You are on page 1of 4

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, maka dapatlah kita bersama-
sama dalam Penyampaian Sijil SSQS 2010 dan Pelancaran Pembestarian Pendidikan
Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus tahun 2011.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Y.A.B Tun Dr.
Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, mensasarkan
Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai
kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan.

Satu rangka dasar dan pelaksanaan pembangunan terdiri daripada lima teras
utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 yang digariskan melalui Misi Nasional
(2006-2020) dengan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai
pendekatan utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju.

Justeru, peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima


teras Misi Nasional terutamanya Teras 2 dan 3 iaitu ‘Meningkatkan Keupayaan
Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama’ dan
‘Menangani Masalah Ketidaksamaan Sosioekonami Secara Membina dan Produktif’.
Bagi memenuhi hasrat ini, misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.

Semenjak tahun 1990-an, pendidikan di Malaysia telah meningkat maju dari segi
kemudahan untuk pendidikan Sains, Teknologi dan ICT. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek Rintis Sekolah
Bestari, SchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, pembekalan kemudahan
ICT untuk PPSMI, pengenalan mata pelajaran ICT, Pusat Akses Sekolah, Latihan ICT
untuk guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan.

Sehubungan itu, pembestarian pendidikan telah diperkenalkan. Bahagian


Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai peneraju
teknologi pendidikan dan ICT telah diberi tanggungjawab dalam melaksanakan
pembestarian pendidikan ini.

Oleh itu, satu pelan strategik telah dirangka oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 hingga 2015 bagi memastikan
kelestarian pembestarian pendidikan ini. Terdapat tujuh strategik yang menjadi
tumpuan iaitu:

1
1. Peningkatan infrastruktur ICT semua sekolah seluruh negara. Sepanjang
RMK-10, semua sekolah telah dilengkapi dengan infrastruktur teknologi
dan ICT yang sesuai bagi menampung keperluan pendidikan bestari.

2. Persekitaran pembelajaran Ubiquitous, iaitu membolehkan murid belajar


di mana-mana pada bila-bila masa melalui penggunaan media komunikasi
yang pelbagai.

3. Pusat Kegiatan Guru (PKG) sebagai pusat bimbingan profesional


teknologi pendidikan yang menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan
kemahiran kepada semua warga pendidik.

4. Kerjasama dan kolaborasi pintar dengan semua pihak berkepentingan


dalam pendidikan komunikasi bagi tujuan memajukan pendidikan di
negara ini.

5. Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui


pendekatan participatory yang membolehkan para pendidik membina dan
mengubahsuai bahan sumber P&P mengikut keperluan setempat dan
memenuhi gaya pembelajaran murid untuk pelbagai persekitaran
pembelajaran.

6. R&D teknologi pendidikan berterusan dalam teknologi pendidikan agar


teknologi dan pedagogi terkini dapat disampaikan kepada pendidik dan
murid di sekolah.

7. Hub ICT dan multimedia pendidikan terunggul di mana BTP menjadi hub
kecemerlangan ICT dan multimedia, khidmat kepakaran dan kemahiran
yang boleh dijadikan rujukan ke arah meningkatkan kualiti P&P.

Para hadirin sekalian,

Kita sebagai pelaksana haruslah memberi satu respon yang positif ke arah
mengimplementasikannya. Kita sebagai pengurus sekolah dan pendidik perlu peka
dengan perkembangan teknologi terkini agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan
dan pembelajaran abad ke-21.

Menurut Kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama


Unit Perancangan Ekonomi berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC), Malaysia
menunjukkan wujudnya peningkatkan kesedaran dan kreativiti dalam kalangan guru
2
dan murid dalam penguasaan ICT. Ini kerana Malaysia mempunyai banyak inisiatif
termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, makmal komputer, pusat akses
sekolah, dan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta. Hasil kajian ini telah
dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran di Forum
Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di
London.

Dalam menjayakan segala perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia, tuan-


tuan dan puan-puan bertanggungjawab memastikan warga sekolah menggunakan
seoptima mungkin kemudahan ICT yang disediakan dan memberi impak dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar penyampaian maklumat lebih
berkesan dan bermakna. Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan
satu instrument bagi mengukur pencapaian sekolah dalam penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan di sekolah.

Saya mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya


mencapai 5 bintang dalam penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS)
pada tahun 2010. Saya berharap sekolah-sekolah yang berjaya ini meneruskan lagi
kecemerlangan masing-masing dalam penggunaan ICT di samping membantu sekolah
lain dalam mencapai tahap 5 bintang. Saya juga berharap, lebih banyak sekolah di
Negeri Sembilan mencapai tahap 5 bintang dalam penarafan SSQS pada tahun 2011.

Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri dalam melaksanakan penarafan SSQS ke sekolah-sekolah selaras
dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih juga saya ucapkan
atas usaha dan komitmen pegawai-pegawai di BTPN, PPD dan PKG dalam
memastikan pembestarian pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya di Negeri
Sembilan.

Akhir kata saya memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Mahathir berkaitan pembestarian yang boleh menjadi panduan kepada kita,

Teachers will need to change their role in the electronic classroom


from being information providers to counselors to help students develop know
how and judgment to select information sources.

Key to success in the Information Age will be making the right judgements
between an awesome array of choices.

We are examining our education system to create a curriculum where


people learn how to learn for continuing education throughout  their lives.

3
Sebelum mengakhiri ucapan pada petang ini, sekali lagi saya mengucapkan
terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan tahniah
sekolah-sekolah penerima sijil yang telah mencapai tahap 5 bintang dalam penarafan
SSQS. Seterusnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan :

Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul


Khusus 2011 dan Penyampaian Sijil SSQS 2010.

Sekian, terima kasih.

You might also like