You are on page 1of 5

3.

0 JENIS-JENIS PERKEMBANGAN INDIVIDU

Perkembangan seseorang individu atau kanak-kanak itu terbahagi kepada empat


aspek utama iaitu aspek perkembangan kognitif, emosi, sosial, dan bahasa. Setiap aspek
yang terlibat mengalami proses perkembangannya yang tersendiri dan memandangkan
tugasan ini hanya memerlukan saya untuk melihat perkembangan fizikal dan memberi
pilihan samada untuk melihat perkembangan latar belakang kognitif & bahasa atau sosial &
emosi, jadi saya membuat keputusan untuk mengkaji latar belakang perkembangan
kognitif& bahasa. Berikut merupakan hasil kajian yang telah saya lakukan dan saya menilai
adik Nur Aishah binti Abd Rahman dari aspek perkembangan fizikal, kognitif & bahasa.

6
3.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan


bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia
( Woolfolk & Margetts, 2007). Menurut Rohani Abdullah, 2001, perkembangan fizikal adalah
merangkumi pertumbuhan fizikal (perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan,
pertumbuhan gigi dan rangka tulang), kemahiran pergerakan( motor) kasar dan halus serta
pengawalan dominan tangan (kanan atau kiri). Semasa pembesaran, kanak-kanak
semestinya akan mengalami segala perubahan-perubahan ini agar kanak-kanak dapat
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Berikut merupakan tahap-tahap perkembangan fizikal adik Nur Aishah binti Abd Rahman
yang telah dianalisis daripada peringkat bayi sehinggalah adik Nur Aishah mencapai umur 7
tahun mengikut empat kategori iaitu berat badan, ketinggian badan, pertumbuhan gigi, dan
kemahiran pergerakan motor kasar dan motor halus.

3.1.1 Berat badan

Mengikut maklumat yang telah diperolehi melalui kaedah temu bual dengan ibu bapa
subjek dan penilaian tentang rekod kesihatan (rujuk lampiran A), adik Nur Aishah
mempunyai berat badan sebanyak 4.19kg semasa dilahirkan. Menurut Rohani binti Abdullah
dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa berat purata bayi baru lahir sihat adalah 3
kilogram (6.5 paun) dan adik Nor Aishah mempunyai berat yang lebih daripada berat purata
tersebut. Hal ini mungkin disebabkan oleh ibunya yang mempuyai penyakit darah tinggi.
Selepas itu, berat badan beliau semakin bertambah sebanyak 5.25kg. Berat badan kanak-
kanak bertambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Jadi, setelah diteliti berat
badan adik Nor Aishah senantiasa bertambah iaitu pada bulan ketiga kelahirannya, berat
badan beliau adalah sebanyak 5.4 kg,seterusnya 6.4kg. Pada bulan kelima kelahirannya,
berat badan beliau bertambah sebanyak 3.06kg daripada berat asal beliau ketika lahir iaitu
7.25kg. Hal ini kerana, ketika berumur lima bulan, berat bayi adalah dua kali ganda berat
ketika lahir. Setelah mencapai umur dua tahun, berat bayi pula akan meningkat lagi
sebanyak empat kali ganda berat ketika lahir dan setelah dikaji tentang berat adik Nor
Aishah ketika berusia setahun, berat badan beliau hanyalah sebanyak 9.65kg dan tidak
bertambah mengikut berat yang sepatutnya. Menurut ibu beliau, hal ini mungkin disebabkan
oleh cara pemakanan beliau. Adik Nor Aishah tidak gemar makan makanan dalam kuatiti
yang banyak dan hanya makan 2 atau 3 suap nasi sahaja. Jika dilihat pada berat badan
beliau sekarang, beliau mempunyai berat sebanyak 23kg dan berat badan beliau berada
pada tahap yang normal.

7
3.1.2 Ketinggian badan

Bagi aspek ketinggian pula, beliau mempunyai tahap ketinggian yang normal iaitu
110cm .Menurut teori, perubahan ketinggian bayi juga berubah dengan cepat dan ketika
dilahirkan, bayi biasanya berukuran kira-kira 50 sentimeter (20 inci) panjang iaitu kurang
satu pertiga daripada ketinggian ketika dewasa kelak. Berdasarkan pemerhatian saya
terhadap adik Nor Aishah, ketika lahir ketinggian beliau ialah sebanyak 53 sentimeter dan ia
bersesuaian dengan teori yang telah diberikan. Hal ini menunjukkan beliau lahir seperti
kanak-kanak yang normal yang lainnya. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempunyai BMI
(indeks jisim purata) yang normal iaitu ... julat BMI normal ialah 19 hingga 25. Jadi, beliau
mempunyai berat badan dan ketinggian yang ideal. Hal ini dipengaruhi oleh faktor baka dan
persekitaran beliau Jika dilihat daripada faktor baka, ibu beliau lebih tinggi jika dibandingkan
dengan bapa beliau. Tetapi, masing-masing mempunyai saiz badan yang normal. Selain itu,
faktor persekitaran yang dikawal baik oleh ibu bapa beliau juga memainkan peranan
penting. Menurut ibu bapa beliau, mereka mengawal pemakanan anak mereka seperti tidak
memberikan makanan segera (Fast food) kepada anak mereka terlalu kerap kerana mereka
belajar daripada kesilapan mereka dalam membesarkan abang dan kakak adik Nor Aishah.
Dahulunya, menurut ibunya, beliau sering memberikan makanan segera kepada abang dan
kakak Nor Aishah dan mereka membesar sebagai kanak-kanak yang berbadan besar. Jadi,
bermula dari situlah, mereka cuba mengawal pemakanan anak bongsu mereka agar adik
Nor Aishah dapat membesar sebagai kanak-kanak yang normal.

3.1.3 Pertumbuhan gigi

Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Pada set
pertumbuhan pertama terdapat 20 batang gigi yang dikenali sebagai gigi susu/ gigi
sementara/ gigi bayi. Gigi ini akan gugur dari semasa ke semasa dan diganti dengan gigi
kekal/gigi dewasa. Gigi susu berjumlah 20 batang manakala gigi kekal berjumlah 32 batang.
Bagi adik Nur Aishah, pada peringkat bayi, beliau dilahirkan tanpa gigi sesuai dengan fakta
sebenar yang menyatakan biasanya bayi akan lahir tanpa gigi. Sekarang, memandangkan
beliau sudah berusia 7 tahun, gigi kacip ( di depan dan tengah gigi) sudah mula tumbuh
sebagai gigi sulung yang berfungsi untuk memotong. Pada masa ini, kelenjar air liur sudah
mula mengeluarkan air liur yang banyak sehinggakan meleleh keluar. Gigi susu sudah lama
tumbuh kerana gigi susu mula tumbuh ketika bayi baru mula memakan makanan pejal
kerana gigi ini dapat membantu bayi belajar mengunyah. Pada peringkat operasi konkrit ini,

8
adik Nor Aishah sudah mempunyai gigi susu yang lengkap sebanyak dua puluh batang, iaitu
sepuluh batang di rahang atas dan sepuluh batang di rahang bawah.

3.1.4 Kemahiran pergerakan motor halus dan motor kasar

Perkembangan motor seseorang individu amat mempengaruhi kawalan pergerakan


yang membantu individu itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Perkembangan
motor ini memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan
berbeza perlu disatukan agar setiap kemahiran bekerjasama antara satu dengan lain untuk
mengawal persekitarannya secara berkesan (Hopkins & Butterworth, 1997; Thelen & Smith,
1998). Hal ini dapat diuji atau dibuktikan melalui perkembangan kemahiran motor halus dan
motor kasar seseorang individu.

Menurut teori perkembangan fizikal,pada peringkat umur 7-12 tahun perkembangan


otot-otot halus dan kasar pada kanak-kanak, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi
untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik, menjahit,
dan membina model. Melalui pemerhatian selama 4 hari yang telah dijalankan oleh saya,
adik Nur Aishah mempunyai kemahiran pergerakan motor halus yang cukup baik walaupun
beliau hanya berumur 7 tahun. Jika dilihat dari segi kemahiran pergerakan motor halus
beliau seperti kemahiran genggaman “pincer” atau cubitan yang dimilikinya, beliau telah
menguasainya dengan baik. Kemahiran genggaman “pincer” atau cubitan ialah kemahiran
adik Nur Aishah untuk mengawal setiap jari dan mempunyai kawalan yang melibatkan ibu
jari dan jari telunjuk semasa mencapai objek. Dalam aktiviti menyambung garisan putus-
putus yang telah dilakukan bersama adik Nur Aishah, ia jelas menunjukkan beliau telah
menguasai kemahiran ini kerana beliau dapat menyambung garisan putus-putus tersebut
dengan baik dan dapat menghasilkan satu lukisan yang cantik. Selain itu, saya turut
menjalankan aktiviti bersama adik Nur Aishah dengan menyuruh beliau melukis segi empat,
melukis segi tiga, melukis bulat, mewarna dalam garisan dan beliau dapat melakukannya
dengan tepat beserta dapat menyebut nama bagi bentuk-bentuk tersebut. Di samping itu,
saya turut menyuruh beliau menggunting gambar/bentuk dan beliau dapat menggunting
dengan cantik. Kemahiran beliau memakai dan menukar baju tanpa pertolongan dan juga
dapat menyikat rambut sendiri juga sangat baik seperti kanak-kanak normal yang lain (rujuk
Lampiran A). Hal ini jelas menunjukkan adik Nur Aishah melalui perkembangan dalam
kemahiran pergerakan motor halus dengan baik dan melaluinya seperti kebanyakan kanak-
kanak yang mencapai umur 7-11 tahun. Menurut Rohani Abdullah 2000, kanak-kanak
memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama di bahagian

9
tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan dapat dikawal dengan lebih
sempurna.

Selain itu, apabila dikaji dari segi kemahiran motor kasar yang dimiliki oleh adik Nur
Aishah, adik Nur Aishah hanya dapat menguasai sedikit sahaja kemahiran ini. Bagi
perkembangan kemahiran motor kasar, saya membuat pemerhatian dari segi kemahiran
beliau untuk menunggang basikal, menangkap bola, memanjat dan bergayut dan kemahiran
beliau apabila diberikan sesuatu tanggungjawab. Adik Nor Aishah merupakan seorang
kanak-kanak yang sangat aktif. Perkara pertama yang menarik perhatian saya mengenai
adik Nor Aishah ialah, apabila pertama kali saya tiba di rumahnya, dia terus menunjukkan
pingat yang dimenanginya dalam pertandingan sukaneka di peringkat sekolahnya dan dia
berjaya memenangi tempat pertama dalam lumba lari. Hal ini menarik perhatian saya kerana
cara beliau berfikir. Selain itu, sepanjang pemerhatian saya selama berada di rumahnya, dia
sering keluar untuk bermain bersama kawan-kawan yang sebaya atau yang lebih tua
daripadanya. Terdapat banyak aktiviti yang beliau lakukan seperti menunggang basikal,
memanjat dan berlari, dan juga bermain bola sepak. Tetapi, apabila dilihat dari segi aktiviti
yang lebih melibatkan kepada tanggungjawab contohnya seperti menjalankan aktiviti seperti
membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dan
melipat kain, adik Nur Aishah masih belum mahir lagi dalam menguasai kemahiran ini. Hal
ini mungkin disebabkan usia dia yang hanya baru mencecah 7 tahun pada tahun ini dan
mungkin kemahiran ini akan lebih dikuasainya apabila usianya semakin meningkat.
Sebagaimana yang ditakrifkan tentang perkembangan pada tahap ini sendiri yang
membawa maksud penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.
Jadi, penambahbaikan akan terus berlaku dari semasa ke semasa dalam diri adik Nor
Aishah dari semasa ke semasa mengikut kehendak semasa.

10

You might also like