You are on page 1of 2

Tatabahasa - sintaksis (jawapan).

Menggabungkan ayat
i. Iklan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengguna membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan. ii. Iklan mempunyai kuasa yang tersembunyi sehingga mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan walaupun barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. iii. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah menjadi industri yang menguntungkan dan cepat berkembang.

Memisahkan ayat
i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. ii. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. iii. Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan untuk membina kesedaran berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. iv. Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan untuk mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. v. Badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja. vi. Badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan masyarakat umum.

Mengenal pasti perkataan yang tertinggal dalam ayat


(i) Gugusan kepulauan Melayu memang masyhur semenjak abad ke-15 sebagai kawasan

tanaman rempah ratus. (ii) Persatuan Bekas Perajurit mengadakan program untuk membantu ahlinya pada masa persaraan mereka. (iii) Pengisytiharan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan akan meningkatkan / merancakkan pembangunan di Sepang.

Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah


Siti ingin tahu akan sebab Ani termenung. Ani menjelaskan bahawa dia susah hati kerana peperiksaan kian menjelang sedangkan dia belum membuat persiapan yang mencukupi. Siti mengingatkan Ani bahawa mereka mesti belajar bersungguh-sungguh. Ani meminta kepastian daripada Siti sama ada Siti boleh membantunya. Siti meminta penjelasan lanjut daripada Ani berhubung dengan hal itu. Ani menjelaskan bahawa dia hendak meminjam nota pelajaran Siti kerana dia hendak membaca dan menyalinnya. Siti memberitahunya bahawa dia tidak keberatan dengan syarat Ani mesti belajar bersungguhsungguh. Ani berjanji bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh kerana dia juga mahu berjaya seperti pelajar-pelajar yang lain.

Menukar ayat aktif kepada ayat pasif


(i) Surat itu saya tulis kepada ibu untuk bertanyakan khabar. (ii) Kereta Encik Ahmad dibaiki oleh Ali pada petang semalam. (iii) Anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

You might also like