You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

JABATAN KERJA RAYA NEGERI


KEDAH DARUL AMAN BIL. 09/1998

TARIKH : 18 November, 1998 ( RABU )


MASA : 09.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT TINGKAT 4,
BANGUNAN SULTAN ABDUL HALIM,
ALOR SETAR.

YANG HADIR :

1. Pengarah - Pengerusi ( Dr. Nordin bin Yunus )

2. Arkitek Kanan-( Tuan Haji Md. Zainol bin Hamid )

3. Penolong Pengarah Jalan-( Ir. Haji Roshdi bin Abd. Rahman )

4. Wakil Penolong Pengarah Bangunan-( Encik Azizan bin Ab. Rahman )

5. Wakil Jurutera Kerja Kanan (Bekalan Air) -( Encik Ismail bin Md. Zain )

6. Jurutera Mekanikal Kanan-( Encik Ambri bin Osman )

7. Penolong Pengarah Elektrik-( Ir. Hj. Azman bin Ahmad )

8. Jurukur Bahan Kanan-( Puan Rusmah binti Ahmad )

9. Jurutera Kerja Kemajuan-( Ir. Haji Azhari bin Haji Abdullah )

10. Pegawai Tadbir-( Encik Mohd. Fisol bin Md. Noh )

11. Jurutera Daerah Kota Setar/Padang Terap -( Ir. Abd. Manan bin Embong )

12. Jurutera Daerah Kuala Muda/Sik-( Encik Ahmad Latif bin Abd. Hamid )

13. Jurutera Daerah Baling-( Ir. Mohd. Fauzi bin Mat Zain )

14. Wakil Jurutera Daerah Kulim / Bandar Baharu-( En. Abd. Halim bin Rahman )

15. Jurutera Daerah Kubang Pasu-( Encik Hisam bin Ismail )


16. Jurutera Daerah Pendang/Yan-( Ir. Rosli bin Mohamad )

17. Jurutera Daerah Langkawi-( Ir. Ismail bin Che Ros )

18. Jurutera Kerja Air Kedah Utara-( Encik Abdul Ghapar bin Daud )

19. Jurutera Kerja Air Kedah Tengah-( Tuan Haji Azme bin Hassan )

20. Jurutera Kerja Air Kedah Selatan-( Encik Abdul Fatah bin Nordin )

21. Jurutera Bekalan Air Langkawi-( Encik Abd. Rahim bin Mohammed )

22. Unit Komputer - Setiausaha-( Puan Hamidah binti Mat Rasid )

1.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat yang lalu disahkan tanpa sebarang pindaan.

2.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT BIL 8/98

2.1 Peraturan Dan Proses Perolehan Kerajaan Bagi


Kerja-kerja Kecil Yang Diamalkan di Jabatan Kerja Raya

Tuan Pengerusi menjelaskan bahawa kerja undi dilakukan apabila kontrak bernilai
kurang dari RM 50,000.00 dan ada jadual kadar harga.

Makluman

2.2 Kontrak Penyelenggaraan Jalan

2.2.1 Kontrak Penyelenggaraan Jalan Negeri

Jurutera Daerah Pendang / Yan melaporkan bahawa kerja-kerja yang dilaksanakan


oleh kontraktor yang dilantik terlalu lambat. Tuan Pengerusi mengarahkan Jurutera
Penyelenggaraan Jalan mendapatkan maklumbalas dari semua Jurutera Daerah dan
sediakan satu laporan untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : J/Penyelenggaraan Jalan

2.2.2 Kerja Bekalan Premix

Jurukur Bahan Kanan melaporkan bahawa Lembaga Tender belum membuat


keputusan.
Tindakan : Jurukur Bahan Kanan

2.3 Kajian Terhadap Perjawatan Yang Sediaada

Kajian sedang dijalankan oleh Pegawai Tadbir.

Tindakan: Pegawai Tadbir

2.4 Senarai Projek Rancangan Malaysia Ke 7

2.4.1 Projek Bangunan (KPLB)
Projek Pusat Pertumbuhan Kanak-Kanak di Kg. Gulau, Sik

Penolong Pengarah Bangunan melaporkan bahawa masalah tapak belum dapat


diselesaikan. Jurutera Daerah Kuala Muda/Sik melaporkan bahawa Pegawai KEMAS
telah memohon tapak milik Kerajaan Negeri berhadapan tapak cadangan asal.

Tindakan : Pen. Pengarah Bangunan


JD Kuala Muda / Sik

2.4.2 Projek Jalan Luar Bandar

Penolong Pengarah Jalan diminta mengambil tindakan untuk mempercepatkan projek-


projek Jalan Luar Bandar yang mana telah diluluskan sejak tahun 1996.

Tindakan : Pen. Pengarah Jalan

2.5 Kajian Mengambil-alih Penyelenggaraan Lampu Isyarat

Penolong Pengarah Jalan memaklumkan bahawa satu mesyuarat telah diadakan


dengan Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) pada 07.11.1998 bagi memaklumkan
keputusan mengambilalih lampu isyarat bandar Alor Setar bermula 01.01.1999 di mana
pihak MPKS telah bersetuju.

Penolong Pengarah Jalan turut meminta semua Jurutera Daerah memulakan


perbincangan dengan Kerajaan Tempatan di daerah masing-masing bagi tujuan
pengambilalihan lampu-lampu isyarat.

Tindakan: semua Jurutera Daerah

2.6 Kumpulan Meningkat Mutu Kerja

Pegawai Tadbir melaporkan bahawa beliau telah memilih Jurutera Kerja Air Kedah
Tengah dan Jurutera Kerja Air Kedah Selatan menghadiri Konvensyen KMK Malaysia
yang akan diadakan pada 23.11.1998.
Makluman

2.7 Bekalan Air ke Kg. Sg. Getah

Jurutera Kerja Air Kedah Tengah diarahkan memastikan bahawa air dapat dibekalkan
ke kampung tersebut selewat-lewatnya pada 28.02.1999.

Tindakan: JKA Kedah Tengah

2.8 Peruntukan bagi Penyelenggaraan Jalan Persekutuan - Penutupan Akaun

Jurukur Bahan Kanan melaporkan bahawa daerah-daerah yang belum menyelesaikan


penutupan akaun adalah seperti di bawah :

No. Kontrak /  Perakuan


Projek
Kontraktor Muktamad
Daerah Kota Setar / Padang
Terap F/K/34/92 
Belum
1. Penyelenggaraan Jalan BINA & KUARI
Persekutuan tahun 1992
Daerah Kuala Muda / Sik
F/K/23/96 Hantar untuk kelulusan 
1. Penyelenggaraan Jalan
HAZAN ENT. PKR 17/10
Persekutuan tahun 1996
Minta Jurutera Daerah   hantar
2. Penyelenggaraan Jalan F/K/36/92
ringkasan PPJHK dan ringkasan
Persekutuan tahun 1992 HARI JAYA
Interim.
3. Penyelenggaraan Jalan S/K/5/96  Minta Jurutera Daerah sedia
Negeri tahun 1996 YIKED KUARI ringkasan PPJHK dan bayaran.
Minta Jurutera Daerah hantar
4. Penyelenggaraan Jalan S/K/15/92
ringkasan PPJHK dan bayaran
Negeri tahun 1992 UMW (YIKED)
interim.
Daerah Kulim / Bandar Baharu
F/K/30/96 Dikembalikan Jurutera Daerah
1. Penyelenggaraan Jalan
HARI JAYA untuk pembetulan.
Persekutuan tahun 1996
2. Penyelenggaraan Jalan F/K/37/92 Hantar kelulusan
Persekutuan tahun 1992 HARI JAYA PKR
3. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/7/96 Dikembalikan Jurutera   Daerah
tahun 1996 YIKED KUARI untuk pembetulan
Minta Jurutera Daerah   hantar
4. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/14/92
ringkasan PPJHK dan bayaran
tahun 1992 UMW (YIKED)
interim.
Daerah Kubang Pasu
   
Selesai
Daerah Pendang / Yan
F/K/26/96 Hantar kelulusan   PPJHK No. 3
1. Penyelenggaraan Jalan
PRODRABENA kepada PKR 17/10
Persekutuan tahun 1996
2. Penyelenggaraan Jalan F/K/12/95
Hantar kelulusan  PKR 17/10
Persekutuan tahun 1995 HAZAN ENT.
3. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/4/96 Hantar kelulusan PPJHK No. 4
tahun 1996 BINA & KUARI pada PKR 17/10
Daerah Langkawi
F/K/11/95 Minta Jurutera Daerah   buat
1. Penyelenggaraan Jalan
PRODRABENA pelarasan semula
Persekutuan tahun 1996
2. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/2/96
Belum
tahun 1996 HOSNA
3. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/3/93
Belum
tahun 1992 HOSNA
Daerah Baling
F/K/27/96
1. Penyelenggaraan Jalan Belum terima
JUWANA
Persekutuan tahun 1996
2. Penyelenggaraan Jalan F/K/40/92
Belum
Persekutuan tahun 1992 JAMIL GHANI
3. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/6/96 
Tunggu Vop Jurutera Daerah
tahun 1996 BINA & KUARI
4. Penyelenggaraan Jalan Negeri S/K/12/92  Minta Jurutera Daerah Sedia
tahun 1992 BINA & KUARI perkiraan Vop

Tindakan : semua Jurutera Daerah


Jurukur Bahan Kanan

2.9 Pengambilan Tanah Bagi Projek Jambatan Tandop Melele

Tuan Pengerusi mengarahkan Jurutera Daerah Kubang Pasu berbincang dengan


Penolong Pengarah Jalan bagi menyelesaikan masalah pampasan ini.

Tindakan: Jurutera Daerah Kubang Pasu


Penolong Pengarah Jalan

2.10 JKR MS ISO 9000

Penolong Pengarah Bangunan melaporkan bahawa pelaksanaan ISO 9000 di JKR


Kedah agak terkebelakang berbanding JKR Negeri lain. Sehubungan dengan itu beliau
berharap semua Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah mengambil perhatian yang lebih
serius ke atas tindakan-tindakan yang melibatkan bahagian / daerah masing-masing.

Beliau turut mengumumkan perkara-perkara berikut :

i) Work Instruction 4 telah diedarkan kepada Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah
untuk tindakan seterusnya.

ii) Maklumat MS ISO 9000 boleh didapati dalam CD dan boleh dibeli di INTAN. Pegawai
Tadbir telah diminta membeli satu unit dan diserahkan kepada Unit Komputer untuk
dimasukkan ke dalam laman Web JKR Kedah.
iii) Audit Dalam akan datang kemungkinannya pada bulan Disember. Semua pihak
terlibat diminta bersedia.

iv) Jurutera Daerah diminta mendapatkan kerjasama kontraktor bagi projek-projek yang
terlibat dengan pelaksanaan ISO 9000.

v) Maklumbalas tentang masalah pelaksanaan ISO 9000 boleh diserahkan kepada


Penolong Pengarah Elektrik untuk dikemukakan kepada Ibu Pejabat.

vi) Bilik Khas ISO 9000 JKR Kedah akan diujudkan di Bahagian Arkitek.

Tindakan: semua Jurutera Daerah


semua Ketua Bahagian

2.11 Fenomena La-Nina

2.11.1 Tuan Pengerusi mengingatkan Jurutera Daerah dan Jurutera Kerja Air supaya
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan untuk menangani masalah banjir bagi
memastikan gangguan yang minimum kepada orang ramai.

Tindakan : semua Jurutera Daerah


semua Jurutera Kerja Air

2.11.2 Tuan Pengerusi mengarahkan supaya maklumbalas mengenai banjir hendaklah


dilaporkan segera kepada beliau. Tuan Pengerusi boleh dihubungi melalui :

Handphone :             019-4447777      
No. Fax : 04-7341616
Internet : jkrked @ po.jaring.my

Makluman

2.11.3 Tuan Pengerusi mengarahkan semua Jurutera Daerah memastikan kehadiran


wakil JKR dalam Bilik Gerakan Banjir Daerah. Bagi memudahkan perhubungan di
antara daerah-daerah berdekatan, senarai pegawai yang patut dihubungi untuk semua
daerah hendaklah di’compile’ dan diedarkan kepada setiap daerah.

Tindakan : semua Jurutera Daerah

2.12 Pusat Aduan

Pegawai Tadbir diarah membentangkan aduan masalah banjir yang diterima oleh Pusat
Aduan di dalam Mesyuarat Pagi.

Tindakan : Pegawai Tadbir


2.13 Laporan SKALA

Tuan Pengerusi sekali lagi mengingatkan semua Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah
supaya melengkapkan No. Rujukan Setia bagi setiap projek.

Tindakan : semua Ketua Bahagian


semua Jurutera Daerah

2.14 Puspanita

Jurukur Bahan Kanan selaku Timbalan Pengerusi Puspanita JKR Kedah Darul Aman
melaporkan bahawa Mesyuarat Puspanita yang diadakan pada 03.10.1998 telah
memutuskan bahawa semua isteri Ketua Bahagian / Jurutera Daerah telah dilantik
sebagai ex-officio. Beliau seterusnya memaklumkan keahlian Puspanita sehingga kini
seramai 128 orang dan berharap mencapai sasaran 300 keahlian.

Makluman

2.15 Rumah Perahu

Jurutera Mekanikal Kanan melaporkan bahawa perahu-perahu yang rosak akan dibaiki
sendiri oleh pihak istana.

Makluman

3.0 LAPORAN DARI ATAS

3.1 Surat-Surat Pekeliling daripada Ketua Pengarah Kerja Raya

Jurukur Bahan Kanan telah mengedarkan senarai suarat-surat pekeliling berikut iaitu
dari bulan Sept. - Okt.1998.

  Perkara Tarikh Edaran Dari KPKR


a) Garis Panduan Penggunaan Wang Jaminan Pelaksanaan.
21.10.1998
Ruj. (18) dlm. JKR:KPKR.020.050/03 Jld.2
b) Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan
27.10.1998
Ruj. (22) dlm. JKR:KPKR:061-030/01 Jld.3
c) i. Pindaan Pertama Kepada Pekeliling KPKR Bil.2/1996 -
Pindaan Peraturan Pembayaran Bahan Dan Barang- 03.09.1998
Barang Tak Pasang Di Tapak Bina
  ii. Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling KPKR Bil.
2/1990 - Nilai-nilai Minimum Bagi Bayaran Interim Di
Bawah Syarat-Syarat Kontrak JKR Borang 203 Dan 203A 03.09.1998
Semakan 10/83.
Ruj. (17). JKR:KPKR.020.050/03 Jld.2
d) Panduan Bagi Mempercepatkan Kelulusan  Secara Prinsip 21.10.1998
Bagi Perubahan Kerja Yang Perlu Dilaksanakan Dengan
Segera. 
Ruj. (20) dlm. KPKR.020.050/03 Jld.2
e) Bayaran Terus Kepada Juruperunding Bagi Projek-Projek
Yang Dilaksanakan Secara ‘Design & Build’ atau ‘Turnkey’ 03.09.1998
Ruj. (19) dlm. JKR:KPKR.020/050/03 Jld.2
f) Prestasi Kewangan Projek-Projek Pembangunan 
28.10.1998
Ruj. (23) dlm. JKR:KPKR.061.030/01 Jld.3

Makluman

3.2 Laporan Kerja Tender

Jurukur Bahan Kanan juga telah mengedarkan senarai 20 projek yang berada dalam
status tender sehingga 18.11.1998.

Makluman

4.0 LAPORAN DARI BAWAH

4.1 Jurutera Daerah Kubang Pasu melaporkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri
bercadang mengambilalih tapak stor JKR di Changloon (berdekatan Sek. Keb. Wan
Cemara). Tuan Pengerusi menyerahkan kepada Daerah untuk membuat keputusan.

Tindakan : Jurutera Daerah Kubang Pasu


Pegawai Tadbir

4.2 Jurutera Daerah Langkawi memaklumkan bahawa banyak peristiwa (event) akan
berlangsung di Langkawi dari 04 - 07 Disember, 1998. Sehubungan dengan itu beliau
memerlukan bantuan dari JKR KS/PT dan Daerah Kubang Pasu bagi mengendalikan
persiapan tempat. Tuan Pengerusi tiada ketegahan.

Makluman

4.3 Wakil Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu melaporkan bahawa Jalan Kulim/
Serdang dan Jalan Air Putih ke Sungai Kechik telah ditutup kerana tanah runtuh.

Makluman

4.4 Jurutera Daerah Pendang / Yan melaporkan terdapat tanah runtuh dan pokok
tumbang di beberapa tempat di atas jalan menuju ke Puncak Gunung Jerai.
Walaubagaimanapun jalan masuk boleh dilalui oleh kenderaan.

Makluman

4.5 Jurutera Daerah Baling melaporkan terdapat tanah runtuh di Jalan Tanjung Pari ke
Gulau. Beliau mencadangkan kajian terperinci dijalankan kerana keruntuhan adalah
serius.
Tindakan : Penolong Pengarah Jalan
Jurutera Daerah Baling

4.6 Jurutera Daerah Baling juga melaporkan banyak tempat didapati cerun tidak stabil
di sepanjang Jalan Keroh / Baling / Pengkalan Hulu. Tuan Pengerusi mengarahkan
Jurutera Daerah mengawasi keadaan dari masa kesemasa.

Tindakan : Jurutera Daerah Baling

4.7 Jurutera Kerja Air Kedah Tengah melaporkan mangsa banjir dari Kampung Sidam
telah menumpang sementara di Loji Air Kulim Hi-Tech kerana tempat pemindahan yang
telah ditetapkan tidak sesuai diduduki. Tuan Pengerusi mengarahkan Jurutera Kerja Air
menghubungi Pegawai Daerah bagi menyelesaikan masalah tempat pemindahan banjir
dengan secepat yang mungkin.

Tindakan : JKA Kedah Tengah

4.8 Jurutera Daerah Kuala Muda / Sik melaporkan sebahagian jalan dari Tikam Batu ke
Pantai Merdeka telah ditutup kerana dinaiki air.

Makluman

4.9 Jurutera Kerja Air Kedah Selatan melaporkan bahawa disebabkan jalan runtuh di
Jalan Air Putih / Sungai Kechik , paip air telah tergantung dan kemungkinan bekalan air
akan terganggu di kawasan berkenaan.

Makluman

5.0 KEWANGAN

Pegawai Tadbir melaporkan Belanja Mengurus & Pembangunan JKR Kedah sehingga
Oktober 1998 ialah :

Belanja Mengurus : RM 38,963,892.34 (67.58 %)


Belanja Pembangunan : RM 215,844,762.49 (58.14 %)
Perbelanjaan Keseluruhan : RM 254,808,654.83 (59.41 %)

6.0 LAPORAN PROJEK-PROJEK YANG SEDANG DILAKSANAKAN

6.1 Sekolah Kebangsaan Junjung II

Wakil Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu melaporkan bahawa projek ini telah siap
dan diserahkan kepada pelanggan pada 16.11.1998. Walaubagaimanapun padang
sekolah telah dikeluarkan dari skop kerja.
Makluman

6.2 Sekolah Menengah Kubang Rotan

Jurutera Daerah KS/PT melaporkan bahawa kerja-kerja di tapak terlalu lambat.


Kemajuan hingga kini 90 / 100 %. Tuan Pengerusi mengarahkan supaya projek ini
dimansuhkan pada 24.12.1998.

Tindakan : Jurukur Bahan Kanan


Jurutera Daerah (KS/PT)

6.3 Jambatan Kg. Pauh / Kg. Dudur / Lubuk Kawah

Penolong Pengarah Jalan melaporkan bahawa kerja berjalan lancar dengan kemajuan
kini 50 %.

Makluman

6.4 Jalan Junjung ke Relau

Jurutera Daerah Kulim / Bandar Baharu melaporkan bahawa pembinaan jalan ini belum
dapat dilaksanakan disebabkan masalah sosial. Penolong Pengarah Jalan telah
menulis surat kepada Dato’ Kadir (Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu) bagi
menyelesaikan masalah ini. Tuan Pengerusi meminta supaya salinan surat tersebut
ditunjukkan kepada beliau.

Tindakan : Penolong Pengarah Jalan

6.5 Hapuskira Bil-Bil Air Untuk Sekolah-Sekolah

Tuan Pengerusi mengarahkan Jurutera Kerja Kanan (Bekalan Air) meng’compile’kan


semua bil-bil air Jabatan Pendidikan dan menyediakan kertas kerja kepada Pegawai
Kewangan Negeri.

Tindakan : Jurutera Kerja Kanan (B/Air)

6.6 Kawasan Rehat Tepi Jalan

Jurutera Daerah Baling melaporkan bahawa kawasan rehat di tepi Jalan Baling
Pengkalan Hulu sedang dalam pembinaan.

Jurutera Daerah Kuala Muda / Sik melaporkan bahawa kawasan rehat berdekatan
Tikam Batu telah dikenalpasti tetapi masih menunggu Jurutera Penyelenggaraan Jalan
untuk membuat lawatan bersama sebelum dilaksanakan.
Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan masih berbaki RM 500,000.00, oleh
itu mana-mana daerah yang mempunyai tanah rezab tepi jalan (Persekutuan) boleh
dikemukakan untuk dibangunkan sebagai kawasan rehat.

Tindakan : Jurutera Daerah

6.7 Perakuan Muktamad

Tuan Pengerusi mengarahkan semua Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah menyemak
dan mengemaskini maklumat projek yang siap tetapi belum disediakan Perakuan
Muktamad (berpandukan laporan SKALA yang diedarkan) dan maklumat tersebut mesti
dikemukakan kepada Jurukur Bahan Kanan sebelum 16.12.1998. Format laporan
mengikut format yang telah disediakan oleh Bahagian Bangunan.

Tindakan : semua Ketua Bahagian


semua Jurutera Daerah

6.8 Sekolah Khas Baling

Jurutera Daerah Baling melaporkan bahawa projek ini tidak akan siap mengikut jadual
iaitu pada 18.12.1998. Beliau dimaklumkan bahawa sekolah tersebut akan tetap
beroperasi mulai Jun 1999. Oleh itu mereka meminta supaya dikeluarkan ‘partial
completion certificate’. Buat sementara pelajar-pelajar akan diserap ke sekolah-sekolah
berhampiran.

Tindakan : Jurukur Bahan Kanan


Jurutera Daerah Baling

7.0 MEMBINCANGKAN PROGRAM / PROJEK BARU

7.1 Kerja Penyelenggaraan Bekalan Air

Tuan Pengerusi mengarahkan Jurutera Kerja Kanan (Bekalan Air) menyediakan


dokumen kontrak untuk penyelenggaraan bekalan air bagi seluruh Negeri Kedah
(centralized) seperti berikut :

i) Kontrak Penyelenggaraan dan Pembaikan


ii) Kontrak Baikpulih dan Naiktaraf

Dokumen tersebut mesti disiapkan pada awal tahun 1999.

Tindakan : Jurutera Kerja Kanan (B/Air)

8.0 PERJAWATAN
8.1 Perjawatan Sementara & Kontrak (N9-Negeri)

Pegawai Tadbir melaporkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada Pegawai
Kewangan Negeri untuk kelulusan mengekalkan perjawatan tersebut.

Makluman

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Jurutera Kerja Air Kedah Utara melaporkan bahawa syarat elaun lebih masa 1/3 gaji
menyebabkan beliau tidak boleh mengaturkan jadual kakitangan untuk ‘standby’ bagi
paip pecah kerana tidak cukup kakitangan untuk ‘rotate’. Masalah yang sama turut
dihadapi oleh Jurutera Kerja Air Kedah Tengah dan Jurutera Kerja Air Kedah Selatan.

Tuan Pengerusi mengarahkan supaya Jurutera Kerja Air membuat semakan kos yang
terlibat sekiranya elaun lebih masa dibayar seperti biasa.

Tindakan : JKA (Kedah Utara)


JKA (Kedah Tengah)
JKA (Kedah Selatan)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari.

Disediakan oleh :

...............................................

( Hamidah bt. Mat Rasid )

Setiausaha,
Mesyuarat Pengurusan
Jabatan Kerja Raya Negeri
Kedah Darul Aman.

HMR/ ta/MIN_URUS8DOC /December 6, 1998

You might also like