You are on page 1of 6

Unit Digital di Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Pejabat SUK

Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, dinamik,


mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berpengalaman luas dalam bidang
Teknologi Maklumat bagi mengisi kekosongan jawatan mulai 08
September 2022 seperti berikut :

IJAZAH SARJANA MUDA/IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN


KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL KEKOSONGAN
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
GRED F41 (KONTRAK)

Syarat Kelayakan Minimum:


1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian
dalam Bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat atau
bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
denggannya;
3. Pengalaman kerja minimum 5 tahun dalam pengurusan dan
perancangan projek ICT. Keutamaan bagi calon yang memiliki
pengalaman dalam pengurusan projek ICT terutama berkaitan
Pelan Digital;
4. Memiliki sifat kepimpinan yang cemerlang, komited, berintegriti,
berwawasan dan profesional dalam pengurusan projek;
5. Mempunyai kemahiran dalam perancangan strategik,
penyelesaian isu / masalah, pembentangan pelaporan kepada
pihak berkepentingan, komunikasi cemerlang dan berkesan;
RINGKASAN TUGASAN F41 UNIT DIGITAL NEGERI PAHANG
a. Menjalankan tugas sebagai urusetia kepada Majlis Digital Negeri Pahang
dan urusetia kepada Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan.
b. Menyediakan dan membentangkan laporan status pelaksanaan inisiatif
digital dalam Pelan Digital Negeri Pahang kepada Majlis Digital Negeri
Pahang.
c. Memantau dan menilai perkembangan pelaksanaan dan melakukan
penambahbaikan serta tindakan progresif dalam meminimumkan
permasalahan perkara berbangkit bagi setiap inisiatif digital.
d. Memperhalusi dan mencadangkan penetapan KPI bagi setiap peneraju
inisiatif digital.
e. Menguruskan penyediaan mekanisma pemantauan pelaksanaan atau KPI
secara atas talian.
f. Menguruskan penyimpanan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan
Majlis Digital Negeri Pahang dengan sistematik dan selamat.
g. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke
semasa

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui Online sahaja.

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pengambilan dan temu duga, sila


berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Pahang. Hanya calon yang layak selepas tapisan
sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima
apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA ATAU SEBELUM


21 SEPTEMBER 2022 (RABU) JAM 11.59 MALAM.

MOHON SECARA ONLINE DI PORTAL SPA PAHANG :


https://espa.pahang.gov.my
Unit Digital di Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Pejabat SUK
Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, dinamik,
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berpengalaman luas dalam bidang
Teknologi Maklumat bagi mengisi kekosongan jawatan mulai 08
September 2022 seperti berikut :

DIPLOMA/SIJIL/STP/STPM/STAM
KUMPULAN PELAKSANAAN KEKOSONGAN
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
GRED F29 (KONTRAK)
Syarat Kelayakan Minimum:
1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki sekurang-kurangnya:
i. Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii. Sijil dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
iii. Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
3. Pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam membangunkan dan
menyelenggara sistem aplikasi atau laman web serta bantuan teknikal
kepada pihak pengguna. Keutamaan bagi calon yang memiliki
pengalaman dalam membangunkan atau menyelenggara sistem
aplikasi atau laman web yang berkaitan dengan pengurusan projek
ICT;
4. Memiliki sifat kreatif, tekun, sabar, komited dan minat untuk
meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat;
5. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang mendalam
mengenai perkakasan, peralatan dan sistem komputer serta mengikuti
perkembangan teknologi maklumat terkini.
RINGKASAN TUGASAN F29 UNIT DIGITAL NEGERI PAHANG
a. Membantu dalam pelaksanaan tugas sebagai urusetia kepada Majlis Digital
negeri Pahang dan urusetia kepada Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan.

b. Membantu dalam penyediaan laporan status pelaksanaan inisiatif digital


dalam Pelan Digital Negeri Pahang kepada Majlis Digital Negeri Pahang.

c. Membantu pelaksanaan pemantauan kepada perkembangan pelaksanaan


dan melakukan penambahbaikan serta tindakan progresif dalam
meminimumkan permasalahan perkara berbangkit bagi setiap inisiatif digital.

d. Membantu dalam penetapan KPI bagi setiap peneraju inisiatif digital.

e. Membantu dalam menyediakan mekanisma pemantauan pelaksanaan atau


KPI secara atas talian.

f. Membantu dalam pengurusan penyimpanan dokumen-dokumen yang


berkaitan dengan Majlis Digital Negeri Pahang dengan sistematik dan selamat.

g. Membangunkan dan menyelenggara sistem aplikasi atau laman web yang


diperlukan dalam pemantauan dan penetapan KPI.

h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke


semasa

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui Online sahaja.

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pengambilan dan temu duga, sila


berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Pahang. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan
dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap
permohonan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA ATAU SEBELUM


21 SEPTEMBER 2022 (RABU) JAM 11.59 MALAM.
MOHON SECARA ONLINE DI PORTAL SPA PAHANG :
https://espa.pahang.gov.my
Unit Digital di Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Pejabat SUK
Pahang ingin mempelawa individu-individu yang berkelayakan, dinamik,
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berpengalaman luas dalam bidang
Teknologi Maklumat bagi mengisi kekosongan jawatan mulai 08
September 2022 seperti berikut :

SPM/ MCE/ SPVM/SPMV/STA/STU/SKM/SIJIL


KUMPULAN PELAKSANAAN KEKOSONGAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI 1
GRED N19 (KONTRAK)

Syarat Kelayakan Minimum:


1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki sekurang-kurangnya:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setara
dengannya oleh kerajaan ;
ii. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam pentadbiran dan


keurusetiaan. Keutamaan bagi calon yang memiliki pengalaman
dalam aspek keurusetiaan dan pentadbiran serta mempunyai
kebolehan dalam menggunakan perisian komputer seperti MS
Office;

4. Memiliki sifat kreatif, tekun, sabar, komited dan minat dalam


menggunakan teknologi maklumat dalam pekerjaan seharian;

5. Mempunyai kemahiran dalam menyediakan surat menyurat dan


mengendalikan persiapan mesyuarat.
RINGKASAN TUGASAN N19 UNIT DIGITAL NEGERI PAHANG
a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan
pentadbiran di Unit Digital Negeri Pahang

b) Membantu dalam pelaksanaan tugasan keurusetiaan kepada Majlis


Digital Negeri Pahang dan Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan.

c) Membantu dalam penyediaan laporan status pelaksanaan inisiatif digital


dalam Pelan Digital Negeri Pahang kepada Majlis Digital Negeri Pahang.

d) Membantu dalam menguruskan penyimpanan dokumen-dokumen yang


berkaitan dengan Majlis Digital Negeri Pahang dengan sistematik dan
selamat.

e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke


semasa

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui Online sahaja.

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pengambilan dan temu duga, sila


berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Pahang. Hanya calon yang layak selepas tapisan
sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima
apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA ATAU SEBELUM


21 SEPTEMBER 2022 (RABU) JAM 11.59 MALAM.

MOHON SECARA ONLINE DI PORTAL SPA PAHANG :


https://espa.pahang.gov.my

You might also like