You are on page 1of 51

1.

MEMASANG CADAR: KATIL TANPA PESAKIT

TUJUAN

Menerima kemasukan pesakit baru

PENAKSIRAN

Pesakit

Masalah kesihatan untuk mengenal pasti keperluan

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Prosedur ini memerlukan 2 jururawat

PERANCANGAN

Alat-alat

Katil telah dibersihkan

1 Cadar
1 Pengalas getah (jika perlu)
1 Kain pengalas (jika perlu)
1 Selimut
1 Sarung bantal

1
IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
2. Tolak troli ke sisi katil
3. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
4. Letakkan bantal di atas kerusi atau troli bawah Melapangkan ruang kerja dan
5. Betulkan kedudukan tilam memudahkan prosedur
6. Berdiri di kedua sisi bahagian tengah katil
7. Bentangkan cadar secara memanjang di Memudahkan prosedur – mudah/
bahagian tengah tilam. Pastikan kedua cukup untuk dilipat ke bawah tilam
hujungnya sama panjang
8. Berdiri di kedua bahagian sisi kepala katil Memudahkan pergerakan dan
dengan badan menghala ke kepala katil mengelakkan kecederaan
9. Jarakkan kedua kaki, bengkokkan kedua lutut Mengekalkan mekanik badan yang
dan luruskan belakang betul
10. Lakukan lipatan sampul surat:
1. Pegang hujung cadar dengan sebelah
tangan
2. Pegang dan angkat penjuru tilam dengan
sebelah tangan lagi
3. Masukkan hujung cadar ke bawah tilam
dengan kemas
4. Angkat cadar di sisi tilam
5. Letakkan di atas tilam hingga membentuk
segitiga
6. Masukkan bahagian cadar yang berjuntai
ke bawah tilam
7. Turunkan penjuru cadar yang di atas
tilam
8. Masukkan ke bawah tilam dengan kemas
11. Berdiri di kedua sisi bahagian kaki katil dengan
badan menghala ke kaki katil
12. Ulangi langkah 9 dan 10
13. Tegang dan masukkan bahagian tengah cadar
ke bawah tilam
14. Bentangkan pelapik getah secara melintang di
bahagian tengah katil (jika perlu)
15. Bentangkan kain pengalas di atas pelapik getah
(jika perlu)
16. Masukkan pelapik getah dan kain pengalas ke
bawah tilam dengan kemas (jika perlu)
17. Letakkan kain selimut di bahagian kaki katil:
- Bentangkan selimut di atas katil secara
memanjang
- Satukan penjuru selimut padakeduabelh
kepala katil
- Satukan penjuru selimut pada kedua
belah bahagian kaki katil

2
belah bahagian kaki katil
- Seimbangkan kedudukan selimut di
hujung tilam bahagian kaki katil
- Pegang lipatan atas selimut dengan
tangan yang hampir dengan kaki katil
- Angkat hujung tilam dengan tangan
sebelah lagi dan masukkan hujung
selimut ke bawah tilam dengan kemas
- Lakukan sudut sampul surat
18. Sarungkan bantal:
- Pegang tengah sarung bantal yang
tertutup dengan tangan dominan
- Terbalikkan sarung bantal hingga
menutupi lengan
- Pegang bantal di bahagian tengah secara
memanjang dengan tangan yang sama
- Sarungkan bantal dengan kemas
- Letakkan bantal di kepala katil dengan
bahagian terbuka bertentangan dengan
pintu masuk
19. Letakkan bantal di bahagian kepala katil
20. Kemaskan unit pesakit
21. Kemaskan alat-alat
22. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN
Katil lengkap dan kemas

3
2. MEMASANG CADAR: KATIL PESAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN

TUJUAN

Menerima pesakit selepas pembedahan

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Jenis pembedahan yang dilakukan


2. Keadaan am pesakit – muntah, perdarahan
3. Kehadiran alat-alat rawatan (tiub pengaliran dada, infusi intravena dsunya)

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Prosedur ini memerlukan pembantu

PERANCANGAN

Alat-alat

Troli atas

Cadar
Pengalas getah
Kain pengalas
Pengalas getah kecil
Kain pengalas kecil/ pengalas pakai buang
Selimut
Talam anestesia

4
Troli bawah:

Bekas kidney untuk menerima sisa klinikal


Tuala kecil untuk membersih sisa klinikal
Plastik hitam untuk kainan kotor (jika perlu)

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Bawa troli ke sisi katil
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
4. Letakkan bantal di atas kerusi atau troli bawah Melapangkan ruang kerja dan
5. Betulkan kedudukan tilam memudahkan prosedur
6. Berdiri di kedua sisi bahagian tengah katil
7. Bentangkan cadar secara memanjang di bahagian Memudahkan prosedur – mudah/
tengah tilam. Pastikan kedua hujungnya sama cukup untuk dilipat ke bawah
panjang tilam
8. Berdiri di kedua bahagian sisi kepala katil dengan Memudahkan pergerakan dan
badan menghala ke kepala katil mengelakkan kecederaan
9. Jarakkan kedua kaki, bengkokkan kedua lutut dan Mengekalkan mekanik badan
luruskan belakang yang betul
10. Lakukan lipatan sampul surat:
- Pegang hujung cadar dengan sebelah
tangan
- Pegang dan angkat penjuru tilam dengan
sebelah tangan lagi
- Masukkan hujung cadar dengan ke bawah
tilam dengan kemas
- Angkat cadar di sisi tilam
- Letakkan di atas tilam hingga membentuk
segitiga
- Masukkan bahagian cadar yang berjuntai
ke bawah tilam
- Turunkan penjuru cadar yang di atas tilam
- Masukkan ke bawah tilam dengan kemas
11. Berdiri di kedua sisi bahagian kaki katil dengan
badan menghala ke kaki katil
12. Ulangi langkah 9 dan 10
13. Tegang dan masukkan bahagian tengah cadar ke
bawah tilam
14. Bentangkan pelapik getah secara melintang di
bahagian tengah katil (jika perlu)
15. Bentangkan kain pengalas di atas pelapik getah
(jika perlu)
16. Masukkan pelapik getah dan kain pengalas ke
bawah tilam dengan kemas (jika perlu)

5
17. Letakkan pelapik getah kecil dilapisi tuala Persediaan menerima pesakit
anastesia di bahagian kepala yang belum sedar sepenuhnya
18. Letakkan bekas kidney di satu sisi tuala anastesia
secara terbalik.
19. Lipat kain selimut:
- Bentang selimut secara memanjang di atas
katil
- Lipat kedua penjuru di tengah selimut
- Temukan kedua penjuru yang telah dilipat
sehingga membentuk segitiga Memudahkan penggunaannya
- Temukan kedua-dua penjuru segit di
tengah selimut
- Lipat selimut secara melintang sehingga
menjadi 15 sm lebar
20. Letakkan selimut pada tempat yang sesuai -
di kiri/kanan katil di tepi tilam (bahagian berlipat
bertentangan dengan pesakit)
21. Kemaskan unit pesakit
22. Kemaskan alat-alat
23. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

Katil lengkap dan kemas

6
3. MENUKAR CADAR: DARI SISI KE SISI KATIL

TUJUAN

Memberi keselesaan dan keselamatan bagi pesakit tidak upaya turun dari katil:
• Kecederaan spinal
• Koma
• Selepas pembedahan major
• Kelumpuhan

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Tahap kesedaran: ikut dan faham arahan


2. Tahap keupayaan fizikal: membantu prosedur
3. Kehadiran alat-alat rawatan (tiub pengaliran dada, infusi intravena dsunya)

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil
• Privasi

Jururawat

Prosedur ini memerlukan pembantu

PERANCANGAN

Alat-alat

Troli atas:
Cadar (digulung memanjang)
Kain pengalas (jika perlu)
Selimut (jika perlu)
Sarung bantal (jika perlu)

Troli bawah:
Bekas penerima kotoran
Kertas tisu/tuala kecil

7
IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama dari
pesakit
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan cadar: Memudahkan prosedur
- Pegang kedua-dua hujung cadar secara
memanjang
- Gulung separuh dari cadar (hingga ke
bahagian tengah cadar)
- Lipat dan letakkan di atas troli
4. Tolak troli ke sisi katil Melancarkan prosedur
5. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
6. Letakkan bantal dan selimut di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Longgarkan cadar, kain pengalas dan pengalas Memudahkan prosedur
getah
8. Betulkan kedudukan tilam
9. Bantu pesakit ke baringan lateral Memastikan keselamatan dan
memudahkan prosedur
10. Gulung kesemua kainan kotor dari tepi katil secara Memudahkan kainan kotor
memanjang ke arah pesakit dikeluarkan
11. Selitkan kainan kotor di bawah badan pesakit
12. Bersihkan kotoran di atas tilam (jika perlu) Mencegah kecederaan dan
memelihara kebersihan
13. Bentangkan cadar bersih yang sedia digulung
secara memanjang di atas tilam (pembahagian
sama panjang)
14. Selitkan bahagian bergulung di bawah badan
pesakit
15. Ulangi langkah 12 & 13 untuk kain pengalas dan
pengalas getah (jika perlu)
16. Bantu pesakit ke baringan lateral yang
bertentangan
17. Keluarkan kainan kotor secara menggulung dari
bawah badan pesakit ke arah sisi katil
18. Masukkan kainan kotor dalam bekas kainan kotor Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
19. Buka gulungan kainan bersih dan ratakan
20. Bantu pesakit ke baringan supin/selesa Keselesaan dan keselamatan
21. Lakukan sudut sampul surat pada keempat-empat
penjuru tilam
22. Tukar sarung bantal (jika perlu)
23. Letakkan di bawah kepala pesakit dengan betul
24. Pasangkan selimut di hujung tilam

8
25. Selesakan pesakit
26. Kemaskan alat-alat
27. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

1. Pesakit selesa

2. Cadar bersih dan kemas

DOKUMENTASI

1. Tindak balas pesakit semasa prosedur dijalankan

2. Pemerhatian keadaan kulit pesakit (kemerahan, kepecahan, pucat dan


seumpamanya)

3. Aduan pesakit (kebas, sakit dan seumpamanya)

4. Sebarang keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan

9
4. MENUKAR CADAR: DARI ATAS KE BAWAH

TUJUAN

Memberi keselesaan dan keselamatan bagi pesakit kurang upaya turun dari katil:
• Memerlukan rehat sepenuhnya di katil (CRIB)
• Mengalami masalah pernafasan
• Mengalami kepatahan anggota bawah

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Tahap kesedaran: ikut dan faham arahan


2. Tahap keupayaan fizikal: membantu prosedur
3. Kehadiran alat-alat rawatan (tiub pengaliran dada, infusi intravena dan seumpamanya)

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil
• Privasi

Jururawat

Prosedur ini memerlukan pembantu

PERANCANGAN

Alat-alat

Troli atas:
Cadar (gulung melintang)
Kain pengalas (jika perlu)
Selimut (jika perlu)
Sarung bantal (jika perlu)

Troli bawah:
Bekas penerima kotoran
Kertas tisu/tuala kecil

10
IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta Memberi informasi
keizinan daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan cadar: Memudahkan prosedur
- Pegang kedua-dua hujung cadar secara
melintang
- Gulung separuh cadar (hingga ke
bahagian tengah cadar)
Lipat dan letakkan di atas troli
4. Tolak troli ke sisi katil Melancarkan prosedur
5. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
6. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
7. Letakkan bantal dan selimut di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
8. Longgarkan cadar, kain pengalas dan pengalas Memudahkan prosedur
getah
9. Betulkan kedudukan tilam
10. Bantu pesakit duduk di tengah katil Memastikan keselamatan dan
memudahkan prosedur
11. Gulung kesemua kainan kotor dari bahagian Memudahkan kainan kotor
kepala katil ke arah pesakit dikeluarkan
12. Selitkan kainan kotor di bawah punggung pesakit
13. Bersihkan kotoran di atas tilam (jika perlu) Mencegah kecederaan kulit dan
memelihara kebersihan
14. Bentangkan cadar dari bahagian kepala katil ke
pertengahan katil
15. Selitkan bahagian bergulung di bawah punggung
pesakit
16. Ulangi langkah 12 & 13 untuk kain pengalas dan
pengalas getah (jika perlu)
17. Bantu pesakit bergerak sedikit ke atas Memudahkan cadar dikeluarkan
18. Keluarkan kainan kotor secara menggulung ke
arah kaki katil
19. Masukkan kainan kotor dalam bekas tersedia Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
20. Buka gulungan kainan bersih dan ratakan di atas
tilam
21. Bantu pesakit ke baringan supin/selesa Memberi keselesaan dan
keselamatan
22. Lakukan sudut sampul surat pada keempat-empat
penjuru tilam (rujuk prosedur penyediaan katil)
23. Tukar sarung bantal (jika perlu)
24. Letakkan bantal di bawah kepala pesakit Memberi keselesaan

11
25. Pasangkan selimut di bahagian kaki katil
26. Selesakan pesakit
27. Kemaskan alat-alat
28. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

1. Pesakit selesa

2. Cadar bersih dan kemas

DOKUMENTASI

1. Reaksi pesakit semasa prosedur dijalankan

2. Pemerhatian keadaan kulit pesakit (kemerahan, kepecahan, pucat dan


seumpamanya)

3. Aduan pesakit (kebas, sakit dan seumpamanya)

4. Sebarang keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan

12
5. MENUKAR BARINGAN PESAKIT
TUJUAN

1. Memelihara alinmen badan yang betul


2. Memelihara integriti kulit
3. Menggalak ventilasi dan pengembangan paru-paru
4. Mencegah kecacatan pada sistem otot dan tulang
5. Mencegah kontraktur
6. Mencegah kudis tekanan

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Tahap kesedaran: ikut dan faham arahan


2. Tahap keupayaan fizikal: membantu prosedur
3. Berat badan
4. Kehadiran alat-alat rawatan (tiub pengaliran dada, infusi intravena dan seumpamanya)

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil
• Privasi

Jururawat

Prosedur ini memerlukan pembantu

13
5.1. SUPIN KE LATERAL
(Menggunakan bantal di belakang pesakit)

Alat-alat:

4 bantal
1 kain pengalas

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur
4. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
5. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Kedua–dua jururawat berdiri di kedua belah sisi Memudahkan prosedur
katil
8. Silangkan kedua tangan pesakit ke dadanya dan
rapatkan kedua kaki pesakit
9. Posisikan sebelah kaki ke hadapan, bengkokkan Mengekalkan mekanik badan
kedua lutut dan luruskan belakang yang betul
Mencegah kecederaan tulang
belakang
10. Masukkan kedua tangan jururawat :
Jururawat A: bawah leher dan belakang pesakit
Jururawat B: bawah punggung dan pertengahan
paha pesakit
11. Beri isyarat (1,2 …) dan alih pesakit ke sisi katil (ke
arah jururawat)
12. Rapatkan tangan pesakit yang di tengah katil dan
silangkan sebelah kaki ke atas yang satu lagi
13. Beritahu pembantu berdiri di sisi bertentangan
14. Beri isyarat tolak/tarik kepada pembantu dan tolak
pesakit ke kedudukan lateral
15. Beritahu pembantu pegang bahu dan punggung
pesakit
16. Letakkan satu bantal di bawah kain pengalas di Menyokong belakang pesakit
belakang pesakit secara memanjang
17. Kemaskan kain pengalas ke bawah cadar
18. Letakkan satu bantal di bawah kepala pesakit Memberi keselesaan

14
19. Bengkokkan tangan bawah di sisi bantal
20. Bengkokkan tangan atas dan ampu dengan bantal Mengekalkan alinmen badan
pesakit dan mencegah kontraktur
21. Bengkokkan kaki atas dan ampu dengan bantal sendi
secara memanjang (pastikan kedua kaki tidak
bertindih)
22. Selesakan pesakit
23. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
24. Cuci tangan

15
5.2. SUPIN KE LATERAL
(Tanpa bantal di belakang)

Alat-alat:

3 bantal

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

3. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur


4. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
5. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit

6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Kedua jururawat: Memudahkan prosedur
Berdiri di kedua belah sisi katil
8. Silangkan kedua tangan pesakit ke dadanya dan
rapatkan kedua kaki pesakit
9. Posisikan sebelah kaki ke hadapan, bengkokkan Mengekalkan mekanik badan
kedua lutut dan luruskan belakang yang betul
Mencegah kecederaan tulang
belakang
10. Masukkan kedua tangan jururawat
Jururawat A: bawah leher dan belakang pesakit
Jururawat B: bawah punggung dan pertengahan
paha pesakit
11. Beri isyarat (1,2 …) dan alih pesakit ke sisi katil (ke
arah jururawat)
12. Rapatkan tangan pesakit yang di tengah katil dan
silangkan sebelah kaki ke atas yang satu lagi
13. Beritahu pembantu berdiri di sisi bertentangan
14. Beri isyarat tolak/tarik kepada pembantu dan tolak
pesakit ke kedudukan lateral
15. Beritahu pembantu pegang bahu dan punggung
pesakit
16. Masukkan satu tapak tangan di bawah badan
pesakit di bahagian trokanter besar Menstabilkan kedudukan dan
17. Masukkan tapak tangan sebelah lagi di pangkal memelihara alinmen badan
paha pesakit

16
18. Tarik keluar sedikit bahagian yang dipegang ke
arah jururawat
19. Letakkan satu bantal di bawah kepala pesakit Memberi keselesaan

20. Bengkokkan tangan bawah di sisi bantal

21. Bengkokkan tangan atas dan ampu dengan bantal Mengekalkan alinmen badan
secara memanjang di hadapan abdomen pesakit pesakit dan mencegah kontraktur
22. Bengkokkan kaki atas dan ampu lutut dan buku lali sendi
dengan bantal secara memanjang (pastikan kedua
kaki tidak bertindih)
23. Selesakan pesakit
24. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
25. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

17
5.3. SUPIN KE PRON

Alat-alat:

1 bantal biasa
1 bantal kecil

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur
4. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
5. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Kedua-dua jururawat
Berdiri di satu sisi katil
- Jururawat A di bahagian bahu pesakit Memudahkan prosedur
- Jururawat B di bahagian punggung pesakit

8. Silangkan kedua belah tangan pesakit ke atas dada

9. Kedua-dua jururawat Mengekalkan mekanik badan


- Posisikan sebelah kaki ke hadapan yang betul
- Bengkokkan kedua lutut Mencegah kecederaan tulang
- Luruskan belakang belakang
10. Alih pesakit ke sisi katil:

Jururawat A
Masukkan tangan ke bawah kepala, leher dan
belakang Menghampiri pusat graviti dan
menstabilkan graviti
Jururawat B
Masukkan tangan ke bawah punggung dan paha
pesakit

Kemaskan pegangan dan alih pesakit ke sisi katil


secara serentak (menghala jururawat)
11. Minta jururawat B berdiri di sisi katil bertentangan
12. Sisipkan tangan pesakit yang di tengah katil ke sisi
badan Memudahkan prosedur
13. Silangkan tangan yang sebelah lagi ke atas dada

18
14. Silangkan kaki pesakit yang di sisi katil ke atas kaki
sebelah lagi
15. Pegang bahu dan punggung pesakit
16. Jururawat A
Tolak sambil menyokong badan pesakit menghala
jururawat B
17. Jururawat B
Tarik dan terima pesakit sambil mengawal badan
pesakit ke posisi pron
18. Betulkan alinmen badan pesakit:
- Masukkan tangan ke aksila pesakit dan alih
badan ke tengah katil
- Masukkan tangan ke bawah bahagian pelvik
pesakit dan alih ke tengah katil
19. Palingkan muka pesakit ke satu sisi dan ampu Memberi keselesaan
dengan bantal kecil Mengurangkan hiperektensi
lumbar vetebra
Mengurangkan tekanan ke atas
digfragma bagi memudahkan
pernafasan
20. Bengkokkan kedua tangan pesakit di kedua sisi
bantal di kepala pesakit
21. Luruskan kedua kaki dan ampu di bahagian sendi Memelihara alinmen badan
kaki dengan bantal secara melintang/rapatkan Mengelakkan kaki terkulai (foot
kedua tapak kaki pada hujung kaki katil drop)
Mengurangkan tekakan tilam ke
atas kaki
22. Selesakan pesakit
23. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
24. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

19
5.4. SUPIN KE SEMI PRON

Alat-alat:
2 bantal biasa
2 bantal kecil

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur
4. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
5. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Kedua-dua jururawat
Berdiri di satu sisi katil
- Jururawat A di bahagian bahu pesakit Memudahkan prosedur
- Jururawat B di bahagian punggung pesakit

8. Silangkan kedua belah tangan pesakit ke atas dada

9. Kedua-dua jururawat Mengekaklkan mekanik badan


- Posisikan sebelah kaki ke hadapan yang betul
- Bengkokkan kedua lutut Mencegah kecederaan tulang
- Luruskan belakang belakang
10. Alih pesakit ke sisi katil:

Jururawat A
Masukkan tangan ke bawah kepala, leher dan
belakang Menghampiri pusat graviti dan
menstabilkan graviti
Jururawat B
Masukkan tangan ke bawah punggung dan paha
pesakit

Kemaskan pegangan dan alih pesakit ke sisi katil


secara serentak (menghala jururawat)
11. Minta jururawat B berdiri di sisi katil bertentangan
12. Sisipkan tangan pesakit yang di tengah katil ke sisi
badan Memudahkan prosedur
13. Silangkan tangan yang sebelah lagi ke atas dada
14. Silangkan kaki pesakit yang di sisi katil ke atas kaki
sebelah lagi

20
15. Pegang bahu dan punggung pesakit
16. Jururawat A
Tolak sambil menyokong badan pesakit menghala
jururawat B
17. Jururawat B
Tarik dan terima pesakit sambil mengawal badan
pesakit ke posisi semi pron
18. Palingkan muka pesakit ke satu sisi dan ampu Memberi keselesaan
dengan bantal kecil Mengurangkan tekakan ke atas
difragma bagi memudahkan
pernafasan
19. Bengkokkan tangan atas pesakit ke sisi bantal di
kepala pesakit
20. Keluarkan tangan tangan bawah pesakit dan Mencegah kontraktur sendi
bengkokkan sedikit
21. Letakkan bantal secara memanjang antara Memberi ampuan
abdomen dan dada pesakit
22. Bengkokkan lutut atas pesakit dan ampu dengan Memberi ampuan dan mencegah
bantal secara memanjang antara lutut dan buku lali kontraktur sendi
23. Letakkan bantal di bawah kaki yang dibengkokkan Mengurangkan tekanan ke atas
(elakkan kedua kaki bertindih) sendi lutut dan kaki
24. Selesakan pesakit
25. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
26. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

21
5.5. SUPIN KE FOWLER

Alat-alat:

3 bantal
1 papan kaki (foot board)

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
3. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
4. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur
5. Beri privasi Menghormati hak individu
pesakit
6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Bantu alihkan pesakit ke atas bahagian katil
8. Tinggikan kepala katil 90°
9. Letakkan bantal di antara belakang, leher dan bahu Memberi ampuan pada servikal
Memberi keselesaan
10. Letakkan bantal di kedua belah tangan secara Memberi keselesaan dan
memanjang dan di bawah kedua kaki secara mencegah tekanan
melintang Meningkatkan sirkulasi dengan
mengelakan venous pooling
11. Luruskan kedua kaki pesakit dan letakkan papan Memberi ampuan dan
kaki di hujungnya mengekalkan kedudukan
pesakit
Mengelkkan kaki terkulai
12. Selesakan pesakit
13. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
14. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

22
5.6. SUPIN KE SEMI FOWLER

Alat-alat:
4 bantal biasa
2 bantal kecil

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
3. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
4. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur
5. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Bantu alihkan pesakit ke atas bahagian katil
8. Tinggikan kepala katil 15 - 45° Memberi keselesaan
9. Letakkan satu bantal kecil di kepala dan belakang Memberi keselesaan
pesakit Mengampu servikal
10. Letakkan satu bantal di bawah setiap tangan secara Memberi keselesaan
memanjang (jika perlu) Mencegah tekanan
11. Bengkokkan kedua kaki dan letakkan satu/dua Memberi ampuan
bantal di bawahnya secara melintang. Mengurangkan tekanan
12. Selesakan pesakit
13. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
14. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

1. Pesakit selesa
2. Alinmen badan pesakit dalam keadaan yang baik
3. Integriti kulit pesakit terpelihara

DOKUMENTASI

1. Masa penukaran baringan


2. Jenis baringan
3. Tindakbalas pesakit semasa prosedur dijalankan (mahu/enggan beri kerjasama)
4. Keadaan kulit pesakit (kemerahan, pucat, sejuk dll.)
5. Aduan pesakit (kebas, sakit dll.)
6. Sebarang keabnormalan

Lapor sebarang keabnormalan

23
6. PROSEDUR MENGANGKAT DAN MENGALIH PESAKIT

TUJUAN

1. Menggalakkan pesakit bergerak dan berdikari secara optima


2. Menggalakkan keselesaan pesakit
3. Memelihara integriti kulit pesakit
4. Menggalakkan sirkulasi darah

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Keadaan am – letih, pucat, bimbang, mengantuk


2. Keupayaan fizikal membantu prosedur

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Memerlukan seorang pembantu

PERANCANGAN

Alat-alat:

• Kain pengalas
• Kerusi roda

24
IMPLEMENTASI

6.1. MENGANGKAT PESAKIT DARI BAWAH KE BAHAGIAN ATAS KATIL


(Pesakit berdaya membantu)

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
4. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
5. Keluarkan bantal dan letakkan di kepala katil Melindungi kepala pesakit dari
risiko kecederaan
6. Keluarkan selimut dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Minta pembantu berdiri di sisi katil bertentangan
8. Arahkan pesakit bengkokkan kedua lutut dan Galakkan mobiliti dan kerjasama
ratakan kedua tapak tangan ke tilam pesakit
9. Jururawat:
- Letakkan tangan yang hampir dengan
kepala pesakit di bawah kepala/leher pesakit
- Letakkan tangan yang sebelah lagi di aksila
pesakit
- Mengadap ke arah kepala katil, bengkokkan Memudahkan prosedur
kedua lutut dan luruskan belakang Mengekalkan mekanik badan
10. Arah pesakit menekan kedua tapak kaki dan tapak yang betul
tangan ke tilam – minta pesakit tolak kedua kaki ke Mencegah risiko kecederaan
belakang semasa isyarat tolak diberikan
11. Beri isyarat menolak dan alih pesakit serentak
menghala ke kepala katil
12. Selesakan pesakit
13. Kemaskan unit pesakit
14. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

25
6.2. MENGANGKAT PESAKIT DARI BAWAH KE BAHAGIAN ATAS KATIL
(Menggunakan kain pengalas/cadar)

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta Memberi informasi
keizinan daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
4. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
5. Keluarkan bantal dan letakkan di kepala katil Melindungi kepala pesakit dari
risiko kecederaan
6. Keluarkan selimut dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Minta pembantu berdiri di sisi katil bertentangan
8. Longgarkan cadar katil dan gulung kemas Memudahkan prosedur
sehingga hampir ke badan pesakit
9. Silangkan kedua tangan pesakit di atas dadanya Mencegah risiko kecederaan
10. Pegang gulungan cadar dengan kemas di Menghampiri pusat gravity dan
bahagian bahu dan punggung pesakit menstabilkan beban
11. Kedua jururawat menghadap ke arah kepala katil,
bengkokkan kedua lutut dan luruskan belakang Memudahkan prosedur
12. Beri isyarat dan alih pesakit menghala ke kepala Mengekalkan mekanik badan
katil serentak (pindahkan berat dari kaki belakang yang betul
ke hadapan) Mencegah risiko kecederaan
13. Selesakan pesakit
14. Kemaskan unit pesakit
15. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

26
6.3. MENGALIH PESAKIT DARI KATIL KE KERUSI

Bil Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
4. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
5. Letakkan kerusi roda hampir dengan katil pesakit, Memelihara keselamatan
kunci dan lipat alas kaki
6. Arah pesakit bergerak sedikit ke tepi katil Memudahkan prosedur
7. Berdiri mengadap pesakit dan bantu pesakit duduk:
- Satu tangan memegang aksila pesakit
- Satu tangan ampu dan tolak kepala dan
leher pesakit ke hadapan
8. Pegang pangkal lengan pesakit yang jauh dengan
satu tangan melalui belakang pesakit
9. Masukkan tangan sebelah lagi di bawah kedua
paha pesakit
10. Bengkokkan kedua lutut dan luaskan dasar Mengstabilkan lutut pesakit
penyokong apabila berdiri
11. Pusingkan pesakit ke tepi katil secara pivot dan Memudahkan prosedur dan
juntaikan kakinya mencegah kecederaan
12. Berdiri mengadap pesakit, jarakkan sedikit lututnya Memudahkan prosedur
dan masukkan sebelah kaki di antara kedua lutut
pesakit
13. Masukkan kedua tangan melalui kedua aksila Mengampu berat badan pesakit
pesakit dan pegang kemas di bahagian skapula
14. Arahkan pesakit meletakkan kedua tangan di bahu
jururawat atau menekan kedua tangan di tilam
15. Jururawat bengkokkan lutut, luruskan belakang
16. Beri isyarat kepada pesakit(1,2..) dan bantu pesakit
turun dari katil sehingga kaki pesakit bertapak di
lantai (berdiri)
17. Kekalkan sebelah kaki di antara lutut pesakit dan Mengekalkan mekanik badan
beri arahan kepada pesakit berjalan (secara Mencegah kecederaan
membelakang) perlahan menghala ke kerusi
roda/kerusi
18. Dudukkan pesakit di atas kerusi roda dengan
membengkokkan kedua lutut separas lutut pesakit
19. Selesakan pesakit – bersandar, tangan di atas Mencegah kecederaan dan
pengalas tangan dan kaki di atas pengalas kaki memberi keselesaan
20. Kemaskan unit pesakit
21. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

27
6.4. MENGALIH PESAKIT SECARA PUSINGAN ‘LOG’

Bil Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Sediakan alat-alat dan bawa ke katil pesakit Memudahkan prosedur
4. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
5. Beri privasi Menghormati hak individu
pesakit
6. Keluarkan bantal dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
7. Letakkan pesakit ke baringan supin dan silangkan
kedua tangan pesakit di atas dadanya
8. Ketiga-tiga jururawat
Berdiri di satu sisi katil
- Jururawat A di bahagian bahu pesakit Memudahkan prosedur
- Jururawat B di bahagian punggung pesakit
- Jururawat C di bahagian lutut pesakit
9. Pegang bahagian badan pesakit:
- Jururawat A – kepala dan bahu pesakit
- Jururawat B – belakang dan punggung pesakit
- Jururawat C – pertengahan paha dan
pertengahan betis pesakit
10. Ketiga-tiga jururawat Mengekalakan mekanik badan
- posisikan sebelah kaki ke hadapan yang betul
- bengkokkan kedua lutut Menigkatkan kestabilan
- luruskan belakang Mencegah kecederaan tulang
belakang
11. Kemaskan pegangan, beri isyarat dan pusingkan Menghampiri pusat graviti dan
pesakit serentak menghala ke jururawat menstabilkan graviti
12. Lakukan prosedur berkaitan
13. Beri isyarat dan letakkan pesakit serentak ke
baringan supin selepas prosedur tamat Memudahkan prosedur
14. Selesakan pesakit – letakkan bantal di bawah kepala
15. Kemaskan unit pesakit dan alat-alat
16. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

28
PENILAIAN

1. Pesakit selesa
2. Alinmen badan pesaki dalam keadaan baik
3. Integriti kulit pesakit dalam keadaan baik

DOKUMENTASI

1. Masa mengalih
2. Tindakbalas pesakit semasa prosedur dijalankan
• Keadaan kulit pesakit – kemerahan, sejuk dll.
• Aduan pesakit – sakit, kebas dll.
3. Sebarang keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan

29
7. MANDI LAP DI KATIL

TUJUAN

1. Memelihara kebersihan kulit pesakit


2. Menggalakkan sirkulasi darah
3. Membantu pergerakan sendi dan otot
4. Memulihkan imej diri pesakit
5. Memberi peluang jururawat menilai keadaan kulit dan fizikal pesakit

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Rekod pesakit: semak preskripsi spesifik


2. Tahap kesedaran: faham dan boleh mengikut arahan
3. Tahap keupayaan fizikal: membantu dalam prosedur
4. Tahap kebersihan: tentukan peralatan tambahan
5. Pilihan pesakit : masa, bahan mandian

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Memerlukan 2 jururawat

30
PERANCANGAN

Alat-alat

Troli atas

2 tuala kecil - muka dan badan


1 tuala mandi – mengering
1 kain pengalas – menutupi badan pesakit
Sepasang pakaian bersih
1 set kainan bersih – jika perlu
2 jug besar – diisi air panas dan air paip
1 besen mandi – berisi air mandian
1 besen kecil – merendam tangan dan kaki
1 talam kecil – tempatkan sabun, losyen, sikat, tisu tandas, deodoran, bedak,
alat bersih gigi, pemotong kuku (jika perlu) dan sarung tangan bersih
2 pasang sarung tangan bersih
1 bekas kidney kecil/ set perineum – kapas dan air untuk cucian perineum

Troli bawah

1 baldi – menerima air mandian kotor


1 bedpan dan urinal – ditawarkan sebelum mandi
1 beg plastik hitam/ bekas – kainan kotor
1 beg plastik/bekas kidney – sisa klinikal
1 tuala kecil

Peralatan tambahan

Tuala wanita/ napkin pakai buang


Pengalas pakai buang – alas punggung pesakit
Tisu – untuk menyapu kotoran
Krim ‘zink oxide’ – sapu pada anus jika perlu

Nota:
• Amalkan mekanik badan yang betul
• Lakukan pemerhatian am
o Kulit pesakit:
- Bersih/ kotor
- Lembap/ kering
- Suhu – panas/ sejuk – tentukan pilihan air mandian
- Masalah kulit – merah, ruam, calar – lapurkan
o Perubahan sensori – ransangan panas/ sejuk

31
IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah Prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
dari pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
3. Bawa alat-alat ke sisi katil pesakit Melancarkan prosedur
4. Beri privasi Menghormati hak individu
pesakit
5. Berikan bedpan atau urinal jika perlu Pesakit lebih selesa selepas
bereliminasi
6. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
7. Keluarkan selimut dan letakkan di atas kerusi Melapangkan ruang kerja dan
untuk kegunaan semula
8. Sediakan air mandian (suam atau sejuk) mengikut Mengekalan suhu badan pesakit
keperluan
9. Lindungi badan pesakit dengan kain pengalas dan Memberi privasi
tanggalkan pakaian pesakit
10. Letakkan tuala mandi di atas dada pesakit secara Persediaan mengelap bahagian
melintang muka pesakit
11. Basahkan tuala kecil dan bersihkan kedua-dua mata Mencegah kemasukan sekresi
pesakit dari arah dalam ke luar dengan sudut tuala dan pindahan mikroorganisma
yang berlainan dari mata yang satu lagi
12. Bersihkan muka, leher dan telinga. Lap kering
13. Letakkan tuala memanjang di tangan yang jauh.
14. Bersihkan lengan secara memanjang dari distal ke Menggalakkan sirkulasi dan
proksimal. pengaliran balik darah ke
jantung
15. Lap kering lengan
16. Bersihkan dan lap kering aksila
17. Rendam tangan pesakit ke dalam besen kecil berisi Melembutkan kulit,
air selama 3-5 minit. menanggalkan kekotoran dan
memberi kesegaran.
18. Bersihkan dan lap kering jari dan tapak tangan
19. Ulangi langkah 12-17 pada tangan yang dekat
20. Pakaikan bedak/ losyen atau deodoran jika perlu Mengawal lembapan dan bau
badan
21. Tukar air mandian Mengekalakan penggunaan air
yang bersih
22. Letakkan tuala di dada pesakit secara melintang Memelihara suhu badan pesakit
sambil mendedahkan bahagian
yang terlibat sahaja
23. Turunkan kain pengalas hingga ke kawasan pubik
24. Bersihkan dada dan abdomen pesakit – beri
tumpuan pada lipatan kulit.

32
tumpuan pada lipatan kulit.
25. Lap kering dada dan abdomen
26. Dedahkan kaki yang jauh
27. Letakkan tuala memanjang di bawah kaki
28. Bengkokkan lutut pesakit
29. Rendam kaki pesakit dalam besen kecil berisi air. Melembutkan kulit
Memudahkan pengeluaran
kotoran
30. Bersihkan kaki secara usapan memanjang dari distal
ke proksimal.
31. Keluarkan kaki dari besen
32. Bersihkan dan lap kering tapak kaki dan jari-jari
33. Ulangi langkah 25-31 pada kaki yang dekat
34. Tukar air mandian
35. Arah/ bantu pesakit ke baringan lateral Memudahkan prosedur
dijalankan
36. Letakkan tuala memanjang di belakang badan
pesakit
37. Bersihkan dan lap kering belakang pesakit
38. Pakai sarung tangan Memelihara kebersihan
39. Bersihkan dan lap kering anus pesakit
40. Arah/ bantu pesakit ke baringan dorsal.
41. Tukar sarung tangan
42. Bersihkan dan lap kering genitalia pesakit.
43. Bantu pesakit memakai pakaian
44. Potong kuku pesakit (jika perlu) Mengekalkan kebersihan
Mengelakkan pengumpulan
mikroorganisma
45. Selesakan pesakit
46. Tukar kainan jika perlu
47. Kemaskan alat-alat
48. Cuci tangan

PENILAIAN

Pesakit bersih dan selesa

DOKUMENTASI

1. Dokumentasi prosedur dan reaksi dan keadaan pesakit semasa prosedur dijalankan.
2. Sebarang keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan kepada jururawat terlatih/ doktor

33
8. PENCUCIAN MULUT

TUJUAN

1. Membersihkan kaviti oral pesakit bagi:


• mengelakkan jangkitan
• menghilangkan bau nafas
2. Memberi keselesaan
3. Menggalakkan selera makan

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Rekod pesakit : semak preskripsi spesifik


2. Tahap kesedaran: faham dan boleh mengikut arahan
3. Tahap keupayaan fizikal: membantu dalam prosedur
4. Tahap kebersihan kaviti oral: tentukan peralatan tambahan
5. Tahap integriti kaviti oral: bibir, mukosa, gusi, lelangit, lidah dan gigi
6. Keupayaan refleks menelan
7. Pilihan pesakit: masa, jenis kumuran/ ubat gigi

Alat-alat
Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Keperluan pembantu

34
PERANCANGAN

Alat-alat

Persediaan Talam
Set penjagaan mulut:
• 1 bekas kidney
• 2 galipot 10 oz.
• Forsep spencer well (lurus)
• Forcep dissecting non-tooth
• Putik kapas (jika perlu)
• Gauze
Larutan
• Phenol/ Thymol gargle
• Sodium Bicarbonat (jika perlu)
Vaselin putih/ liquid paraffin
Spatula kayu
Sarung tangan bersih
Pengalas plastik kecil
Tuala kecil/ tisu
Troli kecil (jika perlu)

IMPLIMENTASI

Bil. Langkah-langkah Prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta Memberi informasi
keizinan Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
3. Bawa alat-alat ke sisi katil pesakit Melancarkan prosedur
4. Beri privasi Memelihara hak individu pesakit
5. Posisikan pesakit dalam kedudukan yang Menyenangkan prosedur dilakukan
sesuai
6. Alas leher dan dada pesakit dengan Mengelakan baju atau linen basah
pengalas getah
7. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma dan
mencegah jangkitan silang
8. Buka set penjagaan mulut
9. Susun dan sediakan alat-alat mengikut
keperluan Melancarkan prosedur
10. Tuangkan larutan ke dalam galipot
11. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma dan
mencegah jangkitan silang
12. Pakai sarung tangan Meminimumkan mikroorganisma dan
mencegah jangkitan silang
13. Sediakan goz pencucian kaviti oral:
- Buka lipatan goz pertama
- Renggangkan forsep

35
- Letakkan pada pertengahan goz
- Lipat bahagian atas goz ke atas Kedudukan Goz betul – betul stabil dan
forsep (menutupi hujung forsep) hujumg forcep berbalut bagi
- Kepitkan kedua sisi goz di tengah mengelakan kecederaan lapisan
forsep mukosa kaviti oral
- Kuncikan forsep
14. Lakukan pencucian gigi luar:
- Basahkan putik kapas dengan
larutan sodium bikarbonat
- Perah lebihan larutan pada putik Elakan lelehan yang boleh
kapas (jika perlu) dengan Membasahkan linen/ baju pesakit
menekannya di tepi galipot
- Cuci sekeliling permukaan gigi luar Mengeluarkan kotoran
(termasuk pipi dalam) yang kotor
- Basahkan spatula / forsep bergoz
dengan larutan thymol
- Perah lebihan larutan Mengelakkan linen/baju dari basah
- Bilas kotoran di sekeliling permukaan Memastikan oral kaviti betul-betul
gigi luar (termasuk pipi dalam) bersih
15. Lakukan pencucian gigi bahagian dalam:
Buka mulut pesakit:
- Cuci permukaan gigi dalam dan
bahagian oklusal menggunakan putik
kapas dengan sodium bikarbonat Menanggalkan kerak pada gigi
- Basahkan forsep Spencer Well
bergoz bersih dengan larutan thymol Mengelakan linen dari basah
dan perah larutan yang berlebihan
- Cuci dan bilas permukaan gigi dalam
dan bahagian oklusal menggunakan Memastikan kaviti gigi dalam
forsep Spenser Well bergoz dengan Betul-betul bersih
larutan thymol

Lakukan pencucian lelangit


- Basahkan forsep Spencer Well Mengelakan kontaminasi dan linen dari
bergoz bersih dengan larutan thymol basah
dan perah larutan yang berlebihan
- Cuci lelangit dari bahagian jauh
kedepan secara putaran sehingga
bersih
- Basahkan forsep Spencer Well
bergoz bersih dengan larutan thymol Mengelakan linen dari basah
dan perah larutan yang berlebihan
- Bilas lelangit dari bahagian jauh ke Memastikan kaviti gigi dalam betul
depan secara putaran sehingga betul bersih
bersih

36
Cuci lidah dan lantai mulut

- Basahkan forsep Spencer Well Mengelakkan linen dari basah


bergoz bersih dengan larutan thymol
dan perah larutan yang berlebihan
- Cuci lidah dari pangkal ke hujung
secara putaran sehingga bersih
- Basahkan forsep Spencer Well Mengelakan kontaminasi dan
bergoz bersih dengan larutan thymol linen dari basah
dan perah larutan yang berlebihan
- Bilas lidah dari pangkal ke hujung
secara putaran sehingga bersih
- Basahkan forsep Spencer Well
bergoz bersih dengan larutan thymol
dan perah larutan yang berlebihan
- Cuci bawah lidah dari pangkal ke
hujung secara putaran sehingga
bersih
- Basahkan forsep Spencer Well
bergoz bersih dengan larutan thymol
dan perah larutan yang berlebihan
- Bilas bawah lidah dari pangkal ke
hujung secara putaran sehingga
bersih
- Basahkan forsep Spencer Well
bergoz bersih dengan larutan thymol
dan perah larutan yang berlebihan
- Cuci lantai mulut dari pangkal ke Memastikan kaviti gigi dalam
hujung secara putaran sehingga betul–betul bersih
bersih
- Basahkan forsep Spencer Well Mengelakkan kontaminasi linen dari
bergoz bersih dengan larutan thymol basah
dan perah larutan yang berlebihan
- Bilas lantai mulut dari pangkal ke
hujung secara putaran sehingga Kotoran lebih mudah di keluarkan
bersih
- Basahkan forsep Spencer Well Mengelakan kontaminasi dan
bergoz bersih dengan larutan thymol linen dari basah
dan perah larutan yang berlebihan
- Cuci dan bilas lantai mulut
- Cuci dan bilas bahagian gigi dalam Memastikan kaviti gigi dalam
sehingga bersih betul-betul bersih
16. Basahkan forsep Spencer Well bergoz
dengan larutan thymol dan perah larutan
yang berlebihan
17. Cuci dan bilas kotoran di sekeliling Memastikan kaviti oral betul-betul
permukaan gigi (bahagian luar) bersih
18. Keringkan sekeliling mulut dan bibir
19. Sapukan pelembab bibir (jika perlu) Melembabkan dan mengelakkan
bibir pecah

37
20. Selesakan pesakit
21. Kemaskan alat-alat
22. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

1. Kaviti oral bersih


2. Pesakit selesa

DOKUMENTASI

1. Dokumentasi perawatan / pemerhatian yang telah dilakukan


2. Sebarang keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan

38
9. PENCUCIAN RAMBUT PESAKIT DI KATIL

TUJUAN

1. Membersihkan rambut dan kulit kepala


2. Memberi keselesaan.
3. Mengekalkan imej diri

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Rekod pesakit: semak preskripsi spesifik


2. Tahap kesedaran: faham dan boleh mengikut arahan
3. Tahap keupayaan fizikal: membantu dalam prosedur
4. Keadaan pesakit: kecederaan leher dan kepala/ kecederaan spina
5. Keadaan kulit kepala dan rambut:
• Kebersihan
• Integriti kulit
• Infeksi
• Bau
6. Pilihan pesakit – masa, bahan untuk cucian

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Keperluan pembantu

39
PERANCANGAN

Troli Atas

Talam berisi:
• 1 Galipot
• kapas
• Sikat
• Syampu
• Minyak rambut (jika perlu)
• Sarung tangan bersih
1 besen
2 Jug besar (5 liter): air panas dan sejuk
1 Jug kecil (500 ml)
1 pengering rambut (jika perlu)

Troli Bawah

1 tuala mandi
1 tuala kecil
1 pelindung plastik (cape machintosh)
1 pelapik getah panjang/ plastic shampoo trough
1 pelapik getah kecil
2 Bekas kidney: sikat dan kapas kotor
1 Baldi / besen: menerima air kotoran

IMPLEMENTASI
Bil Langkah-langkah Prosedur Rasional
1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta Memberi informasi
keizinan Mendapatkan kerjasama pesakit
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma dan
mencegah jangkitan silang
3. Bawa peralatan ke sisi katil pesakit

4. Lapangkan kawasan Ruang kerja yang cukup dan selesa,


elakan kemalangan
5. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
6 Letakkan pesakit semi Fowler dengan Keselesaan dan melancarkan tugas
kepala dan bahu berada di hujung atas tilam
7. Bantu pesakit angkatkan kepala
8. Letakkan pelapik getah kecil kecil Mengelak baju dari basah
di bawah kepala dan bahu pesakit
9. Letakkan tuala di bawah kepala dan
bahu pesakit
10. Letakkan palong dengan bahagian
di lipat di bawah kepala pesakit
11. Letakkan cape machintosh menutupi Mengelakan linen dari basah
bahu dan dada pesakit

40
12. Letakan besen di atas meja kardiak/ kerusi Menyalurkan air supaya linen
dan masukan hujung palong ke dalamnya tidak basah

13. Pakai sarong tangan, Standard precaution


14. Tutup kedua-dua telinga dengan kapas Mengelakan air memasuki telinga
15. Sikat rambut pesakit Mengelakan kekusutan dan syampuan
rambut senang dilakukan
16. Basahkan kulit kepala/rambut pesakit Supaya syampu senang diratakan
dengan air keseluruh rambut dan kepala
17. Tuangkan syampu ke atas tapak Memudahkan syampu di ratakan ke
tangan dan buihkan rambut dan kulit kepala
18. Ratakan syampu di seluruh kepala dan Urutan senang di lakukan rambut bersih
rambut pesakit dan wangi
19. Urutkan kepala pesakit secara putaran dari Menggalakan pengaliran darah
atas ke bawah
20. Bilas syampu sehingga bersih Mengelakkan iritasi pada kulit kepala
21. Perah air yang berlebihan pada rambut Mengelakan linen dari basah
22. Bantu pesakit angkatkan kepala
23. Keluarkan cape machintosh, dan palong
serta masukkan ke dalam besen
24. Keluarkan kapas dari telinga pesakit
25. Balut kepala pesakit dengan tuala Mengelakkan baju dari basah dan
pesakit selesa
26. Selesakan pesakit
27. Keringkan rambut pesakit
28. Keluarkan pelapik getah kecil dan tuala
29. Kemaskan alat-alat dan unit pesakit
30. Cuci tangan Meminimumkan mikrorganisma dan
mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

1. Kebersihan rambut dan kulit kepala pesakit


2. Keselesaan pesakit

DOKUMENTASI

1. Dokumenkan pemerhatian dan perawatan


2. Sebarang Keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan

41
10. MEMBERI DAN MENGELUARKAN BEDPAN

TUJUAN

1. Menerima kumuhan trak gastrousus dan trak urinari pesakit


2. Mengukur/menyukat keluaran kumuh pesakit
3. Melakukan inspeksi keluaran kumuh pesakit
4. Mengambil sampel urin/feses untuk ujian makmal

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Keadaan am – letih, pucat, bimbang, mengantuk


2. Keupayaan fizikal membantu prosedur

Alat-alat

Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Keperluan pembantu

PERANCANGAN

Alat-alat

• Alat mencuci perineum


• Jug kecil berisi air
• Kain pengalas
• Tuala mandi
• Bedpan
• Tisu gulung
• Sarung tangan bersih

42
IMPLEMENTASI
10.1. PESAKIT BOLEH MEMBANTU

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


Memberi bedpan
1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
Mendapatkan kerjasama pesakit
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang
3. Bawa alat-alat ke sisi katil pesakit
4. Sediakan persekitaran yang selamat Mencegah kecederaan
5. Beri privasi dan kipas Menghormati hak individu
pesakit
Mengurangkan penyebaran bau
6. Bentangkan kain pengalas menutupi bahagian Memelihara privasi
abdomen dan pelvik pesakit
7. Keluarkan kain/seluar pesakit – letakkan di atas Mengelakkan pencemaran feses
kerusi
8. Pakai sarung tangan Melindungi tangan jururawat dari
pencemaran feses
9. Berdiri mengadap katil di bahagian punggung
pesakit
10. Beritahu pesakit membengkokkan kedua lutut sambil
menekan kedua tapak tangan pada tilam
11. Posisikan satu kaki ke hadapan, bengkokkan kedua Mengekalkan mekanik badan
lutut dan luruskan belakang yang betul
12. Masukkan tangan tidak dominan di bahagian sakrum
pesakit sambil meminta pesakit mengangkat
punggungnya
13. Masukkan bedpan dengan tangan dominan ke
bawah punggung pesakit dari bahagian sisi pesakit
14. Tinggikan kepala katil 30º Memberi keselesaan
15. Letakkan tuala bergulung di bahagian lumbar
pesakit
16. Naikkan pagar katil Memelihara keselamatan
17. Minta pesakit beritahu apabila selesai defekat Memberi privasi
Memberi keselesaan kepada
pesakit
Mengeluarkan bedpan
18. Pakai sarung tangan bersih Melindungi tangan jururawat dari
pencemaran feses
19. Bantu pesakit membersihkan bahagian perineum Galakkan mobiliti sendi dan
jagaan kendiri
20. Bantu pesakit mencuci tangan Meminimumkan mikroorganisme
dan mencegah jangkitan silang
21. Berdiri menghadap katil di bahagian punggung
pesakit

43
22. Beritahu pesakit mengangkat punggung sambil
kedua tangannya menekan tilam Memudahkan prosedur
23. Ampu punggung pesakit dengan tangan tidak Mengelakkan kecederaan
dominan di bahagian punggungnya
24. Pegang tepi bedpan dengan tangan dominan
dengan kemas
25. Keluarkan bedpan dengan berhati-hati, tutup dengan
kertas dan letakkan di bahagian bawah troli/ kerusi
26. Bantu pesakit memakai seluar/kain dan selesakan Mengekalkan privasi pesakit
pesakit
27. Buang feses ke dalam sluice, bilas bedpan dan Kekalkan kebersihan dan
letakkan di tempat khas secara terbalik memudahkan penggunaan
seterusnya
28. Kemaskan peralatan dan buang kototan pesakit Memelihara kebersihan
dalam bekas khas
29. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisme
dan mencegah jangkitan silang

44
10.2. PESAKIT TIDAK BERDAYA

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


Memberi bedpan
1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan Memberi informasi
Mendapatkan kerjasama pesakit
Mengurangkan kebimbangan
2. Cuci tangan Meminimumkan rebakan
mikroorganisme dan mencegah
jangkitan silang
3. Bawa alat-alat ke sisi katil pesakit
4. Sediakan persekitaran yang selamat Mencegah kecederaan
5. Beri privasi dan tutup kipas Menghormati hak individu
Mengurangkan penyebaran bau
6. Bentangkan kain pengalas menutupi bahagian Memelihara privasi
abdomen dan pelvik pesakit
7. Keluarkan kain/seluar pesakit – letakkan di atas Mengelakkan pencemaran feses
kerusi
8. Berdiri mengadap katil di bahagian punggung
pesakit
9. Bantu pesakit ke baringan lateral di tengah katil
10. Pakai sarung tangan Melindungi tangan dari
pencemaran feses
11. Letakkan kertas pengalas di bawah punggung Mengelakkan pencemaran tilam
pesakit
12. Posisikan satu kaki ke hadapan, bengkokkan kedua Mengekalkan mekanik badan
lutut dan luruskan belakang yang betul
13. Letakkan bedpan di punggung pesakit dengan betul Memudahkan prosedur
14. Tekan sisi bedpan menggunakan tangan dominan Mengelakkan kecederaan
dengan kemas ke arah tilam
15. Ampu belakang pesakit dengan tangan tidak
dominan dan alih pesakit ke baringan supin
16. Jarakkan sedikit kedua lutut pesakit Menstabilkan kedudukan pesakit
17. Tinggikan kepala katil 30º Memberi keselesaan
18. Letakkan tuala bergulung di bahagian lumbar Meningkatkan daya meneran
pesakit semasa defekat
19. Naikkan pagar katil Memelihara keselamatan
20. Minta pesakit beritahu apabila selesai defekat Memberi privasi
Mengeluarkan bedpan
21. Turunkan kepala katil Memudahkan prosedur
22. Pakai sarung tangan bersih Perlindungan dari pencemaran
feses
23. Bersihkan dan lap kering perineum dan anus Memelihara kebersihan dan
pesakit memberi keselesaan
24. Berdiri menghadap katil di bahagian punggung
pesakit
25. Pegang sisi bedpan menggunakan tangan dominan
dengan kemas sambil mengalih pesakit ke baringan Memudahkan prosedur
lateral

45
26. Keluarkan bedpan dengan berhati-hati, letakkan di Mengelakkan feses tertumpah
bahagian bawah troli/ kerusi dan tutup dengan dan mengurangkan bau
kertas
27. Bantu pesakit ke baringan supin
28. Bantu pesakit memakai seluar/kain dan selesakan Mengekalkan privasi pesakit
pesakit
29. Buang feses ke dalam ‘sluice’, bilas bedpan dan Kekalkan kebersihan dan
letakkan di tempat khas secara terbalik memudahkan penggunaan
30. Kemaskan alat-alat dan buangkan kekotoran seterusnya
pesakit ke dalam bekas khas Memelihara kebersihan
31. Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma
dan mencegah jangkitan silang

PENILAIAN

1. Pesakit dapat mengeluarkan kumuhannya dengan selesa dan selamat


2. Kebersihan pesakit terpelihara

DOKUMENTASI

1. Keluaran kumuh
• Kandungan
• Warna
• Sifat – cair, lembut, keras
• Bau
• Amaun

2. Reaksi pesakit semasa prosedur dijalankan – sakit dll


3. Sebarang keabnormalan

Laporkan sebarang keabnormalan

46
11. MEMBANTU PESAKIT MAKAN SECARA ORAL

TUJUAN

1. Membantu pesakit yang tidak berdaya


2. Memastikan makanan yang di sediakan di makan oleh pesakit
3. Mengekalkan keseimbangan nutrisi badan pesakit

PENAKSIRAN

Pesakit

1. Rekod pesakit : semak preskripsi spesifik, sejarah alahan makanan


2. Tahap kesedaran: ikut arahan, faham
3. Tahap keupayaan fizikal: membantu dalam prosedur
4. Pilihan pesakit: masa, jenis makanan, toleransi kepada makanan
5. Selera makan pesakit

Makanan

• Bersih dan klasifikasi makanan yang betul

Alat-alat
Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Keperluan pembantu

PERANCANGAN

Alat-alat

Talam yang mengandungi:


• Makanan yang dipreskripsi
• Gelas
• Sudu dan garpu
• Kain / tuala pengalas
• Tisu / tuala kecil
• Air untuk berkumur
• Bekas kumur

47
IMPLEMENTASI

Bil Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Beri salam, terangkan prosedur dan minta Memberi informasi
keizinan daripada pesakit Mendapatkan kerjasama
Mengurangkan kebimbangan
2. Sediakan persekitaran yang selamat dan Memudahkan pergerakan
selesa Mengelakkan kecederaan
3. Cuci tangan Meminimumkan mikrorganisma dan
mencegah jangkitan silang
4. Semak klasifikasi makanan Makanan yang betul kepada
pesakit yang betul
5. Hidangkan makanan :
- Aturkan makanan/minuman/alat- Membantu meningkatkan selera
alatan kedalam dulang dengan makan pesakit dan memudahkan
kemas/tersusun/mengikut penyuapan
penggunaan
6. Bawa talam ke pesakit
7. Letakkan talam di atas meja kardiak
8. Posisikan pesakit fowler/kardiak Mengelakkan dari tercekik
makanan
9. Beri privasi Menghormati hak individu pesakit
10. Alas dada pesakit dengan kain pengalas: Mengelakkan makanan/minuman
- Buka lipatan kain pengalas mencemar pakaian pesakit
- Selitkan salah satu penjuru kain
pengalas pada leher baju
- Betulkan bahagian bawahnya supaya
menutupi bahagian dada pesakit
11. Letakan kerusi di sisi dan berhadapan Memudahkan makanan di suap dan
dengan pesakit pemerhatian ke atas pesakit
12. Basuh tangan Meminimumkan mikrorganisma dan
mengelakan jangkitan silang
13. Suap makanan:
- Suapkan makanan dalam amaun Membantu memudahkan
yang sedikit atau berpatutan penghadaman dan menggelakkan
- Suapkan makanan pencuci mulut tercekik
- Berikan air minuman (apabila Membantu pergerakan makan ke
makanan telah habis atau bila perlu) gaster
14. Beri air kumur dan bekas kumur Membersihkan mulut
15. Lap mulut pesakit dengan kain pengalas / Elakan lelehan air/makanan dari
tisu mencemarkan pakaian
16. Selesakan pesakit
17. Kemas peralatan
18. Cuci tangan Meminimumkan mikrorganisma dan
mencegah jangkitan silang

48
PENILAIAN

1. Pengambilan makanan pesakit memuaskan/tidak memuaskan dari aspek:


• toleransi
• kuantiti
• selera

2. Status nutrisi:
• berat badan
• turgor kulit

DOKUMENTASI

Dokumen pengambilan makanan dan cecair dengan tepat ke dalam carta imbangan airan

Laporkan keabnormalan kepada jururawat

49
12. JAGAAN POS MORTEM

TUJUAN

1. Membersih dan menyedia mayat sebelum kesan fisiologi berlaku


2. Memelihara maruah si mati dan keluarganya
3. Memberi penghormatan terakhir

PENAKSIRAN

Mayat
1. Alinmen badan dalam keadaan betul
2. Kehadiran alat-alat rawatan alat-alat palsu – perlu dikeluarkan

Alat-alat
Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran

Kawasan kerja yang selesa dan selamat:


• Lapang
• Bersih
• Pencahayaan mencukupi
• Tutup kipas
• Ketinggian katil yang sesuai
• Kunci katil

Jururawat

Perlu seorang pembantu

PERANCANGAN

Persediaan troli

Troli atas
• 1 besen air
• 2 tuala kecil
• 2 tuala mandi
• 1 kain pengalas
• 1 jug air suam
• 1 pasang pakaian bersih
• 1 set dressing (jika perlu)
• 1 cadar – membalut dan menutup mayat
• Alat mencuci perineum
• Sabun, forsep, kapas kering dan sikat (dalam talam)

Troli bawah
• Bekas menerima air mandian
• Bekas menerima kekotoran
• Bandage goz ukuran 1”

50
• Gunting – untuk menggunting bandage
• Larutan ether – menanggalkan kesan plaster
• Plaster/pin
• 3 label
• Sarung tangan bersih

IMPLEMENTASI

Bil. Langkah-langkah prosedur Rasional


1. Sediakan persekitaran yang selamat Memudahkan pergerakan
Mengelakkan kecederaan
2. Bawa alat-alat ke sisi katil pesakit Melancarkan prosedur
3. Beri privasi Menghormati mayat
4. Keluarkan bantal dan letakkan di kerusi
5. Luruskan badan si mati dalam baringan Memelihara alinmen yang betul
supin sebelum perubahan fisiologi
berlaku
6. Tutup mata si mati – jika masih terbuka
7. Tutup badan si mati dengan kain pengalas Mengekalkan privasi
8. Tanggalkan pakaian si mati
9. Keluarkan gigi palsu jika ada
10. Keluarkan semua alat-alat rawatan dengan Menghormati si mati dan
perlahan-lahan mengelakkan koyakan kulit
11. Cuci dan tutup luka – jika perlu
12. Bersih dan lap kering mayat
13. Sumbat rongga dengan kapas kering Menyerap discaj
menggunakan forsep
14. Sikat rambut mayat
15. Ikat dagu mayat dengan bandage Mengelakkan mulut terbuka
16. Pakaikan pakaian bersih
17. Letak kedua tangan mayat di atas badan di
atas abdomen
18. Ikat kedua tangan pada pergelangan tangan Mengelakkan tangan terjatuh
19. Ikat kaki pada kedua buku lali dan kedua ibu Mengelakkan kaki terbuka dan
jari kaki keras selepas perubahan fisiologi
20. Ikat label di tangan mayat Mengekalkan identiti pesakit
21. Balut mayat dengan kain kapan
22. Ikat mayat pada atas kepala, dada, lutut dan
hujung kaki
23. Letak label di bahagian dada mayat
24. Tutup mayat dengan cadar
25. Kemaskan alat-alat
26. Cuci tangan
27. Lengkapkan borang dan laporan berkaitan
28. Uruskan penghantaran mayat (rumah/
rumah mayat)

PENILAIAN
• Mayat dalam keadaan bersih

51

You might also like