You are on page 1of 1

Jalan Machang, Puteh, Kelantan.

Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2-6, Blok E13, Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Putrajaya. Tuan, Memohon Rayuan Untuk Mengikuti Temuduga Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) Ambilan Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya aaaaaaaaaaaaaaa (no k/p: 000000000) ingin membuat rayuan untuk mengikuti Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) ambilan Januari 20000. Kursus yang saya memohon ialah Pendidikan Pemulihan Khas,A117C0000P dan nombor rujukan adalah 03/A1170000P/728. 2. Untuk makluman tuan, saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru ganti tidak terlatih selama empat bulan di sekolah rendah dan dua bulan di sekolah menengah. Saya sangat berminat dalam bidang perguruan dan sanggup dihantar ke pedalaman serta Sabah dan Sarawak. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan dokumen sokongan dan sijil-sijil akademik yang berkaitan untuk rujukan tuan. 3. Dengan ini, saya memohon agar rayuan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan dan saya sedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jasa baik dan perhatian yang diberikan dari pihak tuan, saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian Terima Kasih. Yang benar,

11 ////////

(aaaaaaaaaaaaaaaaaaa)

You might also like