You are on page 1of 1

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION)

MATRADE merupakan agensi promosi perdagangan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang terlibat secara langsung di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama dunia dan berperanan untuk membantu syarikat Malaysia membangun dan mengembangkan pasaran eksport Negara. Individu-individu yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan, dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan ini. A. JAWATAN (KONTRAK) Jawatan / Gred Pengurus Kanan Gred E48 Skala Gaji P1T1 P1T8 RM4,352.22 RM5,774.34 Elaun Tetap ITK : RM550.00 ITP : RM700.00 BSH : RM300.00 BIPK : 5% daripada gaji pokok ITKA : RM300.00 ITP : RM250.00 BSH : RM300.00 BIPK : 5% daripada gaji pokok ITK : RM300.00 ITP : RM250.00 BSH : RM300.00 ITK : RM160.00 ITP : RM180.00 BSH : RM300.00 ITK : RM160.00 ITP : RM180.00 BSH : RM300.00 ITK : RM115.00 ITP : RM180.00 BSH : RM300.00 Cuti Rehat Tahunan 25 hari

2012

3. Pegawai Undang-Undang, Gred L41/44 (Kontrak) a) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan b) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab sebagai Pegawai Undang-undang dalam aspek perundangan; Menggubal peraturan, garis panduan serta memberi nasihat dan pandangan mengenai hal perundangan bagi MATRADE; dan Menyemak dan menyediakan draf-draf MoU dan perjanjian MATRADE. 4. Eksekutif, Gred E27 (Kontrak) a) Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan b) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab membantu dalam aktiviti-aktiviti promosi perdagangan serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan yang telah ditetapkan oleh MATRADE. 5. Setiausaha Pejabat, Gred N27 (Kontrak) a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripda UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan c) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab sebagai pembantu peribadi dengan membantu urusan rasmi harian seperti penyediaan laporan, temujanji, panggilan telefon dan lain-lain berkaitan. 6. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi), Gred N17 (Kontrak) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan b) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan dan lainlain yang berkenaan yang diarahkan dari masa ke semasa. C. RAWATAN PERUBATAN Taraf Kontrak Kelayakan Rawatan perubatan di hospital Kerajaan dan juga panel-panel klinik yang dilantik oleh MATRADE untuk pegawai/kakitangan, suami/isteri, ibubapa dan anak sahaja.

Penolong Pengurus Gred E41

P1T1 P1T27 RM1,693.06 RM4,643.06

25 hari

Pegawai UndangUndang Gred L41/44 Eksekutif Gred E27

P1T1 P1T24 RM1,989.45 RM4,700.07 P1T1 P1T26 RM1,024.55 RM3,027.10

25 Hari

25 Hari

Setiausaha P1T1 P1T26 25 Hari Pejabat RM1,024.55 RM3,027.10 Gred N27 Pembantu Tadbir P1T1 P1T24 20 hari (Perkeranian/ RM820.38 RM2,151.35 Operasi) Gred N17 Nota: - Bagi jawatan Pembantu Tadbir N17, pemohon dari Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak digalakkan memohon. - Calon yang layak akan ditempatkan di Pejabat MATRADE Wilayah Utara. ITK : Imbuhan Tetap Keraian ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP : Imbuhan Tetap Perumahan BSH : Bantuan Sara Hidup BIPK: Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

B. SYARAT-SYARAT 1. Pengurus Kanan, Gred E48 (Kontrak) a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; c) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang pasaran antarabangsa, mempunyai pengetahuan berhubung sektor produk dan perkhidmatan serta hal-hal berkaitan mengenai ekonomi di dalam dan luar negara; d) Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik terutamanya dengan syarikatsyarikat antarabangsa; dan e) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Kriteria Tambahan : Keutamaan diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Awam/Mekanikal. Mempunyai pengetahuan dan memahami pelbagai aspek teknikal terutamanya dalam sektor elektrikal dan elektronik. Mempunyai pengalaman dalam pembangunan perniagaan, pemasaran produk berkaitan elektrikal & elektronik dan berkebolehan untuk mengenalpasti sasaran pasaran & pembeli. Memiliki kemahiran analitikal yang baik bagi tujuan mengkaji dan menganalisa perkembangan industri serta pasaran berkaitan sektor elektrikal dan elektronik. Energetik, berdisiplin dan boleh menjadi ketua atau ahli kumpulan yang komited. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab untuk mengkaji perkembangan industri, menganalisa trend pasaran, merangka strategi promosi pasaran, merancang dan menguruskan aktiviti-aktiviti promosi perdagangan Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan yang telah ditetapkan oleh MATRADE. Berkebolehan menjana idea-idea yang kreatif bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh MATRADE. 2. Penolong Pengurus, Gred E41 (Kontrak) a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan c) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menguruskan aktiviti-aktiviti promosi perdagangan serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan yang telah ditetapkan oleh MATRADE.

D. KEMUDAHAN PINJAMAN Taraf Kontrak Jenis Pinjaman a) Kenderaan b) Komputer

E. SYARAT-SYARAT LAIN Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mahir dalam penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran di dalam penggunaan komputer. F. TEMPOH KONTRAK Tempoh pelantikan untuk semua calon-calon yang dilantik secara kontrak adalah selama 2 tahun tertakluk kepada prestasi kerja yang memuaskan. G. KELAYAKAN 1. Terdiri daripada warganegara Malaysia. 2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 3. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. H. CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my sahaja. I. TARIKH TUTUP Tarikh tutup permohonan J. CATATAN AM 1. Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya. 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/ senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ujian bertulis dan/ atau temuduga. 3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak MATRADE. 4. Pemohon yang mempunyai kelayakan ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). : 2 APRIL 2012 (ISNIN)

You might also like