You are on page 1of 5

SMK PERMAI INDAH, BUKIT MINYAK 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT MBMMBI BILANGAN 1 / 2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 10 Januari 2012 : 1:15 petang : Bilik Mesyuarat SMK Permai Indah : Tn. Hj. Shamsudin b. Mat En. Shanmugam a/l Muniandy En. Mohamad Sharif b. Zakaria En. Mohd Nasir b. Ahmad En. Saiful Nizam b. Yahaya En. Mohd Zafrulan b. Ibrahim Pn. Nurhana Bt. Shafii Pn. Siti Hasiah bt. Hashim Pn. Haslina bt. Hassan Pn. Tan Gaik Beng Pn. Audrey Ng Ah Wah Pn. Chanrika a/p Munuswamy Pn. Karbagam a/p Padmanathan Pn. Najmin Md. Soleh Cik Nazirah bt. Md. Noor Pn. Norella bt. Abd. Kadir Cik Norma Aida bt. Mohd Nor Pn. Ong Ching Jew Pn. Prema Devi a/p Palaniappan Pn. Razia Shazarita Che Saab Pn. Roshita bt. Hamid Pn. Sujita Rao a/p Rajaram Pn. Tay Ai Kee Pn. The Mui Hong Pn. Teoh Siew Mooi Pn. Wan Norazlina bt. Wan Zamry Pn. Cynthia S. Rani a/p K. A Sapai Pn. Josephine@Chee Foong Yin Cik Revathy a/p Pechagar Pn. Siti Maisarah bt. Ismail Pn. Soghirah bt. Zulkifli Pn. Tan Geok Bee

1.0

Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua guru dan ucapan terima kasih kepada guru kanan kerana menjalankan mesyuarat mengikut perancangan. Beliau mengulas berkaitan PPSMI. PPSMI telah diperkenalkan pada 2009. Manfaat yang diperoleh ialah bayaran insentif, laptop dan LCD. Bayaran insentif ini bertujuan meningkatkan penguasaan guru dalam Bahasa Inggeris. Pengerusi berharap agar Buddy Support System masih diwujudkan untuk membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam Bahasa Inggeris. Tindakan : Makluman

1.2

1.3

2.0

P&P Matematik dan Sains 2.1 Pengerusi mengingatkan kembali dasar yang telah ditetapkan oleh SMKPI semasa Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum : i. Ting. 1 tiga kelas pertama, P&P Matematik dan Sains dalam dwibahasa. Kelas keempat hingga kelapan menggunakan dwibahasa semasa penerangan istilah/terminologi. ii. Ting.4 Dwibahasa untuk kelas Sains iii. Buku Teks Ting.1-4 dalam BM seperti yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Sekolah akan membekalkan dalam BI sekiranya terdapat permintaan daripada waris. iv. Ting. 2,3, dan 5 penggunaan soft learning - PPSMI. Guru diingatkan agar tidak menggunakan BI sepenuhnya dalam P&P Matematik dan Sains. Soalan peperiksaan pula ialah soalan dwibahasa untuk kelas dwibahasa, manakala kelas lain dalam Bahasa Melayu. Soalan yang digubal perlu mengikut JSI. Tindakan : Guru Matematik dan Sains

2.2 2.3

3.0

Perancangan 2012 3.1 Panitia Bahasa Melayu Puan Najmin memaklumkan bahawa Panitia BM akan menjalankan beberapa aktiviti sempena Bulan Bahasa. Antaranya ialah : i. pertandingan bercerita ii. mendeklamasikan sajak iii. berpidato iv. berbalas pantun v. mengarang esei vi. pertandingan ejaan Bagi memartabatkan BM, semasa p&p pula guru akan melaksanakan forum untuk ULBS,penulisan sinopsis novel dan menyenaraikan kosa kata ketika menulis karangan. Panitia BM juga merancang untuk meneruskan sudut peribahasa/ kosa kata yang terdapat di kantin. Istilah ini akan dikemaskini setiap minggu.

3.2

Tn. Pengetua meminta Pn. Najmin mendapatkan data pelajar yang tidak boleh membaca dan laksanakan program agar pelajar tersebut dapat membaca. Penggunaan Buku Anakku Sayang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Tindakan : Semua guru BM Panitia Bahasa Inggeris Pn. Audrey memaklumkan bahawa Panitia BI akan melaksanakan beberapa aktiviti untuk memperkukuh Bahasa Inggeris. Antaranya ialah : i. Learn a word a week ii. Learn a phrase a week iii. Pelajar melanggan Star untuk kelas pertama setiap tingkatan dan digalakkan untuk kelas-kelas lain yang berminat. iv. Karnival Kokurikulum bahas, choral speaking dan drama v. Bulan Bahasa pn. Audrey mohon satu minggu digunakan khas untuk penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dan dibenarkan oleh Tn. Pengetua. vi. One English Day mencadangkan semua pelajar bertutur dalam BI pada hari Isnin (semasa minggu Perhimpunan dalam BI) Tn. Pengetua berharap, sekiranya terdapat guru yang memerlukan bantuan dalam BI, panitia BI perlu membantunya. Tindakan : Semua guru BI Panitia Sains Pn. Wan Nor Azlina memaklumkan bahawa Panitia Sains akan menjalankan beberapa aktiviti untuk MBMMBI. Antaranya ialah : i. Ting. 2,3, dan 5 pemberian nota dalam BI, manakala penerangan dalam BM. Kelas G, dalam BM sepenuhnya. ii. Pelajar menulis sajak/puisi berkaitan sains iii. Minggu Sains dan Matematik Pertandingan Puisidra Tindakan : Semua guru Sains

3.3

3.4

3.5

4.0

Hal-hal lain 4.1 Maklum balas daripada guru bahawa perhimpunan berselang seli menggunakan BM dan BI amat berkesan. Pelajar memberikan tumpuan semasa guru bertugas berucap. Tn. Pengetua meminta guru bertugas membuat teks ucapan dan didokumentasikan teks tersebut. Ini ekoran, pengumuman dalam BI akan membantu memperkukuh BI. Pn. Sujita mencadangkan penggunaan Newspaper In Education (NIE). Pn. Prema mencadangkan agar pelajar melayari internet untuk mencari maksud bagi istilah yang tidak difahami.

4.2

4.3 4.4

4.5

Pn. Roshita mencadangkan penggunaan CD yang ringkas dan berbentuk kartun bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Pn. Josephine memberi cadangan bahawa guru boleh memberikan contoh gambar dan meminta pelajar membina ayat di bawahnya. Bagi menambahkan lagi pemahaman pelajar, guru boleh meminta pelajar melukis kartun dan mengisi ruang dialog kartun tersebut diikuti dengan menulis cerita pendek. Pn. Ong menyatakan bahawa flash card yang dibuat sendiri dapat membantu pelajar memahami p&p. Pn. Cynthia mencadangkan bahawa terminologi dalam BI/BM boleh diaplikasikan dalam kaedah berbentuk permainan. Pn. Sujita menyatakan kaedah follow direction dan nyanyian dapat membantu pelajar menguasai istilah BI. Pn. Norella mencadangkan semasa minggu Sains dan Matematik, boleh dijalankan aktiviti treasure hunt untuk MBMMBI. Cik Norma Aida memaklumkan bahawa beliau telah mengaplikasikan kaedah ruangan vocab yang diisi dengan terma BI dan kemudiannya diterjemah ke dalam BM. En. Mohd Zafrulan mencadangkan semasa pengajaran Sains, pelajar dikehendaki membina ayat menggunakan istilah dalam BM dan BI. Pn. Siti Maisarah mencadangkan supaya pelajar membina perkataan baru berdasarkan satu perkataan yang telah diberikan oleh guru. Cik Nazirah Pn. Tay Ai Kee mencadangkan guru memberi tekanan kepada istilah-istilah tertentu yang sukar semasa p&p. En. Saiful mencadangkan sedutan video boleh digunakan dalam p&p untuk tujuan peningkatan pemahaman pelajar. Cik Revathy menyatakan bahawa penggunaan surat khabar dapat membantu pelajar untuk mengenal pasti dan memahami perkataan baru. Pn. Haslina mencadangkan pelajar yang tidak boleh membaca dibantu dengan dijadikan anak angkat. Pelajar tersebut akan diberikan saguhati/insentif sekiranya memperoleh peningkatan. Beliau juga mencadangkan agar kelas-kelas tertentu menyediakan bahan berbentuk

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14 4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

peribahasa serta memberikan penerangan semasa perhimpunan. Bahan tersebut kemudiannya boleh dilekatkan di kantin. Pn. Soghirah turut mencadangkan pembentukan perkataan baru daripada perkataan yang sedia ada. Selain itu, pelajar boleh menghasilkan drama daripada antologi BM. Pn. Siti Hasiah mencadangkan agar guru Matematik memberikan nota setiap kali p&p dan seterusnya menterjemah nota tersebut daripada BI kepada BM. Pn. Nurhana menyatakan penggunaan kamus amat membantu pelajar memahami kosa kata. Pn. Razia menyatakan penggunaan BBM yang dihasilkan oleh guru amat penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar. En. Nasir mencadangkan kaedah kuiz digunakan semasa p&p. Berdasarkan cadangan yang telah diutarakan, Tn. Pengetua merumus bahawa ada perancangan yang perlu dilaksanakan dalam panitia dan . Banyak cadangan yang disyorkan boleh digunakan di kelas belakang. Sebagai guru, kita perlu membantu mereka untuk menguasai BM dan BI. Pengetua berharap segala perancangan MBMMBI 2012 dapat dilakasanakan sepenuhnya.

4.20

4.21

4.22

4.23 4.24

4.25

5.0

PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:40 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................

..............................................................

You might also like