You are on page 1of 2

PEJABAT PENGURUSAN PROJEK (PMO) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3 BLOK E9, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA Ruj Kami: KP (PMO) 200/004 ( ) Tarikh: 31 Januari 2012 Pengetua Guru Besar Y.Bhg. Datuk/ Dato/ Tuan/ Puan, SURVEI PENILAIAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SECARA ONLINE Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Pengurusan Projek (PMO), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan Penilaian Sistem Pendidikan Negara secara online di kalangan pelajar, guru dan pentadbir sekolah untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai aktiviti, tugas dan pengalaman mereka sebagai anggota dalam komuniti sistem persekolahan. Maklumat yang diperolehi akan menjadi input kepada penyediaan Laporan Pencapaian dan Halatuju Pendidikan (Blueprint). 3. Sehubungan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato/ Tuan/ Puan dipohon menggunakan ALAMAT http://202.186.27.187/pmo dan menyemak penyertaan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah masing-masing dengan menggunakan alamat http://202.186.27.187/pmo/dashboard.aspx 4. Sukacita Pejabat ini memohon setiap sekolah yang terpilih ini mengenalpasti dan menyenaraikan peserta survei seperti butiran berikut: 1 orang Guru Besar/Pengetua SK/SMK 10 orang guru SK, SJKC/SJKT 30 orang guru SMK 20 orang pelajar tahun 6 SK, SJKC/SJKT 10 orang setiap tahap (1,2,3,4,5) pelajar SMK

5. Untuk memastikan Pejabat Pengurusan Projek Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk menganalisis data, sukacita Y.Bhg. Datuk/ Dato/ Tuan/ Puan dipohon mengisi instrumen servei ini dengan kadar segera. Y.Bhg. Datuk/ Dato/ Tuan/ Puan juga dipohon untuk menjemput pelajar-pelajar, guru-guru mengikut bilangan seperti dinyatakan diatas untuk menyertai servei ini. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato/ Tuan/ Puan tarikh akhir penyertaan servei ini ialah 16 Februari 2012.

Kerjasama dan komitmen YBhg. Dato'/Tuan/Puan diucapkan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai berikut: DR. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD. NOR 019 2246311, DR. ISHAM 019 3506795 DAN DR. ROSLI YACOB 016 3282909 . Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(SATINAH BT SYED SALEH) Pejabat Pengurusan Pelaksanaan b/p: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia s.k.: Ketua Setiausaha KPM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia TKPP (D) TKPP(O)

You might also like