You are on page 1of 20

PENGENALAN Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun

1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang Gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari kekalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989. Menurut Gullick dan juga Barber, darurat sebenarnya adalah merujuk kepada peperangan. Namun perkataan peperangan tidak pernah digunakan sebagai melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. Ekonomi Tanah Melayu perlu dilindungi insurans yang menyebabkan peperangan dengan British tidak pernah diisytiharkan. PUNCA DARURAT Darurat dikatakan berpunca selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) ditubuhkan. Semangat Kebangsaan rakyat tempatan timbul setelah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin berkerajaan sendiri.

PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) Di tanah Melayu, pengaruh komunis dibawa masuk menerusi Singapura. Di antara faktor yang menjadikan singapura menjadi pilihan agen-agen komunis ialah a) Singapura pada ketika itu merupakan sebuah pusat perdagangan utama. Kebanjiran

imigran dan dan pedagang dari luar memudahkan kemasukan pengaruh komunis ini. Gerakan awal diwujudkan oleh kesatuan-kesatuan sekerja. Walaubagaaimanapun

kempen agen-agen komunis ini menjadi lebih mantap hanya bermula pada tahun 1924. Ini berikutan daripada penubuhan sel-sel dalam kesatan sekerja, kilang, bengkel dan apa juga gerakan buruh yang mampu diserap masuk oleh anasir-anasir komunis.
b) Pada tahun 1920 an, Singapura telah menjadi tumpuan ramai tokoh komunis Indonesia

yang berkumpul dan berselindung dengan Syeikh-syeikh haji dari Indonesia yang menetap di Singapura. komunis tersebut. Syeikh-syeikh haji ini juga member membantu pergerakan

Penggunaan sueikh haji dan tokoh agama dilihat sebagai seiring

dengan perkembangan di Indonesia di mana anasir komunis cuba menyusup masuk dan mempengaruhi golongan agama dan Sarekat Islam. Penggunaan Islam adalah penting kerana agama Islam menjadi ikutan majority penduduk Indonesia dan Tanah Melayu. Gerakan PKM di Tanah Melayu bermula sejak kehadiran pengaruh Parti Komunis Indonesia(PKI) pada tahun 1924-1930. Pengaruh ini disebarkan melalui agen-agen mereka seperti Darsono, Alimin dan Tan Melaka menerusi kesatuan sekerja yang ada di Singapura. Penggunaan agen-agen PKI yang berbangsa Indonesia dilihat juga antara usaha memujuk orang Melayu menyertai gerakan komunis setelah melihat PKM seabagai parti orang Cina. Pada tahun 1924, Alimin, seorang anggota PKI, telah dipecayai melakukan aktiviti awalnya
2

di Singapura ketika beliau di dalam perjalanan ke Persidangan Buruh Seluruh Pasifik. Tindakan awalnya membuahkan sedikit hasil dengan perekrutan beberapa orang ahli PKI. Ini kemudiannya diikuti dengan kehadiran seorang lagi egen PKI, Tan Malaka, pada tahun 1925. Perkembangan PKM seterusny menghadapi pelbagai ancaman daripada pentadbiran British yang memberkas ramai pemimpin mereka. Namun begitu, PKM semakin berjaya memantapkan pengaruhnya terutama dikalangan buruh cina. berdasarkan keadaan kemelesetan Kejayaan PKM ini adalah

ekonomi dunia pada tahun 1929 dan 1930 an, yang

banyak emnimbulkan kesukaran hidup kepada rakyat dan mengakibatkan kegelisahan di kalangan pekerja buruh. Biarpun selepas itu keadaan ekonomi dunia telah berubah dan semakin pulih pada pertengahan 1930 an, hubungan pekerja-majikan tetap renggang kerana ramai majikan enggan untuk menaikkan gaji pekerja. KEMARAAN PKM PKM menyedari kaedah mereka yang sederhana dan hakikat bahawa perjuangan mereka tidak akan Berjaya dengan hanya melakukan sabotaj industry dan ekonomi sahaja. Kepimpinan KPM mula menyedari keperluan bertukar kepada corak yang lebih agresif bagi memenuhi matlamat perjuangan untuk menubuhkan Republik Soviet Malaya. Mereka mula berlih kepada kegiatan bersenjata dan bercorakperang gerila. Setiausaha Agung PKM yang baru, Chin Peng telah mengambil langkah berani dengan mengistiharkan perang gerila secara besar-besaran terhadap pentadbiran Inggeris di Malaya. Pada bulan Mac 1948, PKM telah mengeluarkan tiga arahan baru dalam menjurus kepada pemberontakan atau apa sahaja yang disifatkannya sebagai perjuangan bersenejata. Komunis telah menjadikan peusahaan asas sebagai sasaran tindakan meeka. Seperti buruh estet dan
3

lombong bijih timah diugut, kilang getah dibakar, kontraktor dan pengurus serta burh yang enggan bekerjasama dengan komunis akan dibunuh. Untuk mencapai matlamat PKM telah membuat Dokumen Kerdan iaitu dasar strategi PKM. Dokumen tersebut menjelaskan untuk mencapai kejayaan, pemberontakan akan dijalankan dalam tiga peringkat. 1. Peringkat Pertama-satu tempoh untuk persiapan gerila yang bertindak daripada pengkalan-pengkalan sementara dengan dua matlamat ialah melemahkan kekuatan kerajaan dan membina kekuatan awam dan tentera parti. 2. Peringkat ke dua_Satu tempat untuk pembesaran dan menguatkan Min Yuen dan Tentera Pembebasa Nasional Malaya (MRLA) denga memperhebatkan serangan-serangan ke atas system perhubungan dan menawan pangkalan-pangkalan pasukan keselamatan di kampong-kampung dan pecan-pekan kecil.
3. Peringkat ke tiga-

Min Yuen mengambil alih secara berperingkat-peringkat kawalan

pentadbiran kawasan-kawasan yang ditinggalkan oleh pasukan keselamatan dan seterusnya membina pengkalan- pengkalan tetap di tempat-tempat tersebut serta menukar gerila-gerila kepada anggota tentera biasa. Akibat dari serangan dari PKM, keadaan Tanah Melayu menjadi semakin gawat dan kerajaan sudah tidak lgi mampu untuk mengawal kerana kegelisahan dan pemogokan di beberapa tempat. Terdapat banyk faktor yang menyebabkan PKM melancarkan pemberontakan terhadap pihak Inggeris. Di Tanah Melayu penolakan kerajaan British terhadap perlembagaan Rakyat yang telah dikemukakan oleh AMCJA dan PUTERA. Tetapi telah menerima cadangan perlembagaan yang telah dikemukakan oleh UMNO. Perkara ini telah menimbulkan perasaan kecewa anggota PKM. Pihak British pada masa itu lebih melihat UMNO sebagai parti yang pro kerajaan dan
4

PKM sebagai parti haluan kiri.

Disebabkan PKM gagal mencapai hasratnya melalui

perlembagaan mereka terdorong untuk menggunakan kekerasan dengan itu bermulalah darurat. Pada masa yang sama, satu persidangan Pemuda Asia di Calcutta yang dianjurkan oleh Pertubuhan Komunis Antarabangsa ataupun Comintern telah diadakan pada Febuari 1948. Menjelang pertengahan tahun1948, pihak PKM telah membuat kacau bilau di Tanah Melayu. Pembunuhan seramai tiga orang pengurus lading berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak. Kerajaan British telah mengistiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu.

Langkah Mengatasi Darurat


Sepanjang tempoh masa darurat dari tahun 1948 hingga 1960, Kerajaan British telah berusaha untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh PKM. Pentadbiran Pesuruhjaya Tinggi British yang dipertanggungjawabkan sepanjang tempoh darurat itu. Pentadbiran Sir Edward Gent Pada peringkat awal darurat telah menonjolkan kelemahan Gent dalam menangani krisis pemberontakan PKM dan akibatnya beliau telah dipanggil untuk member penjelasan kepada pentadbir di London. Malangnya beliau telah meninggal dunia apabila pesawat yang dinaikinya telah terhempas dan beliau telah digantikan oleh Sir Henry Gurney Pentadbiran Sir Henry Gurney Beliau berpendapat bahawa darurat adalah penentangan di antara dua ideologi iaitu demokrasi dan komunisme. Iaitu peperangan rakyat. Oleh itu rakyat harus diyakini bahawa pendirian

kerajaan adalah lebih baik dari komunisme.

Gurney mengistiharkan bahawa perjuangan

penentangan terhadap PKM harus ditangani dari dua sudut iaitu 1. Menerusi sudut ketenteraan dan menggunakan senjata 2. Menerusi sudut social, ekonomi dan politik A. Polisi dan strategi Ketenteraan i) Penambahan Anggota Keselamatan Pasukan keselamatan tambahan telah dilakukan, 2nd Guards Bridge yang terdiri dari Grenadier, Coldstream dan scots Guards. Sebuah unit khas juga telah ditubuhkan iaitu Ferret Force, diketuai oleh bekas pegawai Force 36 dan diselia oleh Rejimen Askar Melayu di bawah undangundang darurat. Keanggotaannya terdiri dari kaum Melayu dan Cina. Sebagai tambahan juga, pihak polis juga telah diberi kuasa untuk menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang dapat member maklumat sehingga tertangkapnya anggota PKM. Jumlah hadiah telah meningkat dari tahun ke tahun.
ii) Undang-undang Darurat telah diisytiharkan.

Undang-undang darurat diluluskan pada 7 Julai 1948. Antaranya adalah termasuk: 1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap tanpa bicara, serta

dibuang negeri. 3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Berikutan Undang-undang Darurat ini PKM telah diharamkan oleh kerajaan pada Julai 1948. Parti-parti berhaluan kiri seperti PUTERA dan lain-lain dihalangn bergerak bebas di Tanah Melayu. Hasil daripada perlaksanaan undang-undang darurat, seramai 6 000 orang telah ditahan oleh pihak kerjaan pada tahun 1949. Pada tahun 1950, kira-kira 7 00 orang yang dianggap berbahaya dihantar pulang ke Negara China. iii) Jawatankuasa Eksekutif Perang Semasa darurat, kerajaan bertanggungjawab terhadap kempen menentang pemberontakan komunis. Kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang dan kapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard. diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat. Sistem kawalan ketat ini dinamakan Jawatankuasa

Eksekutif Perang. Penubuhan jawatankuasa ini emlibatkan jabatan kerajaan di ssemua peringkat kerana pasukan keselamatan menyedari bahawa setiap fungsi kerajaan turut terlibat dalam pemberontakan komunis. Tindakbalas yang berkesan memerlukan penglibatan jabatan kerajaan yang berkenaan. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada Jun 1950. Pada mulanya dikenali sebagai Majlis Gerakan Darurat, di peringkat negeri sebagai Jawatankuasa Eksekutif Perang Negeri.

iv) Perisikan Kerajaan mendapati perisikan adalah amat penting dalam gerakan counterinsurgency terhadap komunis. Semasa darurat bermula, badan perisikan yang wujud ketika itu , Malayan Security Service (MMS), begitu kecil dan kurang kakitangan. MMS berfungsi sebagai badan quasi independent dan menjadi sebahagian daripada pasukan polis. Namun peranannya tidak begitu jelas. Sering timbul pertelagahan MMS dengan Jabatan Siasatan Jenayah Polis (CID). Sebaik darurat diistiharkan MMS dibubarkan dan perisikan dijalankan oleh CID. B. Polisi Umum Sosial, Ekonomi dan Politik i) Sistem Kad Pengenalan

Untuk mengenal pasti identity pengganas-penganas komunis, kerajaan British telah memperkenalkan system kad pengenalan. Tujuannya adalah untuk mengasingkan rakyat

daripada pengganas komunis. Kad ini mengandungi identity seseorang rakyat. Melalui system ini, semua penduduk Negara ini lebih daripada 12 tahun diwajibkan mnedaftar diri sebagai penduduk Negara ini. Sebagai bukti rakyat di sini mereka diberi kad pengenalan. Kerajaan dapat mengenalpasti identity pengganas apabila mereka tidak boleh menunjukkan kad pengenalan. Sistem ini juga dapat memudahkan pasukan keselamatan untuk menghalang

pengganas daripada mengancam keselamatan di sesuatu tempat kediaman. Sistem kad pengenalan ini telah memainkan peranan pentingdalam membenteras kegiatan ahliahli PKM. Sistem ini telah memutuskan perhubungan PKM dengan orang ramai untuk Sistem kad pengenalan ini

mendapatkan bekalan makanan dan maklumat yang diingini. merupakan asas kepada system kad pengenalan di masa kini.
8

ii)

Rancangan Briggs

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan Tahun 1950.
i)

Penempatan semula

Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang. Kerajaan telah mengkaji masalah setinggan cina sejak September 1948 lagi. Perpindahan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil dan bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan petempatan semula supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberikan maklumat dan makanan serta ubat-ubatan. Penempatan semula ini melibatkan lebih 650 000 penduduk yang ditempatkan ke 600 penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Penduduk diberi pelbagai kemudahan seperti pendidikan,

perkhidmatan kesihatan, tempat inggal serta bekalan elektrik dan air paip. Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila. Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur
9

secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila. Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti iaitu Min Yuen. ii) Penubuhan Pasukan Home Guard

Pasukan ini ditubuhkan atas kesinambungan penubuhan Kampung Baru di Tanah Melayu. Tujuan utama Home Guard adalah satu badan yang duduk di bawah pasukan polis yang ditubuhkan secara khidmat sambilan untuk menjaga kawasan kampong dan kawasan ladingladang. Home guard telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya menjaga 71 kampung baru pada waktu itu. Mereka ini juga ditugaskan untuk mengawal kawasan strategic seperti empat

simpanan senjata api, kawasn perlombongan dan estet. Angggota ini juga membantu polis menjaga dan mengadakan sekatan jalan raya dan memriksa kad pengenalan penduduk. Serta menjalankan operasi penapisan di tempat awam di seluruh Negara agar keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan pakaian dan peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis. Setelah didapati ahli anggota ini benar-benar jujur barulah mereka dilengkapi dengan senjata api. Setelah darurat tamat , Pasukan Home Guard telah dibubarkan. iii) Penyusunan Pasukan Keselamatan

Satu pasukan khusus telah dibentuk dan dilatih khas bertujuan untuk menumpaskan komunis. Pengaruh PKM mampu merebak akibat kelemahan pasukan pertahanan Tanah Melayu. Pasukan polis di Tanah Melayu mula diperluaskan iaitu pasukan kawalan mula diwujudkan., misalnya pasukan polis khas. Pasukan ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu pada masa darurat. Bilangan anggota

10

pertahanan dan keselamatan telah ditambah. Pasukan Kawalan Kampung juga turut diwujudkan bagi menjaga dan melindungi penempatan penduduk. Selain itu, dalam situasi melawan musuh secara perang gerila, perisikan juga menjadi satu alat penting bagi menangani pihak musuh iaitu sebagai kunci gerakan menentang komunis. Pada

awal zaman darurat, badan perisikan Malayan Seceruty Service (MMS) telah diwujudkan. Walaubagaimanapun, bilangannya amat kecil dan kekurangan kakitangan. Badan ini dikatakan sering bercanggah dengan Jabatan Siasatan Jenayah (CID). BAgi menyelesaikan masalah ini, maka badan perisikan telah dibubarkan dan segala tugas-tugas perisikan diserahkan kepada bahagian badan perisikan CID. Peranan pasukan perisik dengan dibantu oleh undang-undang dan Peraturan Darurat 1948 itu sedikit sebanyak telah melemahkan kegiatan komunis. iv) Operasi Kebuluran/ Gerakan Kelaparan

Walaupun pasukan keselamatan telah diperkuat namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang Berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur dengan pasukan keselamatan secara berdepan. Pihak komunis menjalankan tindakan

ketenteraan secra gerila. Gerakan kelaparan merupakan kesinambungan daripada rancangan penempatan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak PKM. Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai Oleh itu, satu jawatankuasa Kerja pada peringkat

perkhidmatan awam, polis dan tentera.

kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya.

11

Semua anggota polis di penempatan semula yang terlibar dalam rancamgan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak terlepas ke tangan pihak komunis. Pada masa ini, penduduk terpaksa mengikat perut kerana makanan dicatu dan hanya cukup bagi satu keluarga sahaja. Penderitaan ini

menimbulkan kesedaran kepada penolakan PKM dalam masyarakat Cina. Operasi kebuluran atau gerakan kelaparan ini cuba ditentang dengan hebat oleh komunis. Rancangan itu

memperlihatkan kejayaan apabila pengganas komunis di hutan kekurangan makanan sehingga memaksa mereka keluar dari hutan untuk mencuri, merampas dan merompak secara terbuka. Ada pula antara mereka bercucuk tanam dan kecewa apabila tentera kerajaan menyembur racun ke atasnya melalui kapal terbang. Pada akhir tahun 1953, PKM mengalami kebuluran. Mereka cuba berbaik-baik dengan Orang Asli untuk mendapatkan makanan. Akan tetapi, kerjaan telah segera bertindak dengan meletakkan Orang Asli di bawah perlindungan dan pengawasan kerajaan untuk menghalang pengganas komunis mempergunakan mereka. Bagi mengatasi kekurangan bekalan makanan yang semakin mendesak dan mengelakkan anggotanya daripada kebuluran, PKM terpaksa bertindak memecahkan tentera gerilanya menjadi unit0unit kecil yang kemudian digabungkan dengan Min Yuen. Langkah ini dilakukan untuk memudahkan pergerakan mereka. Danmelancarkakn serangan kacau ganggu dalam percubaan PKM untuk mengalih perhatian pasukan keselamatan daripada menumpukakn tugas utama dengan harapan menggagalkan rancangan ini. Enam puluh peratus daripada tindakan PKM ini ditumpukan kepada kegiatan mencuri kad-kad pengenalan, memotong talian telefon, melepaskan tembakan liar di kawasan-kawasan penempatan/perkampungan baru dan keganasan lain yang bercorak kecil-kecilan.

12

PENUBUHAN MCA Sir Henry Gurney juga telah memperkenalkan polisi baru iaitu menubuhkan parti-parti politik bukan Melayu. Penubuhan MCA ialah sebagai satu platform kepada masyarakat Cina untuk berpolitik dan bagi mengalihkan sokongan mereka dari PKM. MCA ditubuhkan pada 27 Febuari 1949 oleh Presiden pertamanya iaitu Tan Cheng Lock. Objektif utama penubuhan MCA ialah untuk menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina, memupuk dan memlihara hubungan kaum dan bekerjasama dengan bangsabangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Kempen-kempen untuk menarik ahli diketuai oleh presidennya sendiri dan kempen itu Berjaya menarik hamper 200 000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Penubuhan MCA ini telah member implikasi kepada pergerakan komunis. MCA juga memainkan dua peranan iaitu pertama member kesempatan atau peluang kepada British untuk mendapatkan kerjasama daripada komuniti kaum Cina usahanya menamatkan darurat. Hal ini dapat dilihat apabila rancangan Briggs iaitu memindahkan semua penduduk Cina ke penempatan baru Berjaya, walaupun pada asalnya ada penduduk yang menentang rancangan ini tetapi pihak British Berjaya menyakinkan mereka dengan bantuan daripada pemimpin MCA. Peranan kedua MCA ialah member peluang kepada kaum Cina untuk

mewujudkan perpaduan kea rah memperbaiki status mereka melalui perlembagaan. Hal ini dapat dilihat apabila wang sebanyak 2.5 juta dikumpulkan hasil dari jualan loteri yang bertujuan untuk memperbaiki taraf hidup penduduk di kampong-kampung Cina.

13

POLISI DAN STRATEGI SIR GERALD TEMPLER. 1. Penyusunan Pasukan Polis Templer telah melantik Kolonel Arthur Young, Komisioner Polis London, sebagai ketua Polis di Tanah Melayu. Beliau telah mewujudkan latihan kepada seluruh pasukan polis sebagaimana mereka seharusnya bertindak. Matlamat Templer ialah untuk mewujudkan suasana mesra antara polis dan orang awam. Templer juga berhasrat untuk mengubah status polis yang lebih

berbentuk separa tentera kepada pasukan polis biasa. Selain itu Templer juga melancarkan latihan besar-besaran kepada pasukan Home Guard dan Kampong Guard untuk mengawal semua kawasan yang terlibat. 2. Perisikan Setibanya Sir Templer ke Tanah Melayu, beliau terus menubuhkan Cawangan Khas yang baru sebagai satu badan perisikan di Negara ini. Beliau menyusun peranan, tanggungjawab dan cara operasi Cawangan Khas. Ini ialah badan yang bertanggungjawab mengumpul maklumat,

mencerakin, menilai dan menyebarkan hal-hal maklumat keselamatan kepada pihak-pihak tertentu. maklumat. 3. Perintah Berkurung Sir Gerald Templer telah melaksanakan perintah berkurung ke pada penduduk Tanjong Malim. Ini adalah berikutan dari serangan hendap dan mengakibatkan kematian 13 orang dan 8 orang cedera. Beliau telah mengistiharkan perintah berkurung dan meminta kerjasama penduduk untuk
14

Badan ini telah melakukan penyusupan ke atas organisasi PKM untuk mengumpul

menyingkirkan komunis di kawasan mereka.

Beliau telah meberi penekanan besar kepada

penduduk Tanjong Malim agar bekerjasama dengan mengisi boring selidik yang diedarkan kepada semua penduduk kampong. Selapas 24 jam borang dikumpul, 40 orang telah ditangkap di daerah itu. Selepas itu pihak polis menerima lebih banyak laporan tentang kehadiran

pengganas PKM di tempat mereka. 4. Kempen Ketenteraan Pasukan Keselamatan Kejayaan strategi ketenteraan sangat penting dan ia telah membuka jalan lebih banyak operasi penting pada tahun 1953. Pada ketika ini, kerajaan telah melanccarkan beberapa siri gerakan besa-besaran terhadap PKM di Melaka Tengah, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.Strategi ini adalah untuk memisahkan di antara pasukan pengganas yang lemah di kawasan tengah dan pasukan utama PKM di negeri-negeri di utara dan selatan semenanjung. Strategi ini adalah untuk memisahkan dua pasukan utama PKM di utara dan selatan Negara. Ini sekaligus

mewujudkan kawasan putih yang akan diambil alih oleh pihak Polis Persekutuan dan Home Guard .Sepanjang tahun 1953, PKM telah mengalami serangan hebat dari pihak tentera. Ia adalah bukti kerajaan mahu membebaskan dan mengistiharkan lebih banyak lagi kawasan putih. 5. Perang Psikologi Sir Gerald Templer mahukan program yang boleh memenangi hati penduduk Tanah Melayu. Dari segi social, beliau telah menyusun semula system pendidikan dan pembinaan sekolahsekolah serta projek-projek pembangunan kampong-kampung baru. Dari sudut ekonomi pula, Templer berhasrat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk di kampong-kampung dan meningkatkan kemudahan dan fasiliti awam. Projek-projek ekonomi seperti pembangunan
15

kilang beras, skim bantuan pertanian serta bekalan air bersih dan elektrik telah dilaksanakan. Ini amat penting dalam usaha kerajaan untuk memenangi hati rakyat Dari sudut politik pula, Templer berusaha menyediakan negara ini ke arah berkerajaan sendiri. KESAN-KESAN DARURAT a) Sentimen Perkauman Wujudnya sentimen perkauman adalah bermula dari rancangan kampong baru dalam Rancangan Briggs, di mana pihak British lebih menumpukan penduduk cina dan lebih member layanan keistimewaan contohnya member penduduk cina segala kemudahan seperti kemudahan pendidikan dan perubatan. mendapat perhatian British. Sedangkan orang-orang Melayu yang menentang PKm tidak Oleh yang demikian berlaku satu pertentangan nilai dan

kepentingan antara dua bangsa ini. b) Penempatan Berasingan Sejarah telah menyaksikan British telah berjaya mengasingkan penduduk mengikut kaum. Peristiwa darurat telah menyebabkan penempatan penduduk Cina diberi keutamaan., di mana dari jumlah 600 penempatan kampong baru, hanya 9 % sahaja dikahskan kepada penduduk Melayu manakala 4 % untuk orang India serta 1 % sahaja untuk kaum-kaum lain. c) Kos Perbelanjaan Yang Tinggi British telah membelanjakan banyak peruntukan untuk membesarkan pertahanan ketenteraan dan membaik pulih semula infrastruktur yang musnah akibat dari pemberontakan komunis. Ini telah menyebabkan perkembangan ekonomi terbantut.
16

d) Kemerdekaan Tanah Melayu dipercepat Kemerdekaan dipercepat bagi menangkis propaganda PKM. Hal ini disebabkan PKM yang mendakwa bahawa pemberontakan mereka adalah bagi membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman British.
e) Demokrasi hampir terancam

Undang-undang Darurat tahun 1948, menyekat kebebasan berkumpul dan secara tidak langsung menyekat kebebasan bercakap. Undang-undang ini digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik anti-penjajah yang agak radikal walaupun tidak berkait dengan fahaman komunis. KESIMPULAN Walaupun ideologi komunis telah menyusup ke Tanah Melayu melalui berbagai-bagai saluran sejak tahun 1920-an, namun gerakan komllnis mencapai kemuncak pada tahun 1948 dengan mclctusnya gerakan bersenjata komunis. Dengan itu, berbagai kekejaman, kejahatan, kerosakan dan sabotaj telah dilakukan oleh komunis secara berleluasa di Tanah Melayu. Keadaan itu menycbabkan kerajaan British terpaksa mengambil tindakan mengisytiharkan Undang-undang Darurat dan disusuli dengan berbagai langkah yang bertujuan untuk menghapuskan komunis dan memulihkan keamanan negara. Usaha menentang gerakan komunis menjadi semakin giat menjelang Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga akhirnya komunis dapat dilemahkan dan zaman Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin
17

berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya. Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

RUJUKAN Ahmad Atory Hussain. (1991). Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan di Malaysia. Kuala lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Chin, Aloysius. (1995). The Communist Party of Malaya: The Inside Story. Kuala Lumpur: Vinpress. Dharmala N.S. (2006). Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan. Selangor: Thinkers Library Sdn Bhd. Ghazali Lateh. (2006). Fakta Sejarah 6. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.
18

Ismail Said. (2010). Perkembangan Sejarah Negara. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Mahani Musa. (2000). Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Mohd Azzam Mohd Hanif . (2007). The Malayan Emergency Revisited 1948-1960. Kuala Lumpur: AMR Holding Sdn Bhd. Mohd Redzuan Haji Asli. (1993). Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nur Aqielah. (2010). Siri Asas Negara Bangsa, Cabaran Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Zulhilmi Paidi, Rohani Ab Ghani. (2011). Malaysia Pembinaan Negara Dan Bangsa. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

LAMPIRAN

19

Anngota tentera Brirtish sedang memeriksa seorang lelaki Cina untuk membenteras komunis.

Anggota Komunis dikawal oleh pengawal keselamatan.

20

You might also like