IBNU RUSYDIbnu Rusyd atau nama sebenarnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir pada tahun 1126 merupakan ahli falsafah agung dalam bidang perubatan. Beliaudilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang dalam dunia Islam tetapi juga di Eropah. Oleh itu, beliau dikatakansebagai ahli falsafah paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Di barat beliau dikenali sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme. Bapa dandatuknya merupakan kadi di Cordova. Beliau telah dihantar untuk berguru dengan IbnuZuhr. Beliau telah mempelajari ilmu fiqh dan perubatan. Ibnu Rusyd mempunyaihubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin dan membolehkannya dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Beliau juga dilantik sebagai doktor istana pada 1182 selepas persaraan Ibn Tufail .Beliau dibuang ke daerah Alaisana keranadesakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid. Apabila beliau pulang semula ke Cardova beliau tidak diterima dan disisihkan oleh masyarakat.Kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidmenyedari kesilapan yang dilakukannya. Buku Al Taysir yang diterjemahkan dalam bahasa Latin mempuyai terjemahan dalam bahasa Inggeris iaitu Facilititation of Treatment yang merupakan buku yang terkenal dalam bidang falsafah pernah dihasilkanoleh beliau. Kedudukannya telah dipulihkan namun setelah beliau meninggal dunia dan beliau telah meninggalkan ilmu dan tulisan seperti dalam bidang falsafah, ilmu kalam,talak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa dan nahu.