You are on page 1of 45

Buli di Sekolah: Apa yang Kita

Tahu dan Apa yang Boleh Kita


Buat

1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Bertujuan melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI).
• Berkaitan dengan hak kanak-kanak untuk
belajar dalam suasana yang selamat
semasa berada di sekolah.

2
Apa Implikasinya?
• Sekolah perlu wujudkan suasana yang
selamat supaya perkembangan dalam
keempat bidang tersebut boleh dicapai

3
Siapa Perlu Wujudkan Suasana
Selamat?
• Guru dan orang dewasa lain di sekolah
• Rakan sebaya

4
Beberapa Definisi Buli -1
• Untuk dominasi yg lemah – Coie & Dodge,
1998
• Berlaku berulang kali – Hazler et al., 1992;
Olweus (1991)
• Kuasa tak seimbang – Olweus, 1991;
Besag, 1989
• Sengaja utk membuat mangsa merasa tak
seronok – Randall, 1997
5
Beberapa Definisi Buli - 2
• Mempamer kuasa melalui t.laku agresif –
Pepler et al. (1997)
• Berlaku secara fizikal & psikologi – Hazler
et al. (1992)
• Secara individu atau kumpulan – Olweus,
1978
• T.Laku tak langsung spt memulau –
Banks, 1997
6
Beberapa Definisi Buli - 3
• Tingkah laku agresif sama ada fizikal atau
psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia
bertujuan mendatangkan perasaan tidak
seronok – Noran Fauziah Yaakub (2006)

7
Mitos tentang Buli - 1
• Buli hanya berlaku di sekolah atau kelas
saiz besar
• Buli perbuatan biasa di kalangan kanak-
kanak
• Pelajar yang lemah dalam pelajaran yang
membuli
• Buli banyak berlaku di luar kawasan
sekolah
8
Mitos tentang Buli - 2
• Buli akan berkurangan bila kanak-kanak
meningkat umur
• Perbuatan membuli dipelajari di rumah
• Pelajar yang berbeza kerap dibuli
• Buli hanya berlaku di sekolah harian biasa
sahaja

9
Jenis-Jenis Buli
• Fizikal
• Bahasa
• Isyarat
• Peras ugut
• Perhubungan

10
Buli Fizikal
• Pukul
• Tumbuk
• Tendang
• Tolak
• Tampar
• Tarik rambut
• Tikam

11
Buli Bahasa
• Mengejek
• Menggelar nama
• Guna bahasa kod
• Komen bentuk
racisme atau jantina
• Sengaja berbisik bila
nampak mangsa
• Gelak bila mangsa
lalu di hadapan
12
Buli Isyarat
• Jelir Lidah
• Jegil mata
• Jeling mata
• Goyang Punggung
• Kenyit Mata
• Angkat penumbuk
• Mempertawakan

13
Peras Ugut
• Minta wang kantin
• Minta wang perlindungan
• Minta buat kerja rumah
• Ambil makanan
• Ambil alat tulis
• Basuh kasut dan pakaian
• Gosok pakaian

14
Buli Perhubungan
• Memulau – sengaja tak berkawan dengan
seseorang
• Menyebar fitnah
• Mengumpat
• Tiru suara mangsa
• Enggan terima mangsa dalam aktiviti
kumpulan
• Tulis perkara buruk tentang mangsa di
tandas atau lain tempat
15
Siapa Terlibat dalam Kegiatan
Membuli?
• Pembuli - agresif
• Mangsa Pasif
• Pembuli-Mangsa / Mangsa Provokatif /
Mangsa Agresif / Reaktif
• Penyaksi

16
Di Mana Buli Berlaku – Sekolah
Harian
Tempat Rendah Menengah
===========================================

• Dalam Kelas 40.9% 39.4%


• Perjalanan dari sekolah
ke rumah 30.7% 13.1%
• Kantin sekolah 18.0% 11.6%
• Padang 17.4% 7.4%
• Koridor sekolah 16.6% 18.5%
• Tandas 11.7% 5.9%
• Perhimpunan sekolah 11.4% 8.2%
• Perpustakaan 10.2% 3.3%

17
Di Mana Buli Berlaku di Sekolah
Berasrama Penuh

• Dalam dorm
• Padang
• Dalam kelas
• Kantin

18
Buli dan Jantina
• Buli fizikal berkurangan mengikut umur.
• Gangguan bentuk bahasa tidak
menunjukkan banyak perubahan.
• Pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan
buli fizikal.
• Pelajar perempuan lebih banyak terlibat
dengan buli tidak langsung.

19
Kedudukan Pembuli
• Status tinggi
• Seronok dengan kedudukan
• Berkuasa
• Ramai kawan
• Berpengaruh

20
Kedudukan Mangsa
• Status rendah
• Tiada kuasa
• Tiada / kurang kawan
• Tiada pengaruh

21
Kedudukan Penyaksi
• Berada di pinggir
• Menyaksi peristiwa buli kerana ia banyak
berlaku dalam konteks sosial spt bilik
darjah atau kantin
• Silent minority/majority

22
Ciri-Ciri Pembuli
• Suka menindas
• Seronok melihat orang merana
• Sukar lihat dari kaca mata orang lain
• Pentingkan diri sendiri
• Percaya mangsa patut dibuli
• Mahukan perhatian
• Suka langgar peraturan dan antisosial

23
Jenis-Jenis Mangsa
• Pasif – tidak melawan, berdiam diri sahaja
• Agresif / Provokatif / Reaktif / Pembuli-
Mangsa - jadi pembuli kerana dibuli
dahulu; lawan balik

24
Ciri-Ciri Mangsa Pasif
• Tidak popular
• Tidak asertif
• Menyerah kalah
• Menarik diri
• Lemah fizikal
• Fikiran terganggu
• Risau
• Rasa tidak selamat
• Sensitif
• Tak dapat pertahankan diri
25
Ciri-Ciri Mangsa Reaktif / Provokatif
/ Agresif
• Tidak popular
• Cepat naik darah
• Hiperaktif
• Risau
• Mahu pertahankan diri
• Rendah harga diri
• Rasa tak selamat

26
Ciri-Ciri Fizikal Mangsa
• Kecil
• Lebih rendah
• Gemuk
• Banyak jerawat
• Rambut keriting
• Warna kulit
• Lain-lain kecacatan fizikal

27
Kesan Buli kepada Mangsa -1
• Turun harga diri
• Dapat dilihat drp tingkah laku:
• Dalaman (Internalizing)
– Risau
– Murung
– Tarik diri
• Luaran (Externalizing)
– Agresif
– Bertengkar
– Tak jujur
28
Kesan Buli kepada Mangsa - 2
• Dari segi sosial
– Kurang disukai
– Semakin tidak disukai
• Rasa tak selamat
• Tak hadir / ponteng sekolah
• Klimaks – mengamok, bunuh diri

29
Siapa Jadi Mangsa?
• Lemah fizikal
• Tidak tinggi badan
• Ciri fizikal yg luar biasa
• Kurang kemahiran prososial
• Rendah harga diri
• Pelajar baru
• Kesayangan guru
• Nama luar biasa – sendiri / bapa
• Datang dari keluarga kucar kacir
30
Apa Kata Penyaksi…
• Tingkah laku buli berlaku
sepanjang masa
• Berlaku kepada sesiapa sahaja
• Pelajar berbeza menjadi mangsa
• Semua orang dibuli termasuk mereka
yang popular

31
Penyaksi Tidak Campur Tangan
Kerana …
• Takut
• Tak mahu terlibat dan tak kisah
• Rasa mangsa memang patut dibuli
• Tidak akan mengubah keadaan
• Pembuli rakan penyaksi
• Seronok
• Tidak tahu apa yang hendak dibuat -
dilema
32
Penyaksi Rasa Takut

Awak ni
pondanlah!!
Kenapa tak main dengan
budak perempuan?
Jika saya katakan
sesuatu, nanti
saya kena belasah!

33
Penyaksi Tidak Mahu Terlibat

Hey Awaklah!
udang!

Apa yang patut saya lakukan?


Saya cuba menghentikannya
sebelum ini, tapi gagal. Saya
tak mahu bergaduh dan
digantung sekolah

34
Penyaksi Rasa Mangsa Memang
Patut Dibuli

Hey, Awaklah!
Ngok!

“Apa yang patut


saya lakukan? Dia
bukan kawan saya
dan saya rasa dia
patut dibuli.”

35
Penyaksi Tak Kisah Apa Berlaku
kepada Mangsa

Hey, Ubi Awaklah!


Kentang!

“Apa yang patut


saya lakukan?
Bukan masalah
saya! Dan ini bukan
pergaduhan saya!”

36
Penyaksi Takut Hilang Kawan
dengan Pembuli

Hey, Awaklah!
Pendek!

“Apa yang patut


saya lakukan?
Saya tak nak hilang
seorang kawan!”

37
Penyaksi Rasa Seronok

Awak ni bodohlah!!

Kenapa tak main dengan


budak perempuan

“Macam hiburan,
seperti tengok
cerita lawak.”

38
Penyaksi Tak Tahu Apa Hendak
Dibuat

Hey, Roti Canai!!

Kenapa tak main masak-


masak dengan budak
perempuan
“Apa yang patut
saya buat?”

39
Kajian Buli di Luar Negara
• USA – bahasa
• Itali – fizikal, peras ugut, gelar nama
• Kanada – gelar nama
• Norway – bahasa
• England – bahasa
• Australia – bahasa
• Korea – bahasa – wang-ta
• Jepun – bahasa – menyebabkan bunuh diri – ijime
40
Kejadian Buli
• Banyak insiden buli di sekolah rendah
• Semakin meningkat ikut darjah
• Buli fizikal berkurangan mengikut umur
• Buli bahasa konstan
• Pelajar lelaki – buli fizikal & mangsa buli
• Pelajar perempuan – buli psikologi

41
Kesan kpd Pembuli
• Menjadi orang dewasa yang ganas.
• Enam kali lebih berkemungkinan menjadi
penjenayah pada usia 24 tahun.
• 60% drp kanak-kanak yang dikenal pasti
sebagai pembuli dalam darjah 6 hingga
tingkatan 2 terlibat dengan jenayah pada
usia 24 tahun.

42
Menangani Masalah Buli
• Program Tahap Sekolah
• Program Tahap Bilik Darjah
• Program Tahap Individu
• Laman Web Buli

43
Kesimpulan - 1
• Buli mula pada peringkat prasekolah
• Memuncak pada peringkat menengah
rendah
• Laksanakan program intervensi buli
seawal mungkin, walaupun bilangan
pelajar yang terlibat kecil
• Masukkan program intervensi buli ke
dalam peraturan disiplin sekolah
44
Kesimpulan - 2
• Pelajar baru diberi bantuan
menyesuaikan diri dalam suasana baru,
melalui sistem “buddy” atau abang atau
kakak angkat.
• Pihak sekolah berkerjasama dengan
polis atau hospital.

45

You might also like