentuk Bandar bukanlah sesuatu yang baru. Rekabentuk bandar sebagai kerjaya adalah
sesuatu yang baru, namun sejarah membuktikan bahawa bidang ini memainkan peranan yang penting dalam
membentuk bandar. Istilah Rekabnetuk Bandar mula digunakan pada tahun 1957 oleh Pertubuhan Arkitek Amerika.
Nama-nama seperti Kevin Lynch dan Jane Jacobs dalam tahun 1960 dan Christopher Alexander, Leon, Rob Krier,
Robert Venturi dan seangkatan dengannya sekitar tahun 1970an dan 1980an. Dekad terkahir memperlihatkan Jenks
dan Sir Richard Rogers dan ramai lagi.

Sementara itu, di United Kingdom, Rekebentuk Bandar ini dilihat sebagai satu campuran atau kacukan profession
(profssional hybrid) yang sangat berkait di antara perancangan bandar dan wilayah dan senibina. Satu definisi yang
ringkas dikemukakan oleh Cambell dan Robert Cowan dam artikel ‘Planning’, Rekabentuk Bandar boleh diertikan
sebagai “the art of shaping the interaction between, people and places, environment and urban form, and nature and
built fabric, and influencing the processes which lead to successful villages, towns and cities”.

Ramai penyelidik lepas telah mengemukakan maksud dan definisi Rekabentuk Bandar. Namun begitu, tiada satu
istilah yang khusus dan tunggal untuk menggambarkan apa itu Rekabentuk Bandar. Secara umumnya, definisi yang
paling popular dikemukakan ialah ianya merupakan satu bidang yang berada di antara perancangan bandar dan
arkitek. Tetapi, apa yang pasti ianya adalah sejajar namun tidak sama dari segi peranan dan strukturnya. Alan Rowley
(1986) telah menyimpulkan dalam artikelnya seperti berikut:

“ Many urban designers reflect a deep seated anxiety when challenged to define urban design. They long for a short,
clear definition but in reality this simply is not possible. No one or two sentence definition is really adequate. Nor is it
likely to prove of lasting value. So it is pointlessto search for a single, succint, unified and lasting definitionis of the
nature and concerns of urban design. It is much better to follow a number of signposts about for example, the
substance, motives, methods and roles of urban design.

Jadi, tidak hairanlah ada yang menganggap dan merendah-rendahkan maksud rekabentuk bandar sebagai ‘big
architecture’. Walhal, ianya harus diterima sebagai satu peranan lain yang perlu dimainkan oleh mereka yang terlibat
dalam proses pembangunan. Kekurangan maksud yang terang dan jelas, mengakibatkan rekabentuk bandar gagal
memandu untuk menerangkan parameternya secara unggul (Pittas, 1996). Namun begitu, Barnett (1997) cuba
menerangkan maksud rekabentuk bandar dengan mengemukakan beberapa kata kunci yang berkaitan dengannya.
(Rujuk Rajah 2.1). Dalam konteks ini, ianya memainkan peranan perantara di antara dua disiplin utama yang terlibat
di dalam alam perbandaran, namun berbeza dari segi peringkat dan skalanya. Tambahan pula, arkitek menyentuh
secara langsung bentuk fizikal binaan secara unit-unit partikel, sedangkan perancangan bandar lebih kepada
pengurusan secara abstrak seperti pengkawasan (zoning), fungsi, jaringan jalan, sosio-ekonomi dan polisi. Manakala
rekabentuk bandar pula menjurus dan fokus kepada reruang bandar (urban spaces) yang dicipta melalui kesan
perancangan dan diterjemahkan melalui ciri fizikal sebibina bangunan. Jadi, secara umumnya terdapat beberapa
parameter atau kayu ukuran yang mantap. (Rujuk Rajah 2.2)

2.1 Bagaimana Profesional Rekabentuk Bandar

Walaupun kemunculan bidang rekabentuk bandar adalah perantara bidang perancangan dan arkitek, namun
rekabentuk bandar disokong oleh beberapa teori yang kukuh seperti berikut:

2.1.1 Pendirian Fungsi dan Tugas

Teori di mana Rekabentuk Bandar memerlukan penjelasan dalam suasana persekitaran bandar, matlamat
pembentukan dan kegunaan bandar. Fungsi persekitaran bandar sebagai kegunaan kolektif untuk menetap: penghuni,
kerja, riadah dan sistem trafik yang menyokong mereka.Teori ini menganggap penghuni, kerja dan riadah sebagai
elemen yang berasingan. Aktiviti tidak sepatutnya dicampur. Jadi, ‘zoning’ merupakan elemen utama kepada fungsi
bandar.

2.1.2 Pendirian Kemanusiaan

Perancangan kemanusiaan dilihat untuk menyedari dan mempertingatkan keadaan sebelumnya di bawah lapisan
struktur sosial. Perkara pertama yang dititikberatkan ialah pengalaman manusia di bandar dan kehidupan sosialnya,
bandar yang baik paling elok difahami sebagai kawasan kolektif yang tidak berbeza dari desa. Teori ini lebih
menggalakkan kegunaan bercampur persekitaran bandar, di mana fungsi jalan sebagai agen pergerakan kenderaan
dianjurkan untuk pelbagai guna yang lain di samping menjadi tempat yang  ‘livable’ untuk manusia.

2.1.3 Pendirian Sistem

Pendekatan sistematik menekankan elemen skala besar dalam rekabentuk bandar dan melihat sebagai satu keperluan
keseluruhan untuk ruang bandar. Kunci utama rekabentuk bandar dalam dunia yang kompleks diuruskan oleh satu
sistem, bukannya satu-satu bangunan. Penyelesaian sesetengah sistematik rekabentuk bandar adalah dengan
mengintegrasikan dua sistem iaitu kediaman dan pengangkutan. Bagi mereka, bandar adalah sistem yang berpunca
daripada pergerakan koridor dan kerangka struktur yang menyokong rumah dan kegunaan lainnya.

2.1.4 Pendirian Berperaturan

Pendirian ini berpegang dan lebih melihat kepada keunggulan lepas. Ianya juga bergantung kepada perbincangan yang
memberi karektor fakta yang lepas sebagai masa yang terbaik sepatutnya dikembalikan dan dikekalkan dengan
kandungan jalan penyelesaian idea asal yang dibawa oleh mereka terdahulu, namun begitu ianya tidak diserasikan
dengan ramuan baru dalam membentuk senibina dan reruang bandar yang mengikut peredaran masa.

2.2 Konsep Rekabentuk Bandar

Seperti yang ditekankan sebelum ini, konsep rekabentuk bandar adalah berbeza dengan arkitek berskala besar dan
perancangan bandar di peringkat kecil. Namun begitu ianya terletak di antara kedua-dua bidang disiplin yang
disebutkan tadi. (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 2.3: Rekabentuk Bandar sebagai perantara kedudukan perancangan dan senibina.

Salah faham terhadap konsep ini membuatkan ramai yang kurang mengerti mengenai istilah rekabentuk bandar. Ini
termasuklah orang ramai, profesional dan di peringkat pendidikan. Dalam memastikan rekabentuk bandar memenuhi
keperluan disiplinnya yang tersendiri maka ianya perlu menyentuh dan memikirkan sebagai satu bidang yang
mempunyai pelbagai dimensi aktiviti di samping memenuhi disiplinnya yang tersendiri di antara bidang yang
berkaitan.

3.0 Kemahiran Rekebentuk Bandar: Seni atau Sains; Aktiviti atau Disiplin

Sesetengah pendapat menyatakan rekabentuk bandar sebagai sains. Contohnya Wallace, 1982 menegaskan rekabentuk
bandar sebagai ‘successive approximations of future states (hypothesis), “tested”, “verified” as to “feasibility”,
“validity” or “desirability” of the outcomes in a sciences manner’. Manakala Lynch, Brewer, Robertson, 1990
menyatakan ianya sebagai satu disiplin iaitu “Crucial and central dicipline linking planning, design and development
of our cities and countryside” Pendapat yang lain pula menyatakan rekabentuk bandar sebagai aktiviti.
“….. Located in a “gray area between planning and architechture” (L.Davies, 1985). Ini sejajar dengan pendapat J.
Barnett, 1987 yang menyatakan “…..Covers the middle ground between the professions of architechture and planning
– the area that is left out, not well filled by either profession”. Daripada beberapa pendapat di atas dapat disimpulkan
bahawa terdapat beberapa kriteria yang berupaya menggambarkan maksud rekabentuk bandar seperti berikut:
a) Tergolong di dalamnya mempertimbangkan keadaan persendirian dan awam dalam alam binaan;
b) Termasuk di dalam konteks pinggir bandar, desa dan bandar;
c) Mengendahkan saiz, skala atau kompleks sebagai menerangkan skop kerja rekabentuk bandar;
d) Jangan memahami rekabentuk bandar dengan sistem aturan (method) atau aplikasi proses;
e) Tiada satu maksud yang jelas dalam mendefinisikan rekabentuk bandar dengan meletakkannya di spektrum
profession yang kukuh dan berkedudukan.

Kriteria yang dikemukakan adalah sejajar dengan pendapat Bartholomew, 1982 sebagai ‘Urban design is the art of
designing large parts of the built environment at a general level prior the design of a particular building or other
component in detail’. Kenyataan di atas, parameter dan konsepnya menitikberatkan keadaan dan skop rekabentuk
bandar dalam memikul sebab tersurat dan tersirat yang seringkali dipersetujui sebagai bahawa rekabentuk bandar yang
sukar untu dicapai seperti yang ditunjukkan melalui rajah 2.2 sebelum ini.

Tahap kepelbagaian dan kompleksnya skop rekabentuk bandar ini memerlukan dan memaksa kepelbagaian dan
kompleks ‘language’ dalam mengungkapkan rekabentuk bagi tujuan komunikasi idea yang perlu disudahi dengan
panduan dan peraturan untuk pelaksanaan. Dalam konteks yang lain pula, seluruh kawasan metropolitan boleh
dibentuk  dan diluahkan dalam bentuk makro (macroform) sehingga berskala 1:50,000 atau polisi dan strategi boleh
diterjemahkan dalam bentuk penulisan atau laluan pejalan kaki atau perabot bandar, papan tanda boleh diterjemahkan
dengan begitu terperinci berskala 1:1. Jadi, dengan mengambilkira pertimbangan yang dikemukakan seperti di atas,
alam lingkungan rekabentuk bandar adalah seperti di dalam Rajah 3.1

Semua aspek ini yang dikemukakan ini adalah bersifat ‘elusive’ dalam menginterpertasikan keadaan dan konsep
rekabentuk bandar secara langsung daripada idea rekabentuk yang jelas terhadap bentuk ‘institusi’ agar bahasa
rekabentuk bandar berupaya diterjemahkan di kalangan mereka yang terlibat (daripada pelajar ke professional ke
masyarakat) dan untuk tujuan perundangan satu dokumen rasmi untuk diimplementasikan.

4.0 Skala Rekabentuk Bandar

Definisi yang dibincangkan sebelum ini merujuk kepada merekabentuk bandar sebagai sebahagian komponen
kawasan perbandaran. Isu dan pertimbangan yang perlu diambil kira dan dikenalpasti ialah dua konteks yang berbeza
iaitu dari segi skala mikro dan skala makro di mana kedua-duanya mempunyai ruang lingkup yang berbeza.
Merekabentuk bandar makro memberi fokus kepada isu-isu yang umum terhadap organisasi reruang dan fungsi,
rekabentuk bandar mikro ditumpukan ke atas senibina, ruang awam, sebahagian elemen bandar dan
mempertimbangkan dengan lebih terperinci rekabentuk dengan skala tersendiri. Sebagai rekabentuk bandar, ianya
berurusan dengan pelbagai skala reruang bandar, ini kerana faktor persekitaran, peranan dan penglibatannya. Antara
skala bidang yang terlibat adalah seperti berikut:
a) Rekabentuk bandar sebagai visualisasi atau pengurusan reruang (spatial management);
b) Rekabentuk bandar sebagai imej-imej menarik dan persekitaran bandar yang estetik;
c) Rekabentuk bandar sebagai proses atau produk;
d) Rekabentuk bandar sebagai pembahagian profession;
e) Rekabentuk bandar sebagai aktiviti sektor awam dan swasta;
f) Rekabentuk bandar sebagai rasional objektif dan tidak rasional subjektif;
g) Rekabentuk bandar sebagai proses teknikal, proses sosial dan proses kreatif.

5.0 Kedudukan Rekabentuk Bandar Dalam Spektrum Profesionalisme yang Kukuh

Secara ringkasnya, kedudukan rekabentuk bandar telahpun dibincangakan sebelum ini. Jika diimbas rajah 2.3 ianya
terletak di antara perancangan dan senibina. Dalam konteks yang lebih luas, rekabentuk bandar ini adalah sebagai
antara ‘multidisciplinary’ dan juga disebut sebagai ‘multidimensional interdisciplinary interface’. (rujuk Rajah 5.1)

Rajah 5.1: Rekabentuk bandar sebagai ‘multidimensional interdisciplinary interface’


Untuk itu, beberapa kata kunci yang dapat dibuat mengenai kedudukan rekabentuk bandar seperti berikut:
a) Skala – besar, secara umumnya dikaitkan dengan arkitek;
b) Menyentuh aspek fizikal dalam perancangan bandar;
c) Bidang yang berasingan daripada arkitek dan perancangan bandar
Namun begitu, hujah ini dibidas oleh Robertson, 1984 dengan menegaskan kedudukannya seperti berikut:
Satu disiplin yang berada dalam kemulut dan perantara perkaitan perancangan pembangunan dan rekabentuk ke
atas bandar dan pinggir bandar;
…. Sejajar dan tepat seperti apa yang dilakukan arkitek, perancangan dan pembangunan
 Pelanggan yang pelbagai – institusi awam dan swasta
Memberi fokus kepada reruang, bentuk tiga dimensi

6.0 Rekebentuk Bandar sebagai Disiplin Bersepadu (Integrative Dicipline)

Secara tradisinya Rekabentuk Bandar harus lebih rapat dan berkait dengan kedua-dua bidang iaitu arkitek dan
perancangan bandar untuk mengisi intelektual dan jurang profesional di antaranya. Dalam memenuhi keperluan
senibina setempat dan pertimbangan fasad-fasad bangunan dalam mengekalkan penjanaan warisan, bidang senibina
diperlukan. Manakala perancangan bandar melengkapkan dalam membentuk polisi dan penekanan perancangan guna
tanah yang sangat berkait dengan nilai sosial serta sejajar dengan isu ekonomi. Lantas, Rekabentuk bandar perlu
dipertingkatkan peranannya sebagai satu entiti yang berdiri dengan sendirinya. Namun begitu, rekabentuk bandar
sebagai satu disiplin yang bersepadu di antara dua kerjaya yang disebutkan (rujuk Rajah  sebelum ini. Ianya bertindak
sebagai akta dan polisi yang bersepadu. Sangat bergantung kepada kefahaman mengenai isu persekitaran, pelbagai
kemungkinan dan jangkaan dalam membangunkan kemungkinan masa depan.

7.0 Rekabentuk Bandar Sebagai Satu Proses yang berterusan

Rekabentuk bandar merupakan seni usahasama (collaborative art) yang terbaik. Ia menekankan terhadap perubahan
persekitaran dan idea perubahan persekitaran yang akan memberi keuntungan kepada umum sebagaimana
dikehendaki. Segala disiplin rekabentuk dan profesional yang berkaitan dengannya adalah terlibat dalam Rekabentuk
Bandar dari kacamata kepentingan masing-masing. Jika pembaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, satu
pengiktirafan perlu dibuat untuk menggabungkan minat dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, rekabentuk bandar
adalah proses yang berjalan berterusan dalam membentuk imej dan identiti bandar, kawasan persekitarannya dan
suasana masyarakat. Kualiti rekabentuk bandar adalah bergantung kepada kualiti dalam merekabentuk objektif dan
kualiti dalam merekabentuk prinsip dan garis panduan rekabentuk untuk digunakan dalam mencapainya. Kefahaman
mengenai bagaimana bandar dan habitatnya berfungsi dapat membantu memperjelaskan penentuan objektif namun
keputusan tentang apa yang sepatutnya terjadi selalunya bergantung kepada politiking. Rekabentuk bandar sering
berhadapan dengan pergantungan masa hadapan. Masa depan adalah sesuatu yang tidak diketahui. Jadi, seharusnya
ianya diteruskan dalam kerjaya yang betul pada prinsipnya. Persoalannya ialah adakah bidang rekabentuk bandar ini
seragam yang melingkungi semua institusi dalam bahasa rekabentuk bandar (urban design language) untuk
memungkinkan keperluan yang dkenalpasti. Khususnya, dalam mempertimbangkan rekabentuk bandar terlibat dalam
jangkamasa yang lama, pelbagai karenah pengguna dan pembuat keputusan di dalam tempoh masa yang berbeza.

8.0 Penutup

Berdasarkan hujah-hujah dan huraian-huraian yang dijelaskan sebelum ini, dapat dinyatakan bahawa skop rekabentuk
bandar tidak menjadi persoalannya. Selama mana individu atau pasukan itu terlibat dalam rekabentuk bandar ianya
perlu mengetahui akan peranan dan tanggungjawabnya yang sebenar. Perlu ditekankan di sini bahawa, rekabentuk
bandar boleh jadi arkitek, perancangan bandar, arkitek lanskap, sains sosial, seni, geografi dan seumpamanya namun
rekabentuk bandar adalah profession yang berasingan dan mempunyai ‘view’ yang tersendiri. Ianya muncul kerana
kemahiran yang berbeza dimiliki olehnya berbanding profesional lain. Berdasarkan hujah penyelidik lepas ada yang
menegaskan ianya satu aktiviti, disipilin, seni dan sains. Kesemua pendapat ini boleh diterima kerana rekabentuk
bandar adalah boleh dikatakan gabungan profession dan tidak boleh condong serta berat ke atas profession tertentu.
Jadi, disiplin rekabentuk bandar memang diperlukan, perlu diiktiraf, profesion yang kukuh dan mantap, mempunyai
peranan yang tersendiri (niche area) dan cabang ilmu pendidikan untuk dicungkil keunikannya. Nescaya bidang ini
akan mendapat tempat suatu masa nanti kerana ia melengkapkan dan memperkemaskan aspek perancangan fizikal dan
spatial

9.0 Rujukan

Attoe, Wayne and Donn Logan, (1989), Urban Design and the Quantum Worldview, University of California Press,
London.

Gosling, D. and Maitland, B. (1984) Cocepts of Urban Design, Academy Editions, London.

Lang, Jon, (1994), Urban Design, The American Experience, Van Nostrand Reinhold, New York.
Pittas, (1994), What is Urban Design, Thames & Hudson, London.

Whitman, P and Gordon Holden, August (1994), Colloquim Pro-ceedings, Architechtural and Urban Design Theory
for the 90s.

You might also like