You are on page 1of 25

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

(Diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Kurikulum pada14 disember 1988)

SEJARAH LATAR BELAKANG FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan formal telah wujud di Malaysia sebelum dan semasa pemerintahan Inggeris.
Pada ketika itu pendidikan telah berkembang dan disesuaikan untuk memenuhi
keperluan zamannya.

Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, telah


membuat dasar dan membentuk sistem pendidikan sesuai dengan keperluan Negara
yang merdeka. Penyata Razak(1956) telah dijadikan asas penggubalan Ordinan
Pelajaran 1957 yang termaktub pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Matlamatnya adalah untuk membina
sebuah Negara yang bersatu melalui kurikulum yang sama dan berorientasikan Negara
ini, dengan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar
utama di sekolah.

Penyata Razak menyatakan ;

Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam Negara ini ialah bermaksud
hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak
dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur. (para 12,halaman3)

Penyata Rahman Talib (1960) memperakukan bahawa sistem pendidikan yang


disyorkan dalam Penyata Razak diterus dan dipertingkatkan. Penyata ini dijadikan
asas untuk menggubal Akta Pelajaran 1961. Hasrat dan tujuan pendidikan seperti yang
dinyatakan dalam mukadimah Akta Pelajaran 1961 adalah seperti berikut ;

Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran


1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi

1
keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial, ekonomi dan
politiknya.

Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan dasar itu,
dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan
awam yang tidak berpatutan. Perhatian hendaklah diberikan kepada prinsip am
bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka.

Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan


agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan
bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa
Kebnagsaan adalah menjadi bahasa pengantar yang utama

Untuk mencapai matlamat ini, pentadbiran sistem pendidikan kebangsaan telah


diperkemaskan. Kurikulum sekolah disesuaikan dengan keperluan Negara. Pada masa
yang sama kemudahan pendidikan telah diperluaskan. Tempoh persekolahan
dilanjutkan daripada enam tahun kepada Sembilan tahun dan sistem pendidikan
komprehensif dilaksanakan. Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan diajarkan
di semua sekolah dan secara beransur-ansur dijadikan sebagai bahasa pengantar
utama. Bahasa Malaysia juga telah mengalami perkembangan dan kemajuan yang
pesat sebagai komunikasi rakyat negara ini.

Proses menyatupadukan rakyat terjejas apabila rusuhan kaum berlaku pada 13 mei
1969. Usaha ke arah mewujudkan perpaduan rakyat menjadi semakin mendesak.
Falsafah Negara diperlukan untuk dijadikan panduan bagi mewujudkan perpaduan
rakyat, kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan sosial serta pembangunan insan.
Selaras dengan hasrat ini pada tahun 1970 Rukun Negara telah digubal.

Dengan perubahan dan penekanan dalam dasar-dasar kerajaan, pada tahun 1974
satu Jawatakuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar
pelajaran kebangsaan. Tugas Jawatankuasa ini adalah menilai kejayaan sistem
pelajaran bagi memenuhi “…matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih…”(Laporan Jawatankuasa Kabinet, hlm 1).

2
Jawatankuasa Kabinet telah mengemukakan beberapa perakuan yang bertujuan
meningkatkan mutu pendidikan dan budaya ilmu pengetahuan. Perakuan itu
menekankan supaya seluruh kurikulum pendidikan di peringkat sekolah rendah dan
menengah disemak semula, diubahsuai dan diselaraskan dengan matlamat pendidikan
negara. Jawatankuasa tersebut memperakukan bahawa pendidikan di peringkat
sekolah rendah hendaklah ;

…bercorak pendidikan asas dengan memberikankan penegasan kepada pendidikan


dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira..(Perakuan 2a, hlm 229)

…berkemampuan untuk memenuhi kehendak pendidikan bagi perkembangan


individu yang menyeluruh… dan perkembangan kanak-kanak(Perakuan 55, hlm242)

Pada akhir laporannya Jawatankuasa Kabinet juga menekankan tentang pentingnya


pendidikan sebagai proses pembinaan keperibadian insane yang seimbang. Hal ini
dinyatakan seperti yang berikut ;

Untuk kepentingan pembangunan negara tenaga rakyat yang diperlukan bukan


sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
bahkan perlu dilidat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap ,
mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap
bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri
mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak
yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu
selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, para 452,


hlm227)

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah dijadikan landasan untuk menggubal dan


melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1988.

3
Sistem pendidikan kebangsaan telah diperkemaskan dan dipertingkatkan mengikut
keperluan negara dari segi tenaga manusia, pemupukan sikap kewarganegaraan dan
perkembangan ilmu pengetahuan. Sejak tahun 1970, Bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar telah dipertingkatkan penggunaannya di
semua peringkat institusi pendidikan termasuk di universiti. Sukatan pelajaran juga
telah digubal selaras dengan kehendak sistem pendidikan kebangsaan terutamanya
bagi matapelajaran Bahasa Melayu .

PENYATAAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan dan kehidupan berkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta
mutu kehidupan manusia. Pendidikan yang utuh dan baik akan melahirkan bangsa
yang kuat dan mulia. Peranan pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi
muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat mennyumbang bakti dalam
perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik negara ini.

Berpandukan hasrat dan cita-cita yang terkandung dan tersirat dalam Penyata Razak
dan Rahman Talib ; Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet, serta Rukun
Negara maka Falsafah Pendidikan Negara dirumus dan dinyatakan seperti berikut;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Berdasarkan pernyataan di atas, matlamat pendidikan negara bolehlah dinyatakan


secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan wargenegara yang mempunyai sahsiah
yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang :

4
- Percaya dan patuh kepada Tuhan ;
- Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional ;
- Berakhlak mulia ;
- Berketrampilan ;
- Berkeupayaan member sumbangan kea rah menambahkan kemakmuran
masyarakat dan negara ;
- Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan
mesra di antara insane dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia .

HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Hasrat Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang baik dan
sempurna. Insan ini juga akan menjadi warganegara yang baik. Berikut adalah
huraianya ;

1. Pendidikan Suatu Usaha Berterusan


Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,nilai-
nilai murni dan kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ini
berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hinge ke akhir
hayat.

1.0 Pengenalan

Huraian penyataan Falsafah Pendidikan Negara ini bertujuan untuk memperjelaskan


lagi penyataan Falsafah supaya mudah difahami. Berikut ini ialah penyataan Falsafah
Pendidikan Negara :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

5
mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara. “

Hasrat Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna. Insan ini juga akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka
seharusnya hendaklah memiliki ciri-ciri yang berikut :

 Percaya dan patuh kepada Tuhan ;


 Berilmu pengetahuan ;
 Berketerampilan ;
 Berakhlak mulia ;
 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara ;
 Berbakti dan member sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa
dan negara ; dan
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

2.1 Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Pendidikan merupakan proses memperoleh dan memindahkan pengetahuan,


nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ini
berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir
hayat.

Pada peringkat awal, kanak-kanak menerima pendidikan asas di rumah. Kanak-


kanak belajar bertutur, menerima bimbingan agama, asuhan budi pekerti yang baik,
penjagaan kesihatan dan perkembangan fizikal.

Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana asas sahsiah mereka mula
terbentuk sejak berusia satu tahun sehingga enam tahun. Sahsiah yang terbentuk di
peringkat ini akan terus berkembang hingga ke akhir hayat.

Selepas kanak-kanak berusia enam tahun, mereka dihantar ke sekolah, di


sekolah, mereka akan mencari dan menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang
berfaedah. Di sepanjang tempoh persekolahan, kanak-kanak akan terus dipupuk

6
dengan nilai-nilai murni untuk memperkembangkan sahsiah yang baik. Di samping
memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni, bakat dan keupayaan
mereka diperkembangkan. Usaha-usaha ini dijalankan secara berterusan di
sepanjang tempoh persekolahan.

Walaupun mereka telah meninggalkan alam persekolahan, pendidikan mereka


masih belum selesai. Mereka perlu berusaha terus-menerus untuk menambah ilmu,
mengembangkan daya berfikir, memperbaiki kemahiran serta memperelokkan
akhlak.

Proses pendidikan berlangsung terus-menerus dalam diri seseorang kerana


manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan. Perubahan-
perubahan ini akan mempengaruhi perkembangan diri kea rah pembentukan insan
yang baik.

Proses pendidikan secara berterusan ini selaras dengan hasrat Falsafah


Pendidikan Negara yang menekankan pendidikan seumur hidup.

2.2 Memperkembangkan Potensi Individu

Sejak lahir, setiap individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi.
Keupayaan dan bakat ini boleh diperkembangkan melalui perhubungan dan
pergaulannya dengan orang lain, keupayaan menikmati keindahan dan kesenian
serta ketangkasan badan . Walaupun individu memiliki keupayaan dan bakat tetapi
tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih
terpendam. Oleh itu, usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk,
memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan tersebut.

Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi


individu. Setiap potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi peluang
yang secukupnya. Oleh yang demikian, usaha untuk memperkembangkan potensi
individu perlu terancang dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh.

7
2.3 Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu

Keperluan hidup manusia adalah berbagai-bagai dan manusia sentiasa


berusaha untuk memenuhi keperluan tersebut. Keperluan-keperluan ini terdiri daripada
keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Manusia juga perlu
hidup bermasyarakat dan tolong-menolong antara satu dengan lain. Pada masa yang
sama manusia perlu mendapat dan mengembangkan ilmu pengetahuan, nilai-nilai
murni dan estetika serta menghargai keindahan alam. Untuk membolehkan manusia
memenuhi keperluan-keperluan tersebut secara menyeluruh, semua potensi perlu
diperkembangkan.

Tujuan pendidikan juga adalah untuk memupuk dan membentuk sahsiah yang
bersifat lengkap dan menyeluruh. Sahsiah yang demikian sukar dicapai jika masih ada
potensi yang diabai dan tidak diperkembangkan dengan secukupnya.

Dalam mengembangkan potensi-potensi individu, ianya tidak boleh


dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang dikembangkan itu harus
dihubung kait atau diselaraskan dengan potensi yang lain. Tujuannya adalah supaya
perkembangan potensi-potensi itu tidak bertentangan antara satu dengan lain. Malahan
semua potensi akan berkembang secara sepadu. Misalnya, perkembangan potensi
intelek, rohani dan jasmani dalam permainan atau sukan tidak boleh dipisahkan
daripada aspek-aspek sosial seperti memperoleh pengetahuan untuk bermain dengan
cara yang betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama, kekitaan
dan berbakti terhadap negara.

Usaha untuk menghubungkaikan perkembagan semua potensi tidak dijalankan


untuk memenuhi keperluan jasmani sahaja. Ia juga harus memenuhi keperluan intelek,
rohani dan sosial.

Usaha untuk menghubungkaitkan semua potensi secara sepadu adalah untuk


memastikan bahawa individu dapat memiliki sahsiah yang bersepadu. Bagi menjayakan

8
pembentukan sahsiah yang bersepadu, bukan sahaja semua potensi itu perlu dikaitkan
malahan semua potensi itu perlu dikembangkan di atas suatu paksi.

Paksi dalam konteks pendidikan kita ialah prinsip ketuhanan. Nilai-nilai murni
tidak boleh bercanggah dengan prinsip Ketuhanan. Justeru itu, semua potensi
hendaklah dikembangkan melalui semua aktiviti kehidupan manusia yang berlandaskan
nilai-nilai murni dan juga norma-norma masyarakat.

2.4 Insan yang Seimbang dan Harmonis

Seimbang bermaksud memberikan tempat yang wajar dan adil kepada semua
keperluan manusia termasuk pertumbuhan akal, erkembangan rohani, emosi dan
jasmani secara sihat dan bersepadu.

Harmonis bermaksud keserasian dan kesesuaian antara unsure-unsur intelek,


rohani, emosi dan jasmani dalam diri manusia. Keadaan ini akan membawa kepada
hubungan yang baik dan mesra sesame manusia, manusia dengan alam dan manusia
dengan Pencipta.

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan,
mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tuhub badan yang sihat dan cergas serta
dapat bekerjasama dengan orang lain.

Insan yang seimbang dan harmonis ini memiliki kesedaran, keinsafan tentang
tugas dan tanggungjawab, serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan-
tuntutan tersebut dengan sebaik mungkin. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi
segala cabaran hidup dan sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah. Ia
juga boleh mencari nafkah, menjadi anggota masyarakat yang berguna dan sentiasa
berusaha memajukan bangsa dan negara.

2.5 Unsur Rohani

9
Ciri-ciri unsur rohani :

 Menyedari dan menginsafi adanya Pencita;


 Menyedari dan menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab;
 Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta;
 Memupuk dan membina disiplin diri; dan
 Membentuk akhlak mulia.

2.6 Unsur Intelek

Ciri-ciri unsur intelek :

 Mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira;


 Sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilimu;
 Sentiasa berfikir secara kreatif dan berusaha untuk mengembangkan daya
pemikirannya supaya individu mampu menghurai, mencerakin, menaakul,
merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas; dan
 Berupaya memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain

2.7 Unsur Emosi

Ciri-ciri unsur emosi :

 Berperasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal;


 Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang;
 Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan; dan
 Menghargai dan menilai keindahan dan hasil-hasil kesenian.

2.8 Unsur Jasmani

Ciri-ciri unsur Jasmani


10
 Menjaga kesihatan badan;
 Melakukan riadah;
 Mengembangkan bekat dan kemahiran yang bersifat teknikal, manipulative dan
sosial;
 Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari;
 Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat; dan
 Berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran.

2.9 Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

Ciri-ciri individu yang mempercayai dan mematuhi Tuhan :

 Mengakui tentang wujudnya Pencipta;


 Mengakui bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendiri tetapi dijadikan
oleh Pencipta;
 Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang
ditetapkan oleh Pencipta.
 Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam;
 Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perbuatannya
 Sentiasa berusaha untuk meningkat dan mengukuhkan kepercayaan beragama;
 Sentiasa berusaha untuk mengikuti dan mengamalkan segala ajaran agama; dan
 Sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.

2.10 Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan :

 Mencintai ilmu pengetahuan;


 Gemar membaca;

11
 Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan;
 Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka;
 Meningkat dan menyebarkan ilimu;
 Memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri sendiri dan orang lain.

2.11 Rakyat Malaysia yang Berketerampilan

Rakyat Malaysia yang berketerampilan ialah rakyat yang mempunyai kecekapan dan
kebolehan dalam menjalankan sesuatu tugas.

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berketerampilan :

 Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai bagi sesuatu tugas;


 Mempunyai kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas;
 Dapat melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna.

2.12 Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berakhlak mulia :

 Mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk;


 Mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk;
 Mempunyai keyakinan terhadap nilai-nilai murni;
 Mengamalkan perlakuan yang baik dan menghindari perlakuan yang buruk; dan
 Menghayati segala nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan.

2.13 Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang bertanggungjawab :

12
 Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah;
 Menyedari bahawa setiap tugas mestilah dilaksanakan dengan sempurna;
 Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap;
 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran;
 Mematuhi peraturan dan undang-undang negara; dan
 Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara.

2.13 Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri.

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri :

 Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat;
 Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi segala cabaran
hidup; dan
 Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara diri dan orang lain.

2.15 Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan
Kemakmuran Masyarakat dan Negara

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat member sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara :

 Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat


bekerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati;
 Sentiasa berusaha memajukan ekonomi kea rah perkembangan bangsa dan
negara dangan menggunakan sains dan teknologi yang cekap;
 Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara;
 Sentiasa berusaha mematuhi, mengekal dan mempertahankan peraturan dan
perlembagaan; dan

13
 Sentiasa mengawal dan menghayati prinsip Rukunegara.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA ; NILAI-NILAI MURNI DALAM KBSR

Peranan Pendidikan

Sistem pendidikan formal di negara ini telah bermula lama sebelum kita
mencapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, usaha yang padu dan menyeluruh
untuk menyediakan kemudahan serta peluang pendidikan hanya bermula pada tahun
1957. Usaha pendemokrasian pendidikan dari segi kuantiti dan peluang belajar telah
mencapai kejayaan yang amat membanggakan.

Peranan utama pendidikan sejak Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib
(1960) dan Akta Pelajaran 1961 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa
yang sama, pendidikan harus digerakkan untuk memajukan aspek-aspek sosial,
ekonomi dan politik. Ini adalah selaras dengan hasrat dan cita-cita untuk
membangunkan bangsa dan negara.

Langkah-langkah untuk membangunkan ekonomi menjadi sangat ketara. Negara


perlu memajukan pelbagai bidang dan sektor ekonomi, di samping menumpukan
perhatian kepada permodenan dan perindustrian. Justeru, sistem pendidikan telah
digerak dan diselaraskan bagi memenuhi keperluan tenaga manusia. Maka tidak dapat
dinafikan bahawa sistem pendidikan telah memainkan peranan besar ke arah
pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.

Walaubagaimanapun, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pengisytiharan


Rukunegara (1970) dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1973) telah mendorong
kerajaan untuk mengkaji semula perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Maka,
sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada 1974 dan laporannya ditembitkan
pada tahun 1979. Jawatankuasa ini telah mengkaji segala aspek perlaksanaan,
khasnya kurikulum di peringkat rendah dan menengah. Di samping meneliti
kamampuan sistem pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu, terlatih dan

14
berdisiplin, jawatankuasa ini sangat prihatin terhadap masalah pendidikan akhlak atau
pendidikan moral. Keperihatinan jawatankuasa ini dirakamkan seperti yang berikut :

“Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan


sahaja perlu dilihat dari segi bilangan jenis pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari
segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja
perlu cekap, bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada
secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada
punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem
persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.”

(Laporan Jawatankuasa Kabinet Para 452, hlm. 227)

Ringkasnya, peranan pendidikan tidak lagi ditumpukan kepada perpaduan negara dan
pengeluaran tenaga manusia sahaja. Peranan pendidikan turut ditumpukan kepada
pembentukan keperibadian insane selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

Satu perkara yang perlu digarap dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia
yang hendak dilahirkan daripada sistem pendidikan. Dengan adanya wajah yang jelas
serta ciri-ciri yang mengiringinya, kita dapat memiliki visi yang terang dan seragam.
Sehubungan dengan itu, kita dapat menyelaras serta menyesuaikan kandungan
pendidikan supaya dapat menjamin pembentukan manusia tersebut. Pada masa yang
sama, kita perlu memastikan bahawa proses pendidikan yang berjalan menuju
pencapaian cita-cita tersebut.

Apa yang tersirat selama ini dan yang tersurat secara tidak langsung dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, ialah penentuan tentang watak dan jenis
manusia, dan warganegara Malaysia, yang perlu dibentuk. Hal ini penting seperti yang
dinyatakan oleh Profesor Hanna Holborn Gray, President dan Trustee Universiti
Chicago :

15
“To think about the aims of education is to think of what kind of person, what kind
of human competence, what kind of goals might be most desirable for the social
order and the quality of civilized existence.”

(dalam Winter Magazine, 1988, hlm. 6)

Watak manusia yang ingin dijelmakan sudah tentu merupakan watak manusia yang
indah dan unggul. Manusia ini sudah tentu merupakan insane yang baik dan mulia,
rakyat yang amanah dan bertanggungjawab, dan warganegara yang setia serta
bersemangat tinggi. Insan yang baik ini akan membentuk keluarga yang baik, dan
seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik. Inilah idealisme yang harus
diperjuangkan, lebih-lebih lagi melalui sistem pendidikan. Justeru, usaha menyatakan
falsafah pendidikan negara secara tersurat menjadi sangat perlu dan mendesak.

Usaha untuk menyatakan falsafah pendidikan secara tersurat bermula sejak


Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbitkan pada tahun 1979. Walaubagaimanapun,
hanya pada 1987 penyataan tentang Falsafah Pendidikan Negara telah diisytiharkan
secara rasmi.

Di dalam penyataan Falsafah, kita dapat melihat dengan jelas hasrat dan tuju hala
pendidikan yang bercorak individu, dan juga masyarakat. Kedua-duanya adalah selaras
iaitu ke arah melahirkan insan yang baik, dan sekaligus, merupakan anggota
masyarakat dan warganegara yang baik.

16
MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Matlamat pendidikan juga merupakan cita-cita dan hasrat murni yang ingin dicapai. Ia
berjalan selari dengan matlamat negara, malahan dalam banyak hal, pendidikan
merupakan saluran yang utama dan alat yang paling berkesan untuk menjayakan cita-
cita negara.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan adalah jelas


iaitu melahirkan insan yang baik. Insan yang baik itu sekaligusakan menjadi rakyat dan
juga warganegara yang baik. Watak insan inidigambarkan dengan jelas di dalam
penyataan Falsafah.

Pada asasnya, insan yang baik ialah insan yang memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu. Ia memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

 Percaya dan patuh kepada Tuhan;


 Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional;
 Berakhlak mulia;
 Berkeupayaan member sumbangan kea rah menambahkan kemakmuran
masyarakat dan negara;
 Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan
mesra antara insane dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

Sebenarnya, seluruh ciri yang dinyatakan di atas terkandung dan tidak dapat
dipisahkan daripada sistem nilai yang didokong, dianuti dan diamalkan oleh seseorang.
Dengan kata-kata lain, usaha untuk mencapai matlamat pendidikan, dan juga hasrat
Falsafah Pendidikan negara, tidak dapat dilakukan tanpa mengasas, membina dan
memperkembangkan pendidikan di atas landasan nilai-nilai. Pendidikan dan nilai-nilai
tidak dapat dipisahkan kerana kata Profesor Taylor :

“education is an arena in which all realms of values may be involved.”

(dalam Moral Philosophy and Education, hlm.


5)

17
Maka sudah tentu dalam konteks sistem pendidikankita, nilai-nilai yang dimaksudkan
ialah nilai-nilai yang luhur dan murni.

PENDIDIKAN DAN PENERAPAN NILAI

Seluruh hidup dikatakan sebagai usaha manusia untuk mencari dan memahami makna
kehidupan. Ia merangkumi hal-hal yang bercorak metafizik hinggalah kepada fizikal.
Unsaha untuk mendapatkan makna ini mendorong manusia mendapatkan ilmu
pengetahuan. Maka, sekaligus pendidikan berlaku dan bertujuan untuk memenuhi
keperluan manusia bagi mencari serta member makna kepada kehidupan mereka.
Pendidikan berperanan untuk memperkembangkan segala potensi ataupun fitrah insan.
Pemgisian dan pengembangan potensi-potensi ini menentukan corak dan wajah
manusia yang ingin dihasilkan. Pada masa yang sama, nilai-nilai yang diperoleh dan
dihayati memainkan peranan yang sangat penting kea rah menentukan jenis manusia
tersebut.

Bersabit dengan pendidikan dan nilai-nilai E.F. Schumaker menjelaskan :

The essence of education… is the transmission of values, but values do not help
us to pick our way through life unless they have become our own, a part, so to say, of
our mental make up.

(dalam Small Is Beautiful, hlm. 83)

Berdasarkan penyataan di atas, adalah jelas bahawa hubungan pendidikan dan


penerapan nilai adalah sangat akrab. Dengan kata lain, pendidikan tidak berlaku tanpa
penerapan nilai.

18
Hakikat ini adalah selaras dengan hasrat dan penekanan Jawatankuasa Kabinet
supaya semua pelajar di sekolah rendah dan menengah diajarkan nilai-nilai murni. Bagi
pelajar Islam, mereka memperoleh pendidikan akhlak melalui matapelajaran Pendidikan
Islam. Pelajar bukan Muslim pula memperolehnya melalui matapelajaran khusus iaitu
Pendidikan Moral. Langkan ini telah dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 1982
di sekolah percubaan dan 1983 di semua sekolah rendah.

Sewaktu merancangkan penggubalan kurikulum peringkat menengah, persoalan


tentang penerapan nilai-nilai murni menjadi lebih ketara dan menonjol. Ini bukan sahaja
disebabkan wujudnya pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, malahan yang lebih
penting ialah untuk menyediakan anak bangsa yang mempunyai ketahanan diri yang
kukuh. Rakyat dan warganegara yang sedang dididik mestilah mempu menghadapi
cabaran-cabaran semasa dan juga masa hadapan. Pada masa yang sama, mereka
dapat meningkatkan diri, bangsa dan negara ke mercu kecemerlangan dan kejayaan.
Sudah tentu cita-cita ini tidak akan tercapai jika mereka tidak dibekalkan dengan nilai-
nilai murni dan menghayati nilai-nilai tersebut, untuk menjaminkan pembentukan
peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan padu.

Untuk menjayakan cita-cita ini, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk


mendekati perkara tersebut secara komprehensif. Strategi yang diambil adalah untuk
menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Dengan kata-kata lain, nilai-nilai
murni akan disisipkan melalui semua matapelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui
kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif.
Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar
bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan
penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan.

NILAI-NILAI MURNI

Nilai-nilai murni adalah tanggapan tentang perkara-perkara yang dihajati dan pada
masa yang sama juga, ia menjadi criteria atau ukuran. Ia merujuk kepada tanggapan
tantang perkara-perkara yang baik, mulia dan tetap. Dari sudut sosiologi, nilai-nilai

19
murni dimaksudkan sebagai luhur (sacred). Nilai sebaliknya dimaksudakan sebagai
nilai-nilai yang tidak kudus (profane) yang bersifat nisbi, cair dan berubah-ubah.

Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat atau bangsa biasanya diasaskan kepada


agama. Memang menjadi tujuan agama, malahan falsafah moral (seperti Confucianism)
untuk membentuk kehidupan penganut dan pengikitnya menjadi baik di samping
mereka berakhlak mulia. Bersabit dengan agama dan wahyu yang diturunkan kepada
manusia, Profesor Ismail Faruqi mengetakan :

“The revelation is a statement of all the values of life. It contains the hierarchy of
values and the principles of their identification, and of their relation of
hierachization, and of their deontological relevance to human.”

(dalam Islam and Culture, hlm. 20)

Adalah jelas bahawa nilai-nilai murni terpancar daripada agama. Ia menetapkan prinsip-
prinsip akhlak yang utama. Daripada prinsip-prinsip utama terpancar bermacam-macam
jilai :

…. Maka kita akan jumpa di sana nilai sosial, saintifik, kemanusiaan, politik,
ekonomi dan lainnya, nilai tersebut tidak bersifat relative akan tetapi tetap
sifatnya dan tidak berubah kerana kebenaran-kebenaran itu sendiri adalah tetap
begitu juga nilai-nilainya.

(Dr. Muqdad Yaljan, Peranan Pendidikan Akhlak Islam, terjemahan, hlm.


2)

Berasaskan nilai-nilai utama, manusia mengembangkan nilai-nilai tambahan.


Nilai-nilai tambahan ini tidak bercanggah dan adalah selaras dengan tanggapan tentang
nilai-nilai murni yang bersifat tetap dan kudus. Ini adalah kerana Jawatankuasa
Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang
terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan d negara kita. Berasaskan

20
pandangan dan maklum balik yang diperoleh, Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil
pelbagai agama telah dapat menerima dan memuktamadkan 16 nilai yang boleh
diajarkan kepada semua pelajar di negara ini. Nilai-nilai ini didokong oleh semua agama
dan bersifat sarwajagat.

Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan,
dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia. Objektif-objektifnya,
antara lain ialah :

1. Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan dan juga kesyukuran.


2. Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci.
3. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan.
4. Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga
sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab.
5. Menghapuskan sikap negative dalam kehidupan, dan juga sewaktu
menjalankan tugas serta tanggungjawab.
6. Menjalankan amanah dengan dedikasi.
7. Melatih diri dengan disiplin.
8. Meningkatkan hasil/produktiviti.
9. Berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Jika nilai-nilai murni ini dapat dilaksanakan melalui pendidikan, objektif-objektif dan
matlamat yang ingin dicapai akan dapat dijayakan.

21
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, secara amnya


semua kemahiran yang digubal adalah menepati unsur dan cirri-ciri yang dikehendaki
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Contohnya unsur intelek ditakrifkan sebagai
mempunyai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Manakala dari segi
rohani pula sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu
disamping sentiasa berfikir secara logik dan kritis serta berusaha mengembangkan
daya pemikiran dan daya kreatifnya supaya individu itu mampu menghuraikan,
mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Dalam
kemahiran lisan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah setiap murid diberi
peluang untuk mengeluarkan pendapat dan idea. Segala input yang diberi oleh murid
akan diterima oleh guru tanpa mengira samada ianya betul ataupun salah. Ini akan
memberi rasa keyakinan kepada murid untuk mengeluarkan pendapat dan idea.
Contohnya semasa perbincangan untuk menghasilkan penulisan karangan berbentuk
gambar bersiri. Sebelum menulis karangan, guru akan berbincang tentang gambar
bersiri yang diberi. Murid digalakkan memberi pendapat atau idea tentang gambar
tersebut. Dari sini kemahiran lisan dapat diperkembangkan.

Dalam kemahiran membaca pelajar digalakkan membaca untuk mendapat


maklumat. Pelajar boleh memahami apa yang dibaca ataupun boleh membaca tanpa
memahami kandungannya. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu terdapat
kemahiran mencari maklumat, mencari isi-isi penting dan mengolah semula sesuatu
petikan yang diberi.Ini menggalakkan pelajar cuba memahami, menaakul dan membuat
olahan semula terhadap petikan tersebut. Secara tidak langsung pelajar boleh belajar
menguasai sesuatu perkara. Contohnya,walaupun sesuatu perkara itu tidak diajar
dalam bilik darjah tetapi sekiranya perkara tersebut menarik minat pelajar, ia akan
membaca untuk mengetahuinya.

22
Kemahiran menulis pula guru bukan setakat memberi penekanan kepada hasil
penulisan sahaja dan akan membetulkan kesalahan pelajar dari segi tatabahasa, ejaan
dan perbendaharaan kata. Sebenarnya penguasaan proses penulisan adalah sama
pentingnya. Melalui proses ini pelajar dapat memperkembangkan daya intelek. Ini
berlaku apabila telah menguasai kemahiran untuk mengumpulkan maklumat dan data
daripada pelbagai sumber, berbincang dengan rakan sebaya dan guru. Ini diikuti
dengan menulis beberapa draf yang memberikan perhatian kepada susunan dan
perkembangan tema yang logik. Proses ini bukan sahaja boleh digunakan bagi mata
pelajaran bahasa tetapi juga bagi mata pelajaran lain seperti Sains, Sejarah ,Geografi
dan lain-lainnya.

Kemahiran menyelesaikan masalah juga dititikberatkan dalam Sukatan Pelajaran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kebolehan menyelesaikan masalah merupakan
kemuncak proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar harus diberi peluang untuk
memperkembangkan keupayaan ini sebagau usaha kea rah mempertingkatkan daya
inteleknya. Apabila pelajar cuba menyelesaikan masalah, fikirannya sentiasa dicabar
dan berkembang. Disinilah sejajar dengan FPN untuk melahirkan pelajar yang
berfikiran kreatif dan kritis serta seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani ,Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mampu menyediakan insan yang bakal
menjadi pewaris bangsa di masa akan datang.

23
PENUTUP

Sebagai rumusannya, kita ketahui bahawa penguasaan bahasa dan perkembangan


intelek itu saling bantu-membantu. Proses pemikiran bergantung kepada pertumbuhan
bahasa. Bahasa itu membantu pembelajaran dan proses pembelajaran itu pula
mengayakan bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa sebagai bahasa ilmu mementingkan
aspek bahasa dan isi kandungan mata pelajaran. Maka pertalian yang rapat antara
bahasa dan mata pelajaran dari segi pengajaran dan pembelajaran harian akan dapat
meningkatkan potensi pelajar, sama ada untuk menimba ilmu pengetahuan mahupun
untuk meningkatkan penguasaan bahasa. Kehidupan manusia dipenuhi dengan
kegiatan untuk mencari makna tentang diri dan seluruh hidupnya. Justeru ilmu sangat
penting dalam kehidupan manusia. Ilmu pula tidak mungkin dicapai tanpa pendidikan.
Kesimpulannya, berdasarkan huraian dan fakta-fakta sejarah yang diberikan dalam
perbincangan di atas sistem pendidikan di Malaysia akan mencapai suatu tahap yang
boleh dibanggakan dan mencapai pendidikan bertaraf dunia. Sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk
menjamin proses-proses pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat pendidikan
dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

24
BIBLIOGRAFI

Prof. Dato’ Asmah Haji Omar (1987), Bahasa Malaysia Saintifik, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Bullock, Alan (1976), A Language for Life, London: Her Majesty’s Stationery Office

Greenwood, John, kertas yang dibentangkan dalam seminar ‘Language Across the

Curriculum’ RELC, Singapore, (April 1985)

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah : Bahasa

Malaysia, 1987, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Halliday, M.A.K kertas yang dibentangkan dalam seminar ‘Language Across the
Curriculum’ RELC , Singapore , (April 1985)

Nik Safiah Haji Karim (ed.) 1980 , Bahasa melayu Tinggi: Teori dan Penerapan, Kuala
Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Rosen , Harold, The Language of Textbook’ dalam Language in Education, oleh A


Cashdan and Elizabeth Crugeon (ed), London: Cox and Wyman Ltd., 1975

25

You might also like