You are on page 1of 47

PELAN PEMASARAN KOMODITI ORKID 2003 - 2010

1. PENDAHULUAN

Orkid boleh didapati di seluruh dunia dari Artik ke Khatulistiwa dan juga di
benua Selatan kecuali di Antartika. Orkid daripada famili ‘orchidaceae’
adalah famili yang terbesar di antara pokok-pokok berbunga. Orchidaceae
boleh di bahagikan kepada 88 subtribes, di antara 700 – 800 genera yang
merangkumi di antara 22,000 – 35,000 spesies. Genus Dendrobium
adalah yang paling banyak dan merangkumi lebih kurang 900 spesies.
Banyak hibrid orkid telah dihasilkan daripada kacukan yang dibuat dengan
menggunakan spesies-spesies orkid. Di Malaysia, hibrid-hibrid komersial
yang ditanam oleh kebanyakan pengusaha adalah jenis orkid tropika.

Di Malaysia, penanaman orkid diusahakan secara komersial dan juga


sebagai hobi. Pengeluaran orkid secara komersial hanya bermula pada
60’an. Keluasan tanaman orkid meningkat dari tahun ke tahun disebabkan
peningkatan permintaan di luar dan di dalam negeri. Kebanyakan ladang
orkid terdapat di Johor (daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian dan
Mersing), Perak (daerah Kinta), Selangor (daerah Petaling, Sepang, dan
Hulu Selangor), dan Pahang (Cameron Highlands).

Kepesatan pertumbuhan industri menyebabkan kadar sewaan tanah di


daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Petaling dan Sepang meningkat dengan
begitu ketara. Keadaan ini menyebabkan pengusaha orkid mencari
kawasan lain yang lebih munasabah sewanya. Jabatan Pertanian sedang
berusaha untuk mewujudkan kawasan khas di negeri Johor, Selangor dan
Perak sebagai Taman Kekal Pengeluar Bunga (TKBP). Kawasan ini
menggunakan kaedah teknologi terkini untuk pengeluaran orkid yang
berkualiti.

1
Orkid terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk yang dapat menawan
hati sesiapa yang menggemar kecantikan. Malaysia merupakan salah
sebuah negara pengeksport orkid yang terkenal dan pengeksportan terdiri
daripada genera Aranda, Vanda, Mokara dan Aranchnis. Kebelakangan ini
terdapat minat dengan genus Dendrobium terutama sekali ke Jepun dan
negara-negara serantau.

Jenis dan warna orkid turut mempengaruhi destinasi pasaran eksport di


mana orkid akan dipasarkan. Sebagai contoh, negara Jepun lebih
meminati orkid yang berwarna putih dan warna-warna pastel (merah
jambu atau kuning cair). Di Eropah atau negara barat lebih menggemari
warna-warna terang seperti merah, jingga, ungu dan adakalanya putih
terang. Untuk pasaran Singapura, Taiwan dan tempatan warna kuning,
ungu, jingga dan merah lebih mendapat tempat.

Kecenderungan kepada warna dan bentuk orkid berubah seperti mana


dunia fesyen. Ini memberi peluang kepada perkembangan industri untuk
mewujudkan hibrid baru yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak
pengguna.

Kebelakangan ini pengeksportan orkid berpasu telah diusahakan oleh


segolongan kecil pengusaha orkid. Jenis orkid yang tumbuh padat
(compact in growth) mudah untuk dipasarkan ke luar negara. Orkid
berpasu yang popular untuk pasaran tempatan terdiri daripada hibrid
pokok orkid yang rajin berbunga (free flowering). Penggunaan orkid
berpasu untuk landskap perlu dipertingkatkan dan jika dieksploitasikan
dengan berkesan dapat mewujudkan satu platform ke arah peningkatan
permintaan.

2
Spesies orkid liar Malaysia juga sangat popular di kalangan penggemar
dan pengumpul orkid sama ada di dalam ataupun di luar negara. Di
antara spesiesnya adalah Phalaenopsis violaceae, Bulbophyllum spp. dan
Paphiopedilum spp. Menyedari bahawa spesies orkid liar ini boleh
dimajukan/didedahkan untuk menambah pendapatan negara, Jabatan
Pertanian telah membenarkan penjualan dan pengeksportan spesies orkid
liar ini dengan syarat ia telah dibiak secara kultur tisu atau biji benih dan
hendaklah di bawah pengawasan dan pengeluaran sijil oleh Jabatan
Pertanian.

Pusat Repositori spesies orkid liar dapat memainkan peranan melalui


pengeluaran spesies orkid liar secara kultur tisu. Spesies orkid liar yang
bersifat komersial ini dapat diedarkan di kalangan penanam dan peminat
orkid. Dengan cara ini, pihak berkuasa dapat membendung kegiatan
pengambilan spesies orkid liar ini secara haram dari hutan. Dengan cara
tidak langsung kita dapat mengekalkan serta memelihara kewujudan
spesies tersebut.

2. OBJEKTIF

Pelan pemasaran orkid bertujuan :

i) Mengkaji dan menilai situasi dan pasaran domestik dan


antarabangsa industri orkid.
ii) Mengkaji potensi dan mencadangkan sasaran ukuran prestasi
industri.
iii) Mencadangkan strategi dan pelan tindakan pemasaran industri orkid.
iv) Meningkatkan penguasaan pasaran eksport melalui proses
pemasaran yang lebih teratur dan R&D.

3
3. ANALISA SITUASI

Analisa situasi akan mengkaji perkembangan/tren pasaran sama ada


tempatan atau pun antarabangsa dengan mengambil kira aspek-aspek
yang telah dinyatakan di atas untuk menentukan arah tuju yang lebih
berkesan di samping merangka satu pelan pemasaran yang berkesan dan
efektif.

Pasaran untuk bunga keratan sedang meningkat di antara 6 - 9 peratus


setahun dan penggunaanya dijangka mencapai USD $35 billion. Jepun,
Eropah Barat dan Amerika Utara merupakan tiga kawasan di mana
penggunaan yang tinggi tetapi dari hasil kajian pasaran Eropah Barat
telah mencapai tahap maksima, dan dijangka penggunaanya pada masa
depan akan menurun.

Di bawah Dasar Pertanian Negara (DPN) 1992 - 2010, industri bunga


diberi peranan yang penting memandangkan industri bunga negara telah
menunjukkan peningkatan yang membanggakan semenjak 1980.
Peningkatan ini adalah berteraskan daya kuasa pasaran tempatan (market
forces) terutama sekali melalui peningkatan permintaan dipasaran
tempatan dan luar negara untuk bunga keratan berikutan pemulihan
ekonomi dunia selepas resessi pada pertengahan 80’an.

DPN telah membuat unjuran pasaran bunga dunia akan meningkat pada
tahap 6% setahun dengan nilai RM20 billion pada tahun 2000 dan RM30
billion pada tahun 2010. Berdasarkan fakta-fakta ini, keluasan tanaman
perlu ditingkatkan daripada 2800 hektar pada tahun 2000 kepada 7800
hektar pada tahun 2010, di mana orkid merupakan di antara bunga yang
akan memberi sumbangan GDP secara bermakna.

4
3.1 Analisa produk

Orkid ditanam dalam dua bentuk untuk jualan iaitu dalam bentuk
keratan dan juga sebagai pokok orkid berpasu. Pada masa dahulu,
pasaran antarabangsa hanya tertumpu kepada bentuk keratan
manakala di pasaran tempatan pasaran merangkumi kedua-dua
bentuk. Tetapi kini pasaran pokok orkid berpasu di peringkat
antarabangsa telah mula mendapat perhatian. Situasi ini adalah
disebabkan kegemaran sebahagian konsumer kepada pokok orkid
hidup dengan tangkai bunganya sekali untuk menyerikan lagi ruang
rumah mereka.

Analisa Swot terhadap industi bunga orkid


Kekuatan Peluang

1. Penglibatan pelabur asing. 1. Peningkatan permintaan global.


2. Jaminan pasaran melalui pakatan 2. Peluang baru yang boleh diterokai seperti
strategik. Eropah Timur, Amerika dan Timur Tengah
3. Kualiti yang tinggi memenuhi 3. Memodenkan ladang dengan teknologi
kehendak pasaran tempatan/dunia. yang canggih.
4. Cuaca yang sesuai untuk 4. Menapis pasaran tempatan yang sedang
pengeluaran sepanjang tahun. berkembang.
5. Terdapat logistik dan infrastruktur 5. Peluang ladang-ladang kontrak dengan
yang efisyen dan berkesan. negara pengimport.
6. Penggunaan tempatan yang meningkat. 6. Minat yang meningkat dipasaran dunia
untuk Dendrobium.
Kelemahan Ancaman
1. Kurang R&D untuk mengeluarkan 1. Persaingan sengit dari Thailand dan
hybrid baru dan kerugian lepastuai. Singapura.
2. Peningkatan kos bahan input yang 2. Pengambilan alih tanah untuk pembangunan
tidak menentu. industri pembuatan/perumahan.

5
3. Kekurangan kemudahan infrastuktur 3. Tambang kapal terbang yang tinggi.
seperti bilik sejuk dan lori sejuk. 4. Pelabur asing menerokai tanah di Vietnam,
4. Terlalu bergantung kepada tenaga Indonesia dan China.
pekerja asing
5. Terlalu bergantung kepada pasaran
Singapura.

3.2 Analisa Pasaran

3.2.1 Pasaran Domestik

Penggunaan tempatan didapati meningkat disebabkan oleh


faktor-faktor berikut:

a. Peningkatan pendapatan perkapita masyarakat


bandar.
b. Minat suri rumahtangga untuk menghias rumah.
c. Lebih ramai pasangan muda yang kelulusan akademik
tinggi yang sanggup membelanjakan wang dalam
menghiaskan rumah dengan bunga segar.

3.2.2 Pasaran Eksport

Tren eksport orkid Malaysia menampakkan peningkatan


yang memberangsangkan. Bagaimanapun krisis ekonomi
yang berlaku pada tahun 1997 turut memberi kesan kepada
eksport orkid di mana ianya berkurangan hampir 29 peratus
berbanding dengan tahun 1996. Bagaimanapun prestasi
untuk tahun-tahun berikutnya kembali pulih dan meningkat
kepada RM11,360,387.00 tahun 2001.

6
Eksport Orkid Malaysia Pada Tahun 1989 – 2001
Tahun Nilai Eksport (RM)
1989 1,448,382
1990 3,075,575
1991 3,400,895
1992 6,260,200
1993 4,268,396
1994 9,034,489
1995 6,828,239
1996 6,486,446
1997 4,618,496
1998 10,007,701
1999 8,474,802
2000 11,797,234
2001 11,360,387
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

7
Destinasi utama eksport Malaysia pada tahun 2001 adalah ke
Singapura (52.3 %), Jepun (21.6 %) dan Australia (16.6 %).

Nilai Eksport O rkid Malaysia Pada Tahun 2001 Singapura

Jepun

Australia

3.1 % Kanada
3.6 %

Itali

New
16.6 % Zealand
Belanda
52.3 %

21.6 % Am erika
Syarikat
Brunei
Darulsalam

Lain-lain negara - 2.8 %


Hong Kong

Sepanyol

Jerm an

Papua New
Guinea

Usaha yang lebih gigih perlu diformulasikan untuk mengekalkan


dan meningkatkan peratus pasaran melalui program-program
bersama kerajaan dan pihak pengusaha swasta.

Bunga orkid yang diusahakan untuk eksport dipilih mengikut gred,


panjang tangkai dan kualiti. Kebanyakan pengimport inginkan

8
hanya separuh bunga itu dibungkus dan setiap tangkai mempunyai
sepuluh atau lebih bunga. Keperluan pasaran dan pengimport akan
berbeza dari satu pasaran dan juga antara pengimport. Saiz
tangkai, kematangan, bilangan tangkai setiap bungkusan adalah
faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh pengusaha apabila ingin
mengeksport.

Garis panduan penggredan orkid (Oncidium)


Jenis Orkid Gred Panjang Tangkai Bil. Cadang Sisi
Minima (cm) minima
Oncidium Gower Ramsey A super 75 5 cabang
A 50 2 cabang
B 40 2 cabang
C 30 Tiada cabang
D 25 Tiada cabang
E 20 Tiada cabang
F 15 Tiada cabang
G 10 Tiada cabang

Oncidium Golden Shower A 50 Bercabang


B 40 Bercabang
C 30 Bercabang
D 20 Bercabang
E 15 Tiada cabang
F 10 Tiada cabang

Garis Panduan Penggredan Orkid (Vanda, Aranda, Mokara dan Dendrobium)


Jenis Minima Gred Panjang Tangkai Bil. Kuntum
Minima (cm)
Vanda, Aranda, Mokara A 40 7 kuntum
B 35 6 kuntum
C 30 5 kuntum
D 25 4 kuntum
E 20 3 kuntum
F 15 3 Kuntum
G 10 2 Kuntum

9
Dendrobium A Super 55 10 kuntum
A 45 7 kuntum
B 40 6 kuntum
C 35 5 kuntum
D 30 4 kuntum
E 25 3 kuntum
F 20 3 kuntum
G 15 2 kuntum

Grading dan pembungkusan perlu dilakukan secara efisyen untuk


memastikan tempoh daya tahan, jangka hayat dan kesegaran
dapat dipanjangkan. Rumah pembungkusan (packing house) perlu
tertutup dan bebas dari tiupan angin untuk memastikan
kelembapan tidak hilang. Lantai, bilik sejuk, meja, baldi, pisau dan
lain-lain peralatan perlu dibersihkan dengan klorin. Cahaya lampu
yang cukup di dalam bilik pembungusan perlu diutamakan untuk
memastikan pekerja dapat melihat warna dan mengesan masalah-
masalah lain.

Setiap tangkai perlu diperiksa oleh penggred dan selepas


diklasifikasikan ianya diletakkan pada kawasan yang telah
ditetapkan sama ada di atas meja atau dulang khas. Tangkai tidak
boleh disusun lebih dari 15 ke 20 cm. tinggi untuk mengurangkan
kerosakan mekanikal. Setiap dulang dan meja perlu dialas dengan
foam yang nipis untuk mengelakkan kerosakan mekanikal. Tangkai-
tangkai yang tidak mematuhi spesifikasi perlu diasingkan dan
bakinya diasingkan mengikut kategori panjang dan kualiti.

10
Proses pengredan perlu memastikan perkara-perkara berikut:

! Bilangan bunga/kudup.
! Warna yang seragam.
! Kematangan-bilangan bunga yang telah kembang
berbanding dengan yang kudup.
! Bunga yang cacat.
! Kewujudan bunga yang tidak normal (deformed).
! Panjang tangkai.
! Kesan kerosakkan oleh serangga (thrips dan beetle).
! Kewujudan fungus yang dapat dikesan melalui bintik-bintik
pada bunga.
! Kewujudan virus yang boleh dilihat daripada keretakan
warna.
! Kewujudan serangga seperti (mealy bug, scale insects &
aphids).

Tidak ada satu sistem pembungkusan khusus yang disyorkan


kerana setiap pasaran atau pengimport akan menentukan kriteria
pembungkusan. Saiz kotak yang berbeza boleh digunakan untuk
gred yang berlainan. Kotak tidak mempunyai lubang udara.

11
Spesifikasi pembungkusan Dendrobium untuk pasaran eksport
Negara Asal/ Dimensi kotak: Bilangan kotak Panjang tangkai
Destinasi L x B x H (sm) dalam kotak dan bilangan
besar

Hawaii 102.5 x 40 x 7.5 4-6 -


Hawaii 82.5 x 37.5 x 7.5 4-6 -
Thailand/Eropah 75 x 39 x 38 5 Satu panjang, 60/ktk
300/kotak besar
Satu pendek, 80/ktk
400/kotak besar
Singapura/Jepun 77 x 22 x 8 0 Panjang, 20 sprays
Singapura/Jepun 77 x 22 x 8 0 Sederhana, 20 sprays
Singapura/Jepun 77 x 22 x 8 0 Pendek, 20 sprays
Singapura/Jepun 100 x 30 x 40 0 40/ktk, 200/ktk besar

Penghantaran perlu dilakukan secepat mungkin selepas penuaian


dan jika boleh mengurangkan penyimpanan dalam bilik sejuk
supaya ia tidak menjejaskan jangka hayat. Bunga orkid boleh
disimpan dalam bilik sejuk di antara suhu 10° C hingga 12° C. Suhu
di bawah 8° C boleh mengakibatkan ‘chilling injury’. Kebersihan
bilik sejuk adalah amat penting, daun dan bahan bunga yang telah
layu tidak boleh ditingggalkan dalam bilik sejuk kerana ianya boleh
mengeluarkan gas ethylene dan menyebabkan kualiti bunga
terjejas, mempercepatkan bunga matang dan mengurangkan daya
tahan.

12
3.2.3 Permintaan Import Dunia

a) Negara-negara EU

Pengimportan orkid dari negara-negara bukan EU


telah meningkat 72% dalam jangka masa 1988
hingga 1993 iaitu dari 60 juta keratan kepada 103
juta keratan. Negara Thailand merupakan
pengeksport terbesar ke pasaran EU dengan
menguasai 94% pasaran orkid import (tidak termasuk
eksport antara EU). Singapura pula mengeksport 4%,
manakala Afrika Selatan, New Zealand dan Brazil
merupakan di antara lima pembekal utama bukan EU.

Itali merupakan pengimport terbesar orkid keratan di


EU iaitu lebih dari 60% dari jumlah import dan
menduduki pengimport dunia kedua terbesar selepas
Jepun. Itali telah mengimport 65 juta keratan pada
tahun 1993 dan daripada jumlah ini hanya 14.1 juta
adalah dari negara EU. Import utama Itali adalah dari
Thailand yang menguasai 97% kuantiti import Itali.
Belanda merupakan negara kedua terbesar
mengimport orkid di EU dan juga merupakan
pengeluar orkid terbesar di EU terutama sekali bagi
genus Cymbidium yang ditanam dalam rumah kaca
(greenhouse). Negara Belanda telah mengimport 17
juta keratan dan dari jumlah ini 4 juta adalah
keluaran EU. Negara ini juga merupakan pengeksport
utama EU dengan 38 juta keratan tanaman tempatan

13
dan juga mengeksport semula orkid ke negara-negara
EU yang lain. 84% eksport negara Belanda adalah ke
Jerman.

Negara Jerman merupakan negara yang ketiga


terbesar di EU mengimport orkid dari negara-negara
bukan EU. Jerman telah mengimport 13 juta keratan
dan daripada jumlah ini 4.2 juta adalah daripada
negara EU. Britain dan Perancis merupakan di antara
pengimport orkid utama di EU. Harga jualan bunga
orkid di EU adalah tinggi semasa hari Natal, Hari
Valentine, Easter dan Hari Ibu. Sementara itu harga
jualan orkid adalah lebih tinggi di Jerman dari Itali
dan Belanda.

b) Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, kuantiti dan nilai pengimportan


orkid keratan meningkat 51.2% dan 21.8% masing
masing semenjak 1980 iaitu daripada 15.3 juta
keratan (US10.85 juta) ke 23.2 juta keratan (US7.13
juta). Peningkatan ini adalah disebabkan penambahan
import Dendrobium daripada 9.1juta keratan tahun
1990 kepada 25 juta keratan pada tahun 2000. Jenis
orkid bukan Dendrobium tidak banyak berubah
semenjak 1990 iaitu di antara 6.3 juta setahun kecuali
pada tahun 1991 di mana import jatuh kepada 4.2
juta.

14
Thailand yang merupakan pengeluar Dendrobium
terbesar di dunia juga adalah merupakan pembekal
terbesar ke Amerika Syarikat iaitu melebihi 97% nilai
import. Pengimportan Dendrobium telah berganda
pada lima tahun terakhir ini iaitu dari 8.6 juta pada
tahun 1990 kepada 16.4 juta pada tahun 1994 dan
terus meningkat kepada 30 juta pada tahun 2000.
Singapura, Jamaica, New Zealand dan Costa Rica juga
merupakan negara pembekal kepada Amerika
Syarikat. Analisa import bulanan untuk dua tahun
kebelakangan ini telah menunjukkan pengimportan
dari Thailand meningkat dengan banyaknya pada
bulan Februari hingga Jun. Pada tempoh ini
pengimportan dari Thailand adalah melebihi 1.5 juta
keratan sebulan manakala pada bulan lain adalah di
antara 700,000 ke 1 juta keratan sebulan.

c) Pasaran Asia

Singapura sedang merangka strategi untuk


meningkatkan penguasaan pasaran eksport terutama
sekali ke Eropah. Ini dapat dilihat melalui peningkatan
eksport daripada 2.2 juta pada tahun 1998 kepada
4.2 juta pada tahun 2000. Singapura juga
mengeksport keratan orkid ke Jepun selain dari
Amerika Syarikat.

Pengeluaran di Singapura dijangka meningkat


sehingga 5% dalam beberapa tahun dari S$25 juta

15
setahun dengan pelancaran hibrid baru orkid. Hibrid
baru ini, ‘bio-luminescent’ adalah pertama di dunia
dan hibrid ini adalah bersinar pada waktu malam.

Jepun juga mengeluarkan beberapa jenis orkid tetapi


tidak mencukupi permintaan tempatan. Jepun juga
merupakan pengimport terbesar orkid di dunia.
Disebabkan ini lebih daripada 700 hektar tanah di
Thailand, Singapura, Malaysia dan Indonesia
ditumpukan untuk pengeluran bagi pasaran eksport
ke Jepun. Selain dari negara-negara ini, Jepun juga
mengimport dari negara Belanda, Australia dan New
Zealand. Di pasaran tempatan Jepun, hibrid-hibrid
Dendrobium adalah yang paling laris jualannya diikuti
oleh hibrid-hibrid Oncidium. Harga purata adalah lebih
rendah untuk orkid import berbanding dengan orkid
tempatan.

3.3 Analisa Pengeluaran dan lepastuai

Pengeluaran tanaman orkid pada masa ini tertumpu kepada empat


(4) negeri di Semenanjung iaitu di Johor, Perak, Selangor dan
Pahang. Dianggarkan sebanyak 774 hektar ditanam dengan
pelbagai hibrid orkid komersial. Jumlah pengeluaran adalah
sebanyak 18,960,099 keratan setahun dan daripada jumlah ini 48%
adalah dari Johor, 20.4% dari Perak dan 15% daripada
pengeluaran adalah dari Selangor.

16
Keluasan Kawasan dan Pengeluaran Orkid (1999)

Negeri Keluasan Pengeluaran


(hektar) (keratan)

Johor 376.56 9,163,543


Pahang 217.27 1,270,000
Selangor 53.00 2,897,820
Perak 48.61 3,875,322
Sabah 24.10 191,165
Kelantan 18.94 74,000
Wilayah Persesekutuan Kuala Lumpur 10.44 369,360
Pulau Pinang 7.60 206,620
Melaka 5.14 134,430
Negeri Sembilan 4.04 458,500
Sarawak 3.53 206,640
Kedah 3.43 257,612
Perlis 0.78 38,897

MALAYSIA 773.5 18,960,099

Sumber: Jabatan Pertanian

Pada tahun 2000, pengeluaran orkid meningkat 28 peratus kepada


24,262,974 keratan. Terdapat 459 pengusaha tanaman orkid di
Malaysia yang menanam pelbagai genera dan genera yang paling
popular adalah Dendrobium. 44 peratus dari pengusaha ini
mengusahakan Dendrobium (203 orang), diikuti oleh Mokara (85
orang), Aranda (63 orang) dan Oncidium (62 orang).

Pada tahun 2000 pengeluaran orkid meningkat kepada 24,262,974


keratan dengan Dendrobium sebanyak 13,102,005 keratan (54 %),
Oncidium 5,507,695 keratan (22.7 %), Aranthera sebanyak
3,105,660 keratan (12.8 %) dan bakinya untuk spesies-spesies
yang lain.

17
Dari segi kuantiti pengeluaran setahun Dendrobium menghasilkan
9,799,286 keratan (51.7%), diikuti oleh Oncidium sebanyak
3,658,546 keratan (19.3%), Aranda 2,522,391 keratan (13.3%)
dan Mokara sebanyak 1,080,476 keratan (10.49%). Spesies orkid
lain yang diusahakan tetapi pengeluarannya tidak begitu signifikan
seperti Catteleya, Holttumara, Vanda dan Phalaenopsis.

Kos pengeluaran orkid tertumpu kepada bahan tanaman (50%).


Kebanyakan penanam orkid mendapat bahan tanaman mereka
melalui pembelian anak benih dari makmal tisu kultur ini bertujuan
untuk memastikan bekalan bahan tanaman adalah seragam dari
segi saiz, bentuk, warna dan kuantiti. Anggaran 50% bahan tisu
kultur diimport dari Thailand dan selebihnya dari Singapura.
Pengimportan perlu kerana bekalan benih melalui proses tisu didik
di negara tidak mencukupi. Ini bererti peluang adalah cerah untuk
pengusaha tempatan mewujudkan makmal tisu kultur dalam usaha
menyediakan bekalan kepada industri orkid tempatan.

Malaysia perlu meningkatkan daya saing pengeluaran tisu didik


supaya lebih efisyen dan seterusnya dapat mengurangkan kos
bahan tanaman. Dibandingkan harga anak benih tisu kultur
Thailand iaitu 20 sen hingga 30 sen, dan Singapura di antara 40
sen hingga 60 sen, harga anak benih tisu kultur Malaysia adalah di
antara 30 sen hingga 60 sen bergantung kepada kuantiti yang
dibeli.

Selain dari tisu kultur, sesetengah nurseri membeli ‘top cut’ sebagai
bahan tanaman tetapi ia lebih mahal dan memakan masa yang
lebih lama untuk menghasilkan bunga.

18
Kemajuan dalam bioteknologi dan biologi perlu digunapakai dalam
pembaikbakaan orkid. Kajian mengubahsuai bioteknologi boleh
diterokai untuk membiak ‘Genetically modified Orchids’ yang
menghasilkan bunga orkid ‘incandescent’ iaitu yang bersinar pada
waktu malam dan bunga yang bercorak unik seperti bertompok dan
berjalur.

Untuk berdaya saing dan mengurangkan kos pengeluaran,


teknologi baru perlu diperkenalkan di dalam industri orkid.
Teknologi baru perlu menekankan kepada kaedah pengeluaran
orkid baru berautomasi. Ini adalah perlu memandangkan
pengeluaran orkid memerlukan tenaga buruh yang intensif (1
pekerja untuk 0.6 hektar). Kajian automasi perlu menekankan
kepada aspek-aspek berikut:

a. Memasu bunga
b. Pengurusan air
c. Pembajaan
d. Pengurusan perosak
e. Rawatan dan pengendalian lepas tuai.

Pengendalian lepas tuai orkid memerlukan penjagaan yang rapi dan


perhatian yang tinggi. Orkid mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor
cuaca yang tidak menentu, kelembapan dan suhu yang rendah dan
kerosakan mekanikal. Faktor faktor ini boleh menyebabkan
keadaan fizikal yang menjadi kurang menarik dan daya tahan (shelf
life) yang semakin singkat. Dengan mengurangkan jangka masa di
antara penuaian, pembungkusan dan hantaran dapat
dipertingkatkan.

19
3.4 Analisa Persaingan

Orkid dipasaran tempatan dan dunia bukan sahaja bersaing di


antara spesies sendiri tetapi juga dengan bunga-bunga lain di
pasaran seperti ros, kekwa, bunga kering , daun paku dan pokok
hiasan lain seperti buluh jepun, bunga kertas. Namun demikian
orkid telah dapat menawan sebahagian pasaran atau pasaran niche
disebabkan faktor-faktor yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dipasaran antarabangsa, pengusahaan orkid Malaysia terpaksa


berhadapan dengan orkid Thailand, Singapura, Australia, Hawaii
dan New Zealand untuk menguasai pasaran. Disebabkan ini,
eksport orkid Malaysia ke EU dan Amerika Syarikat tidak melebihi
2% dari jumlah import. Antara faktor yang menjadikan orkid
Malaysia kurang daya saing adalah kos pengeluaran yang tinggi,
tambang kapal yang tinggi dan persaingan dari Thailand dan
Singapura. Perlu dirangka satu pelan pemasaran yang dapat
meningkatkan eksport sama ada melalui promosi luar negara
ataupun dengan mengadakan strategik alliance dengan pengimport
dengan memberi kemudahan pinjaman dan tanah untuk industri
ini.

3.5 Analisa Pengguna

Tren penggunaan orkid tempatan dan dunia menuju ke arah


peningkatan. Ini dapat dilihat daripada nilai dan kuantiti import
negara-negara bertambah daripada tahun ke tahun. Jepun menjadi
pengguna terbesar di dunia manakala Itali adalah pengguna
terbesar di EU. Pelbagai hibrid dan warna dikeluarkan dengan
menggunakan keadah kejuruteraan genetik dan ini memberi

20
peluang yang lebih kepada pengimport dan pengguna memilih
kehendak mereka. Di antara faktor-faktor yang menjadi penyebab
kepada peningkatan permintaan adalah:

a. Pemulihan ekonomi dunia

b. Peningkatan penggunaan instituisi (hotel, pejabat, restoran


dsb) dan isi rumah. Ini disebabkan dengan perkembangan
positif industri pelancongan negara di samping peningkatan
penghijrahan ke bandar.

c. Harga pasaran lebih rendah disebabkan persaingan di antara


pengimport dan juga penjual.

Walaupun orkid terpaksa bersaing dengan bunga-bunga tempatan


yang lain sama ada jenis tanah tinggi atau rendah, bunga kering
dan juga bunga plastik, namun penggunaanya tetap meningkat.
Faktor jangka hayat yang lebih lama (2-3 minggu), pelbagai warna
dan bentuk telah dapat menarik minat pengguna tempatan dan
antarabangsa walaupun harganya lebih tinggi dari bunga keratan
lain.

3.6 Analisa R&D

Kebanyakan jenis orkid hibrid yang ditanam di ladang orkid


Malaysia terdiri daripada genera Dendrobium, Mokara, Aranda,
Oncidium dan Vanda. Daripada tinjauan yang diadakan, kini tidak
banyak hibrid buatan Malaysia yang terdapat di ladang orkid
komersial negara. Kerja pembiakbakaan bagi mendapatkan hibrid-
hibrid baru tempatan tidaklah secepat berbanding kehendak

21
citarasa pengguna. Dengan yang demikian hibrid-hibrid baru yang
beridentiti Malaysia perlu dibiakbaikkan dan bagi tujuan itu
beberapa bidang teras penyelidikan dicadangkan:

a) Pembiakbakaan hibrid baru ( ‘Development of New Hybrids’)

Pembiakbakaan secara kebiasaan (‘conventional’) iaitu


dengan membuat kacukan dan diteruskan dengan penilaian
dan pemilihan mengambil masa yang lama. Oleh yang
demikian, untuk memendekkan proses pembiakbakaan,
beberapa bidang penyelidikan yang akan melibatkan kos
yang tinggi diperlukan di masa akan datang. Untuk
memulakan program hibridisasi yang baik satu koleksi yang
luas merangkumi pelbagai jenis spesies dan hibrid orkid
sebagai pokok baka (‘stud plants’) yang mempunyai ciri-ciri
yang diingini perlu dikumpulkan di peringkat awal. Kacukan
hanya dijalankan ke atas baka-baka yang terpilih supaya kos
penjagaan anak-anak baka dapat dikurangkan di peringkat
perkulturan biji benih dalam makmal serta pembesaran anak
semaian orkid dalam nurseri. Di peringkat ini adalah penting
teknologi yang kos efektif digunakan bagi mengatasi
masalah kekurangan tenaga pekerja dan kos upah pekerja
yang tinggi.

Bidang penyelidikan bioteknologi yang menukar ciri-ciri


bunga seperti warna, tekstur dan bentuk boleh juga
digunakan untuk mendapat baka-baka baru. Buat masa
sekarang satu penyelidikan sedang dijalankan iaitu untuk
menukar warna bunga Oncidium daripada warna kuning ke
warna putih. Satu lagi aspek penyelidikan yang sedang

22
berjalan iaitu dalam bidang kejuruteraan genetik bertujuan
untuk meningkatkan tempoh ketahanan bunga atau
menangguhkan tempoh penguguran bunga untuk hibrid
Phalaenopsis.

Kaedah pembiakan secara tisu didik juga perlu diberi


keutamaan bagi pembiakan benih tanaman untuk spesies
dan hibrid baru yang mempunyai potensi sebagai tanaman
orkid berpasu atau bunga keratan. Ini akan memastikan
pengeluaran benih tanaman yang tulen, seragam serta
berkualiti bagi industri tanaman orkid kita.

Cara-cara bagi melindungi hak pembiakbakaan (breeder’s


right) orkid yang baru terbit perlu juga diadakan supaya hak
pencipta pembiak itu dipelihara dengan adil.

b) Agronomi – Amalan Kultura

i) Meninggikan hasil dan mutu bunga orkid dengan


penggunaan baja bio. Satu masalah besar di dalam
pengeluaran bunga orkid ialah penggunaan baja
kimia yang berlebihan. Cara ini mungkin akan
menjurus ke arah kerosakan alam semulajadi yang
serius yang sukar diperbaiki. Oleh itu penyelidikan
perlu diadakan untuk mendapatkan satu sistem
pengeluaran berasaskan organik dengan
mengurangkan penggunaan baja kimia.

23
Hala tuju dalam pasaran baja masakini
mengutamakan penggunaan mikroorganisma yang
berfaedah dapat membantu dan mengekalkan
penyerapan nutrien ke dalam pokok orkid.
Mikroorganisma seperti mycorrhiza membantu dalam
meningkatkan penyerapan nutrien fosforus ke dalam
pokok. Penyelidikan oleh beberapa para penyelidik
juga menunjukkan penggunaan baja bio banyak
membantu dalam pengeluaran bunga yang berkualiti.

ii) Kegunaan nutrien tambahan (nutrient supplement)


untuk memperbaiki ketahanan dan kualiti bunga orkid

Masalah utama di dalam pengeluaran bunga orkid di


Malaysia ialah kebanyakan hasil bunga mempunyai
mutu yang rendah daripada segi kualiti dan
ketahanan semasa pengendalian lepas tuai. Bunga-
bunga yang hendak dieksport hendaklah sentiasa
segar dan dalam keadaan baik apabila sampai ke
tangan pembeli di pasaran antarabangsa. Dengan
yang demikian adalah penting penyelidikan memberi
tumpuan kepada pengeluaran bunga orkid yang
bermutu tinggi dengan menggunakan nutrien
tambahan untuk mempertingkatkan gred dan
ketahanannya semasa pengendalian lepas tuai.

Nutrien-nutrien tambahan seperti Ca, K serta


beberapa unsur surih adalah di antara nutrien lain
yang penting bagi meningkatkan kualiti bunga
terutama untuk eksport ke luar negara.

24
iii) Kajian ke atas media tanaman orkid

Kesesuaian pelbagai jenis media tanaman daripada


bahan tempatan serta maklumat tentang keperluan
nutrien perlu juga diselidiki terutama ke atas tanaman
orkid dalam pasu. Kajian ini hendaklah dijalankan
untuk mengetahui penyesuaian pokok orkid dengan
keadaan persekitaran sekiranya pokok ditempatkan di
dalam bangunan.

c) Penyakit dan makhluk perosak

Bergantung pada jenis yang ditanam, pokok orkid


kerap diserangi oleh penyakit dan musuh. Antara
musuh-musuh orkid yang utama ialah musuh perosak
dan penyakit. Serangan musuh dan penyakit tersebut
akan mengurangkan hasil, menurunkan mutu bunga
dan meningkatkan kos penyelenggaraan.

Penyakit reput busuk bakteria yang disebabkan


Pseudomonas glagiolo dan Erwinia chrysanthemi
selalu menyerang pokok orkid terutama jenis
Dendrobium dan spesies orkid. Penyakit-penyakit
reput hitam (black rot) disebabkan Phytophthora dan
reput batang, akar dan umbi (Sclerotium rot) juga
lebih banyak berlaku ke atas orkid genera Aranda dan
Mokara. Siput dan kumbang sering menyerang pokok
orkid terutama bahagian tunas baru, akar muda, daun
dan bunga.

25
Penyelidikan ke atas keselamatan tumbuhan
hendaklah ke arah membangunkan teknologi
pengurusan makhluk perosak dan penyakit secara
sepadu (integrated pest dan disease manangement)
termasuk kawalan biologi.

d) Penjenteraan dan Automasi

Memandangkan wujudnya masalah mendapat tenaga


pekerja untuk penyelenggaraan ladang orkid, adalah
penting penyelidikan dalam aspek mekanisasi
diadakan bagi mengeluarkan peralatan dan mesin
yang boleh meninggikan kecekapan kerja dalam
nurseri orkid. Penggunaan tenaga pekerja dapat
dikurangkan dengan penggunaan konsep kejenteraan
pertanian yang diubahsuai mengikut kehendak
operasi-operasi di ladang orkid.

e) Pengendalian Lepas Tuai Untuk Pasaran Eksport

Pengendalian ke atas teknologi pengendalian lepas


tuai sedia ada adalah perlu supaya potensi pasaran
bunga orkid dapat dipertingkatkan di pasaran
antarabangsa. Peningkatan amalan pengendalian
lepas tuai dan persembahan produk adalah sangat
penting dan perlu diberi keutamaan. Ini merangkumi
aspek-aspek penuaian, rawatan produk,
pembungkusan, penghantaran dan penyimpanan
daripada ladang ke tempat mengeksport. Bagi
mengukuhkan pasaran eksport sedia ada dan yang

26
baru adalah perlu ia diselaraskan dengan
mengadakan satu sistem penggredan dan piawaian di
peringkat nasional. Kajian bagi mendapatkan
teknologi penggunaan media tanaman yang steril
atau tidak berkuman dan teknologi penghantaran
pokok orkid untuk pasaran eksport perlu juga
diadakan.

Perancangan yang kukuh dengan mengadakan


program bagi mempromosikan dan memasarkan
bunga-bunga orkid dari Malaysia akan sangat
memanfaatkan industri orkid tempatan. Sistem
pemasaran yang teratur dan wujudnya kemudahan
seperti pusat pemungutan, bilik sejuk, bilik fumigasi,
pengangkutan berpenyejuk, ruang kargo dan
kekerapan penerbangan akan memantapkan lagi
industri orkid di Malaysia.

f) Pembangunan Produk

Teknik terbaru atau cara pengawetan sedia ada yang


diubahsuai perlu diselidiki untuk mengawet hibrid-
hibrid orkid genus Vanda. Tumpuan penyelidikan
untuk mendapatkan produk-produk berkualiti serta
perahan (extraction) minyak dari spesies-spesies
orkid seperti Vanilla dan lain-lain bagi industri minyak
wangi perlu juga diadakan.

27
Cadangan-cadangan bidang penyelidikan tanaman
orkid:

i) Pembiakbaikan dengan menggunakan spesies


dan hibrid orkid.

# Pengutipan dan pemulihan spesies dan stud


hibrid.
# Penilaian dan pemilihan terus spesies orkid
berpotensi untuk tanaman berpasu dan
landskap.
# Penghibridan secara konvensional, penilaian
dan pemilihan hibrid orkid baru yang
berpotensi.

ii) Pembiakan spesies dan hibrid orkid yang


berpotensi secara bioteknologi melalui
kejuruteraan genetik:

# Pendekatan secara bioteknologi untuk


pembiakan spesies dan hibrid orkid.
# Penyelidikan bioreaktor untuk pengeluaran
bahan sekunder metabolit seperti minyak
wangi daripada jenis-jenis orkid terpilih.

28
iii) Teknik pembiakan yang efisien untuk spesies
dan hibrid yang berpotensi:

# Mengenalpasti spesies dan hibrid orkid untuk


pembiakan secara besar-besaran.
# Mewujudkan teknik pembiakan secara besar-
besaran untuk spesies orkid yang hendak
pupus atau jarang terdapat.
# Membiak secara tisu didik hibrid-hibrid baru
yang terpilih dan yang berpotensi untuk
dibekalkan kepada penanam-penanam orkid.

iv) Kaedah meningkatkan pengeluaran bunga


untuk spesies dan hibrid orkid baru yang
terpilih:

# Amalan agronomi untuk menambahbaikan


pengeluaran bunga dengan penggunaan baja
bio dan beberapa nutiren tambahan.
# Penggunaan media tanaman dan teknik
hidrokultura (hydroculture) untuk
spesies/hibrid orkid dalam pasu.

v) Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk


mengawal kumbang

# Mengenalpasti dan pengajian kitaran hidup


serangga perosak.
# Menguji racun perosak dan kimia yang mesra
alam.

29
# Mengenalpasti keadah sanitasi yang sesuai dan
pengawalan biologi.

vi) Pengurusan Perosak Bersepadu bagi


pengawalan reput bakteria dan reput hitam
(Phytopthora)

# Menguji racun perosak dan mesra alam


# Mengenalpasti kaedah sanitasi yang sesuai dan
pengawalan biologi.

vii) Mekanisasi dan automasi untuk tanaman orkid


berpasu

# Pembaikan sistem pengairan dan fertigasi


# Pembaikan sistem conveyor dan troli
# Pembaikan sistem bangku dan talam (tray)
# Pembaikan sistem pengurusan dan
pengangkutan

viii) Teknik yang efisyen untuk pengendalian,


penyimpanan dan penghantaran pokok orkid
dalam pasu.

# Penentuan teknik penuaian/pemotongan yang


sesuai.
# Keperluan rawatan pratuai bagi melanjutkan
usia simpanan bunga orkid.

30
# Penilaian ke atas sistem pembungkusan yang
sesuai semasa penyimpanan dan
penghantaran.
# Penilaian ke atas kesesuaian media yang telah
disterilkan dan pertumbuhan pokok di tempat
saluran ke luar pasaran.

ix) Pengawetan bunga orkid beridentiti negara


Malaysia

# Mewujudkan teknik baru bagi mengawet bunga


hibrid orkid yang beridentiti Malaysia.
# Teknik perahan dan penggunaan spesies orkid
(Vanilla sp.) dalam industri pewangian.

4. PENETAPAN ARAH TUJU

4.1 Misi

Membangunkan industri orkid melalui pendekatan penyelidikan dan


pemasaran yang lebih sistematik dan teratur supaya dapat
meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai sebuah negara
pengeluar dan pemasar orkid utama setaraf dengan Thailand dan
Singapura. Kualiti dan kepelbagaian bentuk dan warna akan dititik
beratkan.

Untuk mencapai misi ini, beberapa langkah akan diformulasikan


dari segi jangka masa pendek dan juga panjang. Kerjasama sektor
swasta dan kerajaan diperlukan dalam merealisasikan matlamat ini.

31
4.2 Sasaran Pasaran

4.2.1 Pasaran Amerika

Pada masa kini pengimportan orkid Malaysia oleh negara ini


tidak signifikan. Langkah-langkah positif perlu diwujudkan
untuk mencapai 5% pasaran terutama sekali Dendrobium
dan seterusnya 30% pada tahun 2010. Pada masa ini
Dendrobium dari Thailand menguasai 95% pasaran.
Malaysia perlu menitik beratkan kualiti orkid tempatan dan
juga mencari ‘niche market’ dengan menggunakan
pendekatan ‘market driven’ di mana mengikut konsep
Ansoff, penentu pasaran adalah ‘market development’ di
negara di mana produk itu wujud tetapi belum dimasuki
secara komersial oleh Malaysia.

4.2.2 Pasaran Eropah

Merangka satu pelan pemasaran strategik melalui ‘strategik


cooperation’ dengan pengimport untuk pasaran Itali,
Belanda, Jerman, United Kingdom dan Perancis.
Memandangkan jualan orkid dalam pasu juga mempunyai
potensi yang tinggi terutama sekali genus Phalaenopsis. Di
pasaran lelong Belanda, orkid ini merupakan di antara 10
jenis tanaman yang popular yang telah menghasilkan nilai
jualan melebihi USD 20 juta. ‘Market Penentration’
merupakan kaedah yang perlu digunakan di Eropah
memandangkan pasaran ini telah ditembusi tetapi kita perlu
menggiatkan lagi proses pemasaran melalui promosi.

32
4.2.3 Pasaran Asia

Merangka strategi untuk menembusi pasaran baru seperti


Korea dan China serta meningkatkan ‘market share’ kepada
30% pada tahun 2010. Mewujudkan pakatan strategik
dengan pengimport akan dapat membantu untuk mencapai
matlamat ini. Di Asia kaedah yang perlu dilakukan adalah
ialah ‘market penetration’ di Jepun dan Singapura, di negara
seperti China, Korea, Vietnam ‘market development’ perlu
dilakukan.

4.2.4 Pasaran Tempatan.

Meningkatkan penggunaan melalui promosi dan pendedahan


yang teratur melalui peningkatan kesedaran pengguna
tempatan. Meningkatkan ‘point of sale’ dengan melibatkan
stesen minyak, pasaraya dan kompleks beli belah dapat
memberi satu pendedahan yang positif untuk industri.

4.3 Penetapan Kedudukan

Dalam proses menetapkan kedudukan iaitu arah tuju industri orkid,


Porter’s model digunakan. Analisa Porter ini berdasarkan teori
‘Industrial Ecoframework’ yang bertumpukan kepada ekonomi
industri dan industri sampingan. Porter telah membuat rumusan
bahawa kekuatan persaingan sesuatu negara dipastikan oleh empat

33
faktor yang berkaitan yang mengubah persekitaran negara. Konsep
ini dipanggil Porter’s Diamond.

a) Faktor keadaan (factor condition)

Kedudukan negara dari segi faktor pengeluaran seperti


buruh mahir dan infrastruktur yang sangat diperlukan untuk
bertanding (compete) dalam sesuatu industri.

b) Keadaan Permintaan (demand condition)

Keadaan permintaan pasaran tempatan untuk barangan


tersebut.

c) Industri sokongan dan industri kaitan (related and


supporting industries)

Ada atau ketidakadaan pembekal bertaraf antarabangsa


untuk industri itu dalam negeri.

d) Strategik, struktur dan persaingan

Keadaan dalam negeri yang membantu dalam penubuhan,


merangka dan mentadbir sesebuah syarikat dan juga
pertandingan yang mungkin wujud di antara pengeluar
tempatan.

Berdasarkan rangka Porter’s ini kita boleh menganalisa


beberapa pencabar dalam perusahaan ini. Ada negara yang
bertanding dalam pasaran antarabangsa berdasarkan kos

34
rendah, pelaburan yang tinggi, inovasi atau kedudukan
inovasi negara ini pada masa yang lepas. Negara yang
bergantung kepada inovasi adalah yang paling efektif
sebagai pencabar. Di rantau ini, Singapura merupakan
negara dalam kategori ini manakala Belanda merupakan
negara di Eropah. Negara-negara ini tidak bergantung
kepada kos yang rendah atau pelaburan dari luar. Kejayaan
negara-negara ini adalah disebabkan keseimbangan di
antara faktor-faktor pengeluaran, pembolehubah ekonomi,
permintaan tempatan dan yang penting sekali ‘networks’.
Negara-negara ini sentiasa menjalankan kajian ke atas
peluang-peluang baru dan cara yang terbaik mengatasi
ancaman. Mereka dari hanya menjadi pembekal telah
mengubah arahtuju kepada ‘market driven’. Ini dilakukan
melalui integrasi vertikal untuk memenuhi kehendak
konsumer dan peruncit, logistik yang berkesan, kualiti
produk yang tinggi dan menyediakan kawasan pengeluaran
yang lebih mesra alam (environment friendly).

Thailand pula mempunyai kekuatan dari segi kos


pengeluaran yang rendah dan pelaburan asing yang tinggi.
Ini dibantu oleh keadaan cuaca, kos tanah dan buruh yang
rendah, kombinasi ini telah dapat meningkatkan
pengeluaran tanpa melibatkan diri dalam inovasi teknologi
dan permintaan pasaran tempatan. Negara ini lebih
bergantung kepada maklumat daripada pembekal, peruncit
dan perantara-perantara yang lain. Kerana ini mereka dapat
mengeluarkan orkid dengan maklumat teknologi terhad,
volume yang tinggi pada harga yang rendah di pasaran
dunia.

35
Arah tuju yang perlu diambil oleh Malaysia jika ingin
menembusi pasaran antarabangsa adalah melalui kaedah-
kaedah yang telah diambil oleh Singapura dan Belanda iaitu
konsep ‘market driven’ melalui inovasi teknologi,
pembolehubah ekonomi dan juga meningkatkan permintaan
pasaran tempatan. Kaedah ini lebih mementingkan
kehendak pengguna melalui integrasi pemasaran untuk
mencapai keuntungan melalui kepuasan pengguna. Ini
bermakna mengetahui kehendak dan keperluan pasaran
yang disasarkan dan menyampaikan kepuasan yang diingini
secara lebih berkesan daripada pesaing lain dengan cara
yang lebih efektif dan efisyen.

Pasaran Keperluan Pemasaran Keuntungan


Pengguna Integrasi Melalui
Kepuasan
Pengguna

Memposisikan orkid keluaran Malaysia dengan beberapa pengeksport


utama dengan mengambilkira dua faktor penting iaitu kualiti dan kos
pengeluaran. Menggunakan peta persepsi (perceptual map) kita boleh
meletakkan kedudukan negara Malaysia di pasaran dunia seperti
gambarajah berikut:

36
Peta Persepsi yang menunjukkan kedudukan Malaysia dari segi Kualiti dan Kos

Kualiti Tinggi

• Holland
Kos Tinggi • India Kos Rendah
• Singapura
• Malaysia • Thailand
• Afrika

Kualiti Rendah

37
5. PEMBENTUKAN STRATEGI

Di dalam konsep pemasaran ‘market driven’ strategi pemasaran akan


berpandukan 4 komponen pemasaran iaitu Produk, Tempat (place), Harga
(price) dan Promosi. Di samping empat faktor ini, faktor manusia yang
menjadi penggerak nadi kepada sesuatu industri tidak diketepikan. Input-
input yang ada di dalam setiap P ini dapat ditunjukkan dalam bentuk yang
berikut:

Produk (Product) Harga (Price)


1. Varieti Produk 1. Harga Semasa
2. Kualiti 2. Diskaun
3. Pembungkusan 3. Tempoh
4. Jenama Bayaran Balik
5. Saiz 4. Terma Kredit
6. Perkhidmatan

Sasaran
Pengguna

Posisi Yang
Ingin Dicapai

Tempat (Place)
Promosi 1. Saluran
(Promotion) 2. Kawasan
1. Iklan Liputan
2. Jualan Terus 3. Lokasi
3. Promosi 4. Inventori
Jualan 5. Pengangkutan
6. Logistik

Manusia (People)
1. Kehendak
2. Kemampuan
3. Keperluan
4. Kepuasan
5. Belian Semula

38
5.1 Strategi Produk

Strategi produk adalah untuk meningkatkan kajian dan penyelidik


yang dapat menghasilkan produk yang bermutu tinggi, tahan lama
dan menepati kehendak pengguna.

Dari segi varieti orkid, kajian perlu dijalankan untuk menentukan


jenis dan warna yang menjadi kesukaan setiap negara yang
mengimport. Cara pembungkusan juga perlu dikaji untuk
meningkatkan ketahanan kualiti bunga. Kini kotak kertas
digunakan untuk pembungkusan tetapi kajian perlu dilakukan untuk
menggunakan kotak ‘styrofoam’ yang dapat meningkatkan
kesegaran dan kualiti bunga. Setiap pembungkusan juga perlu
mempunyai label yang menyatakan jenis, saiz, warna, gred,
bilangan keratan di dalam sesuatu pembungkusan. Maklumat ini
penting kepada pengimport dalam pengagihan orkid kepada
pembelinya mengikut kehendak tertentu.

Jenama juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan


sesuatu produk dan dalam konteks ini hasrat kerajaan dalam
mewujudkan satu jenama iaitu ‘Malaysia’s Best’ perlu diberi
penekanan. Dengan adanya jenama yang dijamin oleh kerajaan
maka pengimport akan lebih yakin dengan kualiti kerana
pengiktirafan datang dari kerajaan.

Saiz juga perlu diselaraskan dengan kehendak pasaran dan kajian


yang rapi perlu dijalankan ke atas saiz yang diperlukan dipasaran
tertentu dan pengeluaran mestilah berlandaskan kriteria ini selaras
dengan konsep ‘market driven’.

39
5.2 Strategi Harga

Kajian kos pengeluaran untuk menentukan harga semasa perlu


dijalankan dari semasa ke semasa. Harga yang kompetitif perlu
ditawarkan untuk menawan sesuatu pasaran dengan tiada
kompromi dalam kualiti.

Diskaun harga juga perlu dilakukan jika bentuk bayaran adalah


secara tunai ataupun memberi diskaun kepada belian bulk. Ini
boleh dilakukan dengan setiap belian ataupun jumlah sebulan. Ini
juga merupakan satu strategi untuk menarik minat pengimport
kepada produk kita.

Tempoh bayaran balik juga boleh dirunding dengan pengimport


berdasarkan ‘loyalty’ dan kekerapan belian. Tempoh bayaran balik
di antara 30 hari kepada 90 hari adalah norma perniagaan tetapi
sebelum menentukan tempoh bayaran balik, satu siasatan yang
dipanggil ‘credit rating’ perlu dilakukan ke atas pengimport.

Terma kredit sama ada bayaran adalah dalam bentuk ‘Letter of


Credit’ (LC), ‘Telegraphic Transfer’ (TT) ataupun terma-terma lain
perlu dibincang dan dipersetujui dengan pengimport terlebih
dahulu.

40
5.3 Strategi Tempat

Tempat merupakan saluran dari mana produk yang telah digred


dan dibungkus untuk eksport menjalani pemeriksaan terakhir
sebelum ianya dihantar ke lapangan terbang untuk dieksport.

Saluran pula adalah bagaimana ianya dihantar iaitu sama ada


melalui jalanraya, laut ataupun udara. Untuk orkid, tumpuan
hantaran adalah melalui udara. Saluran yang lain bermaksud sama
ada pengeksport dilakukan melalui pengusaha, pengimport,
pemborong ataupun peruncit.

Kawasan liputan merupakan tempat yang dieksport sama ada


negara ataupun rantau yang dikuasai. Orkid Malaysia kini banyak
dihantar ke Jepun dan Singapura (Asia) manakala di Eropah ianya
adalah ke Holland, United Kingdom dan Jerman.

Pengangkutan yang digunakan dalam penghantaran dan


penyimpanan, sama ada lori sejuk atau lori biasa digunakan untuk
hantaran ke airport. Adalah digalakkan untuk penggunaan lori sejuk
lebih terjamin.

5.4 Strategi Promosi

Menggalakkan pembelian orkid di dalam dan di luar negara melalui


kempen orkid sebagai satu media hiasan perlu diperluaskan.
Promosi melalui iklan di majalah ternama terutama sekali yang
dibaca oleh wanita perlu diadakan. Iklan di media massa seperti
televisyen, radio dan suratkhabar dapat memberi kesedaran
mengenai orkid sebagai satu media hiasan yang dapat

41
meningkatkan suasana ceria dirumah, pejabat, hotel dan
sebagainya.

Jualan terus dan promosi jualan iaitu melalui pasaraya, stesen


minyak diadakan kalau usaha untuk meningkatkan kesedaran
terhadap penggunaan orkid sebagai hiasan rumah. Kesedaran ini
dapat dipertingkatkan melalui apa yang dipanggil ‘product
information’ yang dapat di gambarkan dalam bentuk gambarajah
seperti berikut.

Kepuasan Produk Nilai


Tambah
(Psikologi)

Pembungkusan
Produk
Sebenar

Faedah
Produk Produk
Teras
Kualiti Corak
Warna

Belian
Semula

5.5 Strategi Sumber Manusia

Manusia merupakan faktor yang penting dalam menggerakkan daya saing


orkid dengan bunga-bunga lain. Memahami kehendak, kemampuan dan
keperluan dapat membantu usaha untuk merangka satu strategi yang
berkesan ke arah peningkatkan jualan dan penggunaan orkid. Dengan

42
cara ini kepuasan pengguna dapat dicapai dan berlakunya belian semula
(repeat purchase) yang pastinya akan menambahkan permintaan
terhadap bunga orkid.

Kepakaran dalam mengendalikan pembiakbakaan bagi penghasilan hibrid-


hibrid baru yang melibatkan warna, struktur, saiz dan bentuk perlulah
dipertingkatkan. Penghasilan yang unik dan berkualiti tentunya akan
dapat menawan pengguna-pengguna.

6. PELAN TINDAKAN PEMASARAN

6.1 Strategi Untuk Meningkatkan Minat dan Kesedaran Pengguna

Promosi adalah satu cara yang berkesan untuk memperkenalkan


orkid kepada pengguna yang lebih luas. Pengiklanan merupakan
salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan orkid. Apa
yang penting adalah untuk memberi maklumat kepada pengguna
tentang kegunaan orkid sebagai sebahagian cara hidup. Sebagai
contoh, orkid boleh digunakan untuk menunjukkan kasih sayang,
ucapan terima kasih dan penghormatan.

Program-program yang boleh dilakukan adalah:

i) ‘Billboard’ orkid lapangan terbang, stesen keretapi dan


tempat-tempat yang strategik seperti Petronas KLCC,
Megamall, KL Tower dan Bintang Walk.

43
ii) Pengiklanan di TV1, TV2, TV3, NTV7 dan Astro yang dapat
menunjukkan penggunaan orkid dalam hidup harian kita.

iii) Rencana TV yang menunjukkan latar belakang dan


perkembangan industri orkid di Malaysia dan di luar negara.

iv) Promosi di pasaraya dijalankan secara tersusun dan


berjadual.

v) Misi perdagangan antarabangsa dan juga mengambil


bahagian dalam pameran bunga antarabangsa seperti
Kunming Flower Show dan Floriade.

vi) Rancangan radio yang dapat mewujudkan kesedaran


mengenai orkid.

vii) Pertandingan hiasan yang menggunakan orkid sebagai


bahan utama.

viii) Pengiklanan di teksi, bas, keretapi, stesen LRT & Monorail


yang dapat menunjukkan pelbagai bentuk dan warna orkid.

ix) Menyediakan ‘brochure dan phamlet’ mengenai orkid dan


diletakkan di Kawasan Strategik seperti lapangan terbang,
hotel-hotel, stesen LRT/Monorail.

x) Membantu sekolah-sekolah menyediakan taman orkid yang


dikendalikan oleh murid-murid untuk mewujudkan kesedaran
dan minat. Aktiviti ini boleh dijadikan satu pertandingan
untuk memilih taman orkid yang paling menarik.

44
6.2 Strategi Untuk Menambah Nilai Orkid (Value Added)

i) Pembungkusan - plastik ‘wrapping’ yang berwarna dan


kotak pembungkusan yang ‘see through’.

ii) Label - ‘design’ yang berwarna-warni dan cerah.

iii) Pengiktirafan Kualiti

iv) Persembahan - susunan kotak secara menarik untuk


jualan.

6.3 Strategi Untuk Menjadi Kompetitif

i) Meningkatkan kualiti produk, keunikannya dan mewujudkan


produk premium.

ii) Harga fleksibel - satu mekanisma yang dapat membantu


keadaan harga rendah.

iii) Memperkenalkan varieti baru mengikut kehendak dan


citarasa pasaran dan pengguna.

45
6.4 Strategi Untuk Menembusi dan Membesarkan Saiz Pasaran

i) Hantaran sample

ii) Kaedah ‘Market Penentration’ di mana margin keuntungan


dimudahkan tetapi kuantiti hantaran meningkat.

iii) Menggunakan ‘pull dan push’ strategi.

6.5 Strategi Untuk Memperbaiki logistik dan Kemudahan Pengangkutan

i) Kemudahan bilik sejuk dan lori sejuk.

ii) Satu kaunter khas (fast lane) diwujudkan untuk ‘perishable’


seperti bunga, buah, sayur dan juga ikan hiasan.

iii) Tambang kapal terbang yang lebih kompetitif.

iv) Ruang kargo yang mencukupi.

6.6 Strategi Untuk Menukar Saluran Pasaran Yang Sedia Ada

i) Pakatan Strategik.

ii) Hantaran terus ke pasaraya/hyper market seperti TESCO,


Carrefour, Giant dan Jusco.

iii) Mewujudkan pusat lelong borong.

46
iv) Rakan kongsi antarabangsa.

7. FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

Kejayaan industri orkid bergantung kepada beberapa faktor yang dapat


meningkatkan daya saing dan arah tuju. Untuk mencapai kejayaan ini,
penglibatan sektor kerajaan dan swasta dalam membentuk dan
menentukan faktor-faktor kritikal kejayaan perlu digariskan. Di antara
faktor-faktor kritikal/penghalang adalah:

i) Kos pengeluaran yang tinggi

ii) Tambang kapal yang tinggi

iii) Masa yang lama diperlukan dalam menguruskan ‘clearance’ di airport


dalam mendapatkan sijil phyto dan ‘cut off time’ untuk ‘loading’.

iv) Terlampau bergantung kepada benih dari luar negara.

v) Penggantungan kepada buruh asing.

47

You might also like