You are on page 1of 18

1

TAHAP KEMAHIRAN DAN TINGKAHLAKU LITERASI MAKLUMAT DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan tingkahlaku literasi maklumat pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) disamping mengenalpasti faktor jantina, jenis pengajian, peringkat pengajian dan jenis fakulti di dalam mempengaruhi kemahiran literasi maklumat pelajar-pelajar.Melalui kajian ini, rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah yang dipilih ialah kaeadh tinjauan.Sampel kajian terdiri daripada 354 orang pelajar UKM di samping instrument kajian terdiri daripada satu set soalan soal selidik.Daripada hasil dapatan, didapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan sangat mahir kepada kemahiran literasi maklumat. Begitu juga dengan ketiga-tiga kumpulan umur pelajar (20-25 tahun, 26-30 tahun dan 31 tahun ke atas) juga didapati sangat mahir di dalam literasi maklumat. Selain itu, ketiga-tiga kumpulan peringkat pengajian pelajar (Ijazah, Sarjana dan Ph.D) juga sangat mahir dalam literasi maklumat. Pelajar semester 4 mencatat nilai min tertinggi berbanding yang lain dan mereka sangat mahir dalam literasi maklumat berbanding pelajar semester 9 yang kurang mahir dalam literasi maklumat mencatat nilai min yang paling rendah.Pelajar sepenuh masa dan separuh masa juga sangat mahir terhadap kemahiran literasi maklumat. Namun bagi jenis fakulti pelajar, pelajar daripada fakulti Farmasi sangat mahir dalam literasi maklumat sementara fakulti Pergigian masih kurang mahir.Hasil dapatan juga mendapati bahawa, nilai min tertinggi yang diperolehi dalam mengenalpasti tingkahlaku pelajar-pelajar dalam mendapatkan maklumat adalah M=4.22 di mana seramai 4 orang responden daripada 534 orang responden menyatakan mereka sangat bersetuju bahawa mereka sedar maklumat boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sementara itu pula, min yang paling rendah yang diperolehi adalah M= 3.58 di mana sebanyak 4 orang responden menyatakan mereka kurang bersetuju bahawa mereka biasa menilai kepakaran penulis samada berkelayakan atau tidak dalam bidang yang ditulisnya. Selain itu, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden lelaki dan responden perempuan. Disamping itu, didapati juga bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden yang belajar secara sepenuh masa dan separuh masa. Begitu juga didapati bahawa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden dengan faktor peringkat pengajian responden. Akhir sekali,

didapati juga bahawa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden dengan faktor jenis fakulti responden

PENGENALAN

Sekarang ini, adalah merupakan era maklumat dan pengetahuan. Sumber maklumat dianggap sebagai sumber penting yang menyumbang ke arah pembangunan sesebuah negara. Maklumat menjadi teras kepada perkembangan pengetahuan dan pembentukan masyarakat berilmu. Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu yang memerlukan maklumat, mengetahui dan memiliki kemahiran untuk mendapatkan maklumat, memilih sumber maklumat yang sesuai dan menilai maklumat yang diperolehi sebelum ia diaplikasikan. Menurut Khalid (2000), beliau mendefinisikan maklumat sebagai input yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana pengetahuan tersebut dapat menyelesaikan masalah atau membantu membuat keputusan. Ingwersen(1995) pula, mendefinisikan maklumat sebagai hasil transformasi struktur kognitif, di mana individu yang menerimanya akan mengalami kesan dan berlaku perubahan dalam tahap pengetahuan individu tersebut. Maklumat adalah berbeza dari pengetahuan. Maklumat juga dikaitkan dengan sesuatu yang diperlukan oleh pelajar pada sebarang usia semasa melalui proses pembelajaran. Kajian emperikal boleh dijalankan ke atas maklumat tersebut selepas menguasai konsepnya. Sementara iru pula, menurut Abdullah (2000), setiap individu mempunyai keperluan maklumat mereka tersendiri, namun keperluan dan penggunaan maklumat dalam kalangan pelajar universiti adalah tertinggi. Antara kumpulan pelajar universiti yang terdiri daripada pelajar pra siswazah dan siswazah, pelajar siswazah merupakan golongan yang paling banyak memerlukan dan berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Pelajar siswazah terutamanya yang berada di tahap akhir pengajian, harus berdikari dalam menjalankan penyelidikan mereka dan mereka seharusnya mempunyai tingkah laku maklumat yang betul (Kalyani & Abdul Razak, 2009).Ini adalah kerana hasil penyelidikan dan kerja kursus dipengaruhi oleh tingkah laku mendapatkan maklumat mereka (Ellis, 1993) Menurut Majid & Kassim (2000) menyatakan tingkah laku mendapatkan maklumat sebagai istilah yang agak luas dan melibatkan satu set aktiviti seperti keperluan maklumat, mencari maklumat, menilai dan memilih maklumat dan akhir sekali menggunakan maklumat tersebut. Pelbagai faktor mempengaruhi tingkah laku individu mahupun kumpulan dalam mendapatkan

sesuatu maklumat seperti persekitaran, kemahiran pengguna dalam mengenalpasti maklumat yang diperlukan, saluran dan sumber yang diminati serta halangan-halangan untuk mendapatkan maklumat.Sementara itu pula, menurut Wilson(2000), tingkah laku mencari maklumat merupakan peringkat mikro dalam tingkah laku maklumat . Ia dilakukan oleh pencari maklumat untuk mencari dan berinteraksi dengan sistem maklumat yang pelbagai. Ia merangkumi interaksi sama ada di peringkat komputer mahupun pencarian buku di rak buku di pusat sumber.Bagi Kalyani dan Abdul Razak, 2009 pula, mereka menyatkan bahawa tingkah laku pencari maklumat sama ada secara fizikal mahupun mental dalam menggabungkan maklumat yang di dapati dengan pengetahuan sedia ada, misalnya tindakan pencari maklumat menandakan nota dalam buku, membandingkan 2 maklumat yang berbeza dan menerima pengetahuan baru. Disamping itu pula, perkembangan dalam tingkah laku maklumat telah mengubah imej perpustakaan university dari sebuah pusat pengumpulan maklumat kepada pusat pencapaian maklumat. Perubahan imej ini adalah disebabkan oleh faktor ledakan maklumat, pembangunan teknologi maklumat, peningkatan kemudahan internet dan perkembangan media komunikasi yang meluas. Majoriti pelajar siswazah belajar secara separuh masa, kemudahan teknologi maklumat telah membantu mereka mencari maklumat di mana-mana lokasi secara fleksibel. Ini juga merupakan faktor utama yang telah membantu meningkatkan enrolmen pelajar siswazah di universiti. (Khalid, 2000). Bagaimanapun mereka masih menghadapi pelbagai masalah dalam usaha mendapatkan maklumat seperti faktor kekangan masa yang disebabkan oleh komitmen terhadap kerjaya dan keluarga (Abdullah,2000). Namun begitu, kelemahan menguasai Bahasa Inggeris menghalang individu-individu daripada mendapatkan maklumat dari sumber internet mahupun bercetak. Ketiadaan pengetahuan dalam penggunaan perkhidmatan perpustakaan turut mempengaruhi tingkah laku maklumat pelajar siswazah daripada menggunakan kemudahan tersebut secara optima.

OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidik sebenarnya ingin menjalankan kajian ini, bagi memenuhi beberapa objektif utama iaitu: i. ii. iii. iv. Mengenalpasti tahap kemahiran literasi maklumat dikalangan pelajar-pelajar universiti. Mengenalpasti tingkah laku pelajar-pelajar universiti dalam mendapatkan maklumat. Mengenalpasti kemahiran literasi maklumat di kalangan jantina dan jenis pengajian pelajar-pelajar universiti. Mengenalpasti kemahiran literasi maklumat di antara peringkat pengajian dan jenis fakulti pelajar-pelajar universiti.

PERSOALAN KAJIAN Penyelidik ingin mencari penyelesaian dan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut: i. ii. iii. iv. Apakah tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar-pelajar universiti? Apakah tingkahlaku pelajar-pelajar university dalam mendaptkan maklumat? Adakah kemahiran literasi maklumat berbeza di antara jantina dan jenis pengajian pelajar-pelajar universiti? Adakah kemahiran literasi maklumat berbeza di antara peringkat pengajian dan jenis fakulti pelajar-pelajar universiti?

BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sahaja.Skop kajian ini meliputi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan meliputi 3 peringkat pengajian iaitu ijazah, sarjana dan PhD di pelbagai jenis fakulti. Data-data yang diperolehi untuk kajian ini di batasi oleh item-item yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Dapatan kajian ini juga bergantung kepada responden untuk menjawab pernyataan yang di kemukakan dalam borang soal selidik.

KEPENTINGAN KAJIAN

Sebenarnya kajian tingkah laku maklumat kurang dijalankan di Malaysia, setakat ini kajian ilmiah yang dijalankan hanya berkaitan dengan tingkah laku mendapatkan maklumat dan tingkah laku mencari maklumat. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan hasil yang diperolehi daripada kajian ini dapat menyediakan data asas tentang tingkah laku maklumat dalam kalangan pelajar ijazah,sarjana dan Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya dan di Malaysia amnya.. Selain itu, kajian ini juga penting dalam memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tingkah laku maklumat dalam kalangan pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disamping mengenalpasti adakah kemahiran literasi maklumat berbeza dari segi jantina, peringkat pengajian, jenis pengajian dan fakulti pelajar-pelajar university.Secara tidak langsung dapatan kajian memberi gambaran tentang aspek-aspek tingkah lakumaklumat seperti jenis-jenis sumber maklumat, strategi maklumat dan masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar sarjana ini. Pihak Pentadbir Fakulti-fakulti di UKM dan Perpustakaan Tun Sri Lanang juga dapat memahami akan masalah yang dihadapi oleh pelajar di sepanjang tempoh pengajian mereka dalam mendapatkan maklumat. Pihak Pusat Sumber di fakulti-fakulti di UKM dengan Perpustakaan Tun Sri Lanang dapat menggunakan data yang diperolehi dalam membantu pelajar-pelajar sedia ada pada pihak pusat sumber tersebut. mengatasi masalah pelajar ini, secara tidak langsung memberi peluang kepada pihak Perpustakaan mengatasi kelemahan-kelemahan yang

KAEDAH KAJIAN i. Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif.Manakala kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan ini merupakan satu jenis reka bentuk bukan

eksperimen.Rangka kajian ini menggunakan jantina pelajar, jenis pengajian, peringkat pengajian pelajar dan jenis fakulti pelajar sebagai pembolehubah bebas manakala kemahiran literasi maklumat merupakan pembolehubah bersandar. ii. Sampel kajian

Seramai 354 orang responden pelajar-pelajar universiti yang dipilih secara rawak dipilih untuk menjayakan kajian ini.Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki (N=186) dan perempuan (N=347) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) samada yang belajar secara sepenuh masa (N=409) dan separuh masa (N=123) . Responden juga merupakan pelajar dari tiga peringkat pengajian iaitu, ijazah (N=484), Sarjana (N=45) dan PhD (N=2) yang mewakili 12 buah fakulti di UKM.Responden juga terdiri daripada tiga jenis peringkat umur iaitu, 20-25 tahun (N=395), 26-30 tahun (N=56) dan 31 tahun ke atas (N=83).

iii.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian terdiri daripada satu set soalan soal selidik yang akan mengumpul data yang diperlukan seperti demografi dan kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Soal selidik ini merangkumi dua komponen. Komponen pertama mengenai demografi responden. Komponen kedua merupakan komponen kemahiran literasi maklumat.

iv.

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan maklumat ini dibuat secara perjumpaan dengan semua responden, penerangan tentang soal selidik diberikan terlebih dahulu kepada responden sebelum responden menjawab soalan dalam soal selidik. Tujuan penerangan ini ialah supaya responden benar-benar memahami soalan yang disediakan.

v.

Prosedur Penganalisaan Data

Maklumat yang diperolehi melalui soal selidik akan dikumpulkan mengikut bahagian-bahagian untuk dianalisa.Setelah data yang dikehendaki dikumpul, penyelidik seterusnya membuat satu siri analisis statistic untuk mengenalpasti perkaitan antara setiap pemboleh ubah yang dikaji. Kaedah statistik yang digunakan untuk analisis kajian ini ialah Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara menentukan skor min dan sisihan piawai untuk objektif dan persoalan kajian yang pertama dan kedua. Untuk objektif dan persoalaan kajian ketiga, kaedah statistik yang digunakan ialah ujian t untuk sampel yang tak bersandar. Untuk objektif dan persoalaan kajian keempat, kaedah statistik yang digunakan ialah One-Way Anova. DAPATAN KAJIAN Apakah tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar-pelajar universiti? Bagi melaporkan dapatan persoalan kajian pertama yang dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, cara interpretasi deskriptif yang dicadangkan oleh Jamil Ahmad (2002) digunakan.Menurut Jamil (2002) skor min antara 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi.Skor min anatara 2.34 hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana dan skor min antara 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah. Bagi melaporkan dapatan kajian ini, cara interpretasi yang sama digunakan, namun pengkaji telah mengubahsuai mengikutk kesesuiaan laporan yang diperlukan.Cara interpretasi yang telah dicadangkan, dapat dilihat di dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Interpretasi skor min bagi statistic deskriptif Skala 1.00 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00 Interpretasi Sangat tidak mahir Kurang mahir Sangat mahir

Dengan menggunakan interpretasi skor min di atas, persoalan kajian pertama akan dibincangkan. Jadual 1, menunjukkan hasil yang diperolehi daripada persoalan kajian pertama, iaitu apakah tahap kemahiran literasi maklumat dikalangan pelajar-pelajar universiti. Melalui analisis deskriptif yang dijalankan, pengkaji menggunakan enam item demografi iaitu, jantina, umur, peringkat pengajian, semesta pengajian, jenis pengajian dan fakulti pengajian. Bagi item demografi jantina, didapati bahawa skor min pelajar perempuan (M=3.97) terhadap kemahiran

literasi maklumat lebih tinggi sedikit berbanding dengan lelaki (M=3.94). Jadi dengan merujuk kepada interpretasi skor min dalam Jadual1 di atas, didapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan sangat mahir kepada kemahiran literasi maklumat. Bagi skor min bagi kemahiran literasi maklumat untuk pelajar yang berumur diantara 31 tahun keatas mencatat skor min, tertinggi iaitu,M= 4.03 berbanding pelajar yang berumur 20-25 tahun (M=3.95) dan 26-30 tahun (M=3.91).Jadi, bolehlah dikatakan bahawa ketiga-tiga kumpulan umur pelajar tersebut sangat mahir di dalam literasi maklumat. Bagi skor min untuk kemahiran literasi maklumat berdasarkan peringkat pengajian pelajar pula menunjukkan bahawa, pelajar P.h.D mencatat skor min tertinggi, M= 4.13 berbanding dengan pelajar peringkat ijazah,M=3.96 dan peringkat Sarjana,M=3.95. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, ketiga-tiga kumpulan peringkat pengajian pelajar sangat mahir dalam literasi maklumat. Selain itu, skor min untuk kemahiran literasi maklumat bagi semester pengajian pelajar pula menunjukkan bahawa pelajar untuk semester 4 mencatat skor min tertinggi iaitu, M= 4.14. Manakala pelajar untuk semester 9 mencatat skor min terendah iaitu,M= 3.62. Jadi, bolehlah dinyatakan bahawa, pelajar semester 4 sangat mahir dalam literasi maklumat berbanding pelajar semester 9 yang kurang mahir dalam literasi maklumat.Sementara bagi skor min untuk kemahiran literasi maklumat bagi jenis pengajian pelajar pula menunjukkan bahawa, pelajar sepenuh masa (M=3.95) dan separuh masa (M=3.98) mencatat skor min yang hampir sama.Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa, pelajar sepenuh masa dan separuh masa sangat mahir terhadap kemahiran literasi maklumat. Akhir sekali, skor min kemahiran literasi maklumat untuk jenis fakulti, pelajar daripada fakulti Farmasi mencatat skor min tertinggi iaitu, M=4.65 dan yang paling rendah ialah daripada fakulti Pergigian, M=3.62.Jadi bolehlah dikatakan bahawa, pelajar daripada fakulti Farmasi sangat mahir dalam literasi maklumat sementara fakulti Pergigian masih kurang mahir. Jadual 2: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi pemboleubah kemahiran literasi maklumat mengikut jantina, umur, peringkat pengajian, semester, jenis pengajian dan jenis fakulti pelajar- pelajar universiti. N Kemahiran literasi maklumat Jantina: Lelaki Perempuan Umur: 20-25 186 347 395 Skor min 3.94 3.97 3.95 Sisihan Piawai 0.476 0.437 0.454

26-30 31 ke atas Peringkat: Ijazah Sarjana Ph.D Semester: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Pengajian: Sepenuh masa Separuh masa Fakulti: F.PEND FUU FSSK FST FTSM F.Perubatan F.Kejuteraan F. Peng.Islam F.Sns.Kesihat F.Pergigian F. Farmasi F.Ekonomi

56 82 484 45 2 18 1 15 8 12 211 18 170 7 55 409 123 32 8 82 93 27 69 24 92 60 5 1 40

3.91 4.03 3.96 3.95 4.13 4.09 3.69 3.69 4.14 3.97 3.96 3.97 4.00 3.62 3.88 3.95 3.98 4.00 3.80 3.98 3.95 4.01 3.94 3.91 3.98 3.99 3.62 4.65 3.89

0.537 0.355 0.461 0.328 0.190 0.428 0.000 0.837 0.287 0.439 0.500 0.334 0.306 1.198 0.408 0.455 0.437 0.596 0.214 0.420 0.554 0.312 0.393 0.312 0.443 0.337 0.311 0.000 0.557

Apakah tingkahlaku pelajar-pelajar universiti dalam mendaptkan maklumat? Bagi melaporkan dapatan persoalan kajian kedua yang dianalisis dengan

menggunakan statistik deskriptif, cara interpretasi deskriptif yang dicadangkan oleh Jamil Ahmad (2002) juga digunakan.Menurut Jamil (2002) skor min antara 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi.Skor min anatara 2.34 hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana dan skor min antara 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah. Bagi melaporkan dapatan kajian ini, cara interpretasi yang sama digunakan, namun pengkaji telah mengubahsuai mengikutk kesesuiaan laporan yang diperlukan.Cara interpretasi yang telah dicadangkan, dapat dilihat di dalam Jadual 3 di bawah.

10

Jadual 3: Interpretasi skor min bagi statistic deskriptif Skala 1.00 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00 Interpretasi Sangat tidak setuju Kurang setuju Sangat setuju

Bagi melaporkan hasil persoalan kajian ini, Jadual 3 digunakan sebagai rujukan untuk menunjukkan nilai min. Berdasarkan Jadual 4 di bawah, didapati bahawa, nilai min tertinggi yang diperolehi adalah M=4.22 di mana seramai 4 orang responden daripada 534 orang responden menyatakan mereka sangat bersetuju bahawa mereka sedar maklumat boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Ini diikuti dengan min kedua tertinggi iaitu M= 4.11 dimana seramai 4 orang responden juga sangat bersetuju bahawa mereka merancang terlebih dahulu jenis-jenis maklumat yang diperlukan. Sementara itu pula, min yang paling rendah yang diperolehi adalah M= 3.58 di mana sebanyak 4 orang responden menyatakan mereka kurang bersetuju bahawa mereka biasa menilai kepakaran penulis samada berkelayakan atau tidak dalam bidang yang ditulisnya.

Jadual 4: Tingkahlaku pelajar-pelajar universiti dalam mendapatkan maklumat Tingkahlaku pelajar universiti N Kekerapan Min Sisihan Piawai

11

1. Merancang jenis maklumat yang 534 diperlukan 2. Sedar akan maklumat dalam jurnal 534 lebih kerap disemak, disunting dan dikritik berbanding majalah. 3. Sedar maklumat boleh didapati dalam 534 pelbagai bentuk 4. Sedar sumber primer ialah sumber asal 534 yang merekodkan kerja literature 5. Sedar sumber skunder ialah sumber 534 membincangkan hasil kerja orang lain 6. Menggunakan sumber luar selain 534 perpustakaan ditempat belajar 7. Mengenalpasti tema-tema lain yang 534 Berkaitan dengan kata-kata kunci yang boleh diguna bagi mencari maklumat. 8. Membaca pelbagai sumber umum 534 Bagi mendapatkan pemahaman tentang terminology untuk topik yang dikaji. 9. Perlu meluaskan lagi kata kunci yang 534 hendak dikaji jika topic kajian sempit 10.Sedar akan boleh menggunakan shortcurts 534 dalam pencarian maklumat. 12.Sedar boleh mencari buku berdasarkan 534 judul yang diberikan. 13.Perlu membuat pencarian mengikut bidang 533 untuk mengenalpasti judul bahan bidang tersebut. 14.Melihat semula stratergi pencarian 534 Maklumat bagi mendapatkan item-item jika menerima item-item tidak dikehendaki. 15.Biasa menilai kepakaran penulis samada 534 berkelayakan atau tidak dalam bidang yang ditulisnya. 16.Menilai ketepatan kandungan dengan 534 Membaca sumber-sumber lain yang dinyataKan oleh penulis tersebut. 17.Faham kesan konteks yang pelbagai 534 seperti sejarah, budaya, dan geografi akan mempengaruhi perspektif maklumat. 18.Sedar faktor masa mempengaruhi 534 kerelevanan maklumat dengan topic kajian. 19.Mendapatkan pengesahan tentang 534 pemahaman tentang sesuatu topic dengan mendapatkan pendapat pakar. 20.Menyusun item-item dengan sistematik 533 semasa mencari maklumat. 21.Berkebolehan menyesuaikan berbagai gaya 534 petikan yang digunakan. 22.Tahu cara menyimpan maklumat ke dalam 534

4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

4.11 3.91 4.22 4.10 3.87 3.84 3.97 4.02 4.01 3.97 3.93 4.02 3.97 3.58 3.82 3.90 3.97 3.86 3.98 3.87 4.07

0.659 0.774 0.673 0.715 0.671 0.770 0.603 0.642 0.654 0.659 0.726 0.662 0.703 0.844 0.714 0.648 0.582 0.611 0.650 0.711 0.662

12

disk atau email apabila mencari maklumat menggunakan pengkalan data. 23.Boleh merekodkan petikan bagi memudahkan 534 mencari maklumat. 24.Menulis sendiri konsep-konsep penting 534 Menggunakan perkataan sendiri. 25.Menggunakan idea-idea utama yang terdapat 534 dalam maklumat yang ditemui untuk menyokong topic kajian. 26.Menggabungkan idea-idea utama dari satu 534 Sumber atau lebih untuk membentuk idea baru. 27.Boleh membina sendiri kesimpulan 534 Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.

4 4 4 4 4

3.99 3.89 4.04 4.04 4.02

0.595 0.660 0.555 0.634 0.577

Adakah kemahiran literasi maklumat berbeza di antara jantina dan jenis pengajian pelajar-pelajar universiti? Berdasarkan Jadual 5 di bawah, di mana pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian-T bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jantina pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai min kemahiran literasi maklumat bagi responden lelaki ialah 3.94 manakala min kemahiran literasi maklumat bagi responden perempuan ialah 3.97. Nilai Sig yang diperolehi ialah 0.531, iaitu lebih besar daripada nilai 0.05. Maka boleh dibuat kesimpulan di sini, bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden lelaki dan responden perempuan. Jadual 5: Rumusan Keputusan Ujian-T bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jantina pelajar-pelajar universiti Pembolehubah Kemahiran Literasi Maklumat Jantina N Min 3.94 3.97 Sisihan Piawai 0.476 0.437 t -0.627 df 531 Sig. 0.531

Lelaki 186 Perempuan 347

13

Berdasarkan Jadual 6 di bawah, di mana pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian-T bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jenis pengajian pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai min kemahiran literasi maklumat bagi responden yang belajar secara sepenuh masa ialah 3.95 manakala min kemahiran literasi maklumat bagi responden yang belajar secara separuh masa ialah 3.98. Nilai Sig yang diperolehi ialah 0.530, iaitu lebih besar daripada nilai 0.05. Maka boleh dibuat kesimpulan di sini, bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden yang belajar secara sepenuh masa dan separuh masa. Jadual 6: Rumusan Keputusan Ujian-T bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jenis pengajian pelajar-pelajar universiti Pembolehubah Kemahiran Literasi Maklumat Jenis N Pengajian Sepenuh Masa 409 Separuh Masa 123 Min 3.95 3.98 Sisihan Piawai 0.455 0.437 t -0.628 df 530 Sig. 0.530

Adakah kemahiran literasi maklumat berbeza di antara peringkat pengajian dan jenis fakulti pelajar-pelajar universiti?

Berdasarkan Jadual 7 di bawah, di mana pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian OneWay ANOVA bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut peringkat pengajian pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai F = 0.156 dan nilai Sig = 0.855 bagi kemahiran literasi maklumat. Oleh itu kerana nilai Sig > 0.05, maka boleh dibuat rumusan di sini bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden dengan faktor peringkat pengajian responden.Maksudnya, tidak terdapat perbezaan kemahiran literasi maklumat responden samada ada peringkat pengajian ijazah, sarjana ataupun PhD.

Jadual 7: Rumusan Keputusan Ujian One-Way ANOVA bagi pembolehubah kemahiran

14

literasi maklumat mengikut peringkat pengajian pelajar-pelajar university Jumlah Kuasa Dua Kemahiran Literasi Maklumat Antara 0.064 Kumpulan Dalam 107.604 Kumpulan JUMLAH 107.668 df Min Kuasa Dua 0.032 0.204 F Sig.

2 528 530

0.156

0.855

Berdasarkan Jadual 8 di bawah, di mana pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian One-Way ANOVA bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jenis fakulti pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai F = 0.820 dan nilai Sig = 0.620 bagi kemahiran literasi maklumat. Oleh itu kerana nilai Sig > 0.05, maka boleh dibuat rumusan di sini bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden dengan faktor jenis fakulti responden.Maksudnya, tidak terdapat perbezaan kemahiran literasi maklumat responden dari pelbagai jenis fakulti yang meawakili responden. Jadual 8: Rumusan Keputusan Ujian One-Way ANOVA bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jenis fakulti pelajar-pelajar universiti. Jumlah Kuasa Dua Kemahiran Literasi Maklumat Antara 1.839 Kumpulan Dalam 106.208 Kumpulan JUMLAH 108.046 df Min Kuasa Dua 0.167 0.204 F Sig.

11 521 532

0.820

0.620

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

15

Bagi item demografi jantina, didapati bahawa skor min pelajar perempuan (M=3.97) terhadap kemahiran literasi maklumat lebih tinggi sedikit berbanding dengan lelaki (M=3.94). Jadi, didapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan sangat mahir kepada kemahiran literasi maklumat. Nilai skor min bagi pelajar lelaki dan perempuan juga tidak jauh bezanya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa pelajar lelaki dan perempuan megetahui cara untuk mendapatkan maklumat, mencari maklumat dan menggunakan maklumat dengan baik. Bagi skor min bagi kemahiran literasi maklumat untuk pelajar yang berumur diantara 31 tahun keatas mencatat skor min, tertinggi iaitu,M= 4.03 berbanding pelajar yang berumur 20-25 tahun (M=3.95) dan 26-30 tahun (M=3.91).Jadi, bolehlah dikatakan bahawa ketiga-tiga kumpulan umur pelajar tersebut sangat mahir di dalam literasi maklumat. Melalui skor min untuk ketiga-tiga kumpulan umur di atas juga menunjukkan tidak banyak perbezaan. Bagi skor min untuk kemahiran literasi maklumat berdasarkan peringkat pengajian pelajar pula menunjukkan bahawa, pelajar P.h.D mencatat skor min tertinggi, M= 4.13 berbanding dengan pelajar peringkat ijazah,M=3.96 dan peringkat Sarjana,M=3.95. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, ketiga-tiga kumpulan peringkat pengajian pelajar sangat mahir dalam literasi maklumat. Skor min untuk ketiga-tiga jenis peringkat pengajian ada menunjukkan perbezaan walaupun sedikit. Pelajar peringkat PhD mencatat skor min tertinggi kerana mungkin disebabkan mereka lebih berpengalaman dan lebih pengetahuan bagaimana untuk mendapatkan maklumat berbanding pelajar-pelajar sarjana dan ijazah. Selain itu, skor min untuk kemahiran literasi maklumat bagi semester pengajian pelajar pula menunjukkan bahawa pelajar untuk semester 4 mencatat skor min tertinggi iaitu, M= 4.14. Manakala pelajar untuk semester 9 mencatat skor min terendah iaitu,M= 3.62. Jadi, bolehlah dinyatakan bahawa, pelajar semester 4 sangat mahir dalam literasi maklumat berbanding pelajar semester 9 yang kurang mahir dalam literasi maklumat.Daripada hasil dapatan, bolehlah dikatakan bahawa ia bertentangan dengan hipotesis yang menyatakan bahawa semakin bertambah semester pengajian pelajar, semakin mahir mereka mendapatkan maklumat. Sementara bagi skor min untuk kemahiran literasi maklumat bagi jenis pengajian pelajar pula menunjukkan bahawa, pelajar sepenuh masa (M=3.95) dan separuh masa (M=3.98) mencatat skor min yang hampir sama.Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa, pelajar sepenuh masa dan separuh masa sangat mahir terhadap kemahiran literasi maklumat.Daripada hasil dapatan juga bolehlah dikatakan bahawa, walaupun seseorang pelajar itu belajar secara separuh masa, tetapi tahap kemahiran literasi maklumat mereka masih lagi baik. Menurut Khalid 2000, beliau menyatakan bahawa ini mungkin disebabkan faktor kemudahan teknologi maklumat yang telah membantu mereka mencari maklumat di mana-mana lokasi secara fleksibel. Jadi,

16

masalah pengajian secara separuh masa tidak menjejaskan tahap kemahiran literasi maklumat seseorang pelajar. Skor min kemahiran literasi maklumat untuk jenis fakulti pula, menunjukkan pelajar daripada fakulti Farmasi mencatat skor min tertinggi iaitu, M=4.65 dan yang paling rendah ialah daripada fakulti Pergigian, M=3.62.Jadi bolehlah dikatakan bahawa, pelajar daripada fakulti Farmasi sangat mahir dalam literasi maklumat sementara fakulti Pergigian masih kurang mahir. Sementara itu pula, didapati bahawa, nilai min tertinggi yang diperolehi dalam mengenalpasti tingkahlaku pelajar-pelajar dalam mendapatkan maklumat adalah M=4.22 di mana seramai 4 orang responden daripada 534 orang responden menyatakan mereka sangat bersetuju bahawa mereka sedar maklumat boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sementara itu pula, min yang paling rendah yang diperolehi adalah M= 3.58 di mana sebanyak 4 orang responden menyatakan mereka kurang bersetuju bahawa mereka biasa menilai kepakaran penulis samada berkelayakan atau tidak dalam bidang yang ditulisnya. Jadi, bolehlah dikatakan kebanyakan pelajar-pelajar peka dan tahu bahawa mereka boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber contohnya melalui media elektronik, imej, audio dan juga video.Namun, ada juga segelintir pelajar yang tidak mengambil peduli akan kepakaran penulis sesuatu sumber maklumat samada berkelayakan atau tidak. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kekangan masa, di mana mereka tidak ada masa untuk menilai kelayakan atau kepakaran seseorang penulis tersebut ataupun mereka merasakan ianya tidak begitu penting dalam membantu mereka dalam mendapatkan sumber maklumat tersebut. Selain itu, di mana pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian-T bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jantina pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai min kemahiran literasi maklumat bagi responden lelaki ialah 3.94 manakala min kemahiran literasi maklumat bagi responden perempuan ialah 3.97. Nilai Sig yang diperolehi ialah 0.531, iaitu lebih besar daripada nilai 0.05. Maka boleh dibuat kesimpulan di sini, bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden lelaki dan responden perempuan. Jadi, hasil dapatan ini boleh membuktikan bahawa faktor jantina pelajar tidak mempengaruhi tahap kecekapan mereka terhadap kemahiran literasi maklumat. Sementara itu pula, pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian-T bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jenis pengajian pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai min kemahiran literasi maklumat bagi responden yang belajar secara sepenuh masa ialah 3.95 manakala min kemahiran literasi maklumat bagi responden yang belajar secara

17

separuh masa ialah 3.98. Nilai Sig yang diperolehi ialah 0.530, iaitu lebih besar daripada nilai 0.05. Maka boleh dibuat kesimpulan di sini, bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden yang belajar secara sepenuh masa dan separuh masa. Jadi, hasil dapatan ini boleh membuktikan bahawa faktor jenis penagjian pelajar tidak mempengaruhi tahap kecekapan mereka terhadap kemahiran literasi maklumat. Disamping itu pula, pengkaji juga telah merumuskan Keputusan Ujian One-Way ANOVA bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut peringkat pengajian pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai F = 0.156 dan nilai Sig = 0.855 bagi kemahiran literasi maklumat. Oleh itu kerana nilai Sig > 0.05, maka boleh dibuat rumusan di sini bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden dengan faktor peringkat pengajian responden.Maksudnya, tidak terdapat perbezaan signifikan kemahiran literasi maklumat responden samada ada peringkat pengajian ijazah, sarjana ataupun PhD.Jadi, bolehlah disimpulkan juga bahawa peringkat pengajian pelajar-pelajar universiti tidak mempengaruhi kemahiran literasi maklumat seseorang pelajar tersebut. Akhir sekali, pengkaji telah merumuskan Keputusan Ujian One-Way ANOVA bagi pembolehubah kemahiran literasi maklumat mengikut jenis fakulti pelajar-pelajar universiti, di dapati bahawa nilai F = 0.820 dan nilai Sig = 0.620 bagi kemahiran literasi maklumat. Oleh itu kerana nilai Sig > 0.05, maka boleh dibuat rumusan di sini bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran literasi maklumat responden dengan faktor jenis fakulti responden.Maksudnya, tidak terdapat perbezaan kemahiran literasi maklumat responden dari pelbagai jenis fakulti yang meawakili responden. Oleh itu, secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa, jenis fakulti pelajar-pelajar tidak mempengaruhi kemahiran literasi maklumat seseorang pelajar tersebut. RUJUKAN Abdullah, S.A. (2000). Factors affecting international students use of the online catalog and other information sources.(Doctoral dissertation, Florida state University, 2000). Dissertation Abstracts International, 61,1663. Ellis, D. (1993). Modelling the Information Seeking Patterns of Academic Reseachers Library Quaterly 63(4): 469:486

18

Khalid, H. M. (2000). The use of technology for housekeeping and bibliographic searching activities in university libraries of Saudi Arabia: The need for accelaration. Library Review 49 (4), 179-185. Majid, S. & Kassim, G.M. (2000). Information seeking Behaviour of IIUM Law Faculty Members. Malaysian Journal of Library & Information Science, Vol.15, no.2: 1-17. Mohd. Najib Abd. Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan: Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Wilson. T.D. (1999). Models in information behaviour research. Journal of Documentation, 55(2), 249-270. Retrieved 13 June, 2006 from http://information/net/tdw/pub/papers/1999JDoc.html. Wilson, T.D. (2000). Human Information Behavior. Information Sciences, 3(2), 49-55 Yasir, N. (2004). Graduate students information needs from electronic information resources in Saudi Arabia, (Doctoral Dissertation: Florida State University. Dissertation Absracts International, 21,1842.

You might also like