You are on page 1of 5

SMK DANAU KOTA

53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KALI


PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh : 10 Februari 2011


Hari : Khamis
Masa : 1.15 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Danau Kota

Hadir :

1. Pn. Noraliza bt. Abidin GPK Tadbir & Kurikulum


2. Pn. Sharimah bt. Ramli GPK HEM
3. Pn. Wong Sok Peng
4. Pn. Zanariah bt. Zakaria
5. Pn. Ng Wei Mein
6. Pn. Mohaini bt. Mohamad
7. Pn. Noor Fadilah bt. Endut
8. Pn. Normala bt. Hashim
9. En Emyzul bin Ismail
10. Pn. Juriah bt. Basri
11. Pn. Endang Triningsih bt. Mohyani
12. Pn. Siti Najwa bt. Hashim
13. Pn. Faridah bt. Jamaludin
14. Pn. Mohanasumitha a/p Mohanakrishnan
15. Pn. Noor Hazlini bt. Mokhtar
16. Pn. Shafaniza Hanim bt. Abdul Rahim
17. Pn. Hafizah bt. Anuar
18. Pn. Halimah bt. Mispan
19. Cik Siti Norbaizura bt. Jamaluddin
20. Pn. Rabiatul Adawiah bt. Razali
21. Pn. Noormila bt. Abu Samah
22. Pn. Salmah bt. Abdul Kadir
23. En. Muhammad Adil bin Muhd. Syakir
24. Pn. Norlia bt. Yahya
25. Cik Chong Ann Lee
26. Pn. Rubiyana bt. Ahamad
27. En. Azimin Zul-Izzi bin Asnil Aimi
28. En. Mohd Zul-Izzat bin Mohd Yatim
29. En. Zul-Akmal bin Saffie
30. Pn. Jamaliah bt. Omar
31. Pn. Nik Musalina bt. Nik Mustapha
32. Pn. Azima bt. Mohd Zain
33. Pn. Noor Habibi bt. Bulat
34. Pn. Siti Zaharah bt. Mohd Yusof
35. Pn. Nurul Eliza bt. Musa
36. En. Mohd Dasuki bin Husain
37. Pn. Syakirah bt. Abd. Razak
38. En. Mohd Setia bin Abdul Ghani
39. Pn. Nor Hidayu bt. Zainal
40. Cik Nurul Izati bt. Che Mohamood
41. Pn. Shuraida bt. Che Ismail
42. Pn. Nur Izyani bt. Muhamad Sobri
43. Pn. Nor Adaiwiyah bt. Mat Yaacob
44. Cik Siti Nur Faezah bt. Yahya
45. En. Basseri bin Endut

Tidak Hadir :

1. Pn. Suhaila bt. Ahmad Bersebab


2. Pn. Siti Hajar bt. Lemin Tidak Bersebab
3. En. Zulkifli bin Ismail Rasmi
4. En. Jusvinder Pal Singh a/l Basauhra Singh Rasmi

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pn. Noraliza bt. Abidin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
guru pada mesyuarat tersebut.
1.2 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta ketua dan penolong berada bersebelahan
supaya dapat bekerjasama dan AJK ini akan kekal untuk Majlis Graduasi.
Perubahan adalah bidang tugas ketua akan diambil alih oleh penolong dan
sebaliknya bidang tugas penolong akan diambil alih oleh ketua pada Majlis
Graduasi nanti.
1.3 Pengetua telah menjemput En. Abd Halim bin Ismail Ketua Sektor
Pengurusan Sekolah JPWP sebagai tetamu VIP.
1.4 Pn. Noraliza bt. Abidin menyatakan perubahan format untuk buku program
pada tahun ini dimana dalam buku program perlu ditambah dengan gambar
dan biodata pelajar cemerlang.
1.5 Pn. Noraliza bt. Abidin turut menyatakan pertambahan tugas pada tahun ini
iaitu Pengurus Pentas yang diberi tanggungjawab kepada En. Emyzul bin
Ismail.
Makluman Semua

2.0 Pembahagian Tugas

2.1 AJK Sambutan dan Protokol


2.1.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta ketua AJK Sambutan dan Protokol
menyediakan 10 orang pelajar untuk membantu.
2.1.2 Pn. Noraliza bt. Abidin memohon AJK Sambutan mestilah
menyambut tetamu dengan senyuman. AJK Sambutan dan Protokol
dingatkan supaya mengiringi ibu bapa hingga ke tempat duduk.
Makluman Pn. Juriah bt. Basri

2.2 AJK Jemputan


2.2.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK menyediakan surat jemputan
untuk jemputan Khas, ibu bapa dan pelajar.
2.2.2 AJK Jemputan perlu mengedar surat jemputan pada 28 Feb 2011
dan memungut keratan jawapan pada 4 Mac 2011.
2.2.3 AJK Jemputan perlu menyediakan jumlah bajet yang hendak
digunakan dan perlu dibentangkan pada mesyuarat kedua pada 22
Feb 2011.
Makluman Pn. Siti Najwa bt. Hashim

2.3 AJK Buku Program


2.3.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK Buku Program menyediakan
buku progaram berwarna sebanyak 11 buah dan bajet yang
diperuntukkan sebanyak RM 50 manakala bagi buku program yang
tidak berwarna sebanyak 300 keping.
2.3.2 AJK Buku Program perlu berjumpa dengan pengetua dan pelajar
cemerlang untuk mengambil gambil serta mengambil biodata pelajar
cemerlang untuk diletakkan dalam buku program.

Makluman Pn. Mohanasumitha a/p Mohanakrishnan

2.4 AJK Panel Penerima Anugerah / Penghargaan Akademik


2.4.1 Semua nama pelajar mesti dimasukkan dalam buku cenderamata /
program dan mesti mengikut urutan.
2.4.2 Pemilihan pelajar PMR & SPM perlu berbincang dengan ketua
bidang dari semasa ke semasa

Makluman Pn. Shafaniza Hanim bt. Abdul Rahim

2.5 AJK Persiapan Pentas


2.5.1 Pn. Noraliza bt. Abidin menyatakan backdrop pentas tahun ini
menggunakan banner dengan penggunaan warna yang ceria dan Pn.
Halimah bt. Mispan diberi tanggungjawab merekanya.

Makluman Pn. Halimah bt. Mispan

2.6 AJK Hadiah, Cenderamata dan Sijil Peningkatan Mata Pelajaran serta
Hadiah VIP
2.6.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK Hadiah, Cenderamata dan
Sijil Peningkatan Mata Pelajaran serta Hadiah VIP menyediakan 5
orang “dulang girls”

Makluman Cik Chong Ann Lee

2.7 AJK Persiapan Dewan/ Pelan Dewan/ VIP/Kerusi


2.7.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK menyediakan pelan
kedudukan VIP dan juga pelan Mesyuarat Agung PIBG.
2.7.2 Pn. Sharimah bt. Ramli meminta AJK Persiapan Dewan berjumpa
dengan beliau untuk membincangkan kedudukan kerusi semasa
Mesyuarat Agung PIBG.
2.7.3 AJK Persiapan Dewan perlu menyusun kerusi sehari sebelum majlis
iaitu pada 25 Mac 2011, selepas rehat.
Makluman En. Zulkefli bin Ismail
2.8 AJK Penyelenggaraan Peserta
2.8.1 Pelajar diatur mengikut barisan dan mengikut senarai nama
penerima hadiah / sijil dalam buku program supaya perjalanan
majlis menjadi lancar serta teratur.
2.8.2 Pn. Noormila meminta izin dari Pn. Sharimah meminjam blazer
pengawas untuk persediaan jika terdapat pelajar penerima sijil
memakai pakaian yang kurang sesuai dengan majlis.

Makluman Pn. Noormila bt. Abu Samah

2.9 AJK Alat Siaraya


2.9.1 Pn. Sharimah bt. Ramli meminta AJK Alat Siaraya menyediakan 2
microphone diatas pentas dan 1 microphone di bahagian bawah
dewan semasa Mesyarat Agung PIBG.

Makluman En. Muhammad Adil bin Muhammad Syakir

2.10 AJK Pendaftaran


2.10.1 Menyediakan meja untuk pendaftaran VIP dan pendaftaran ibu bapa

Makluman Pn. Siti Hajar bt. Lemin


2.11 AJK Pengacara Majlis
2.11.1 Pn. Noraliza bt. Abidin menyatakan bahawa teks ucapan akan
dibantu oleh En. Mohd Khir bin A. Kadir dan Pn Nurulnisa bt. Mat
Isa akan membimbing Pn. Syakirah bt. Abdul Razak.

Makluman En. Mohd Dasuki bin Husain

2.12 AJK Bacaan Doa


2.12.1 Pn. Noraliza bt. Abidin menyatakan doa akan dibaca sekali sahaja
untuk dua majlis ini.
2.12.2 Pada hari rehearsal En. Syed Ahmad Azam bin Syed Mohd akan
membaca doa. Pada hari Majlis berlangsung En Mohd Setia bin
Abdul Ghani akan membaca doa.

Makluman En. Mohd setia bin Abdul Ghani


2.13 AJK Persembahan
2.13.1 Pn. Nor Hidayu bt. Zainal menyatakan pelajar yang akan membuat
persembahan gamelan telah mula membuat latihan.
2.13.2 Pada mesyarat akan datang Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK
Persembahan membuat laporan pakaian yang akan dipakai oleh
pelajar yang akan membuat persembahan.
2.13.3 Perubahan AJK Persembahan dimana Pn. Farah Hedda bt. Limin
bersama Pn Mila Mahali akan melatih pelajar 3 Arif untuk membuat
persembahan Choral Speaking

Makluman Pn. Nor Hidayu bt. Zainal

2.14 AJK Jamuan


2.14.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK Jamuan membuat draf menu
pada mesyarat kali kedua.
2.14.2 Bajet yang disediakan sebanyak VIP RM7 per kepala, guru / ibu
bapa RM5 per kepala dan pelajar RM3 per kepala.

Makluman Pn. Shuraida bt. Che Ismail

2.15 AJK Kebersihan dan Keceriaan


2.15.1 Guru hendaklah memastikan sekolah bersih dan ceria sebelum dan
selepas majlis.

Makluman En. Mohd Zul-Izzat bin Mohd Yatim

2.16 AJK Dokumentasi


2.16.1 Menyediakan serta menyiapkan laporan dokumentasi Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9
SMKDK 2011.
2.16.2 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang diketuai oleh Pn. Jamaliah dan
bajet yang diperuntukkan sebanyak RM150.
2.16.3 Pn. Jamaliah meminta kerjasama dari semua AJK menghantar jadual
kerja kepada beliau untuk diletakkkan dalam dokumentasi pada
mesyuarat kedua.
2.16.4 Mesyuarat Agung PIBG diketuai oleh Pn. Nik Musalina dan bajet
yang diperuntukkan sebanyak RM50.

Makluman Pn. Jamaliah bt. Omar dan Pn. Nik Musalina bt. Nik Mustapha

2.17 AJK Penyediaan Teks Ucapan


2.17.1 Pn. Noraliza bt. Abidin menyatakan pada tahun ini AJK Teks
Ucapan semuanya guru Bahasa Malaysia dan beliau berharap AJK
dapat bekerjasama serta meminta AJK menyediakan teks ucapan
yang bersesuaian.
Makluman Pn. Noor Habibi bt. Bulat

2.18 AJK Flash Card / Tepuk Tangan


2.18.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta AJK mengawal tepukan agar majlis
meriah.
Makluman Cik Nur Baizura bt. Jamaluddin

3.0 Hal-Hal Lain

3.1 Pn. Noraliza bt. Abidin meminta ketua setiap AJK membuat draf untuk
dibentangkan pada mesyuarat kedua iaitu 22 Februari 2011.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

............................................................ .......................................................
(PN NOOR FADILAH BT. ENDUT) (PN NORALIZA BT ABIDIN)
Setiausaha Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum
SMK Danau Kota

You might also like