You are on page 1of 11

LAPORAN PEMANTAUAN IPTS

OLEH
KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Institusi Swasta : KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU


Seksyen 12, Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan

Tarikh Lawatan : 27 Julai 2008 (Ahad)

MAKLUMAT TENTANG KEMUDAHAN, PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

1.0 BILIK KULIAH

a. Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTM KB) mempunyai


kampusnya sendiri dengan keluasan tanah 0.13 hektar. Satu blok bangunan
4 tingkat ini adalah milik MARA. Keluasan lantai 3,926.11 meter persegi.
Terdapat empat (9) buah bilik kuliah yang boleh memuatkan 675 pelajar,
lapan (8) bilik tutorial yang boleh menampung seramai 240 pelajar. Empat
(4) makmal komputer. Tiga (3) makmal sains, empat (4) makmal sains
kesihatan, sebuah perpustakaan dan sebuah surau.

Terdapat empat (9) unit Dewan Kuliah yang boleh memuatkan 675 orang
pelajar dan lapan (8) unit bilik tutorial boleh menampung seramai 240
pelajar.

Markah = 9/10

b. Bilik-bilik kuliah adalah berhawa dingin dan selesa untuk tujuan pengajaran
bagi program-program yang dijalankan. Peralatan pengajaran adalah
mencukupi disemua bilik kuliah. Terdapat papan putih dan juga OHP di
setiap bilik kuliah dan bilik tutorial untuk kegunaan pembelajaran dan
pengajaran.
Markah = 9/10

c. Kolej mempunyai dewan-dewan kuliah yang boleh digunakan sebagai


dewan peperiksaan.
Markah = 9/10
(Sila rujuk gambar di Lampiran 2A)

2.0 TENAGA PENGAJAR

a. Tenaga pengajar bertaraf tetap yang mencukupi bagi Diploma Pengurusan


Perniagaan UUM KPTM KB. Tenaga akademik yang mengajar program ini
seramai 20 orang yang terdiri daripada 5 orang berkelulusan Ijazah Sarjana
dan 15 orang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. Pemilihan tenaga akademik
dibuat oleh pihak MARA pusat.
Markah = 10/10

b. Dari segi pembangunan staf, KPTM KB memberi galakan kepada tenaga


pengajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana
Markah = 9/10

c. Peluang untuk menghadiri seminar, kursus dan latihan dalam bidang yang
berkaitan juga diberikan oleh pihak kolej. Seramai 10 daripada 20 orang
tenaga pengajar KPTM KB telah menghadiri Bengkel Akademik yang baru
berlalu pada 1 Julai 2008 yang dianjurkan oleh pihak PACE.
Markah = 8/10

3.0 MAKMAL KOMPUTER

a. Terdapat (4) unit makmal komputer (25 unit setiap makmal) untuk kegunaan
pelajar. Jumlah keseluruhan sebanyak 100 unit, mencukupi untuk kegunaan
pelajar.
Markah = 8/10

b. Perisian yang digunakan adalah bersesuaian untuk keperluan kursus.


Kesemua komputer mempunyai akses kepada internet dan percetakan.

Markah = 9/10
(Sila rujuk gambar di Lampiran 2B)

4.0 PERPUSTAKAAN

a. Terdapat 8,596 buah buku yang terdiri daripada 6,495 tajuk buku. Buku-buku
yang ada bersesuaian untuk kegunaan pelajar. Pihak Kolej dicadangkan untuk
menambah buku-buku rujukan. Koleksi bahan bacaan dikelaskan mengikut
Library of Congress Classification (LCC)
Markah = 8/10

b. Kemudahan internet juga disediakan di perpustakaan bagi membantu pelajar


untuk mendapatkan maklumat tambahan. Perpustakaan yang boleh
menampung 200 orang pelajar ini juga terdapat 2 buah bilik perbincangan di
dalam perpustakaan.
Markah = 8/10

c. Terdapat 1 unit makmal bahasa di perpustakaan yang boleh menampung 30


pelajar pada satu masa. Makmal ini amat selesa serta mempunyai alat
bantuan pengajaran.
Markah = 9/10

(Sila rujuk gambar di Lampiran 2C)

5.0 SISTEM PENGURUSAN

a. Terdapat carta organisasi yang jelas di kolej. Pengurusan kolej terbahagi


kepada bahagian akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran. Semua rekod
pelajar disimpan di dalam rak penyimpanan yang baik dan selamat.
Markah = 9/10

b. Khidmat nasihat akademik dilakukan oleh pensyarah sendiri ke atas


pelajar-pelajar lemah. Kolej mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa
dan semua pensyarah adalah penasihat akademik kepada pelajar yang
berfungsi seperti sistem mentor-mentee sebagaimana Universiti Utara
Malaysia.
Markah = 8/10

c. Terdapat 4 unit asrama pelajar wanita yang menempatkan 500 pelajar dan
2 unit asrama untuk pelajar lelaki yang boleh menampung 250 orang
pelajar. Kemudahan asrama diuruskan sendiri oleh pihak KPTM KB.

Markah = 8/10

d. Bilangan staf sokongan adalah mencukupi bagi membantu sistem dan beban
pentadbiran sedia ada.
Markah = 8/10

e. Terdapat sebuah bilik cetak khas untuk mencetak dokumen terperingkat


Markah = 9/10

f. Terdapat sebuah peti besi di dalam sebuah bilik kebal untuk menyimpan
soalan peperiksaan dan dokumen sulit.
Markah = 9/10

6.0. STATISTIK BILANGAN PELAJAR YANG SEDANG MENGIKUTI


PENGAJIAN

Semester / 1 2 3 4 5 6 7 Jumlah
Program

Diploma
Pengurusan 110 17 86 7 70 4 7 301
Perniagaan

Diploma
Teknologi 273 38 93 4 61 1 1 471
Maklumat

7.0 MAKLUMAT KEWANGAN IPTS

KPTM KB adalah berstatus anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MARA.
Sumber kewangan adalah diperolehi secara terus daripada pihak MARA.

Markah = 9/10

8.0 SYOR

Hasil dari pemantauan yang dibuat disyorkan agar permohonan KPTM KB


disokong untuk disambung untuk Program Kawal Selia yang sedang berjalan
berdasarkan justifikasi berikut:-

a. Tenaga pengajar yang terlatih, berpengalamanserta berkelulusan tinggi dan


tenaga pengurusan kolej yang baik.

b. Prasarana Kolej yang baik serta kemudahan yang memenuhi keperluan


yang disyaratkan dalam perjanjian Program Kawal-Selia UUM-IPTS.
(Untuk makluman PJJ - PACE UUM menjadikan KPTM KB sebagai
pusat pengajian untuk PJJ Pusat Kota Bharu)

c. Kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan dan kebajikan pelajar-


pelajar.
d. Pelajar yang diterima belajar di sini diberi pinjaman sepenuhnya oleh
pihak MARA.

e. IPTS yang menjadi pilihan dan paling ramai menenpatkan pelajar dalam
Program Kawal Selia UUM-IPTS.

Laporan disediakan oleh : Fadzil Bin Mohd. Husin


Penyelaras Program Kawal Selia UUM-IPTS.
Diploma Pengurusan Perniagaan (KPTM KB)
Fakulti Pengurusan Perniagaan

Tarikh :
Lampiran 1A

Gambar Premis
Lampiran 2A

Gambar Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial

.
Lampiran 2B

Gambar Makmal Komputer

Gambar Bilik Kebal dan Peti Besi


Lampiran 2C

Gambar Perpustakaan / Ruang Makmal Bahasa


Lampiran 3A

Gambar Surau Gambar Ruang Tetamu

Gambar kemudahan Lif Gambar Tangga


Lampiran 3B

Gambar Perjumpaan Dengan pelajar KPTMKB pada 27 Julai 2008

You might also like