You are on page 1of 7

NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

LAPORAN PENTAKSIRAN KERJA AMALI SAINS


DAERAH : KUBANG PASU

PEKA : SAINS TAHUN 2014


No. Kod: 1511/3
1. PENDAHULUAN

Bil. Perkara Jumlah


1 Bilangan sekolah dalam kawasan / bahagian 4
pentaksiran
2 Bilangan Sekolah yang dipantau 4
3 Bilangan pentaksir yang dipantau 4
3 Bilangan Pentaksir Sekolah yang mengikuti 5
penataran
4 Bilangan Pentaksir Sekolah yang tidak 4
mengikuti penataran
5 Bilangan Pentaksir Kawasan / KP Negeri 1

2. DAPATAN PEMANTAUAN

2.1 Aspek Pentadbiran Pelaksanaan PEKA


Bil Perkara Bilangan Catatan
sekolah
Ada Tiada
1 Jawatankuasa Pentaksiran
Sekolah
1.1 ditubuhkan (carta organisasi) /
1.2 mesyuarat diadakan(minit /
mesyuarat)
1.3 penyelarasan kerja /
pentaksiran
2 Dokumen PEKA
2.1 surat pekeliling PEKA /
2.2 Buku Panduan PEKA /
2.3 Buku Manual PEKA /
2.4 surat pelantikan pentaksir /
3 Prosedur Kerja Pentaksiran
3.1 Rangka Jadual kerja /
pentaksiran
3.2 dipamerkan (dalam fail / buku /
rekod )
4 Pelaksanaan pentaksiran
4.1 penyelarasan pentaksiran /
dalaman
NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

Bil Perkara Bilangan Catatan


sekolah
Ada Tiada
4.2 pemantauan dalaman /
(Pengetua/GPK 1/ GKMP Sains)
5 Borang skor individu (BSI)
5.1 dilengkapkan /
5.2 difailkan dan disimpan /
6 Borang Rumusan Skor
6.1 dilengkapkan /
6.2 difailkan dan disimpan /
7 Portfolio dan Evidens pelajar
7.1 evidens pelajar /
7.2 rekod pergerakan evidens /
7.3 rekod penyerahan evidens /
8 Kes-kes khas:
8.1 calon menumpang /
8.2 calon pindah /
8.3 calon sakit berpanjangan /
8.4 kes disiplin /

2. Penyelarasan Skor
Kekerapan: Sekali setahun

Bi Perkara Laporan ringkas


l
1 Evidens / Evidens mengikut format yang dicadangkan
Bilangan evidens mencukupi.
Instrumen Sekurang-kurangnya empat evidens bagi setiap pelajar.
Evidens ditulis dalam Bahasa Melayu
Bentuk
Kecukupan
Lain-lain
2 Konstruk Meliputi semua konstruk I, III dan IV
Konstruk II dan IV tidak dibuat penyelarasan dan hanya di skor
(dari segi liputan)
oleh pentaksir sekolah

3 Kefahaman Lebih 90 % pentaksir sekolah memahami peraturan penskoran


dengan baik
mengenai 10 % masih kurang mahir terutamanya pentaksir daripada
sekolah swasta, sekolah agama dan guru baru yang tidak
peraturan pernah diberi penataran berkaitan penskoran

penskoran
4 Keselarasan skor 98 % sekolah sudah selaras dalam penskoran

5 Selisih skor Selisih skor adalah kurang 0.5 dan tidak memerlukan
penskoran semula
NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

Bi Perkara Laporan ringkas


l
6 Punca selisih skor Konstruk 1, selisih skor disebabkan oleh prosedur yang ditulis
menggunakan ayat aktif dan pembolehubah tanpa parameter
Konstruk 4, kerana perbincangan dibuat dalam bentuk soalan
dan pelajar tidak menyatakan "hipotesis di terima"

7 Cadangan
Dibuat penataran semula
mengurangkan Kursus dalaman oleh ketua pentaksir sekolah
selisih skor

RUMUSAN PENYELARASAN SKOR :

Konstr Bilangan Pentaksir berdasarkan purata selisih skor


< 0.5 0.5 hingga 1.0 >1.0
uk
( boleh diterima (perlu penskoran (perlu
dan tidak semula dan tidak penskoran
memerlukan perlu penyelarasan semula dan
penskoran semula) ke-2) penyelarasan
ke-2)
I 4
III 4
IV 4

3. PRESTASI KESELURUHAN
i. Secara keseluruhannya pelaksanaan dan penskoran lebih baik kerana lebih ramai
pentaksir yang mengikuti arahan yang diberikan semasa penataran dan merujuk Buku
Panduan Peka atau Manual Pengendalian PEKA.

ii. Pentaksir Sekolah memahami peraturan penskoran dan telah melakukan penandaan
dan penskoran setiap konstruk bagi setiap evidens. Calon dapat menyediakan 4 evidens
.
4 PRESTASI TERPERINCI
4.1 Laporan pemantauan pentadbiran PEKA
Kekerapan pemantauan : Sekali setahun

KEKUATAN:
i. KPS menyediakan fail pengurusan yang lengkap, kemaskini dan disimpan
dengan teratur
ii. Evidens yang disediakan adalah mencukupi dan telus.
iii. Proses penandaan dan penskoran bagi semua evidens dijalankan dengan teliti
dan tekal
iv. Kerjasama daripada pihak Pentabiran sekolah memuaskan

KESILAPAN
NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

i. Terdapat segelintir guru yang menganggap PEKA tidak penting dan


perlaksanaannya tidak konsisten
ii. Pemantauan dalaman tidak dijalankan dengan berkesan.
iii. Kebanyakan pentaksir tidak peka dengan penambahan contoh evidens yang
telah diberikan semasa penataran setiap tahun. Ini menyebabkan masih ada
sebahagian kecil pentaksir yang memilih eksperimen yang tidak sesuai.

CADANGAN

i. Pihak Pengurusan perlu melakukan pemantauan terhadap perlaksanaan PBS


dengan merujuk kepada instrumen yang disediakan atau ditetapkan.
ii. Pihak Sekolah hendaklah memastikan KPS dan PS yang dilantik telah
mengikuti penataran PEKA.
iii. Pihak Sekolah hendaklah memastikan KPS mengadakan kursus dalaman
penataran PEKA kepada PS yang dilantik oleh pihak sekolah.

4.1 LAPORAN PRESTASI CALON

KEKUATAN

i. Kebanyakan calon dapat melengkapkan empat evidens mengikut konstruk yang


ditaksir
ii. Calon memperolehi skor maksimum bagi setiap konstruk yang ditaksir.
iii. Calon menulis evidens dalam bahasa Melayu

KELEMAHAN

i. Calon masih keliru untuk mengenalpasti pembolehubah serta membuat jadual


dengan betul.
ii. Calon meniru laporan calon lain lain atau menyalin terus evidens daripada buku
rujukan

KESILAPAN

i. Calon tidak dapat mengaitkan pembolehubah bergerak balas dan


dimanipulasikan dengan betul dalam jadual data
ii. Calon tidak dapat mentafsir data berdasarkan keputusan eksperimen dalam
jadual

CADANGAN

i. Semua calon mesti menghadiri penataran PEKA supaya mereka jelas dengan
garis panduan penskoran yang disediakan.
ii. Fail calon perlu diseragamkan supaya lebih kemas
NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

iv. Perlu disediakan tempat / bilik khas untuk penyimpanan evidens


v. Pelajar perlu diberi peluang dan bimbingan beberapa kali sehingga mencapai
tahap skor maksimum

5. KOMEN TENTANG INSTRUMEN

(i) Bentuk

Laporan PEKA untuk menilai konstruk I, II dan IV. Senarai semak untuk
menilai konstruk II dan IV

(ii) Kecukupan

Bilangan evidens adalah mencukupi. Minima sebanyak empat


evidens dalam masa dua tahun.

6. SARANAN KEPADA CALON

(i) Menambahkan kemahiran membina ayat pasif

(ii) Perlu sedar kepentingan PEKA dalam menjawab soalan Kertas 2 Bahagian A
dan soalan 10 Bahagian C.

7. SARANAN KEPADA GURU

(i) Calon perlu melakukan leksperimen dalam kumpulan yang lebih kecil
bilangan ahlinya(3 4 orang).

(ii) Calon perlu diberi kebebasan untuk menentukan topik eksperimen


berdasarkan sukatan pelajaran.

(iii) Guru melatih pelajar menulis ayat prosedur dengan menggunakan ayat pasif
yang betul

8. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN PEKA

(i) PEKA dianggap tidak penting kerana ia tidak menyumbangkan sebarang


markah dalam penilaian keseluruhan subjek Sains Teras dalam SPM.

(ii) Terdapat segelintir guru yang tidak bersungguh-sungguh dalam


melaksanakan PEKA
(iii) Guru sains dari sekolah agama rakyat tidak mendapat pendedahan penataran
sains dan disislihkan dari menghadiri kursus serta mesyuarat yang berkaitan
dengan PEKA sains

9. CADANGAN

(i) Pihak LPM mengeluarkan Sijil PEKA.

(ii) Pihak LPM atau JPN perlu memberi penekanan kepada pihak pengurusan
NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

semua sekolah untuk menjalankan pemantauan dalaman bagi meningkatkan


kebolehpercayaan PEKA
(iii) Sekolah-sekolah agama rakyat perlu dijemput sama bagi mereka memahami
penataran sains
10. PENUTUP

Secara umum PEKA SAINS telah dilaksanakan dengan baik di kebanyakkan


sekolah . Walau bagaimanapun perlu ada penambahbaikan supaya
kesahan dan kebolehpercayaannya menjadi lebih tinggi dan isu-isu berkaitan
PEKA dapat dikurangkan.

Azizan Tarikh :
16/6/14
( AZIZAN B YAHAYA )

Pentaksir PEKA* Pentaksir Kawasan

Negeri KEDAH
* Nyatakan sama ada Pentaksir Kawasan / Ketua Pentaksir Negeri / Ketua
Pentaksir
Kebangsaan
NAMA KPKw : AZIZAN BIN YAHAYA

You might also like