You are on page 1of 2

IKLAN JAWATAN KOSONG BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Jawatan

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (3 kekosongan)

Klasifikasi

Teknologi Maklumat Pengurusan dan Profesional Kontrak

Kumpulan Perkhidmatan : Taraf Jawatan :

Syarat Lantikan 1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer /Teknologi Maklumat/Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 3. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu termasuk ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 4. Keutamaan diberikan kepada: a. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya SATU (1) tahun membangunkan sistem menggunakan PHP, HTML, CSS, Javascript, JAVA, JSP dan MySQL; b. Boleh bekerja lebih masa dan pada masa cuti; c. Bekerja di bawah pengawasan yang minima; d. Berkebolehan mempelajari proses kerja dan struktur data sistem sedia ada dengan pantas; dan e. Kemahiran dalam aplikasi framework CakePHP/Symfony dan keselamatan aplikasi (application security) merupakan satu kelebihan.

Cara memohon 1. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan kepada : Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia No 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya (u.p: Encik Muniswaran A/L Gunasegaran) 2. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 30 Mac 2012 (Jumaat). 3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 4. Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon. 5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

You might also like