You are on page 1of 8

Transkripsi Temubual Temubual pertama Sampel Tarikh Masa Tempat : : : : Muhd Shahir Bin Haslam (Responden 1) 4 Julai 2011

1.00 -2.00 petang Bilik Guru, Sek. Keb. Gangsa, Melaka

Q : Assalammualaikum. Hari ini awak sangat bertuah kerana cikgu telah memilih awak untuk ditemuabual. Temubual ini adalah untuk kajian cikgu mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap soalan penyelesaian masalah dalam matematik. Boleh cikgu teruskan. R1 : Boleh, cikgu. Q : Soalan pertama saya, adakah soalan penyelesaian matematik sukar bagi awak? R1 : Tak adalah cikgu.saya seronok belajar matematik. Saya dapat menjana pemikiran saya. (sambil tersenyum). (M)

Q : Ermminat pada matapelajaran matematik atau minat pada cara cikgu yang mengajarnya? R1 : (Ketawa)saya suka dengan cara Cikgu Azila mengajar, cikgu. Dia suka bertanya samada saya dah sarapan atau belum. Kalau belum..pagi-pagi lagi saya dah dapat 3 biji kismis. Suara cikgu Azila juga lembut tapi boleh jadi kasar kalau saya tak buat kerja rumah(ketawa terbahak-bahak). Jadi saya tak rasa bosan bila belajar matematik lebihlebih lagi soalan penyelesaian masalah. Q : Selalu tak awak bertanya kepada cikgu bila ada masalah? R1 : Memanglah cikgu. Saya selalu angkat tangan. Saya ni agresif sikit cikgu, dapat soalan terus buat. kadang-kadang tu sampai cikgu Azila suruh saya beri peluang pada rakan yang lain. Tapi cikgu Azila tak pernah marah saya. Bestlah cikgu Azila. (KM) (K)

Q : Ada tak awak berbincang dengan kawan-kawan untuk dapatkan jawapan semasa nak menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang diberikan oleh cikgu?

R1 : Kalau soalan senang, saya buat sendiri cikgu. Tapi kalau susah, mula-mula cari kawan-kawan dulu.bila dah tak dapat jugak, baru tanya cikgu Azila. Q : Ada cuba rujuk buku lain tak selain daripada buku teks dan buku aktiviti? R1: Mak ayah saya banyak belikan buku rujukan cikgu. Sampai tak larat nak buat (sambil tersenyum). (SIB) (RS)

Q : Kalau aktiviti dalam kelas, apa aktiviti yang mendorong awak melibatkan diri menyertainya? Maksud saya dalam soalan penyelesaian masalah. R1 : Saya suka bila cikgu Azila adakan permainan sambil belajar. Q : Contoh? R1 : Contohnya, mula-mula kena ambil secara rawak soalan dalam botol yang telah disediakan, cuba jawab dan tulis penyelesaiannya di papan hitam. Bila dah selesaikan, rakan dalam kumpulan cari kertas jawapan dalam kotak yang dah disediakan jugak. Kalau ada jawapan yang sama seoerti yang saya tulis di papan hitammaknanya jawapan saya betul. Mencabar tau cikgu. Saya suka. (BBM)

Q : Adakah anda tertarik dengan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu? R1 : Mestilah.. Q : Memandangkan jam menunjukkan hamper ke pukul 2, cikgu rasa setakat ini sahaja temubual kita untuk hari ini. Cikgu akan memanggil awak untuk temubual kali ke 2 pada esok hari. Boleh? R1 : Tak ada masalah, cikgu. Q : Terima kasih. R1 : Sama-sama

Transkripsi Temubual Temubual kedua Sampel Tarikh Masa Tempat : : : : Muhd Shahir Bin Haslam (Responden 1) 5 Julai 2011 1.00 -2.00 petang Bilik Guru, Sek. Keb. Gangsa, Melaka

Q : Selamat tengahari. R1 : Selamat tengahari, cikgu. Q : boleh cikgu sambung sessi temubual semalam? R1: Silakan cikgu. Q: Berapa kalikah awak menawarkan diri untuk menjawab soalan dengan menggunakan bahan bantu mengajar guru? R2 : Banyak kali cikgu. Tak terkira.(ketawa) Q : Sekiranya, ramai murid yang tidak faham dengan sesuatu tajuk yang melibatkan soalan penyelesaian masalah, apa yang awak semua lakukan? R1 : Selalunya ada kelas tambahan khas untuk topik yang sukar cikgu. Waktu balik 1.35 sampai 2.00 petang. Cikgu Azila tak paksa..siapa yang tak nak datang tak apa. (MOT)

Q : Latihan dalam kelas mencukupi atau tidak untuk soalan penyelesaian masalah ni? R1: Banyak latihan cikgu, buku teks, buku aktiviti. Selalunya cikgu Azila bagi lembaran kerja. Saya suka buat latihan, sebab macam-macam jenis bentuk soalan yang saya jumpa. Mak saya kata lagi banyak saya buat latihanlagi bertambah baik pemahaman saya pada soalan penyelesaian masalah. Betul ke, Cikgu? (LAT)

Q : Betulpandai mak awak. Secara jujur, awak minat tak mempelajari soalan penyelesaian masalah ni?

R1 : Saya suka buat soalan matematik cikgu, bila saya dapat jawapan dan jawapan saya betul, saya rasa puas.Yahooo.(tergelak) kami satu kelas faham apa yang dia ajar. (M) (KP) Lagipuncikgu Azila banyak bantu saya. Macam-macam benda yang dia dah buat untuk

Q : Sebelum menamatkan temubual ini, adakah apa-apa maklumat tentang faktor-faktor lain yang boleh menarik minat anda terhadap soalan penyelesaian matematik? R1 : Ermmm.tak tahu lah cikgu. Q : Cikgu nak ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang awak berikan R1 : Sama-sama cikgu

Transkripsi Temubual Temubual pertama Sampel Tarikh Masa Tempat : : : : Maisarah Binti Roslan (Responden 2) 6 Julai 2011 1.00 -2.00 petang Bilik Guru, Sek. Keb. Gangsa, Melaka

Q : Assalammualaikum. Hari ini cikgu ingin menemubual awak. Temubual ini adalah untuk kajian cikgu mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap soalan penyelesaian masalah dalam matematik. Boleh cikgu teruskan. R2 : (ketawa)Ok Q : Soalan pertama saya, adakah soalan penyelesaian matematik sukar bagi awak? R2 : Susahlah cikgukadang-kadang saya tak faham apa yang saya baca. Soalan panjang dan ada operasi gabungan pulak tu. Pening kepala. Tapi saya minat sebenarnya dengan matapelajaran matematik. Dulu selalu dapat A tapi sekarang kadang-kadang A, kadangkadang B. (M)

Q : Ermminat pada matapelajaran matematik atau minat pada cara cikgu yang mengajarnya? R2 : Minat pada matapelajaran lah cikgutapi saya suka tengok cikgu Azila. Sentiasa tersenyum walaupun saya tak dapat jawab soalan. Rasa macam disayangi pulak bila cikgu Azila tepuk-tepuk bahu sayasuruh saya cuba lagi. Q : Selalu tak awak bertanya kepada cikgu bila ada masalah? R2 : Saya ni pelik sikit cikgu.kalau dalam kelas, macam pandai aje. Semua soalan saya boleh jawab tapi kalau kat rumah, banyak pulak soalan yang tak boleh buat. Selalunya mak saya lah yang jadi mangsa. Mak selalu bantu saya cikgu. (SIB) (MOT)

Q : Ada tak awak berbincang dengan kawan-kawan untuk dapatkan jawapan semasa nak menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang diberikan oleh cikgu? R2 : Mestilah ada cikgu lebih-lebih lagi kalau kerja berkumpulan. Semuanya kami buat bersama. Q : Ada cuba rujuk buku lain tak selain daripada buku teks dan buku aktiviti? R2 : Buku jangan cakaplah cikgu.berlambak kat rumah. Kadang-kadang saya bawa buku tu ke sekolah. Cikgu Azila kata kalau tak faham dengan soalan penyelesaian yang panjang-panjang, boleh tanya dia. (KP) Q : Kalau aktiviti dalam kelas, apa aktiviti yang mendorong awak melibatkan diri menyertainya? Maksud saya dalam soalan penyelesaian masalah. R2 : Saya ni pemalu sikit, cikgu(ketawa). jarang saya ke depan. Tapi bila tengok bahan-bahan yang cikgu Azila bawa tucantik dan menarik, saya sertai juga sebab nak pegang bahan-bahan tu punya pasal. (BBM) (LAT) dan (RS)

Q : Adakah anda tertarik dengan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu? R2 : Tertarik sangat. Cantik. Q : Baiklah.cikgu rasa setakat ini sahaja untu hari ini. Cikgu akan memanggil awal lagi pada esok hari. Kita sambung esok ye. R2 : Orait, cikgu. Saya balik dulu. Q : Ok. Jangan lupa esok. Terima kasih. R2 : Sama-sama, cikgu.

Transkripsi Temubual Temubual kedua Sampel Tarikh Masa Tempat : : : : Maisarah Binti Roslan (Responden 2) 7 Julai 2011 1.00 -2.00 petang Bilik Guru, Sek. Keb. Gangsa, Melaka

Q : Assalammualaikum. R2 : Waalaikumsalam, cikgu. Q : Awak dah bersedia untuk sessi temubual kita? R2 : Saya ok aje cikgu. Q: Berapa kalikah awak menawarkan diri untuk menjawab soalan dengan menggunakan bahan bantu mengajar guru? R2 : Kan saya dah cakap tadisaya ni pemalu..kadang-kadang je, cikgu. Q : Sekiranya, ramai murid yang tidak faham dengan sesuatu tajuk yang melibatkan soalan penyelesaian masalah, apa yang awak semua lakukan? R2: Biasanya cikgu Azila buat kelas tambahan khas. (MOT)

Q : Latihan dalam kelas mencukupi atau tidak untuk soalan penyelesaian masalah ni? R2 : Lebih dari cukup, cikgu. Q : Secara jujur, awak minat tak mempelajari soalan penyelesaian masalah ni? R2 : Minat tapi kalau tak dapat jawab tu rasa frust lah.. Q : Sebelum menamatkan temubual ini, adakah apa-apa maklumat tentang faktor-faktor lain yang boleh menarik minat anda terhadap soalan penyelesaian matematik?

R2 : Entahlah cikgu. Tak ada kot. Q : Cikgu nak ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang awak berikan R1 : Sama-sama cikgu. Petunjuk Kod 1. Minat murid itu sendiri (M) 2. Motivasi dan semangat daripada guru (MOT) 3. Perwatakan guru (K) 4. Kesungguhan pelajar dalam mendapatkan jawapan kepada soalan (KM) 5. Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBM) 6. Keprihatinan dan sokongan daripada ibu bapa (SIB) 7. Latihan dan contoh-contoh yang sesuai (LAT) 8. Pendekatan dan kaedah pengajaran guru (KP) 9. Hubungan dengan rakan sebaya (RS)

You might also like