You are on page 1of 12

SULIT 1103/2(PP)

1103/2
Bahasa
Malaysia
Kertas 2
Skema
Jawapan
Ogos 2008
2 ½ jam

EXCEL 2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

BAHASA MALAYSIA

Kertas 2

SKEMA JAWAPAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Skema jawapan ini mengandungi halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
2
SULIT 1103/2(PP)

Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [ 20 markah ]

Nota

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah


(i) Pendahuluan 2
12
(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11
16
4
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5

(iv) Penutup/Kesimpulan 2
Jumlah Markah 20

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
3
SULIT 1103/2(PP)

Pendahuluan / Pengenalan [ 2 markah ]

Petikan membincangkan keburukan / impak negatif amalan rasuah.

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ] Markah

1. Segala urusan pentadbiran sengaja dihalang bagi mendapatkan habuan. 2

2. Merintis kepada budaya rasuah yang lebih besar. 2

3. Boleh menimbulkan ketidaklicinan / ketidakcekapan dalam jentera pentadbiran kerajaan. 2

4. Segala tindakan akan memikirkan habuan yang bakal diterima. 2

5. Melahirkan suasana ketidakadilan dalam masyarakat. 2

6. Rakyat biasa akan tersekat dalam usaha mereka untuk menikmati kehidupan lebih baik. 2

7. Kos pengendalian syarikat meningkat. 2

Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah ] Markah

1. Ingin menikmati kemewahan dengan jalan singkat. 2

2. Tekanan hidup yang semakin mendesak. 2

3. Kurang didikan agama / moral. 2

4. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak tegas. 2

Kesimpulan / Penutup [ 2 markah ]

Kesimpulannya semua pihak hendaklah berusaha untuk membanteras gejala rasuah


agar imej negara terus terpelihara.
2
4

(b) Bahasa [ 10 markah ]

Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
jadual berikut:
Markah Markah
Peringkat Huraian Bahasa
Isi Bahasa
- Kesinambungan isi baik
18 – 20 9 – 10 - Struktur ayat/tatabahasa baik
Baik
15 – 17 7–9 - Kosa kata luas
- Tanda baca/ejaan betul
- Kesinambungan isi masih baik
- Struktur ayat/tatabahasa masih
12 – 14 6–7
Sederhana memuaskan
8 – 11 4–6
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda baca/ejaan juga memuaskan
- Pada keseluruhannya dalam serba
Lemah 1–7 1–4
kekurangan/tidak memuaskan

Nota
(i) Umumnya markah bahasa 50% markah isi.
(ii) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(iii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iv) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.
(v) Jika rumusan kurang 120 perkataan, markah tidak dipotong.

[ Markah Bahasa, Maksimum: 10 markah]

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
5
SULIT 1103/2(PP)

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markah


Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu tepat/betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukan sahaja.
4. Kesalahan bahasa dan ejaan hendaklah ditolak ½ markah daripada setiap ceraian
soalan.
5. Jawapan bagi Soalan 2(b), 2(c) dan 2(d) mestilah berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu yang ditetapkan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum Markah

(i) Maksud:
- menjadi asas kepada gejala yang lebih buruk 2
[Maksimum: 2 markah]

(ii) Langkah-langkah mengatasi rasuah :


- konsep kepimpinan melalui teladan 1
- semua pihak harus menghindari diri daripada rasuah 1
- sikap membenci rasuah harus dipupuk sejak kanak-kanak 1
- melalui pendidikan menentang rasuah 1
- anggota masyarakat perlu bekerjasama dengan BPR 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Pendapat - Sebab-sebab rasuah membinasakan negara :


- kekurangan pelabur asing melabur di negara ini 1
- menggadai maruah negara di mata dunia/ menjejaskan imej negara 1
- memberi teladan buruk kepada generasi muda 1
- ketidakseimbangan pembangunan dari segi material dan sahsiah 1
- wawasan negara tidak tercapai 1

[Maksimum: 4 markah]

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
6
SULIT 1103/2(PP)

Soalan 2(b) : Petikan Cerpen Markah

(i) Sebab abah dan mama berpisah :


- wujudnya perbezaan taraf hidup / kerjaya / ilmu 1
- abah hanya guru sekolah rendah sedangkan mama usahawan berjaya 1
- abah berasa rendah diri dengan kerjaya mama 1
- perasaan ego antara mama dan abah 1

[Maksimum: 3 markah]

(ii) Kesan penceraian ibu bapa kepada anak-anak :


- anak-anak terpaksa buat pilihan sama ada tinggal dengan abah atau mama 1
- anak-anak tidak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa 1
- perasaan anak-anak akan terganggu / penyesuaian kepada kehidupan baru 1
- pelajaran anak-anak terganggu / merosot 1
- perubahan pada watak anak-anak- menjadi liar/pendiam 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Persoalan :
Daripada petikan (1) :
- Kegigihan ibu tunggal mendidik anak dan kejayaan yang dicapai tanpa
bantuan suami. 1

Daripada Cerpen (2):


- Kasih sayang dapat menghapuskan dendam seorang anak kepada ayahnya. 1
- Kesanggupan sahabat sejati bersama ketika susah atau senang. 1
- Perasaan rendah diri seorang suami terhadap kerjayaan isteri sehingga
membawa kepada perpisahan hidup. 1

[Maksimum: 3 markah]
Soalan 2(c) : Petikan Prosa Klasik

(i) Maksud berkotakan rias :


- berkubukan batang pisang 2

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Gambaran peristiwa todak melanggar Singapura setelah idea budak :


- Todak yang melompat terlekat jungornya di batang pisang 1
- Orang datang menetak todak 1
- Banyak todak mati / bangkai bertimbun-timbun di pantai 1
- Tiada lagi todak melompat
[Maksimum: 3 markah]

Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
7
(iii) Pendapat : Markah
Sebab Pembesar ingin budak cerdik itu dibunuh:
- khuatir kedudukan mereka akan tergugat 1
- khuatir budak tersebut lebih pintar apabila dewasa kelak 1
- maruah Pembesar tercabar dengan kepintaran budak tersebut. 1
- Pembesar berasa malu dengan masyarakat kerana budak dapat
menyelesaikan masalah 1

[Maksimum: 4 markah]

Soalan 2(d) : Petikan Puisi

(i) Sebab-sebab orang dagang mesti pandai bawa diri di perantauan :


- pedagang merantau seorang diri 1
- tidak ada saudara mara yang dapat membantu 1
- tidak ada saudara mara yang dapat memberikan nasihat / berunding 1

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Cara-cara melayan tetamu yang berkunjung ke rumah :


- bersikap mesra dengan tetamu 1
- menghormati tetamu / memberi perhatian kepada perbualan tetamu 1
- menyediakan hidangan yang sepatutnya kepada tetamu 1
- melayan tetamu dengan sopan / jaga tutur kata 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Nilai murni (3) :


- Nilai bersyukur dengan nasib yang menimpa 1
- Nilai sopan santun kepada tetamu 1
- Nilai pandai menyesuaikan diri semasa berada di perantauan 1
- Nilai menghormati tetamu 1

[Maksimum: 3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
8
SULIT 1103/2(PP)

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a): 6 markah


Soalan 3(b): 6 markah
Soalan 3(c): 6 markah
Soalan 3(d): 6 markah
Soalan 3(e): 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat.
7. Jika semua perkataan dipakai dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas tolak ½ markah daripada ayat itu sendiri.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

3 (a) Membina Ayat

(i) tulus - lurus hati, tidak ada tipu muslihat, jujur, ikhlas

telus - dapat masuk ke dalam lubang, terus menembusi

(ii) seloroh - kata-kata atau perbuatan yang tidak sungguh-sungguh tetapi mengelikan hati,
senda gurau yang lucu, berbuat kelakar, bersenda gurau.

seluruh - semuanya sekali dikira satu, segenap, meliputi atau mengenai semuanya sekali

(iii) cocok - kena benar, sesuai benar, sepadan, tidak bertentangan, setuju, sefahaman,
serasi, betul, tepat

cucuk - sesuatu yang runcing tajam (seperti jarum),untuk menikam atau


menyemat (sanggul) supaya tidak terurai, penjodoh bilangan bagi barang
yang ditusuk dengan lidi.

[Maksimum: 6 markah]

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
9
SULIT 1103/2(PP)

Perhatian bagi Soalan 3(b)


1. Pemeriksaan hendaklah dilakukan secara ‘impression’.
2. Markah :

Tahap Isi/Markah
Baik 5–6
Sederhana 3–4
Lemah 1–2

3. Ayat mesti ada 3. Jika kurang atau lebih daripada 3 ayat berikan 0m.
4. Jika susunan isi atau tanda baca tidak sempurna, walaupun isi cukup
markah maksimum hanya 5 sahaja.

3(b) Ayat tunggal kepada ayat majmuk : Isi penting

1. Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme, iaitu kegiatan merosakkan harta
benda awam yang dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab.

2. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu tetapi strategi itu mengambil
masa yang lama untuk membuahkan hasil.

3. Kini timbul satu masalah yang baru dalam kalangan remaja iaitu gengsterisme.

3(c) Kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan

(i) ejensi – agensi


menjalani – menjalankan

(ii) diada – diadakan


ke 52 – ke-52

(iii) marwah – maruah


menghindar – menghindarkan

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
10
SULIT 1103/2(PP)

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah atau tatabahasa

(i) penyiasatan – penyelidikan


satu setengah tahun – satu tahun setengah

(ii) melenting – melompat


ke kiri dan kanan – ke kiri dan ke kanan

berhenti – berlabuh
di dalam – dalam

3(e) Maksud peribahasa

(i) Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain.

(ii) Dua orang/dua pihak yang sama darjat/pencapaiannya.

(iii) Adat yang tidak boleh dilanggar.

[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
11
SULIT 1103/2(PP)

Soalan 4

Markah Penuh 15 markah


Perhatian bagi Soalan 4

1. Jawapan (a) berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.


2. Jawapan bagi (b) mestilah berdasarkan mana-mana dua novel yang dipelajari.
3. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.
4. Pemberian markah bahasa berdasarkan ‘impression’.
5. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.

Perhatian bagi (a)

(i) Jawapan tepat berdasarkan teks yang dipelajari.


(ii) Pernyataan mestilah benar dan disokong dengan contoh tepat.
(iii) Berikan 1 markah bagi pernyataan yang benar.
(iv) Berikan 1 markah bagi huraian yang tepat berkaitan novel yang dikaji.
(v) Markah maksimum untuk isi 4 markah (2 isi) dan markah maksimum untuk bahasa 3
markah.

Perhatian bagi (b)

(i) Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan.


(ii) Berikan 2 markah bagi huraian atau contoh.
(iii) Markah maksimum untuk isi 6 markah (2 isi setiap novel) dan markah maksimum
untuk bahasa 2 markah.

4(a) Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya

(1) Novel Terminal Tiga


¾ Peristiwa Rimpa menantikan reaksi Bang Maily setelah dia meminum minuman yang
memabukkan.
¾ Peristiwa Bang Maily enggan menunaikan permintaan Rimpa untuk memeluk agama
Islam.
¾ Peristiwa pesawat yang dinaiki Rimpa bergegar dan Rimpa membayangkan pesawatnya
terbabas daripada landasan.
¾ Peristiwa Jasmin memberitahu Rimpa bahawa Ruzaini berada di ASK.
¾ Peristiwa pesawat yang dinaiki Rimpa mengambil masa yang lama untuk mendarat di
KK.

(2) Novel Seteguh Karang


¾ Peristiwa punca yang menyebabkan Maysarah menjadi pemurung.
¾ Peristiwa sama ada Awanis dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Kak Nor.
¾ Peristiwa Awanis disuruh Encik Johari menunggang motosikal sedangkan Awanis tidak
pernah berbuat demikian.
¾ Peristiwa Awanis tersesat di ladang kelapa sawit.
¾ Peristiwa Awanis dicabar oleh Encik Johari untuk menjatuhkan setandan kelapa sawit.
¾ Peristiwa Awanis mencari keluarga kandung Anita, sama ada Anita akan diterima oleh
keluarga kandungnya atau tidak.
[Lihat sebelah
1103/2(PP) SULIT
12

1103/2(PP) SULIT

¾ Peristiwa sama ada Kak Maysarah selamat atau tidak setelah memakan pil tidur
berlebihan.
¾ Peristiwa Budi dipatuk ular sama ada Budi akan dapat diselamatkan atau tidak.

4 (b) Perbandingan watak utama iaitu antara Rimpa (TT) dengan Awanis (SK) :

Nota: Perbezaan.
¾ Rimpa berasal dari kawasan pedalaman Sabah tetapi Awanis berasal dari bandar iaitu
Ipoh, Perak.
¾ Rimpa berasal daripada keluarga yang miskin / penanam sayur tetapi Awanis berasal
daripada keluarga yang hidup senang / bapanya memiliki syarikat pembinaan, banyak
rumah sewa.

Nota: Persamaan.
¾ Kedua-duanya pelajar IPT iaitu belajar di ASK dalam bidang penulisan kreatif sementara
Awanis belajar di ITM, Arau dalam bidang pengurusan perladangan.
¾ Kedua-duanya sangat tabah iaitu Rimpa tabah menghadapi cabaran hidup setelah
ayahnya bertindak meninggalkan keluarganya sementara Awanis tabah menghadapi
cabaran hidup setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.
¾ Kedua-duanya taat akan perintah agama iaitu Rimpa tekun mengerjakan solat setelah
memeluk agama Islam sementara Awanis tekun bersolat walaupuan dia sibuk dan
kepenatan.
¾ Kedua-duanya penyayang iaitu Rimpa sayang akan keluarganya walaupun setelah dia
memeluk agama Islam sementara Awanis sayang akan Anita walaupun Anita adik
angkatnya.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

You might also like