You are on page 1of 9

JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ ZA’BA

KOLEJ KEDIAMAN ZA’BA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH
PROTON CITY
35900 TANJUNG MALIM Telefon : 05-4583259
PERAK DARUL RIDZUAN Faksimili : 05-4585576

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : UPSI/KZ/MIMK11/PRO.03(20)
Tarikh : 29 Disember 2010
23 Muharram 1432H

Kepada;

Puan Halimaton binti Hamza


Pengarah Komunikasi Korporat
Jabatan Penyiaran Malaysia
Tingkat 2, Wisma TV
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur

Melalui;

Encik Mohd Redzuan bin Donial


Penasihat
Hari Terbuka
Kolej Kediaman Za’ba
Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

MEMOHON PENAJAAN BAGI HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN ZA’BA 2011

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Kolej Kediaman Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris
akan mengadakan Hari Terbuka yang bertema ‘Memperkasa Ilmu Merekayasa Kepimpinan’
pada 20 hingga 23 Januari 2011. Sehubungan itu, kami berminat untuk mempelawa pihak tuan
untuk menaja program kami.
3. Sebagai badan korporat, kami menyedari bahawa salah satu daripada matlamat utama
agensi tuan adalah untuk mempamerkan imej perniagaan yang cemerlang. Oleh itu, dengan
mengambil inisiatif membantu penajaan Hari Terbuka ini, pihak tuan boleh mempamerkan imej
perniagaan syarikat puan yang cemerlang.

4. Oleh itu, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej khas untuk pihak tuan salurkan
tajaan dan sumbangan kepada program ini. Pakej-pakej tersebut adalah seperti berikut;

a. Pakej A: Penaja Utama


b. Pakej B: Penaja Bersama
c. Pakej C: Penaja Sampingan
d. Pakej D: Penaja Produk
e. Pakej E: Sumbangan Khas

Sila rujuk lampiran untuk maklumat pakej penajaan dan kaedah pembayaran.

5. Kami juga memberi peluang kepada pihak tuan untuk mengadakan aktiviti serta
mengadakan ‘booth display’ bagi memasarkan produk Proton. Bersama ini saya lampirkan
tentatif program dan kertas kerja Hari Terbuka Kolej Za’ba. Sebarang maklumat lanjut, boleh
berhubung terus dengan Ketua Unit Penajaan Hari Terbuka, Cik Inda Wahida binti Zainal
Abidin (017-5518573).

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam hal ini saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD NAQIUDIN BIN ARIFIN)


Pengarah
Program Hari Terbuka Kolej Kediaman Za’ba
Universiti Pendidikan Sultan Idris

s.k - Pengetua Kolej Kediaman Za’ba


- Fail
RINGKASAN EKSEKUTIF

Butiran program adalah seperti berikut:

IPTA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)


JENIS PROGRAM HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN ZA’BA
TAJUK PROGRAM MEMPERKASA ILMU MEREKAYASA KEPIMPINAN
MATLAMAT DAN
PENCAPAIAN  Meningkatkan kesedaran mahasiswa dan masyarakat
PROGRAM setempat tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan

 Mewujudkan hubungan baik antara mahasiswa UPSI


dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan

 Berusaha memartabatkan nama UPSI dan kolej


kediaman sebagai sebuat institusi yang bitara

 Mewujudkan dan memperteguh perpaduan dan


keharmonian penghuni kolej-kolej kediaman

 Mewujudkan kerjasama dan menerapkan semangat


kekitaan dikalangan penghuni kolej kediaman

 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada Ahli


Jawatankuasa (AJK) pelaksana untuk menguruskan
sesuatu program

ANJURAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ


KEDIAMAN ZA’BA
KUMPULAN SASARAN  Warga UPSI
 Masyarakat Setempat
 Pelajar Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Sekitar
Tanjong Malim
 Dianggarkan boleh menarik seramai 10,000 orang ke
Hari Terbuka ini
TARIKH 20 HINGGA 23 JANUARI 2011
TEMPAT PERKARANGAN KAMPUS SULTAN AZLAN
SHAH, PROTON CITY, TANJONG MALIM, PERAK
ANGGARAN KOS RM 20,000.00
PAKEJ TAJAAN
(tandakan (/) pada pakej Penaja Utama
yang ingin ditaja) Penaja Bersama
Penaja Sampingan
Penaja Produk
Sumbangan Khas
PEMBAYARAN Semua sumbangan / penajaan boleh di bayar dengan
PENAJAAN menggunakan draf bank / cek / kiriman wang / wang pos yang
dibayar atas nama BENDAHARI HARI TERBUKA KOLEJ
KEDIAMAN ZA’BA dan di kirimkan ke alamat:

Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Azlan Shah
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

u.p: CIK SITI NAQUIAH BINTI MD. SUYUT

atau ke akaun Bank Islam Berhad;

JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN


ZA’BA

08-068-02-054133-2

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU MENJAYAKAN HARI TERBUKA


KOLEJ KEDIAMAN ZA’BA?

Sebagai badan korporat / profesional, kami menyedari bahawa salah satu daipada matlamat
utama syarikat anda adalah untuk mempamerkan imej perniagaan yang cemerlang. Jadi,
dengan mengambil inisiatif membantu penajaan program Hari Terbuka Kolej Kediaman
Za’ba ini, anda boleh mengambil peluang tersebut untuk mempamerkan:

i. Imej syarikat anda sebagai salah sebuah pertubuhan / syarikat yang boleh dipercayai
dan dihormati.
ii. Keterbukaan terhadap pelbagai hubungan dua hala yang menguntungkan semua
pihak.
iii. Kredibiliti syarikat anda yang maju, kukuh dan berdaya saing.
iv. Keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyediakan beberapa pakej khas untuk anda
menghulurkan sumbangan kepada program ini. Anda boleh memilih mana-mana pakej
yang dirasakan sesuai dengan imej syarikat anda.

a. PENAJA UTAMA: RM 10,000 DAN KE ATAS


b. PENAJA BERSAMA: RM 7,000- RM 9,999
c. PENAJA SAMPINGAN: RM 4,000 – RM 6,999
d. PENAJA PRODUK
Tajaan Boleh Dilakukan Dalam Bentuk:

 Artis
 Slot / aktiviti
 Liputan media
 Pakaian
 Sebarang bentuk material yang lain

FAEDAH-FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

e. SUMBANGAN KHAS

Sekiranya syarikat tuan tidak berminat untuk menyumbang dalam mana-mana pakej
yang ditawarkan, kami berharap pihak tuan masih berminat untuk menyumbang
secara peribadi. Sumbangan boleh dibuat dalam sebarang bentuk sama ada dalam
bentuk kewangan atau material bagi membantu kami menjayakan program ini.

You might also like