You are on page 1of 59

1.

0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1.1 Nama dan alamat sekolah

No. Tel.: 06-6966375


Sek. Men. Keb. Lubok China,
78100 Lubok China, Fax : 06-6966375
Melaka.

B Perkara
il

1 Nama dan Alamat Sekolah Kod Sekolah Gred

Sek. Men. Keb. Lubok China MB 016 A

2 Nama Guru Besar En. Ab Lazis Bin Jaffar

3 Bilangan Guru Mengikut Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

91
29 62

4 Bilangan Murid Mengikut Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

511 489 1000

Melayu Cina India


5 Bilangan Murid Mengikut Kaum
981 2 17
1.2 LOKASI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China (SMK Lubok China) merupakan

sebuah sekolah yang berada dalam mukim Lubok China. Keluasan kawasan SMK Lubok

China ialah 13 ekar. SMKLC terletak di luar bandar kira-kira 16 km dari Pekan Masjid

Tanah dan 60 km dari Bandar Melaka. Di sekeliling SMKLC adalah kawasan perumahan

kampung dan taman perumahan. Ini salah satu penyebab ianya menjadi sekolah tumpuan

untuk belajar di samping kecemerlangan akademiknya bagi warga penduduk dari sekitar

kampung Sungai Timun, Sungai Siput, Rembau, Kundur, Semin dan Rumah Rakyat.

Prasarana seperti jalanraya, bekalan air bersih serta bekalan elektrik dan

pengangkutan awam adalah kemudahan asas yang memberikan kemudahan kepada warga

SMKLC dalam menjalankan urusan seharian. Kemudahan lain yang terdapat di sekitar

SMKLC ialah ianya berhampiran dengan Pejabat Pos dan Klinik Kerajaan Lubok China, dan

deretan pelbagai jenis kedai.


1.3 PELAN LOKASI KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK CHINA,
78100 LUBOK CHINA, MELAKA
1.4
GRED

SEKOLAH
Sek. Men. Keb. Lubok China merupakan sekolah Gred A, iaitu Sekolah Menengah
Harian Bandar Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5 JENIS SEKOLAH

Sek. Men. Keb. Lubok China merupakan sekolah jenis kebangsaan. Hal ini kerana,
sekolah ini mengamalkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sekolah ini adalah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah.

1.6 LOGO, VISI DAN MISI, STRATEGI, OBJEKTIF DAN PIAGAM SEKOLAH

1.6.1 Logo SMK. LUBOK CHINA

Maksud Logo SMKLC


1) Warna Kuning:
Melambangkan kewibawaan dan keunggulan sekolah sebagai agen
perubahan kepada masyarakat.

2) Warna Biru:
Melambangkan keharmonian sikap bersatu padu dan berkerjasama di
dalam menjayakan objektif sekolah.

3) Obor menyala merah:


Melambangkan usaha yang gigih, tekun dan bersemangat waja ke arah
mencapai kecemerlangan.

4) Cogankata "ILMU PEDOMAN HIDUP:


Menjadikan ilmu pengetahuan yang diperolehi sebagai teras dalam
mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup.

5) Bentuk-bentuk yang bulat melengkung:


Melambangkan permuafakatan di antara semua warga sekolah dan
masyarakat sekitar dalam menjayakan aktiviti kurikulum dan ko-
kurikulum.

6) Garisan melintang condong ke bawah:


Melambangkan sikap yang sentiasa bersedia dan berani menghadapi
segala cabaran dan dugaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi
rohani, jasmani dan intelek.

1.6.2 Visi SMK Lubok China 


SMKLC terbilang melahirkan insan cemerlang tahun 2012

1.6.3 Misi SMK Lubok China 

SMKLC akan sepanjang masa:

 Memberikan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang

 Menyediakan prasarana yang kondusif

 Mewujudkan iklim sekolah yang harmoni .

 Melahirkan insan yang berkualiti dan berdaya saing.


1.6.4 Objektif SMK Lubok China 

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran dalan bidang ko-


kurikulum.
2. Memupuk minat dan kebolehan pelajar secara terancang, berhalatuju,
sistematik bagi mengisi masa lapang di luar waktu persekolahan secara
optimum dan berfaedah.  
3. Membantu membina menaikan imej sekolah, daerah , negeri dan kebangsaan.

1.6.5 Strategi SMK Lubok China 

 Penetapan syarat dan penglibatan wajib


 Membuat perncangan yang terperinci program - program ko-kurikulum
 Penyediaan kemudahan asas
 Penubuhan pelbagai kelab, persatuan dan unit beruniform
 Kawalan yang sistematik dan terperinci
 Penglibatan ibu bapa yang mempunyai kemahiran dalam ko-kurikulum
 Melantik guru penasihat/jurulatih atau pengurus yang berkebolehan
 Latihan berjadual yang sistematik dan teratur
 Penyertaan dan pertandingan
 Mengenalpasti permainan yang membawa kejayaan
 Pencapaian standard
 Pengiktirafan daripada pengetua, guru-guru dan masyarakat
 Permuafakatan dengan institusi/masyarakat

1.6.6 Pelaksanaan SMK Lubok China 

 Pelajar wajib menyertai satu kelab/persatuan, satu unit berunitform dan satu
permainan
 Perancangan jangka pendek dan panjang
 Penyediaan pelbagai kemudahan/peralatan
 Penubuhan pelbagai kelab/persatuan, unit berunitformdan permainan
 Mengadaka mesyuarat, laporan dan pengurusan fail
 Mendapatkan khidmat ibu bapa/masyarakat melalui PIBG
 Pemilihan penasihat berdasarkan kebolehan dan kelayakkan/minat
 Penyediaan jadual perjumpaan dan aktiviti
 Penyertaan dalam pelbagai pertandingan diperingkat negeri dan daerah
 Penumpuan khusus kepada aktiviti yang membawa kejayaan cemerlang
 Pengiktirafan dalam pelbagai bentuk
 Menjalun hubungan dan permuafakatan dengan pelbagai agensi.

1.6.7 Piagam pelanggan SMK Lubok China 

Kami, kakitangan smklc berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga

dan usaha kami untuk:

 memberikan khidmat pendidikan yang berkualiti bagi menghasilkan pelajar yang


matang,seimbang dan berketrampilan.

 bekerja dengan lebih imaginatif,kreatif dan inovatif bagi meningkatkan


kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

 mengurus tugasan pendidikan dengan cekap,berkesan dan disiplin yang tinggi.

 menyediakan iklim pendidikan yang kondusif dengan menjalinkan perkhidmatan


peyayang.lebih prihatin kepada isu-isu pelanggan dan bersedia.

 bertindak positif dan konstruktif demi kemajuan institusi SMKLC.


Pandangan Hadapan Bangunan SMK Lubok China 

1.7 BILANGAN PELAJAR

SMK Lubok China  mempunyai bilangan pelajar seramai 1020 orang. Bilangan pelajar
perempuan adalah seramai 444 orang, manakala pelajar lelaki pula seramai 576 orang.

1.8 BILANGAN GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN

Jumlah guru di SMK Lubok China  adalah seramai 75 orang guru. Seramai 28 orang
adalah guru lelaki, manakala 47 orang adalah guru perempuan.

1.8.1 Bilangan Guru

Bil Nama Guru Jan Jawatan


tina
1. Tn. Hj. Ab. Lazis Bin Jaffar L Pengetua
2. En. Hamdan Hashim L GPK 1
3. En. A. Halim Mat Ali P GPK HEM
4. Pn. Nor Azizah Alias L GPK Kokurikulum
5. En. Noordin Bin Ambon P GPK T.6
6. En. Mohd Som Bin Baba L GPK P. Khas
7. Pn. Rosni Yusof P GKMP Bahasa
8. Hj. Jasmi Md. Tegol L GKMP Kemanusiaan
9. Pn. Sepiah Ibrahim P GKMP Teknik Vokasional
10. Cik Hajah Siti Awan Hashim P Kaunselor I
11. En. Mohd Fairuz Bin Mohd L Kaunselor II
Rasip
12. Pn. Hafizan Nor Bt. Ahmad P Kaunselor III
13. Pn. Norazizah Kasmuni P Ketua Panitia Ekonomi
14. Cik Hamidah Hassan P Penyelaras Pusat Sumber
15. Pn. Norihan Ismail P S/U Peperiksaan Dalaman
16. En. Mazlan Harouni L Ketua Panitia Pengajian Am
17. Pn. Rohaya Bt. Abd Wahab L Ketua Panitia MPV
18. Hjh Amnah Mohd Sani P Ketua Panitia ERT
19. Pn. Norazizah Abd. Hamid P Penyelaras ICT
20. Pn. Hadijah Sabtu@Md. Isa P Setiausaha Peperiksaan SPM
21. En. Putit Hj. Ghani L Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
22. En. Abd. Jabar Md. Yusof L Ketua Panitia Sains Men. Atas
23. Pn. Norazmi Nordin P Ketua Panitia Sains Men. Rendah
24. En. Mohd Zulkifli Taib L Pengurus Koperasi
25. En. Mohd Sharif Bin Baba P Ketua Panitia Sejarah
26. En. Hashim Main L Ketua Panitia Kemahiran Hidup
27. Pn. Asiah Osman P Ketua Panitia PSK
28. Pn. Maimunah Kassim P Ketua Panitia Bahasa Melayu
29. Pn. Norhidayah Bt. Suhaimi L Penyelaras Pendidikan Khas
30. Pn. Tanalachumi a/p L Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Karupayah
31. En. Mohd Sharif Baba L Setiausaha SPBT
32. Pn. Rahayu Bt. Johari P Setiausaha Peperiksaan PMR
33. Pn. Saridah Bt. Mohamad L Ketua Pendidikan Jasmani
34. Pn. Norhalimah A.Wahid P Ketua Panitia Pendidikan Islam
35. Pn. Tanalachumi a/p P Projek Khas Bahasa Inggeris
Kurupayah
36. Pn. Syarifah Kahar P Ketua Panitia Rekacipta
37. Pn. Noraida Mahmud P Ketua Panitia Perdagangan
38. Pn. Hafzan Ibrahim P Setiausaha Jadual Waktu
39. En. Hasman Kassim L Ketua Panitia Pendidikan Moral
40. Pn. Noradilah Kamal P Ketua Panitia Kimia
41. Cik Hamidah Hassan P Ketua Panitia Tasawwur
42. Pn. Norita Yaacob P Ketua Panitia Matematik Men. Atas
43. Pn. Aiza Azwana Aris P Ketua Panitia Fizik
44. Ustaz Danial Osman L Ketua Panitia Bahasa Arab
45. Pn. Norita Yaacob P Ketua Panitia Matematik/Matematik
Tambahan
46. Pn. Mazlaini Mohamed Dali P Ketua Panitia Geografi
47. Pn. Norazirah Md Yusof P Ketua Panitia Matematik Men.
Rendah
48. En. Mohd Zulkifli Bin Taib L Ketua Panitia Prinsip Akaun
49. Amirah Bte Abas P
50. Bahaman Bin Khamis L
51. Dayang Kusnah Bt Tail P
52. Sharina Binti Ismail P
53. Mohd Shahrani B. Ibrahim L
54. Ibrahim Bin Hassan L
55. Intan Safina Bt Ismail P
56. Ismail Bin Ahmad L
57. Izatul Suhaiza Binti Yaacop P
58. Jasmi Bin Bachik L
59. Jasni Bin. Abd. Rahman L
60. Masran Bin Lanaba L
61. Mohd Azahari Bin Baharom L
62. Mohd Fauzi Bin Ayob L
63. Mohd Nasrun Bin Abdul L
Karim
64. Mohd Padil Bin Mat Saad L
65. Muhamad Najib Bin Abdul L
Rahman
66. Muhammad Nurrilhaffizs Bin L
Othman
67. Noor Adilah Binti Othman P
68. Noorhayati Binti Md Saad P
69. Nor Aidahtul Fitri Bt Tohid P
70. Nor Kamariah Bt Abu Bakar P
71. Noraini Bt Mohamad P
72. Noralilah Binti Abd Hamid P
73. Norsiah Binti Sidin P
74. Nur Hazwani Bt Mohd P
Hamzah Selvaraja
75. Nurhidaya Bt Wasmon P
76. Nurul Ain Binti Norman P
77. Nurulhuda Bt Abdul Malek P
78. Rashadah Binti Awang P
79. Roziawati Bt Haron P
80. Shalina Binti Mohd Sharif P
81. Sharifah Intan Marziana Bt P
Syed Othman
82. Siti Nor Ermylia Binti P
Muhammad
83. Siti Nurhanis Binti Hashim P

84. Siti Soleha Binti Yunus P


85. Siti Zakiah Binti Bahron P
86. Suhaila Binti Ayop P
87. Suhanna Binti Zainudin P
88. Syahirah Binti Rosli P
89. Zahriah Bte Zuber P
90. Zaifulnizam B Ahmad L
91. Zalila Binti Abu P

1.8.2 Kakitangan Sokongan

Bil Nama Jantina Opsyen


1. Pn. Rozita Bt. Manaf P Ketua Pembantu Pentadbir
2. Pn. Bushro Bt. Yashak P Pembantu Takbir
3. Pn.Surianim Bt. Azmi P Pembantu Takbir
4. En. Zulkifli Bin Joned L Pemandu
5. En. Haizol Jabar L Pembantu Makmal
6. En. Nor Azman Bin Abdul Jalil L Pembantu Am Pejabat
7. Pn. Zulbedah Jaafar P Pembantu Am Pejabat
8. En. Badrul Hisyam Bin L Pembantu Tadbir
Kamarudin
9. Pn. Haryati Hamzah P Pembantu Am Pejabat
10. Pn. Nadzrifah Bt. Mohamed Noor P Pembantu Makmal
11. Pn. Faizatul Azney Bt. Abd. P Pembantu HEM
Hamid
12. Pn. Azizah Main P Pembantu Makmal
13. Pn. Robi’ah Awang Kecik P Penyelia Asrama
14. En. Karim S.A. Kadir L Pembantu Am Pejabat
15. Pn. Zatun Najahah Muhamad P Pembantu Tadbir
16. En. Huzail Donia L Pembantu Pengurusan Murid
17. En. Mohd Salmizan B. Salim L Pembantu Am Pejabat

1.9 SEJARAH SEKOLAH

SMK Lubok China ditubuhkan pada tahun 1973 atas usaha YAB Datuk Haji Abdul
Ghani bin Ali yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka. Selama setahun sekolah ini
menumpang di SK Teluk Berembang, Lubok China sementara bangunan SMKLC dibina.
Pada awal tahun 1974, 2 bangunan 2 tingkat siap dibina dan pelajar-pelajar berpindah ke
bangunan ini dari SKTB. Ketika itu, terdapat 166 orang pelajar dan 6 orang guru yang
dipimpin oleh Tuan Haji Hashim Bin Mohamad yang merupakan pengetua sekolah
pertama SMKLC.

Tahun 1976, sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk menampung pertambahan


pelajar. Pada bulan November 1979, surau dibina dan ia diperbesarkan dalam tahun 1997
hasil daripada sumbangan orang ramai. Surau ini dirasmikan oleh YB En. Rahim bin
Tamby Chik (Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) pada 19 September 1981.

Pada tahun 1980, Hj. Mohammad Yunus menjadi pengetua sekolah kedua sekolah
itu sehingga tahun 1988, ia diikuti Hj. Zainen Bin Mohamad sehingga tahun
1991,pengetua keempat kemudiannya disandang oleh Tuan Haji Abd. Malik Bin Ahmad
sehingga Jun 2001.

Sempena sambutan dua dekad pada tahun 1994, sekolah ini telah dirasmikan oleh
YAB Tan Sri Abd Rahim Tambychik (Ketua Menteri Melaka) pada 2.1.1993. Pada tahun
1989, sebuah padang serbaguna telah dibina untuk menampung keperluan pelajar dalam
bidang kokurikulum. Padang ini terpaksa dirobohkan kerana memberi laluan kepada
pembinaan dewan yang bernilai melebihi 1 juta pada tahun 1993.

Pada Jun 2001, pengetua kelima Tuan Haji Hashim Bin Khamis telah melaporkan
diri untuk menerajui sekolah sehingga Oktober 2002. Sementara menunggu perlantikan
pengetua keenam, GPK 1 ketika itu En. Jamaludin Bin Abdul Jalil telah memangkul
jawatan tersebut sehingga Jun 2003 apabila Tuan Haji Baharudin Bin Borhan menjawat
jawatan tersebut. Beliau memegang jawatan pengetua sehingga Disember 2003.

Asrama SMKLC telah dibina pada tahun 2002 dengan nilai melebihi RM 8 juta
yang dapat menampung seramai 400 orang dalam satu-satu masa. Sebuah bangunan
untuk unit Pendidikan Khas telah dibina pada tahun 2003 bernilai RM 50 ribu untuk
keperluan pelajar-pelajar dalam jurusan Pendidikan Khas.
Puan Hajah Aminah Binti Hassan menyambung tugas sebagai pengetua ke 7
mulai Januari 2004. Dalam masa yang sama, makmal siber telah mula beroperasi pada
tahun yang sama. Selepas itu, Puan Hajah Nubah Binti Aton menjadi pengetua ke 8 mulai
Januari 2005 hingga 15 Februari 2006. Setelah itu, Tuan Haji Kassim Bin Mohamad
mengambilLagu
alihrasmi
tugas pengetua
Sekolah bermula
Menengah 16 Februari
Kebangsaan 2006
Lubok hingga 31 Mei 2007.
China
Belumpun setahun berkhidmat, sebuah Anjung Bestari telah dapat dibina. Kini, SMKLC
diterajui oleh Tuan Haji LazisSekolah
Bin Jaffar bermulaLubok
Menengah 1 Jun 2007
Chinasehinggalah sekarang.
Ibu Kandung Tercinta
Mendidik, Membimbing, Membina
Anak Bangsa Dan Nusa

Pelajar, Guru, Ibu Bapa


Sama Gembeling Tenaga
Membentuk Ilmu Budi Mulia
1.10 LAGU SEKOLAH Kegemilangan Bersama

Chorus

Rajin Usaha
Kunci Mencapai Jaya
Ilmu Pedoman Hidup
Jadi Wawasan Kita

Sekolah Menengah Lubok China


Ibu Kandung Tercinta
Mendidik, Membimbing, Membina
Anak Bangsa Dan Nusa
1.11 Cogan kata SMK Lubok China

 ‘ILMU PEDOMAN HIDUP’

 
Setiap insan yang hidup mestilah berilmu .Tanpa ilmu menjadikan kita tiada pegangan dalam
setiap perkara atau tindakan yang kita lakukan.Menurut Kamus Dewan "Ilmu"merupakan
pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi kehidupan duniawi dan akhirat.Sementara
"Pedoman"memberi erti pegangan atau pimpinan. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata
SMKLC iaitu "Ilmu Pedoman Hidup" yang membawa makna setiap pelajar itu mestilah
menimba ilmu pengetahuan yang boleh membimbing mereka dan dijadikan pegangan dalam
menentukan corak hidup yang diredhai Allah.

Keberkesanan cogan kata ini dapat dibuktikan bahawa sehingga kini pencapaian SMKLC
dalam bidang akademik dan ko-kurikulum boleh dibanggakan dan merupakanantara 10 sekolah
luar bandar yang terbaik di negeri Melaka. Pencapaian yang baik dalam Penilaian Menengah
Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi dalam bidang
sukan, persatuan atau permainan. Menjadikan SMKLC lebih berkemampuan melahirkan para
pelajar yang aktif dan produktif bagi mewujudkan masyarakat yang berwawasan. Dalam era
ledakan maklumat ini, masyarakat begitu prihatin terhadap ilmu pengetahuan kerana insan yang
berilmu merupakan seorang yang optimis, progresif dan dinamik serta boleh berdikari dalam
menghadapi apa sahaja yang menjadi rintangan atau halangan

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 3-7 Januari 2011
J Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pentadbiran dan Pengurusan
4. Aspek Budaya Organisasi dan Persekitaran Sekolah
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang misi dan visi sekolah.
2) Mengenal guru-guru dan staf sokongan sekolah dengan lebih mesra.
3) Memahami dengan jelas sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.
4) Mengenalpasti susun atur prasarana di sekolah.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi suai kenal bersama Pengetua Sekolah, Guru-guru Kanan Mata
Pelajaran dan Kaunselor.
2) Sesi taklimat tentang Budaya Organisasi dan Persekitaran Sekolah
yang disampaikan tuan Pengetua.
3) Sesi berkenalan dengan guru-guru dan staf sokongan sekolah.
4) Melawat kawasan sekolah bersama kaunselor iaitu Cik Hjh. Siti Awan
Hashim.
7. Penilaian Maklumat yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah
difahami.
8. Rumusan Pengisian ilmiah yang dilakukan pada hari ini mampu memberi gambaran
sedikit sebanyak tentang suasana di Sek Men Keb Lubok China, Alor
Gajah, Melaka.

................................................. ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Maimunah Binti Kassim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

16
Ringkasan Perbincangan.
Diantara perkara-perkara yang disampaikan semasa taklimat bersama Penolong Kanan Sekolah
iaitu adalah :

1) Beliau memperkenalkan program atau aliran yang ditawarkan di Sek Men Keb Lubok
China, seperti aliran sains, aliran sastera, teknik dan vokasional serta aliran pendidikan
khas.
Penekanan ditumpukan kepada misi dan visi sekolah. Seperti yang tercatat di
halaman sebelum ini, wargasekolah Sek Men Keb Lubok China mensasarkan bahawa
mereka mampu menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah terbilang melahirkan insan
cemerlang tahun 2012. Disamping itu, sek mampu melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam aspek akademik serta sahsiah, pencapaian kokurikulum yang cemerlang, suasana
bilik darjah yang konduksif, pengurusan kewangan yang cekap dan hubungan yang baik
dalam komuniti.
2) Selain itu, beliau memberikan beberapa nasihat sebagai panduan untuk menjadi guru
yang cemerlang, diantaranya adalah :
i. Sebagai seorang guru, kita mestilah mampu menarik perhatian pelajar supaya pelajar
akan mendengar dan melibatkan diri sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran
sedang bermula. Guru mestilah cuba menyentuh hati pelajar dengar cara atau
pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan pelajar kerana lain pelajar, lain pula
bentuk pendekatannya. Ilmu pengetahuan guru mestilah benar-benar kukuh supaya
kandungan yang diajar adalah betul dan menepati sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, perkara yang perlu ada dalam diri
seorang guru ialah MINAT. Bakat juga amat penting namun, ia masih boleh dipupuk.
iii. 5 minit yang pertama semasa kita di dalam kelas merupakan tempoh dimana pelajar
akan menilai guru. Maka, penampilan diri perlu dititikberatkan terutamanya dari segi
pemilihan pakaian, kasut dan kekemasan diri. Disarankan supaya memakai kasut
bertumit supaya langkah semasa berjalan mempamerkan perwatakan seorang guru.
Tanda nama juga perlu sentiasa dipakai semasa berada di kawasan sekolah.
iv. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Contohnya berusaha meningkatkan markah
yang tinggi dalam penilaian prestasi kerja sebagai seorang guru. Berusaha untuk
menaikkan nama sekolah tanpa mengira masa dan sanggup melakukan pengorbanan.
v. Buku Rekod Persediaan Guru mestilah sentiasa dikemaskini dan menarik. Akan
diberi penghargaan kepada guru yang mempunyai buku rekod yang kemas dan
menarik. Buku ini mestilah diisi sebelum masuk ke dalam kelas.
vi. Perhubungan antara guru mestilah baik. Rajin bertanya dalam memastikan tugasan
yang dilakukan adalah mengikut formatnya. Jadikan guru yang berpengalaman sebagi
tempat untuk membuat rujukan.

Sesi ini memberi maklumat yang boleh dijadikan sebagai panduan dan ingatan supaya kami
mampu melaksanakan segala tugas-tugas yang akan diberikan.
PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 10-14 Januari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pentadbiran dan Pengurusan
4. Aspek Aplikasi Dasar dan Program Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang Dasar dan Program Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2) Memahami dengan jelas tentang Etika Kerja Perguruan, Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Etika Kerja Penjawatan Am.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi taklimat tentang Dasar dan Program Kementerian Pelajaran
Malaysia disampaikan oleh iaitu Puan Sepiah Ibrahim. Diantara perkara
yang dibincangkan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Program Pendidikan
Terkini.
2) Seterusnya, sesi taklimat tentang Etika Kerja Perguruan, Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Etika Kerja Penjawatan Am
disampaikan Guru Penolong Kanan 1. Guru didedahkan dengan surat
perkeliling yang dihantar ke sekolah sebagai garis panduan dalam
melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap.
7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah
difahami.
8. Rumusan Pendedahan yang dilakukan pada hari ini mampu menimbulkan rasa
tanggungjawab dan keyakinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran-
cabaran dalam alam pendidikan pada hari ini.

................................................ ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan.
Pada sesi perbincangan kami melihat hubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak
PPD dan JPN adalah seperti berikut:

HUBUNGAN ANTARAORGANISASI INDUK SEKOLAH DENGAN PIHAK PPD DAN JPN

KPM

JPN

PPD

SEKOLAH
 Segala aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu melalui PPD dan JPN
sebelum dimaklumkan dan diluluskan oleh pihak KPM.
 Pihak KPM bertindak sebagai pembuat dasar,dan kemudian dasar tersebut akan
dibincangkan di bahagian PPD dan JPN sebelum dilaksanakan di sekolah.
 Hubungan diantara sekolah dengan pihak KPM, JPN dan PPD adalah rapat kerana pihak
sekolah sentiasa menerima arahan daripada pusat (centralization). Sekolah sentiasa
dilawati dan dipantau oleh jabatan dan PPD.
 Sebarang pelaksanaan kurikulum perlu merujuk kepada pihak PPD di jabatan atau
bahagian berkenaan kerana di PPD terdapat banyak bahagian seperti Hal Ehwal Murid,
pengurusan bekalan, peruntukan diri, buku teks dan lain-lain.
 Contohnya, untuk mendapatkan guru ganti bagi guru yang bersalin atau sakit, pihak
sekolah perlu merujuk dan berbincang dengan pihak PPD dahulu.
 Selain itu, sebarang pertandingan juara yang melibatkan sekolah dalam negeri akan
dianjurkan oleh JPN contohnya pertandingan juara akademik.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam taklimat Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah:

1) Memahami dengan jelas perkara yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP). Berikut merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam PIPP
adalah:
 Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
 Membangunkan modal insan.
Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk
pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru
besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
 Merapatkan jurang pendidikan.
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar,
mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan
pedalaman.
 Memartabatkan profesion keguruan.
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan
latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
 Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan ( PIPP ) 2006 – 2010. Pelan Induk ini mempunyai enam teras strategik yang akan
direalisasikan dalam RMK ke-9 dengan tema “Merintis Pembaharuan, Satu Misi Nasional”.
Pelan pendidikan ini penting untuk menghadapi masa depan mencabar yang memerlukan
perancangan rapi, sistematik dan holistic. Pelan ini juga untuk menghasilkan modal insan
berminda kelas pertama kearah mencapai Wawasan 2020.

2) Seterusnya, kami melihat dan berbincangkan cabaran-cabaran dalam menghadapi


Wawasan 2020, iaitu:

i. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi


bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan
terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara.
ii. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang
telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti
dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua
potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
iii. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
iv. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika
paling tinggi.
v. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
vi. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
vii. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
viii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
ix. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan
keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam
satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

3) Perbincangan diteruskan dengan melihat strategi perlaksanaan dalam Dasar Pendidikan


Kebangsaan, iaitu
 Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
 Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan bahasa Melayu bagi semua
jenis sekolah.
 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
 Melicinkan tata cara pengurusan pendidikan.
 Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
 Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar.
 Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
 Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional.
 Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat
universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
 Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
 Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil.
 Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan kadet
tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
 Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan
menyediakan tenaga pengajar terlatih dan mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan
pertumbuhan kanak-kanak.
 Di Kementerian Pendidikan pula, beberapa bahagian dan jawatankuasa yang meliputi
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
ditubuhkan termasuklah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Majlis
Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dan lain-lain.

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara


buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara
perindustrian adalah penting bagi rakyatnya diberikan pendidikan yang terbaik untuk memenuhi
keperluan semasa. Oleh itu dasar ini bukan saja dapat memenuhi keperluan sumber manusia dari
segi jumlah malah dari segi kualiti.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam Etika Kerja Perguruan, Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Etika Kerja Penjawatan Am adalah:

1) Memahami sifat dan ciri-ciri seorang guru yang cemerlang :


   Terhadap Murid:
 mempunyai komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu
bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
 hubungkan mata plajaran dengan kehidupan murid-murid
 kenal, hormati dan percayai murid-murid
 mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara
kritis
 menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
 menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
 hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan,
persembahan musikal dan kebudayaan.

  Terhadap Mengajar:
 melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
 berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
 adil dalam menilai dan menggred
 fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
 bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
 seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang
kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
 sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
 merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk,
dan menyepadukan mata pelajaran
 secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa baru dan segar serta relevan
 menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau
dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin:
 seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
 seorang yang laparkan ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan
membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti
kursus-kursus dalam perkhidmatan
 juga seorang yang suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya
 aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya
 menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
 bina dan mengekalkan perhubungan profesional
 bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
 
  Secara Peribadinya:
 tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan
mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi
 berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 17-22 Januari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum.
4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Bidang Kurikulum dan Kokurikulum.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang tugas dan peranan sebagai seorang
guru.
2) Memahami dengan jelas tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh
seorang guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
3) Mengetahui perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi taklimat tentang Bidang Kurikulum disampaikan oleh Guru Kanan
Teknik dan Vokasional. Diantara perkara yang dibincangkan ialah latar
belakang pelajar, kurikulum yang ditawarkan, kemahiran atau
pendekatan mengajar yang berkesan dan kawalan terhadap pelajar
semasa di dalam kelas .
2) Seterusnya, sesi taklimat tentang Bidang Kokurikulum yang
disampaikan oleh En. Abdul Halim Mat Ali iaitu Guru Penolong
Kanan Kokurikulum. Beliau meminta kami mencari maklumat
berkaitan peranan dan tanggungjawab unit kokurikulum, penilaian
markah kokurikulum, sukan tahunan, hari ko-kurikulum dan
perancangan strategik tahunan.
7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah
difahami.
8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu membantu guru dalam
menyesuaikan diri terhadap persekitaran sekolah di SMKLC.

.............................................. ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator
Ringkasan Perbincangan.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam bidang kurikulum adalah seperti berikut:

1) Pengertian Kurikulum Kebangsaan


"…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan." Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) Pendidikan 1997]

2) Kurikulum Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara untuk


memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama dan menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sama. Selain itu
pendidikan yang pelbagai dan komprehensif turut diberikan. Ia bertujuan untuk memupuk
perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan misi
dan visi negara.

3) Tugas dan perana Pengetua terhadap kurikulum adalah:


Pemimpin kurikulum.
 Menetapkan visi dan misi kurikulum, menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi
kurikulum, merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum, menentukan jenis-jenis
mata pelajaran elektif, merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran,
memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi, sebagai
pendidik contoh meningkatkan tahap profesionalisme keguruan dan membudayakan ilmu
.

Pemantau kurikulum
 Visi dan misi kurikulum sekolah dijayakan, kursus pengajian dipatuhi dan amalan
pengajaran dan pembelajaran dipastikan relevan.
Penilaian kurikulum
 Mengubah suai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai visi dan misi dan menilai
keberkesana.

4) Tanggungjawab dan tugas Guru Kanan Matapelajaran adalah:


 Melaksanakan tugas P&P, mengajar mengikut opsyen, pemimpin dan pengurus kurikulum,
merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai P&P, mengurus dan mengerakkan
panitia, agen perubahan / inovasi, merancang, menyedia dan memastikan penggunaan
bahan, mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas dan melaksanakan pemantauan.

Diantara perkara yang dibincangkan dalam bidang kokurikulum adalah:

1) Menerangkan kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan


Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan
ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan
aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya
sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2) Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform,
kelab/persatuan dan sukan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu
daripada setiap jenis aktivfiti tersebut. Pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap
kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh
setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah
berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 17-21 Januari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pengurusan Kurikulum.
4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Bidang Kurikulum.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Kurikulum.
2) Memahami dengan jelas tentang Penyediaan Buku Rekod Mengajar.
3) Mengenalpasti Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.
4) Mengetahui Perlaksanaan Pemantauan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran serta Buku di sekolah.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi taklimat tentang Bidang Kurikulum disampaikan oleh Pn Sepiah.
Diantara perkara yang dibincangkan ialah pengurusan kurikulum, buku
rekod mengajar, pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan
pemantauan pengajaran dan pembelajaran serta buku pelajar.
7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan kepada guru cukup jelas dan mudah
difahami.
8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu membantu guru dalam
menyesuaikan diri terhadap persekitaran sekolah di SMKLC.

................................................ ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan

Diantara perkara yang disampaikan semasa taklimat adalah :

1) Beliau memperkenalkan organisasi majlis kurikulum sekolah beserta penerangan ringkas


setiap peranan dan tugas jawatankuasa.

2) Pengurusan Kurikulum bertujuan untuk memastikan Dasar-Dasar Kementerian Pelajaran


Malaysia dilaksanakan dengan lebih berkesan. Beliau menerangkan berkaitan mesyuarat
jawatankuasa sekolah seperti :
i. Mesyuarat Kurikulum mestilah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
ii. Mesyuarat pertama pada awal tahun, mesyuarat kedua selepas keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia dikeluarkan, mesyuarat ketiga selepas peperiksaan pertengahan
tahun dan mesyuarat keempat selepas peperiksaan akhir tahun.
iii. Sekurang-kurangnya ada 3 fail iaitu Fail Utama, Fail Sokongan dan Fail Arkib tetapi
di sekolah ini mempunyai 10 fail. Perkara yang terkandung dalam fail seperti struktur
organisasi, senarai jawatankuasa panitia, takwim, sukatan pelajaran, minit mesyuarat,
jadual waktu sekolah, program akademik dan sebagainya.
iv. Pelbagai program untuk meningkatkan akademik pelajar maka peruntukan diberi
mengikut kesesuaian. Guru akan membuat perancangan supaya perbelanjaan
menepati program yang dilaksanakan.

3) Buku Rekod Mengajar amat penting bagi seorang guru. Ia perlu dibawa semasa masuk ke
dalam kelas. Perkara berikut mestilah dipastikan iaitu:
i. Maklumat diri dan urusan mengajar perlu diisi dalam ruangan yang telah disediakan.
ii. Pastikan huraian sukatan pelajaran dan rancangan mengajar tahunan disertakan dalam
buku rekod mengajar.
iii. Guru mestilah memahami surat pekeliling.
iv. Buku Rekod wajib dihantar untuk disemak.

4) Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan perlu ada perkara berikut :
i. Sebelum mengajar perlu difikirkan kaedah yang akan digunakan, objektif mestilah
bersesuaian dengan pelajar dan sebagainya.
ii. Semasa sesi ini berlangsung, guru mestilah mampu mengawal kelas, menarik
perhatian pelajar supaya tertumpu kepada guru, guru perlu prihatin dengan keadaan
kelas, pastikan pelajar bersedia untuk belajar dan guru bebas memilih kaedah
pengajaran mengikut kreativiti guru serta disesuaikan dengan tahap kefahaman
pelajar.

5) Pemantaun Pengajaran dan Pembelajaran serta Buku dilakukan seperti berikut :


i. Biasanya dipantau oleh Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Ketua Bidang atau Ketua
Panitia.
ii. Guru mestilah sentiasa bersedia kerana guru akan dipantau sekurang-surangnya 2 kali
setahun.
iii. Pemantauan buku tulis pelajar juga dilakukan. Guru akan memilih 10 buah buku
pelajar dan buku tersebut dihantar kepada

Ketua Panitia Ketua Bidang Guru Penolong Kanan Pengetua


PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 24-29 Januari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pengurusan Ko-Kurikulum.
4. Aspek Perbincangan Bidang Ko-Kurikulum.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan
bidang tugasnya.
2) Memahami dengan jelas tentang Perlaksanaan Hari Kokurikulum
Sekolah
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi perbincangan tentang Pengurusan Ko-Kurikulum dimulakan.
Diantara perkara yang dibincangkan ialah memahami hirarki
jawatankuasa induk kokurikulum, jawatankuasa sukan sekolah dan
jawatankuasa koperasi sekolah beserta bidang tugasnya.
2) Selain itu, membincangkan hari ko-kurikulum yang akan dilaksanakan
pada 29 Julai 2010.
7. Penilaian Aktiviti yang dilakukan pada hari ini memberi peluang kepada guru untuk
memberikan pendapat atau cadangan sepanjang tempoh perbincangan
pada hari ini. Perbincangan berlangsung dengan sempurna.
8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu meningkatkan tahap
kefahaman guru terhadap pengurusan ko-kurikulum di sekolah.

................................................ ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan

1) Jawatan Kuasa Induk Kokurikulum

Pengerusi : Tn. Hj. Ab. Lazis Bin Jaffar


Timb. Pengerusi : En. A. Halim Bin Mat Ali
Naib Pengerusi I : En. Hamdan Bin Hashim
Naib Pengerusi II : Pn. Fauziah Binti Zakaria
Naib Pengerusi III : En. Nordin Bin. Ambon
Setiausaha Koku : Pn. Rosni Binti Yusof
Pen. Setiausaha I : En. Abd. Jabar Bin Mohd Yusup
Pen. Setiausaha II : Pn Saridah Bt. Mohamad

AJK:-

1. Penyelaras Badan Uniform : En. Abd. Jabar Bin Mohd Yusop


2. Penyelaras Sukan/Permainan : En. Ragu a/l Kuppusamy
3. Penyelaras Kelab / Persatuan : Pn Syarifah Binti Kahar
4. Setiausaha Sukan I : Pn. Saridah Binti Mohamad
5. Setiausaha Sukan II : Cik Hafzan Binti Ibrahim
6. Guru Penasihat Persatuan /Kelab
7. Guru Penasihat Badan Beruniform
8. Guru Penasihat Rumah Sukan
9. Guru Penasihat Permainan
10. Penyelaras Kokurikulum Pendidikan Khas
11. Guru Koperasi

2) Jawatan Kuasa Majlis Sukan Sekolah

Pengerusi : Tn. Hj. Ab. Lazis Bin Jaffar


Timb. Pengerusi : En. A. Halim Bin Mat Ali
Naib Pengerusi I : En. Hamdan Bin Hashim
Naib Pengerusi II : Pn. Fauziah Binti Zakaria
Setiausaha Koku : Pn. Rosni Binti Yusof
Setiausaha Sukan : En. Ragu a/l Kuppusamy
Pen. Setiausaha I : Pn. Saridah Binti Mohamad
Pen. Setiausaha II : Cik Hafzan Binti Ibrahim
AJK:-

1. Semua Ketua Rumah Sukan


2. Guru Penasihat Permainan Dan Olahraga
3. Penyelaras Sukan Pendidikan Khas

3) Jawatan Kuasa Koperasi Sekolah

Pengerusi : Tn. Hj. Ab. Lazis Bin Jaffar


Timb. Pengerusi : En. A. Halim Bin Mat Ali
Naib Pengerusi I : En. Hamdan Bin Hashim
Naib Pengerusi II : Pn. Fauziah Binti Zakaria
Setiausaha Koku : Pn. Rosni Binti Yusof
Setiausaha Koperasi : Pn. Asiah Binti Osman
Bendahari : Pn. Norazizah Binti Kasmuni

AJK:-

1. Pengurus Jualan : En. Zulkifli Bin Taib


: Pn. Norsiah Binti Sidin
: Cik Sherina Binti Ismail
2. Pengurus Saham : Pn. Norihan Binti Ismail
3. Juru Audit : Pn. Norazirah Binti Md. Yusof
: En. Mohd Sharif Bin Baba
4. ALK Pelajar : Pelajar

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK KO-KURIKULUM

Tugas Majlis Kokurikulum:

1. Merancang aktiviti kokurikulum


2. Mesyuarat 2 kali setahun
3. Peraturan dan perlembagan kokurikulum
4. Takwin dan jadual aktiviti kokurikulum
5. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan kokurikulum peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
6. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti
7. Menetapkan tarikh kegiatan utama kokurikulum antaranya
a. Temasya sukan sekolah
b. Pesta kokurikulum
c. Merentas desa/sukaneka dan sebagainya
8. Post mortem kegiatan sukan
9. Anggaran perbelanjaan dan peruntukkan kewangan
10. Pengiktirafan, sijil, penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing
11. Merekod pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam buku rekod
pencapaian kokurikulum sekolah

Tugas Penyelaras Sukan Dan Permainan / Persatuan / Kelab / Badan Beruniform

1. Menyelia perjalanan sukan, pemainan, pasukan khas sekolah, persatuan, kelab dan badan
beruniform
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
3. Menyelaras semua aktiviti
4. Borang kebenaran ibubapa / penjaga
5. Surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan
6. Merekodkan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat agong
7. Mengurus buku rekod penilaian kokurikulum
a. Mengagihkan buku rekod penilaian kokurikulum kepada guru tingkatan untuk
diedarkan kepada semua pelajar
b. Mengutip kembali buku penilaian kokurikulum daripada guru tingkatan pada
akhir tahun untuk disimpan dan direkod dibilik setiausaha kokurikulum
8. Menyediakan buku dan borang yang diperlukan untuk kegiatan
a. Borang memasuki sukan, permainan, persatuan, kelab, pasukan khas dan badan
beruniform
b. Borang senarai AJK dan ahli
c. Buku laporan kegiatan
d. Fail-fail berkaitan
9. Mengumpulkan laporan tahunan kegiatan untuk edaran, rekod dan rujukan
10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang kegiatan dan pencapaian kokurikulum
11. Memastikan kelengkapan pakaian dan peralatan

Tugas Guru Permainan Pasukan Sekolah

1. Mengadakan mesyuarat
2. Kenalpasti pelajar yang berminat, berbakat dan berpotensi melalui temuduga,
soalselidik dan uji bakat
3. Khidmat nasihat jurulatih / kepakaran luar, jika perlu
4. Latih pasukan permainan sekolah secara konsisten ( 2 @ 3 kali seminggu )
5. Latihan insentif setiap hari selama seminggu sebelum pertandingan
6. Anjur perlawanan antara rumah / tingkatan
7. Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
8. Mengurus surat kebenaran ibubapa / penjaga
9. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pengurusan dan peralatan pasukan
10. Memastikan alatan dan kemudahan permainan sentiasa berkeadaan baik dan selamat
11. Melapor dan merekod keputusan-keputusan pertandingan
12. Membentuk pasukan pelapis
13. Merekod nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang ( johan daerah / negeri ,
wakil daerah / negeri atau Negara )
14. Menyediakan sijil penghargaaan
15. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
meningkatkannya

BIDANG TUGAS AKTIVITI MINGGUAN BADAN BERUNIFORM

Tugas Guru Penasihat Persatuan / Kelab / Badab Beruniform


1. Memastikan semua ahli mempunyai uniform lengkap
2. Latihan dibuat mengikut masa / hari yang ditetapkan
3. Memilih, membimbin ahli-ahli ke pertandingan luar
4. Membentuk AJK melalui mesyuarat Agong
5. Adakan perlembagaan /peraturan
6. Merancang aktiviti tahunan dan menyerahkannya kepada penyelaras perastuan / kelab /
badan beruniform unutk disimpan dan direkod
7. Anggaran perbelanjaan dan pendapatan
8. Menyediakan lapoan aktiviti dan difailkan
9. Mengurus surat menyurat berkaitan dengan kegiatan luar
10. Mencadangkan nama-nama ahli yang layak menerima sijil pengharagaan kepada majlis
kokurikulum / PK HEM
11. Pertandingan buku skrap
PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 31 Januari-4Februari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pengurusan Infrastruktur dan Fizikal
4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Infrastruktur dan Fizikal Sekolah.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang Dasar Pembangunan di Sekolah.
2) Memahami dengan jelas tentang Infrastruktur atau Kemudahan di
Sekolah.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi taklimat tentang Dasar Pembangunan di Sekolah disampaikan oleh
En. Bahaman Bin Khamis iaitu Setiausaha Jawatankuasa Induk Harta
benda Sekolah. Diantara perkara yang dibincangkan ialah pelan
sekolah, blok-blok di sekolah, kemudahan seperti surau, rumah bomba
dan sebagainya.
2) Sesi diteruskan dengan menyiapkan laporan program orientasi pada
hari ini.
7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan cukup jelas, ringkas dan mudah difahami.
Perbincangan pada hari ini menimbulkan rasa bertanggungjawab terhadap
harta benda sekolah.
8. Rumusan Pengisian ilmiah yang dilakukan pada hari ini memberikan gambaran
tentang keperluan-keperluan di sekolah pada masa kini.

................................................ ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator
Ringkasan Perbincangan

Secara keseluruhannya, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah lengkap dan
boleh dikatakan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran adalah berkeadaan baik.
Manakala kemudahan-kemudahan lain yang bertujuan untuk memudahkan dan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan ditambah dari semasa ke semasa bagi
menampung segala kehendak serta keperluan guru-guru dan para pelajar.

Di sesetengah bilik-bilik darjah diselia dan dihias dengan baik. Dinding-dinding bilik
darjah dihiaskan dengan kata-kata hikmah dan beberapa sudut mata pelajaran khas. Selain itu
juga, dinding-dinding bilik darjah juga ditampal dengan nota-nota dan bahan bacaan. Bilik-bilik
mata pelajaran khusus seperti bengkel-bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup dan bilik Sains
berkeadaan agak baik dan segala peralatan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran
adalah mencukupi mengikut mata pelajaran. Makmal komputer turut disediakan di sekolah ini
dan kelengkapan teknologi maklumat adalah masih tidak mencukupi untuk semua pelajar dan
guru. Sekolah ini juga turut menyediakan bangunan khas untuk kelas pendidikan khas yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas.

Selain itu, kemudahan-kemudahan asas turut dititik beratkan oleh pihak pentadbir
sekolah. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti kantin, surau dan tandas yang
mana jumlahnya agak terhad dan ianya dijaga dengan rapi dan sentiasa dalam keadaan yang
baik. Kawasan meletak kenderaan guru juga disediakan. Bukan itu sahaja, tahap keselamatan
pelajar dan sekolah turut diambil berat oleh pihak pengurusan sekolah. Alat pemadam kebakaran
diletakkan di beberapa tempat yang strategik dan ianya dalam keadaan yang baik. Sekolah ini
juga menyediakan sebuah pondok keselamatan untuk pihak pengawal sekolah. Manakala bagi
tujuan pengurusan sekolah, sebuah bilik gerakan turut disediakan.
Selain itu, ruang tanah telah digunakan secara maksimum dan tiada lagi rezab tanah
untuk pembinaan bangunan baru. Hal ini telah menyebabkan tiada lagi ruang yang dapat
dibangunkan untuk pembinaan bangunan baru pada masa akan datang. Padang permainan
sekolah yang agak besar dan telah digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti ko-kurikulum.

Kemudahan yang terdapat di SMK Lubok China adalah seperti berikut:


Bil Jenis Kuantiti
a KEMUDAHAN FIZIKAL
Dewan 1
Kantin 1
Tandas 8
Kedai Koperasi / buku 1
Stor 7
Tempat Letak Basikal 1
Dataran 1

b KEMUDAHAN HUMANISTIK
Surau 1
Bilik Rawatan 1
Bilik Bacaan 3
Bilik Wuduk 1
Bilik Kaunseling 1
Bilik Cetak 1
1

Bilik Mesyuarat
0

Bilik Peperiksaan
1

Bilik Bimbingan dan Kaunseling


1

Pondok Pengawal Keselamatan

c
KEMUDAHAN P&P
4

Makmal Sains
2

Makmal Komputer
4

Bengkel Kemahiran Hidup


1

Pusat Sumber Sekolah


Perpustakaan 1
Pusat Sumber 1
Bilik Gerakan 1
Bilik Guru 3
Bilik Darjah 55
Bilik Intervensi 2
Bilik Muzik -
Bilik Tayang 1
Bilik Kerja -
Bilik Gelap 1
Pejabat 1
Sudut bacaan/maklumat 20
Padang 1
Gimnasium -
Gelanggang Badminton -
Gelanggang Bola Tampar -
Gelanggang Bola Jaring -
Gelanggang Sepak Takraw -
Gelanggang Bola Baling -
Gelanggang Bola Sepak -
Stor Sukan 1
Stor Pekerja 1

d PERALATAN UNTUK P&P


Televisyen 5
Komputer 50
Laptop 25
LCD 5
OHP 5
VCD 3
Radio-kaset 2
Mesin Fotostat 3
Mesin Cetak 6
Mesin Taip -

e KEMUDAHAN KOMUNIKASI
Telefon 4
Faksimili 1
E-mel 1
PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2010
BIL PERKARA KETERANGAN
.
1. Tarikh 7-11 Februari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.30 petang
3. Bidang Pengurusan Sumber Manusia di Sekolah.
4. Aspek Taklimat dan Perbincangan Pengurusan Sumber Manusia di Sekolah.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Sumber Manusia di
Sekolah.
2) Memahami dengan jelas tentang Modal Insan yang terkandung dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi taklimat tentang Pengurusan Sumber Manusia disampaikan oleh
En Hamdan Bin Hashim iaitu Guru Penolong Kanan 1. Diantara
perkara yang dibincangkan adalah modal insan, ciri-ciri guru yang
disukai pelajar, kawalan kelas dan imej seorang guru.
2) Sesi diteruskan dengan menyiapkan laporan program orientasi pada
hari ini. Bahan dan maklumat diperolehi daripada perbincangan antara
guru-guru lain.
7. Penilaian Penjelasan yang disampaikan cukup jelas, ringkas dan mudah difahami.
Perbincangan pada hari ini menimbulkan rasa semangat terhadap guru
baru dalam mendidik pelajar sekolah ini.
8. Rumusan Pengisian ilmiah yang dilakukan pada hari ini memberikan gambaran
tentang hubungan antara guru dan pelajar di sekolah ini.

................................................ ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

Ringkasan Perbincangan.

Sesi taklimat dimulakan dengan guru-guru baru memperkenalkan diri masing-masing.


Seterusnya En Hamdan memperkenalkan diri beliau sebagai GPK 1 yang sudah berkhidmat
sebagai seorang guru sudah lebih dari 20 tahun. Pengalaman beliau mengajar sejak mula
berkhidmat selama 20 tahun menyebabkan beliau seorang guru yang kaya dengan pengalaman.
Diantara perkara yang dibincangkan pada hari ini adalah :

1) Ciri – ciri guru yang disukai pelajar:


 Untuk menjadi guru yang baik, ilmu pengetahuan guru tersebut mestilah benar-benar
mantap dan selaras dengan peredaran semasa.
 Pelajar pada masa kini tidak sama dengan pelajar pada masa dahulu. Pelajar pada masa
kini didedahkan dengan pelbagai ilmu yang boleh didapati di mana sahaja dengan
mudah. Dengan hanya 1 klik sahaja, mereka boleh memperolehi bahan pelajaran
dengan mudah dan cepat.
 Pelajar sekarang bijak menilai guru terutamanya dari segi penampilan guru. Guru perlu
bijak memainkan watak semasa di dalam kelas atau di luar kelas.
 Guru mestilah berupaya membuatkan pelajar merasakan diri mereka telah belajar
sesuatu daripada guru. Walaupun sedikit tetapi nilainya pada pelajar yang lemah amatla
berharga.
 Guru juga hendaklah memastikan diri mereka memperolehi kepuasan selepas mengajar.
Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran
adalah berkesan.

2) Selain itu, keperluan sekolah juga perlu diambil kira. Disini ia merujuk kepada sama ada
terdapat kekosongan opsyen untuk mengajar di sekolah ini. Perkara yang mungkin dihadapi
adalah seperti berikut:
 Guru kemungkinan tidak berpeluang mengajar opsyen lalu diberi
mengajar mata pelajaran yang lain.
 Guru perlulah belajar mata pelajaran yang akan diajar untuk lebih
memahami.
 Tanamkan semangat dalam diri guru dan jangan mudah putus asa.
3) Perkara yang dibincangkan dalam Pengurusan Sumber Manusia ialah :
 Perkara ini melibatkan perhubungan yang khusus antara guru dan pelajar.
 Pelajar di sekolah 100% bergantung dengan guru.
 Guru mestilah bersikap proaktif.
 Guru mestilah menolong pelajar sehingga menimbulkan semangat ingin tahu pelajar
dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
 Masa pembelajaran dan pengajaran di sekolah tidak mencukupi dan guru perlu
mempengaruhi pelajar untuk belajar sendiri.
 Tindak balas berantai bermaksud seorang pelajar boleh menarik pelajar lain untuk turut
belajar bersama-sama.
 Selain daripada mengajar, guru perlulah memainkan psikologi dan motivasi untuk
diberi kepada pelajar.
 Guru mampu memberikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar di sekolah.

4) Perkara yang boleh memotivasikan guru :


 Kawalan kelas seperti tegas, adil, berimej garang selama baberapa bulan,
tidak mudah putus asa dan carilah rakan guru yang boleh membantu guru baru.
 Salurkan kemahiran atau kelebihan dalam kokurikulum, menawarkan
diri dalam bidang yang diminati atau belajar sesuatu yang boleh memberi faedah
kepada sekolah.

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST), 2008

BIL PERKARA KETERANGAN


.
1. Tarikh 14-18 Februari 2011
2. Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang
3. Bidang Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG, Swasta dan Masyarakat) dan
Pengurusan Kewangan Sekolah.
4. Aspek Perbincangan dan Taklimat Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG,
Swasta dan Masyarakat) dan Pengurusan Kewangan Sekolah.
5. Objektif Pada akhir sesi ini, guru mestilah:
1) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Hubungan Komuniti
(PIBG, Swasta dan Masyarakat).
2) Memahami dengan jelas tentang Pengurusan Kewangan Sekolah.
6. Aktiviti Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah:
1) Sesi perbincangan tentang Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG,
Swasta dan Masyarakat) disampaikan oleh Cik Hjh. Setia Awan iaitu
Guru Bimbingan dan Kaunseling. Diantara perkara yang dibincangkan
ialah pengurusan strategik di sekolah, peranan PIBG di sekolah dalam
meningkatkan kemajuan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan
bukan akademik serta kaitkan dengan PIPP.
2) Sesi perbincangan tentang Pengurusan Kewangan Sekolah disampaikan
oleh Puan Rozita iaitu Ketua Pembantu Tadbir. Diantara perkara
yang dibincangkan adalah urusan cuti, proses menjadi guru tetap dan
kewangan sekolah.
7. Penilaian Perbincangan berlangsung dengan lancar.
8. Rumusan Program yang dilaksanakan pada hari ini mampu meningkatkan tahap
kefahaman guru terhadap pengurusan hubungan komuniti dan kewangan
sekolah.

................................................ ...............................................
(Shalina Binti Mohd Sharif) (Pn Sepiah Binti Ibrahim)
Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator
Ringkasan Perbincangan.
Diantara perkara yang dibincangkan adalah :
1) PIBG atau Persatuan Ibubapa dan Guru ditubuhkan dengan tujuan membantu pihak sekolah
dalam menjaga kebajikan pelajar, prasarana dan hubungan dengan organisasi di luar
sekolah.

2) PIBG merupakan badan berdaftar.

3) Diantara aktiviti yang dijalankan oleh PIBG adalah :


 Kebajikan pelajar di sekolah dijaga kerana rata-rata pelajar sekolah ini mempunyai taraf
sosioekonomi yang rendah.
 Tambang, yuran, uniform, alat tulis dan buku.
 Membantu pelajar mengikuti program di luar sekolah.
 Membaiki prasarana sekolah seperti tandas, makmal, kerusi meja pelajar dan peralatan
pembelajaran dan pengajaran.
4) Semua guru merupakan ahli PIBG dan guru wajib menghadiri mesyuarat agong yang
diadakan. Perlantikan AJK adalah 2 kali setahun.

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) ditubuhkan mengikut akta kaedah-kaedah persatuan Ibu
Bapa-Guru-guru 1973 tetapi dibatalkan dan ditubuhkan pula mengikut akta Pendidikan 1996
peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan ibu bapa –guru) 1998.

Antara perkara yang disentuh didalam taklimat yang bertajuk pengurusan hubungan komuniti
(PIBG, swasta dan masyarakat) adalah:
1. Fahaman pengurusan sekolah
 Pengurusan kewangan
 Pengurusan pentadbiran Am
 Pengurusan kurikulum
 Pengurusan Hal Ehwal Pelajar
 Pengurusan staf
 Kokurikulum
 Pembangunan fizikal
 Perhubungan luar

2. Timbal balik peranan tiga bidang pendidikan


 Pendidikan Informal ( keluarga, masyarakat)
 Pendidikan formal (sekolah)
 Pendidikan Nonformal ( tv,ict,dll)

3. Peranan PIBG terhadap sekolah


 Bina RT serambi sekolah
 Kepakaran ibubapa dalam kokurikulum
 Bantuan kewangan dan kebendaan
 Latihan kemahiran (ICT & P&P)
 Keceriaan sekolah
 Pendidikan & pembangunan
 Pengurusan organisasi
 Kaunseling dan kerjaya

4. Peranan sekolah terhadap PIBG


 Bimbingan dan kaunseling
 Pendidikan keluarga dan pengurusan keluarga
 Pengurusan PIBG
 Khidmat masyarakat
 Bersama belia
 Program masjid

5. Isu-isu cabaran dalam pendidikan


 Isu globalisasi
- Sains dan teknologi
- Hiburan VCD lucah
- Fesyen
- Permakanan
- Kebimbangan dan ketakutan

 Peluang globalisasi
- Kerjaya terbuka
- Maklumat terbuka 24 jam belajar
- Pasaran terbuka

6. Isu kecemerlangan Akademik


 Pelajar luar bandar lemah Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
 Pemilihan fakulti di universiti
 Dunia pekerjaan selepas tamat IPT
 Asas kecemerlangan akademik dalam rumahtangga

7. Isu keluarga
 Pengurusan/kepimpinan keluarga lemah dam longgar
 Tiada wawasan keluarga
 Pembuangan masa
 Konflik dalam keluarga
 Kewangan keluarga.

8. Strategi PIBG untuk sekolah


 Bagaimana PIBG dan sekolah saling bekerjasama memanfaatkan sumber masing-
masing.
 Strategi menjadikan rumahtangga serambi kepada sekolah bukan serambi kepada
disco atau panggung wayang.
 Strategi mengatur kesedaran ibubapa dalam pengurusan dan kepimpinan keluarga
mengikut kaedah yang betul.
 Muafakat PIBG Daerah untuk merapatkan jurang antara PIBG yang cemerlang
dan lemah melalui pertukaran idea atau maklumat.
 Kenalpasti sumber manusia, teknologi, kewangan dan lain-lain yang boleh
disumbangkan kepada sekolah.

PERANAN PIBG DALAM BIDANG AKADEMIK

1. Selaku badan yang berdaftar, PIBG tertakluk kepada dibawah Pendaftar Pertubuhan
Malaysia. Oleh yang demikian, PIBG tidak boleh menguruskan pentadbiran sekolah.
Namun begitu, PIBG dapat menbantu dalam hal yang berkaitan derngan akademik.
Contohnya, menyediakan bantuan kewangan bagi melaksanakan program kecemerlangan
akademik. Selaian itu, PIBG juga dapat membantu sekolah dalam memastikan prasarana
sekolah lengkap dan boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran. Dengan bantuan
kebajikan yang diberikan terhadap pelajar yang kurang berkemampuan seperti membantu
menjelaskan yuran peperiksaan, kemajuan pelajar, guru dan sekolah dapat ditingkatkan.
Ini kerana tidak akan timbul masalah yang berkaitan dengan yuran peperiksaan
tertunggak.
2. Sumbangan untuk memajukan sekolah bukan sahaja tertakluk kepada bantuan kewangan
sahaja, namun bantuan kemahiran turut dapat diberikan dalam memastikan setiap
kemudahan dan kemahiran yang ada dimanfaatkan. Contohnya, jika ibu bapa pelajar
mempunyai kemahiran berkaitan dengan ICT, maka sumbangan untuk memajukan sistem
komputer sekolah boleh diberikan. Selain itu, ibu bapa juaga boleh membantu
meningkatakan kemahiran guru ICT untuk mengajar kemahiran komputer kepada pelajar.
3. Dalam aspek Kaunseling dan Kerjaya, pihak PIBG juga boleh membantu untuk
mengadakan program-progran seperti Hari Kerjaya untuk membuka minda pelajar akan
lebih terdedah dengan alam pekerjaan serta peluang-peluang untuk menyambung
pengajian di peringkat lebih tinggi. Dengan bimbingan dan nasihat daripada ibubapa yang
berjaya dalam bidang masing-masing, mudah untuk pelajar membuat keputusan untuk
menentukan masa depan hidup mereka.

PERANAN PIBG DALAM BIDANG BUKAN AKADEMIK

1. Berkaitan dengan aspek bukan akademik, pihak PIBG juga dapat membantu untuk
meningkatakan hubungan baik diantara pihak sekolah dengan komuniti. Melalui
program-program seperti Sukan Tahunan, Hari Ko-Ko dan sebagainya akan dapat
memupuk kerjasama diantara sekolah dengan komuniti. Selain itu, dapat mewujudkan
persekitaran yang sihat selain membantu pembelajaran yang berkesan kepada pelajar.
2. Dari aspek pengurusan organisasi, kelancaran pengurusan PIBG dapat memajukan
sekolah dalam pelbagai bidang Kokurikulum antaranya sukan, perkhemahan, kawad
mahupun program-program yang baik untuk perkembangan Kokurikulum sekolah.
Bantuan kewangan, peralatan dan moral dari PIBG dapat menyumbang kepada kemajuan
dan kecemerlangan sekolah. Semua ini hanya dapat diwujudkan menerusi pengurusan
organisasi yang cekap dan teratur oleh PIBG.
PIBG MEMBANTU DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI SEKOLAH.

Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha
kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan
terbilang menjelang wawasan 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa
berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, termasuklah sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang
berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil,
progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul.
Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) merupkan organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan
membantu pihak sekolah merealisasikan matlamat dan hasrat kerajaan tersebut. Oleh itu, PIBG
mestilah bergiat aktif dan sering mengambil berat segala perkara yang berkaitan dengan pelajar
supaya sebarang masalah yang mampu dielakkan dapat dibendung dengan kadar segera.
Terutamanya masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan remaja pada masa kini.
Namun usaha ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya tiada sokongan atau kerjasama daripada
pihak ibubapa itu sendiri. Ibubapa berperanan memantau tindak tanduk anak mereka dan segera
berhubung dengan pihak sekolah sekiranya memerlukan bantuan guru-guru mengawasi anak-
anak mereka. Perhatian ibubapa dan guru-guru amatlah penting dalam usaha mendidik pelajar
sekolah bagi melahirkan modal insan yang sejati. Selain itu PIBG sekolah mampu menganjurkan
aktiviti yang boleh mengisi masa pelajar dengan melakukan perkara yang berfaedah. Contohnya
mengadakan program Belia Benci Dadah dengan kerjasama Rakan Muda, pertandingan bola
sepak antara sekolah-sekolah atau mengadakan perkhemahan yang pengisiannya penuh dengan
aktiviti berkaitan isu-isu remaja pada masa kini.

Oleh itu, perlu wujud hubungan dua hala antara guru dan ibubapa pelajar untuk
melahirkan insan yang menepati acuan negara kita Malaysia.
Diantara perkara yang dibincangkan dalam kewangan sekolah seperti :

1) Elaun guru seperti elaun makanan, elaun harian, elaun bayaran sewa hotel, elaun
lojing, elaun gantian tetap, elaun perjalanan kenderaan dan elaun yang telibat jika
ke luar negara.

2) Seterusnya cuti yang boleh dimohon guru seperti cuti rehat, cuti tanpa gaji, cuti
separuh gaji, cuti tanpa rekod, cuti sebab perubatan, cuti sakit, cuti kecemasan dan
cuti haji.
REFLEKSI KENDIRI
1) Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan.

Sepanjang pemerhatian saya dapati majoriti kakitangan dan warga sekolah ini adalah
bersikap peramah terutamanya pihak pentadbir. Sikap yang ditunjukkan oleh para guru sekolah
ini membuatkan saya berasa amat selesa sekali berada di sekolah ini. Mereka terlalu senang
untuk bekerjasama dan banyak membantu saya dalam mendapatkan segala maklumat yang
diperlukan. Saya juga tidak perlu melalui prosedur atau karenah tertentu kerana guru-guru
sentiasa sedia membantu. Saya berasa bertuah dihargai sebagai salah seorang warga guru
SMKLC.

Selain itu amalan 3S yang ditekankan di sekolah ini berjaya diaplikasikan oleh
pelajarnya. S yang dimaksudkan adalah salaman, sapaan dan senyuman. Kebanyakan para
pelajar menunjukkan rasa hormat kepada pada guru melalui 3S ini. Sekolah ini berjaya
membudayakan pelajar mereka melalui 3S ini. Selain itu, saya juga amat terharu kerana
mendapat layanan yang sama daripada pelajar walaupun masih baru di sekolah itu.

Pelajar sekolah ini adalah berbilang kaum walaupun majoriti pelajarnya adalah Melayu.
Dari segi pergaulan, sekolah ini berjaya memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar.
Mereka bergaul dalam kedaan yang amat baik sekali. Semangat perpaduan dikalangan pelajar
begitu menebal dan mereka berkawan tanpa berpuak-puak. Selain itu, sikap hormat-menghormati
antara satu sama lain adalah dijaga bagi menjaga kestabilan perhubungan sesama manusia.

2) Aspek –aspek yang boleh diperbaiki

Pada keseluruhan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum


di sekolah ini adalah berkeadaan memuaskan. Pada pandangan saya aspek yang perlu diperbaiki
ialah dari aspek landskap sekolah. Dari bahagian hadapan iaitu perkarangan sekolah,
landskapnya boleh dikatakan ditahap memuaskan. Walaubagaimaanpun keseluruhannya adalah
ditanam dengan pokok yang berdaun hijau. Sekolah ini sepatutnya menambah keceriaan dengan
penanaman pokok bunga yang pelbagai warna. Aspek lain yang perlu diperbaiki ialah keceriaan
taman sekolah. Kebanyakan taman yang ada di sekolah ini seolah-olah tidak terjaga. Taman yang
berada di sudut tepi bahagian hadapan sekolah sepatutnya diceriakan bagi mengelakkan ianya
mendatangkan kecacatan pada pandangan tetamu yang datang ke sekolah. Selain itu, pokok-
pokok bunga yang mengelilingi kolam pula tidak ceria dari segi susunan, warna dan
kesuburannya. Taman-taman yang ada disudut belakang sekolah juga amat tidak memuaskan.
Ianya seolah-olah terbiar dan tidak dijaga. Landskap yang membentuk taman agak menarik tetapi
cacat dari segi penjagaan dan keceriaannya.

Keceriaan dalam bilik darjah juga kurang memuaskan. Sudut-sudut dibahagian belakang
dan hadapan bilik darjah tidak ditampal dengan bahan-bahan ilimu ataupun nota berkaitan
dengan mata pelajaran tertentu. Apa yang ada hanyalah jadual kelas dan jadual bertugas. Sudut
tersebut dibiarkan kosong begitu sahaja. Jika ada bahan yang ditampal ia seolah-olah sekadar
memenuhi syarat sahaja. Ianya kurang menarik dan seolah-olah tidak berganti. Tahap kebersihan
kelas juga amat tidak memuaskan. Ada sahaja sampah yang dibiarkan diatas lantai serta susunan
meja yang tidak teratur. Selain itu, kelengkapan LCD dan papan putih (White board) tidak
disediakan sepenuhnya untuk setiap kelas. Beberapa kelas sahaja di lengkapi kemudahan papan
putih (White board). Keadaan ini telah menimbulkan rasa ketidak selesa bagi saya untuk
mengajar. Kelengkapan LCD yang amat terhad juga telah membantutkan proses P&P di bilik
darjah. Oleh itu, ianya menyukarkan saya dalam mempersembahkan ABM yang canggih dan
terkini.

Apa yang saya perhatikan keadaan perpustakaan sekolah juga amat tidak memuaskan dari
segi keceriannya. Buku-buku yang berada dirak tidak disusun dengan baik dan dalam keadaan
yang tidak terurus. Pihak perpustakaan juga seolah-olah tiada inisiatif untuk menceriakan
perpustakaan ini. Keadaan yang agak suram amat tidak sesuai kerana boleh mengurangkan mood
pelajar untuk berada diperpustakan dan sekaligus menghilangkan minat untuk membaca.
Pepustakaan sekolah ini memerlukan perubahan yang drastik dari segi susunan perabot, rak buku
serta keceriannya.

3) Aspek –aspek yang menarik perhatian.

Sikap menghormati guru yang ditunjukkan oleh para pelajar terutamnya pengawas
sekolah amat memuaskan. Mereka akan menundukkan kepala dan memberikan senyuman setiap
kali bertemu dengan guru di sekitar kawasan sekolah. Pelajar juga menghormati guru dengan
cara sentiasa ringan tulang untuk membantu guru secara sukarela walaupun tidak di suruh. Saya
amat terharu walaupun saya hanya sementara waktu di sekolah ini tetapi saya diberi layanan dan
penghormatan yang sama oleh para pelajar.

Antara lain, sikap penyayang dan kesungguhan pihak pentadbir dan guru dalam
membentuk tingkah laku positif pelajar harus mendapat pujian. Antara perkara yang ditekankan
adalah peringatan dan nasihat kepada pelajar berkaitan tatatertib dan tingkah laku pelajar
sepanjang berada di sekolah. Guru-guru tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa bercakap
tentang perkara yang sama memandangkan pelajar sekolah menengah yang majoritinya masih
mentah dan nakal. Bukan itu sahaja, pada setiap hari Rabu murid-murid akan memakai pakaian
seragam badan beruniform masing-masing dari awal pagi lagi semasa sesi persekolahan.
Ketegasan guru-guru mewujudkan aktiviti kokurikulum menjadikan aktiviti itu menyeronokkan
dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid menyebabkan aktiviti kokurikulum dapat
berjalan dengan lancar.

Dapat diperhatikan juga ialah hubungan yang mesra dan akrab di kalangan pihak
pentadbir sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana sekolah
yang penyayang. Selain itu, pada setiap pagi sebelum masuk ke kelas, murid-murid akan
mengaminkan doa yang dibaca oleh pengawas yang bertugas. Bukan itu sahaja, sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid-murid akan membaca doa dan
begitu juga sebelum pulang dari sekolah. Aspek kerohanian amat penting dalam mewujudkan
murid-murid yang berakhlak mulia, berketerampilam dan bertanggungjawab dalam semua aspek
kehidupan.

CADANGAN DAN SYOR.


Sepanjang aktivit program orientasi ini dijalankan, pelbagai ilmu yang dapat ditimba melalui slot
seperti ceramah, taklimat dan perbincangan yang telah dilakukan. Ilmu ini amatlah berguna bagi
saya sebagai seorang guru baru agar lebih bersedia dalam menghadapi kerenah pelajar yang
pelbagai ragam dan pelbagai lagi tanggungjawab yang akan disandarkan kepada guru di sekolah.
Program orientasi ini wajar diteruskan supaya guru baru didedahkan dengan iklim atau suasana
di sekolah yang akan ditempatkan kelak. Namun setiap perkara sudah pasti ada kelebihan dan
kekurangan. Di sini saya ingin mencadangkan supaya :
1. Program orientasi ini dipendekkan tempoh masanya supaya pengisiannya lebih padat dan
pengisiannya sesuai dengan masa yang ditetapkan.
2. Pihak kementerian seharusnya menyediakan modul yang lebih terperinci supaya guru
baru dan pihak sekolah dapat memastikan pengisian yang dijalankan sepanjang tempoh
program orientasi ini benar-benar memenuhi kehendak pihak kementerian. Dalam
konteks ini, terperinci bermaksud modul yang disediakan seharusnya mempunyai tajuk
bagi setiap slot ceramah dan mempunyai rangka atau isi-isi penting yang mesti disentuh
atau dihuraikan. Tidak cukup dengan memberi tajuk sahaja kerana skop yang luas
menyukarkan pihak sekolah menyusun jadual lalu mengakibatkan tempoh masa program
orientasi ini agak panjang atau lama. Sebagai seorang guru baru yang kurang
berpengalaman, segala urusan seperti unit pembangunan sekolah, pengurusan sumber
manusia, kewangan sekolah dan sebagainya merupakan perkara yang baru dan perlu
dipelajari bagi memudahkan guru baru memastikan segala tugasan yang
dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu, diharapkan beberapa
penambahbaikan dilaksanakan bagi memastikan Program Orientasi Guru Sandaran
Siswazah Terlatih (GSST) benar-benar mampu melahirkan guru-guru baru yang bersedia
dari segi mental dan fizikal dalam mendidik generasi yang bakal mentadbir atau
menerajui negara kelak.

KANDUNGAN LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU

SANDARAN SISWAZAH TERLATIH, (GSST) 2010

1. Biodata Guru

2. Penghargaan

3. Maklumat Sekolah

4. Budaya Organisasi dan Persekitaran Sek Men Keb Lubok China,

Melaka

5. Dasar dan Program Kemeterian Pelajaran Malaysia


6. Bidang Kurikulum dan Ko-kurikulum

7. Bidang Kurikulum

8. Bidang Ko-kurikulum

9. Pengurusan Infrastuktur dan Fizikal Sek Men Keb Lubok China,

Melaka

10. Pengurursan Sumber Manusia

11. Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG, Swasta dan Masyarakat)

12. Pengurusan Kewangan Sek Men Keb Lubok China, Melaka

13. Refleksi Kendiri

14. Syor dan Cadangan

15. Lampiran

You might also like