You are on page 1of 6

.

,7$56(08/$ FIKIR DULU SEBELUM BUANG


DEFINISI Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahanbahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. MENGAPA PERLU KITAR SEMULA? Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
y

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa . Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .

Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi). Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang

menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
y

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA


y

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Apa Yang Boleh Anda Bantu? PENGURANGAN Fikir Dulu Sebelum Buang Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan. Cadangan:
y

Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer

bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.


y

dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.

Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang. Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak. Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi. Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik. Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.

PENGGUNAAN SEMULA Antara barang yang boleh digunakan semula :


y y

Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan. Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota. Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium. Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu. Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.

Fakta Kitar Semula Kertas 1. Kertas dibuat daripada bahan mentah yang menghasilkan 73% pencemaran udara berbanding kitar semula kertas tersebut. 2. 250,000,000 batang pokok boleh diselamatkan setiap tahun jika semua suratkhabar dikitar semula. 3. Akhbar mingguan hari ahad bersamaan dengan 500,000 pokok. 4. 6% dari sebatang pokok digunakan untuk menghasilkan 500 keping kertas. 5. Seorang individu menggunakan produk berasaskan kertas yang bersamaan dengan dua pokok pine setiap tahun. 6. Langkah mudah seperti menggunakan beg membeli belah berulangkali, boleh menyelamatkan 60,000 pokok. 7. Bagi setiap tan surat khabar yang dikitar semula, kita menyelamatkan 17 batang pokok. Kaca 1. Kaca yang diletakkan di tempat pelupusan tidak boleh

dimusnahkan. 2. Kaca boleh digunakan berulangkali dan 100% boleh dikitar semula. 3. Lampu 100-watt boleh menyala selama 4 jam daripada kitar semula 1 botol kaca. 4. Mengitar semula 1 botol kaca boleh mengurangkan 50% pencemaran air dan 20% pencemaran udara. 5. Satu gelas jar mengandungi sekurang-kurangnya 35% kaca yang boleh dikitar semula. Plastik

1. Produk berasaskan plastik boleh menjangkau 500 tahun untuk lebur dengan sendirinya. 2. Sejumlah 1,000,000 hidupan laut telah mati disebabkan oleh beg plastik dan sampah sarap yang dibuang ke dalam laut. 3. Rakyat Amerika menggunakan 205 juta botol plastik setiap tahun. 4. Ia lebih baik kitar semula plastik berbanding membakarnya 5. Plastik yang dikitar semula boleh menghasilkan permainan, saluran paip, beg perkhemahan dan sarung kaset. Lagi Fakta Kitar Semula 1. Setiap minit, 100 ekar hutan ditebang. 2. Bagi secara purata menghasilkan 1 tan sampah setiap tahun. 3. Sekitar 25,000,000,000 cawan Styrofoam dibuang setiap tahun. 4. Setiap tahun, lebih dari 20,000,000 gula--gula Hersheys dibungkus. Ia melibatkan 133 batu persegi tinfoil yang sebenarnya dapat dikitar semula. Namun Begitu, tidak ramai orang yang menyedarinya. 5. Anda dapat melihat 1,457 sampah yang kecil-kecil jika anda berjalan sejauh 1 batu sepanjang lebuh raya US.

You might also like