You are on page 1of 14

NAMA PENGARAH : NUR IZZATI BINTI RAMLI NO.

TELEFON : 0135948129

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS KERJA _______________________________________________________________________ _ PROGRAM SUAI KENAL DAN HARI KELUARGA PENDIDIKAN KHAS

TEMA: MENYEMAI KASIH, MEMUPUK UKHUWAH TARIKH : 3 & 4 MAC 2012 TEMPAT : PADANG UTAMA, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ANJURAN : EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN, PERSATUAN PENDIDIKAN KHAS, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DENGAN KERJASAMA : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENDIDIKAN & PEM. MANUSIA, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kelulusan daripada Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) dengan tujuan berikut:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Memohon sumbangan kewangan daripada Fakulti FPPM. Memohon sumbangan kewangan daripada Persatuan Memohon sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar Memohon sumbangan kewangan daripada Majlis Perwakilan Memohon pinjaman alatan sukan daripada bahagian Sukan di JHEPA Memohon pinjaman peralatan daripada Pusat Islam UPSI.

Pendidikan Khas. (JHEPA). Pelajar UPSI.

2.0

PENGENALAN Program Suai Kenal dan Hari Keluarga ini merupakan satu program yang dirancang oleh Persatuan Pendidikan Khas sesi 2011/2012. Aktiviti ini dilaksanakan di bawah Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Persatuan Pendidikan Khas yang melibatkan semua ahli Persatuan Pendidikan Khas. Program ini akan dilaksanakan selama dua hari bermula pada hari Sabtu sehingga hari Ahad di gelanggang bola keranjang dan Padang Utama Universiti Pendidikan Sulan Idris.

3.0

OBJEKTIF Antara objektif program adalah seperti berikut: i. Memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasisiwi cara melaksanakan dan mengendalikan sesuatu program. ii. Mengeratkan hubungan silaturrahim serta mewujudkan suasana interaksi di antara ahli-ahli persatuan. iii. Menyokong seruan pihak universiti yang ingin melahirkan bakalbakal guru yang bukan sahaja tinggi intelektual malah juga merangkumi dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial (JERIS).

4.0

JUSTIFIKASI Program ini bukan sahaja dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara ahli Persatuan Pendidikan Khas malah dapat mencungkil bakat kepimpinan yang wujud dalam diri setiap mahasiswa/i melalui aktiviti yang dijalankan. Program ini mampu memberi pendedahan kepada para peserta untuk menjadi para pendidik yang lengkap dalam segala aspek intelek, rohani, emosi dan sosial. Selain itu, program ini penting bagi memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa/i yang dapat digarapkan apabila menempuhi alam pekerjaan. Oleh yang demikian, program ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif dalam memberikan kesedaran dan dapat memupuk nilai-nilai murni di dalam diri mahasiswa/i Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk melahirkan guru-guru yang bersahsiah unggul serta berkredibiliti khususnya kepada murid Pendidikan Khas.

5.0

HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH i. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dikalangan

mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan Khas. ii. Dapat membina kemahiran kepimpinan dikalangan ahli persatuan dengan mengendalikan satu program yang memerlukan kerjasama yang tinggi dikalangan majlis tertinggi. iii. Program Suai Kenal dan Hari Keluarga ini merupakan satu program sosial yang melibatkan seluruh warga Pendidikan Khas UPSI, maka secara tidak langsung program ini dapat menjalankan tanggungjawab sosial yang menyeru hubungan baik sesama pelajar dan pensyarah. iv. Dalam program begini mahasiswa dan mahasiswi dapat menyemai nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika sesuai dengan identiti sebagai pendidik.

6.0

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat Program : 3 hingga 4 Mac 2012 : Sabtu hingga Ahad : Gelanggang Bola Keranjang dan Padang Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris

7.0

SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM Perasmi Program Prof.Madya Dr. Haniz bin Ibrahim Ketua Jabatan Pendidkan Khas

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tetamu Kehormat Puan Kamaliah binti Muhamad Penasihat Persatuan Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr. Noor Aini binti Ahmad Pensyarah Program Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr. Abdul Rahim bin Razali Pensyarah Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris Puan Marzaida bt. Badaruddin Pensyarah Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris En. Mohamed Fawzi bin Yusof Pensyarah Program Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris En.Fauzi bin Yusoff Pensyarah Program Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris En.Sarib bin Selamat Pensyarah Program Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris

8.0

KUMPULAN SASARAN/ PESERTA Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada: 8.1 Kumpulan sasaran pertama adalah pelajar Persatuan Pendidikan Khas UPSI semester 2 hingga semester 6 Program Pendidikan Khas iaitu seramai 350 orang; 8.2 Kumpulan sasaran kedua adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi Persatuan Pendidikan Khas UPSI; 8.3 Kumpulan sasaran ketiga adalah pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan Persatuan Pendidikan Khas.

9.0

TENTATIF PROGRAM Tarikh Hari MASA : 3 Mac 2012. : Sabtu AKTIVITI Berkumpul di gelanggang bola keranjang. Penerangan serba sedikit mengenai aktiviti. Sesi Pembahagian Kumpulan. LDK 1 - Ice-Breaking - Mencipta cheers dan bendera kumpulan. (semester 1 hingga 3) Penjelasan mengenai hari esok. Bersurai TINDAKAN AJK Pendaftaran *sistem merit AJK Aktiviti AJK Aktiviti Semua AJK

8.45 malam 9.00 malam 9.30 malam 10.00 malam

10.40 malam 11.00 malam

AJK Aktiviti Semua

Tarikh Hari MASA 8.30 pagi 8.45 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi

: 4 Mac 2012 : Ahad AKTIVITI Berkumpul di Padang Utama, UPSI. (semester 1 hingga 3) Makan pagi. Senamrobik LDK 2 - Explorace Running Man mengikut kumpulan semalam - Bergerak dari check point 1 sehingga check point 6 Mengumumkan kumpulan yang berjaya Makan tengahari. Rehat dan solat. Berkumpul di Padang Utama, UPSI. (semua ahli Persatuan Pendidikan Khas dan Pensyarah Pendidikan Khas) LDK 3 -Suduku Kupas -Pokok Melambai LDK 4 -Dadu Besar - Kembar Siam Mengandung LDK 5 -Speedy Alarm (Aktivit menguji minda) Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada para pemenang. Makan Petang -makan berkumpulan menggunakan daun pisang atau talam. Bersurai AJK Pendaftaran *button batch *sistem merit AJK Aktiviti AJK Aktiviti AJK Aktiviti AJK Cenderhati dan AJK Protokol AJK Makanan TINDAKAN AJK Pendaftaran *sistem merit AJK Makanan AJK Aktiviti AJK Aktiviti

12.00 tengahari 12.15 tengahari 12.30 tengahari 2.00 petang

AJK Aktiviti AJK Makanan

2.30 petang 3.15 petang 3.45 petang 4.30 petang 5.00 petang 5.30 petang

10.0

* Tentatif program tertakluk pada perubahan. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat Puan Kamaliah binti Muhamad Pengarah Program Nur Izzati bt Ramli Timbalan Pengarah Program Nabila bt Borhan Setiausaha Program Noormazira binti Mohd Zain Penolong Setiausaha Program Ili Izati binti Mohd Yassin Bendahari Program Nur Farahnisha bt Mohd. Hamdi AJK Protokol & Pendaftaran Siti Suhaila binti Ismail Norhazwani bt Yazid Mohamad Saiful bin Mat Jizar Mahfuzah binti Mohamad Nurul Shafinie binti Mohd Din AJK Publisiti & Teknikal Azmalina binti Bahari Noorsyazwan bin Noorhisham Norzulaika binti Mat Juris Nurazimah binti Alang AJK Cenderahati Nurfarrahanim Hakim binti Tan Safri Nur Hayati binti Mohd Razali Nur Izzaty Aqma binti Md Amin Hamzas Norizwani binti Abdul Rahim AJK Pengangkutan Farah Adila binti Faisal Muhamad Norisham bin Hamid Wan Syarifah Amin binti Wan Ahmad

AJK 3K Noor Fariha binti Salleh Siti Murni binti Salleh Ahmad Fakrie bin Ibrahim Nik Marwan Izzuddin bin Nik Mohamad Noranizah binti Musta'an AJK Makanan Masliza binti Mat Lazim Nur Hanifa binti Mohd Hatta Nurul Asiah binti Mohd Adnan Nahamirda Elliska binti Hamedan Nor Sakhiyah bt Ilyas AJK Logistik & Persiapan Tempat Mohd Taufiq bin Ahmad Sobri Mohd Norhisam bin Muhamad Muhammad Izwan bin Ismail Muhammad Fitri bin Abdol Rahman AJK Tajaan & Sumbangan Nurazimah binti Anuar Noraziela binti Nordin Nurhafiza bt Jamaludin Sharifah Sajarul Adawiyah binti S Ibrahim Nur Atikah bt Abu Bakar AJK Aktiviti Nur'Aqidah binti Sidik Abdul Razak Khairi bin Abu Lijat Auni binti Amin Nur Hanani binti Mat Ghani Zamzuri bin Zulhaimi Nurul Syazren Natilya binti Mansor Nur Hasfizah binti Hussin Aini Nurulasikin binti Mohd Zan Abdul Haleem bin Sunyob Noorhasna binti Hussain

11.0

ANGGARAN KEWANGAN

ANGGARAN KEWANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS SUAI KENAL DAN HARI KELUARGA 2011 A. ANGGARAN PENDAPATAN : Bil i. ii. iii. iv. Tajaan FPPM JHEPA Persatuan Pendidikan Khas Majlis Perwakilan Pelajar JUMLAH = Jumlah RM 400.00 RM 1200.00 RM 1000.00 RM 500.00 RM 3100.00

B. ANGGARAN PERBELANJAAN : Bil Perkara i. Makan / minum fasilitator dan peserta Anggaran PESERTA PAGI : RM 1.00 x 200 orang T/HARI: RM 3.50 x 200 orang PETANG: RM 2.00 x 350 orang PENSYARAH PETANG : RM 5.00 x 6 orang ii. Cenderhati: Pensyarah RM 30.00 ___________ RM 1630.00 ========== RM 30.00 Jumlah

RM 200.00 RM 700.00 RM 700.00

RM 15 x 2 unit

iii.

Hadiah Peserta: Hamper

RM 30 x 16 unit

RM

480.00

iv. Peralatan Kursus Aktiviti (Alat tulis, dll.) v. Tag nama: Fasilitator Button Badge: Peserta Kain Putih Kontigensi JUMLA H =

RM

150.00

RM 1.50 x 50 orang RM 1.00 x 350 orang RM 2.00 x 1.5 meter

RM RM RM RM

75.00 350.00 3.00 200.00

vi.

RM 2918.00

*11.0 KEPERLUAN PERALATAN BIL 1. 2. 3. 4. PERALATAN Alat Pembesar Suara Meja Peti pertolongan kecemasan Kerusi UNIT 2 2 2 20

*segala peralatan tertakluk kepada penyediaan perkhidmatan oleh pihak tempat majlis akan dilangsungkan.

12.0

PENUTUP

Kami sebagai ahli jawatankuasa pelaksana berharap agar program ini mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Selaian itu, kami menaruh harapan juga agar program ini dapat merapatkan ikatan ukhwah antara ahli Persatuan Pendidikan Khas. Semoga dengan kerjasama pihak yang terlibat dari segi

sumbangan kewangan dan tenaga yang diberikan dapat melicinkan usaha bagi menjayakan program Suai Kenal dan Hari Keluarga. Kami bagi pihak ahli Persatuan Pendidikan Khas mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan. Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik Prof. Madya Dr. Noor Shah Bin Saad (Dekan Falkuti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)) untuk mempertimbangkan dan membenarkan program ini dijalankan. Segala jasa baik daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

Nur Izzati bt Ramli Pengarah Program Suai Kenal dan Hari Keluarga Pendidikan Khas Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Persatuan Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan : .. Tarikh : .. Disokong oleh : Puan Hajah Kamaliah binti Muhammad Pensyarah Penasihat Persatuan Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan

Tandatangan : .. Tarikh : .. Disemak oleh: Prof. Madya Dr. Noor Shah B. Saad Dekan Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan

Tandatangan : ... Tarikh : ...

Disahkan oleh:

En. Muzamil Bin Mahil, Penolong Pendaftar Unit Persatuan dan Kelab, Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak.

Tandatangan: ........................................ Tarikh : ........................................ Diperakui oleh: En. Mohd Husyaini b Hashim Timbalan Pendaftar, Perundangan, Perkhidmatan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandatangan:.......................................... Tarikh :..........................................

You might also like