You are on page 1of 7

SUKAN MEMAINKAN PERANAN PENTING KEPADA PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA.

BINCANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI SUKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI.

PENDAHULUAN

Industri sukan merupakan industri yang penting kepada negara kita kerana industri tersebut merupakan suatu tapak yang mampu mengharumkan negara kita.

IDEA 1- KUALITI PERMAINAN YANG SEMAKIN KURANG.


Semangat juang atlit negara kita lebih rendah daripada atlit luar negara. Prestasi atlit boleh diibaratkan sebagai jaguh desa. Sebagai contoh pertandingan sukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

IDEA 2- PERSATUAN SUKAN YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.


Jawatan tinggi dipilih bukan berdasarkan kepakaran tetapi berdasarkan kedudukan, pengaruh dan keturunan. Pemilihan atlit berdasarkan sifat kenegerian. Pihak pengurusan mementingkan jawatan daripada peningkatan mutu sukan sehingga atlit yang tidak berkelayakan dipilih untuk mewakili negara.

IDEA 3- ATLIT PELAPIS UNTUK NEGARA SEMAKIN BERKURANG.

Ibu bapa kurang memberikan galakan kerana menganggap sukan boleh menjejaskan akademik. Oleh itu, negara ketandusan atlit muda yang mampu menggantikan atlit yang sedia ada. Tambahan pula, atlit muda kurang semangat juang yang tinggi kerana mementingkan kekayaan.

IDEA 4- KEKURANGAN PENONTON.


Kemampuan atlit negara kita sekarang menyebabkan penonton hilang keyakinannya. Oleh itu, peminat sukan hanya memberi perhatian yang lebih kepada persatuan luar seperti Barcelona.

PENUTUP

Kesimpulannya, industri sukan di negara kita hendaklah tabah menghadapi cabaran supaya boleh berjaya pada suatu hari nanti. Berjaya untuk mengharumkan nama negara kita.

You might also like