You are on page 1of 13

________________________________________________________________________________________________________________

SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK
36100 BAGAN DATUK
PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM


DAERAH BAGAN DATUK
BIL. 1/ 2020

TARIKH : 13 JULAI 2020 ( ISNIN )


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG, SK BAGAN DATUK
PENGERUSI : PUAN KASMIYATI BINTI KATIMAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK
PAKAIAN : RASMI BEKERJA

__________________________________________________________________________________
BIL. PERKARA

1. Perutusan Pengerusi – Puan kasmiyati binti Katiman (PPD Bagan Datuk)

1.1 Penghargaan kepada Guru Besar SK Bagan Datuk kerana membenarkan dewan
sekolah untuk dinaik taraf untuk digunakan oleh PPD. Terima kasih juga kepada
Pengetua SMK seri Muara atas kerjasama yang diberikan sepanjang pihak PPD
menggunakan premis sekolah dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum ini.
1.2 Terima kasih juga kepada SMART TEAM yang menyediakan peralatan
khususnya sistem siaraya dan ICT sepanjang mesyuarat kali ini.
1.3 Pengerusi turut merakamkan terima kasih kepada semua Pengetua dan Guru
Besar (PGB) yang telah membuat persediaan untuk sesi Pembukaan Semula
Sesi Persekolahan (Tingkatan 5 / Tingkatan 6 / Prasekolah dan seterusnya ).
1.4 Pegawai-pegawai dari PPD Bagan Datuk akan terus melaksanakan turun
bimbing ke sekolah untuk membantu pihak sekolah dalam melaksanakan SOP
dan Panduan Pembukaan Semula Persekolahan yang telah dikeluarkan oleh
pihak KPM.
Tindakan : Semua pegawai PPD

1.5 Pengerusi turut memohon kepada semua PGB untuk sentiasa memberi respons
berkaitan semua perkara yang disampaikan melalui saluran media sosial
(telegram dan WhatsApp).
Tindakan : PGB

1.6 Pengerusi turut membugarkan semula target UPSR / SPM / STPM / STAM untuk
peringatan bersama.
 UPSR – 75.08& (MTPM)
 SPM – 90% (GPD : 4.31)
 STPM – 100% (GPD : 3.47)
 STAM – 100% (GPD : 1.97)
Makluman

1.7 Perancangan Strategik – Pengerusi mengharapkan kita dapat menyambut


Perancangan Strategik JPN Perak.

1.8 Pengerusi memohon agar Moto PPD iaitu ’1Team 1Target Ke arah PPD Bagan
Datuk Nombor 1 di Malaysia’ digunakan untuk menyambut Perancangan
Strategik daripada JPN Perak. PGB juga diminta untuk menyebarluaskan
penerangan berkaitan logo 1Team 1Target PPD Bagan Datuk.
Tindakan : PGB

1.9 Pengerusi menyampaikan beberapa perubahan kedudukan pegawai di PPD


Bagan Datuk.
 Ustaz Aminuddin bin Khalit – bertukar ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan
JPN Perak.
 En. Azizi bin Lop Hashim – menanggung tugas Ustaz Aminuddin ( Pen. PPD
SM)
 En. Ahmad Fitri bin Mohd Sauid – menanggung tugas En. Azizi (Pen PPD
Pembangunan Murid)
Makluman

1.10 Pengerusi menyampaikan beberapa pesanan daripada Pengarah Pendidikan


Negeri Perak (PS 2020-2024) pada 3 Julai 2020.

1
 CIDS – perlu disambut dan diterima sebagai satu kaedah untuk memudahkan
guru membuat persediaan Pdpc.
 Dokumentasikan ’success stories’.
 Jadikan pejabat sebagai ’Stress Free Organization’, kasih sayang, a sense of
belonging dan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan.
 Pengarah mahukan semua pihak menyambut PS JPN 2020-2024 dengan
serius.
 Zero Aduan, surat layang dan juga berebut jawatan.
 Pihak sekolah perlu memastikan aspek kebersihan dan persekitaran sekolah.
 Pengarah juga mahukan pihak sekolah membugarkan semula Amalan Guru
Penyayang (AGP).
Makluman

1.11 Penggunaan Jata Negara dalam urusan rasmi.


 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Ketua Bahagian Bil 9/2020 telah
memutuskan agar logo KPM menggunakan Jata Negara dengan Teks
Kementerian Pendidikan. Logo Kementerian Pendidikan Malaysia boleh
dimuat turun di pautan berikut :

https://www.moe.gov.my/korporat/logo
Makluman
1.12 Sesi Pembukaan Semula Sekolah
1.12.1 Pengerusi memaklumkan JK Pembukaan Semula Sekolah 2020.

1.12.2 Sesi Pembukaan Semula Sekolah (Tarikh penting)


 15 Julai 2020 – Tahun 5 dan 6 / Tingkatan PR,1,2,3,4 (Sekolah Harian) /
Tingkatan 4 SBP, SABK, SMKA, SSN, SseM.
 22. Julai 2020 – Tahun 1,2,3 dan 4
 3 Ogos 2020 – Tingkatan 1,2, 3 SBP, SABK, SMKA, SSN, SseM
Makluman
1.13 Keunikan Sekolah (Keberhasilan PPD Bagan Datuk)
1.13.1 Pengerusi memaklumkan agar pihak sekolah dapat mendokumentasikan
keunikan sekolah berdasarkan aspek berikut:
 Dalam pelbagai bidang
 Kreativiti sekolah
 Hasilkan penulisan

2
 Penghargaan untuk sekolah
 Hantar gambar
Tindakan : PGB
1.14 Pengurusan HRMIS
1.14.1 Pengerusi menjelaskan HRMIS perlu ditadbir dan diurus dengan telus
dan berintergriti.
1.14.2 Admin untuk HRMIS ialah PT Sekolah.
Tindakan : PGB
1.15 Pengurusan Cuti Dan Balik Hari Raya Haji
1.15.1 Murid asrama dibenarkan balik.
1.15.2 Pihak sekolah boleh mengambil cuti peristiwa sehari sebelum atau sehari
selepas Hari Raya Haji.
1.15.3 Guru boleh mengambil cuti rehat jika ingin berhari raya lebih lama atas
budi bicara PGB.
1.15.4 Berkenaan cuti tanpa gaji (CTG), Pengerusi memaklumkan jumlah cuti
atas urusan persendirian adalah sebanyak 360 hari sepanjang
perkhidmatan manakala mengikut pasangan, antara 1-3 tahun.
1.15.5 Pengerusi juga mengingatkan PGB agar melihat dengan keperluan
kecenderungan guru-guru mengambil trend cuti bersambung (Jumaat,
Sabtu, Ahad) atau (Sabtu, Ahad, Isnin)
Tindakan : PGB
1.16 Keselamatan dan Kebersihan
1.16.1 Pengerusi memaklumkan kepentingan syarikat yang terpilih
mengendalikan aspek keselamatan dan kebersihan di premis sekolah
untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi mengelakkan
berlakunya pencerobohan dan kecurian di premis.
1.16.2 Aspek kebersihan juga perlu ditingkatkan.
1.16.3 Intergriti pekerja perlu dilihat secara yang spesifik.
1.16.4 Pengerusi juga mengharapkan PGB dapat memainkan peranan dengan
membuat pemantauan terhadap pelaksanaan kerja/tugas syarikat
keselamatan dan kebersihan.
Makluman
1.17 Institusi Pendidikan dan Rumah Guru
1.17.1 Pengerusi memaklumkan Pusat Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan
(PLGDP) akan diselia oleh PPD Bagan Datuk dan dikenali sebagai
PLGDP Bagan Datuk.
1.17.2 PKG Selekoh dan Hutan Melintang akan diurus oleh FT dan akan
berfungsi sebagai Pusat PLC.
1.17.3 Rumah Guru – galakan penghuni untuk menjalankan aktiviti gotong-
royong dari semasa ke semasa.
Makluman
1.18 Permohonan NPQEL Kohort 1/2020
1.18.1 Pengerusi memaklumkan permohonan NPQEL Kohort 1/2020
berdasarkan syarat berikut :
 Sekolah Rendah – Berpengalaman 1 tahun dalam pentadbiran (terpakai
graduan NPQH/NPQEL yang tiada memegang jawatan ketika itu)
 SR dan SM baharu – Berpengalaman 3 tahun dalam pentadbiran.
 Penolong Kanan / Guru Kanan boleh membuat permohonan.
 Tarikh tutup permohonan : Pada atau sebelum 7 Ogos 2020.
 Pengesahan Ketua Jabatan pada 14 Ogos 2020.
Tindakan : PGB
1.19 Pergerakan Guru
1.19.1 Pengerusi memaklumkan setakat ini eGtukar ditangguhkan buat
sementara waktu.

3
1.19.2 ’Redeployment’ atau penempatan semula diteruskan apabila semua
murid masuk sekolah.
1.19.3 Jika ada kekosongan barisan hadapan akan ada rangkaian pergerakan.
1.19.4 Jika ada kekosongan pegawai, juga akan ada pergerakan.
1.19.5 Rayuan-rayuan pertukaran GB SJKC, setakat ini tiada kekosongan.
1.19.6 Untuk eGtukar Bukan Guru, PGB perlu klik dan beri pertimbangan yang
sewajarnya.
Makluman

1.20 Kehadiran Murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 (JUN 2020)

Makluman

1.21 Pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada 3 orang GB Daerah Bagan


Datuk yang akan mewakili daerah dalam Pembentang PRIME tahun 2020. GB
yang terpilih ialah :
 Syed Dzul bin Syed Mohd Aris (GB SK Ulu Bernam)
 Mohd Zakri bin Hj. A. Malek(GB SK Sungai Dulang)
 Harivalagan a/p Subramaniam (GB SJKT Ladang Jenderata 2)
Makluman
1.22 Pengurusan Dashboard Buka Sekolah Fasa 2

4
1.22.1 Pengerusi memaklumkan mulai 13-14 Julai, pihak sekolah perlu
mengemas kini semua maklumat dalam menu Pembukaan Semula
sekolah dalam APDM.Fokus utama kepada 3 perkara :
 Model Buka Sekolah (klik)
https://bit.ly/PenataranDashboardFasa2
 Bilangan penyukat suhu ikut nisbah 1:50
 Pencuci tangan 1:70
1.22.2 Mulai 15 Julai, sistem akan update mengikut apa yang sekolah telah isi.
Jika berlaku kesilapan atau masalah, simbol bendera merah kan keluar
dalam sistem.
Tindakan : PGB

2. Pembentangan
2.1 Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum untuk kegunaan pembukaan semula sekolah.
Pengerusi membuat rumusan pelaksanaan Penjajaran Kurikukum.
2.1.1 Model ini hanya digunakan semasa krisis sahaja.
2.1.2 Pelaksanaannya melibat penyusunan semula Kandungan, Pedagogi dan
Pentaksiran untuk tempoh 92 hari berbaki sesi persekolahan 2020.
2.1.3 Pelaksanaan mestilah merujuk kepada Model Sekolah ( sama ada Model
1,2 atau 3)
2.1.4 Kandungan kurikulum yang dijajarkan merangkumi Kandungan Asas,
Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap. Kandungan Asas
perlu diselesaikan secara bersemuka.
2.1.5 Memastikan Sukatan Pelajaran tahun 2020 dapat dihabiskan tanpa
menyambung ke tahun 2021.
2.1.6 Pelaksanaan adalah fleksibel.
2.1.7 Pembelajaran di rumah (Home Based Learning) melibatkan peranan
sekolah, guru, murid, komuniti dan ibu bapa.
2.1.8 Melaksanakan Kaedah Pembelajaran Teradun iaitu menggabungkan
teknik pembelajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan
medium yang sesuai dan kedua-duanya membentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Tindakan : PGB dan SISC+

3. Pemetaan Jadual Takwim dan Jadual Waktu Pasca PKPP – Dr. Khairuddin bin Nisa
& En. Mohd Fahmi bin Tajuid.
3.1 En. Mohd Fahmi bin Tajuid (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran) memaklumkan
bahawa Bengkel Pemetaan Takwim, Perancangan RPT dan Jadual Waktu telah
dilaksanakan di peringkat daerah pada 29 Jun 2020 untuk SM dan 2 Julai 2020
untuk SR.
3.2 Beliau turut memaklumkan sehingga 13 Julai 2020 sebanyak 25 buah sekolah
daripada 68 buah sekolah telah menghantar Pemetaan Semula Jadual Waktu
sekolah masing-masing.
Makluman
3.3 Dr. Khairuddin bin Nisa (SISC+ Sains Sosial) membentangkan semula panduan
atau cara untuk memurnikan pemetaan takwim dan Jadual Waktu sekolah.
3.3.1 Beliau menerangkan contoh pengurusan jadual waktu secara digital di
sekolah. Rujuk slaid di bawah :

5
3.3.2 Seterusnya, beliau menjelaskan berkaitan cadangan Minggu Pdpc secara
bersemuka yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah.

3.3.3 Dr. Khairuddin turut menjelaskan pentingnya pihak sekolah untuk


memastikan jam kiraan minima setahun mencukupi ( Sekolah Rendah /
Menengah Rendah / Menengah Atas).

6
Makluman

3.3.4 Dr. Khairuddin turut memaklumkan bimbingan akan diberikan kepada


pihak sekolah untuk memastikan pihak sekolah dapat menyediakan
Jadual Waktu yang menepati keperluan.
Tindakan : SISC+

4. KPI Pengarah JPN Perak (Tanggungjawab Sektor Pembelajaran) – disampaikan


oleh En. Mohd Fahmi bin Tajuid, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran.
4.1 KPI 1 : Peratus Enrolmen Pakej STEM Pada Peringkat Menengah Atas.
4.1.1 Sasaran untuk tahun 2020 ialah sebanyak 43.0% dan pencapaian
sebenar adalah 35.90%.
4.1.2 Beberapa cadangan untuk meningkatkan % Enrolmen Pakej STEM :
 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) berfokus kepada STEM perlu
dilaksanakan – IBSE dan IBME.
 Kaunselor Sekolah perlu mempromosikan Pakej STEM dan menanam minat
secara mendalam secara berkala kepada semua murid Sekolah Rendah dan
juga Sekolah Menengah.
Tindakan : Kaunselor Sekolah
 Memperbanyak aktiviti STEM pada waktu Kokurikulum Peringkat Sekolah
(Secara atas talian).
Tindakan : PK Kokurikulum

7
4.2 KPI 5 : Peratusan Murid Tahun 2 dan Tahun 3 di Sekolah Build Faundation
Mencapai Tahap Penguasaan Minimum (TP3) Bagi Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik Berdasarkan DSKP.
4.2.1 Sasaran untuk tahun 2020 (Tahun 2 – 50% dan Tahun 3 – 70%)

4.2.2 Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)


untuk membantu murid menguasai 3M khususnya di Sekolah Rintis untuk
tahun 2020. Data bilangan murid belum menguasai 3M Tahun 2 dan
Tahun 3 bagi daerah Bagan Datuk :

Daerah Tahun 2 Tahun 3


Bagan Datuk BM MT BM MT
11 1 16 2

Tindakan : Pen. PPD Pemulihan Khas

4.2.3 Data bilangan Belum Menguasai 3M bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
dan Matematik bagi negeri Perak.

8
4.3 KPI 9 : Meningkatkan Peratus Murid layak Sijil SPM
4.3.1 Sasaran meningkatkan peratus Murid Layak Sijil SPM Negeri Perak.

2019 2020
Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian
85.05% 86.4% 86.90%

4.3.2 Trend peningkatan peratus Murid Layak Sijil SPM menunjukkan


peningkatan secara berterusan dari tahun 2016.
 2016 : 0.10% (84.80%)
 2017 : 0.11% (84.90%)
 2018 : 0.15% (85.05%)
 2019 : 1.35% (86.40%)

4.3.3 Pihak Sektor Pembelajaran akan bertanggungjawab untuk memastikan


sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak JPN, Perak.
Makluman

4.4 KPI 11 : Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Bagi Peperiksaan Awam (SPM 2020 – Kredit

SASARAN/PENCAPAIAN
2019 2020 Petunjuk KPI
Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Peratus
Pencapaian
78.20% 75.76% 78.20% murid dalam
BM

4.4.1 Sektor Pembelajaran akan membantu untuk memastikan sasaran yang


ditetapkan tercapai untuk tahun 2020.
Tindakan : SISC+ Bahasa

4.5 KPI 10 : Meningkat Peratus Guru Opsyen BI yang mencapai Tahap Minimum
CEFR C1 – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

9
Tindakan : PGB

5. Bahan Sokongan Sektor Pembelajaran


5.1 En. Mohd Fahmi menjelaskan beberapa bahan sokongan Sektor Pembelajaran
yang boleh diakses dan digunakan oleh guru-guru semasa melaksanakan Pdpc
di dalam bilik darjah.
 Laman Blog Anjung Imu Guru Perak
 Learning Home Module
 Myhomelab@Perak
 Kejora – untuk mata pelajaran Sejarah SPM
 Flipped Classroom
 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

 Tinjauan Kaedah Pembelajaran Yang Diminati Murid


 Pembelajaran Teradun
Makluman

6. Pembentangan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan – En. Abdul Razak bin Ashari
(Pen. PPD Pentaksiran dan Peperiksaan PPD Bagan Datuk)
6.1 Pendaftaran Peperiksaan Awam
6.1.1 Pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan dan SPM Persendirian telah
tamat pada 31 Mei 2020.

10
6.1.2 Tiada lagi pelanjutan tempoh untuk tahun ini.
6.1.3 Pendaftaran hanya akan dibuka semula pada bulan Mac tahun hadapan
(Tahun 2021).

6.2 UPSR dan PT3 Tahun 2020


6.2.1 UPSR dan PT3 2020 telah dibatalkan seperti yang telah dimaklumkan
oleh Menteri Pendidikan.
6.2.2 Pembatalan tidak menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di
peringkat rendah dan menengah rendah.
6.2.3 Kaedah baru akan diperkenalkan bagi pemilihan untuk kemasukan ke
SBP, MTD, MRSM dan Sekolah Teknik.

6.3 Penangguhan Peperiksaan.


6.3.1 SPM, SPVM dan STAM ditunda kepada suku pertama tahun 2021.
6.3.2 STPM : Peperiksaan Semester 2 (Ogos 2020), Peperiksaan Semester 3
(Suku Pertama 2021).
6.3.3 Kemasukan baharu ke Program Asasi, Matrikulasi, dan Peringkat
Diploma ditangguh sehingga Julai/Ogos 2020, manakala Program Ijazah
pada September/Oktober 2020.
Makluman

7. Hal-hal Lain.
7.1 Pengerusi mengingatkan semua Pengetua untuk memastikan guru memuat turun
soalan-soalan Kerja Kursus.
7.2 PGB perlu membuat mengesahkan kewangan SPKWS setiaphujung bulan.
7.3 Pengerusi turut memaklumkan Wang Panjar Runcit diurus dengan baik dan
telus.
7.4 Pengurusan cuti – pastikan cuti guru dan AKP diurus dengan penuh integriti.
7.5 Pengerusi memohon agar semua PGB dapat memastikan persekitaran sekolah
dalam keadaan bersih, kemas dan tersusun.
7.6 Sehingga PKPP diumumkan tamat, pastikan semua warga sekolah mematuhi
SOP Pencegahan Covid-19.
7.7 MPSM dan MGB perlu memainkan peranan penting dalam membantu pihak
sekolah di daerah Bagan Datuk.
7.8 Pengerusi merumuskan PGB merupakan individu yang paling penting di sekolah.
Makluman

8. Ucapan Penangguhan – Puan Kasmiyati binti Katiman (PPD Bagan Datuk)


8.1 Pengerusi mengharapkan kita teruskan kerjasama, komitmen dan kesungguhan
bekerja untuk memastikan kelangsungan kecemerlangan pendidikan daerah
Bagan Datuk.
8.2 Kita sudah mencapai kejayaan namun untuk mengekalkan kejayaan itu sukar
namun tidak ada yang mustahil dengan izinNya.
8.3 Jika kita boleh terbang tinggi mengapa kita mesti merangkak untuk terus melakar
kejayaan.
8.4 Beliau turut menekankan kita mempunyai pilihan sepanjang hayat kita sama ada
sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.
8.5 Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang

11
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh :

Urusetia
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Bilangan 1 Tahun 2020.

12

You might also like