You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA KUALA KLAWANG

71600 KUALA KLAWANG,JELEBU, NEGERI SEMBILAN


Tel : 06-6138523
Fax: 06-6136859
E-mail: smrakk@streamyx.com
______________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SMRAKK.06/02/003 ( )
Tarikh : 19 April 2010

Kepada,

DSP Setapa Bin Yusoff,


Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Daerah Jelebu,
71600 KUALA KLAWANG.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN GELANGGANG BOLA TAMAPAR SERTA KHIDMAT


JURULATIH

Adalah dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin menggunakan gelanggang bola tampar pada
ketentuan berikut:

Tarikh : 12, 13 dan 14 April 2010 (Jumaat)


Masa : 3.00 hingga 5.00 petang

3. Di samping itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat membantu menyediakan
khidmat jurulatih. Hal ini kerana pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk melatih pelajar-pelajar
kami.

4. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERDISIPLIN, CEKAP, DEDIKASI”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
(ROZANA BINTI YAHYA)
Penolong Kanan Kokurikulum
b.p. Pengetua,
SMRA Kuala Klawang.

You might also like