You are on page 1of 6

SOALAN 1 (A) = konsep sumber alam blh diperbaharui & x blh diperbaharui Konsep Sumber Alam >Sumber ialah

bahan yag bermanfaat kepada manusia dan berguna kepada manusia untuk meneruskan hidupnya. >Sudut ekonomi : sesuatu benda yang bernilai dan berfaedah seperti tanah, manusia, pasaran. Sumber yang boleh diperbaharui >Sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan mengalami kepupusan seperti air, udara, suria, ombak dan lain. Sumber boleh diganti apabila habis atau berkurangan seperti sumber hutan, tanah pertanian, padang rumput dan lain-lain. Sumber tenaga pula seperti suria, hidro, geoterma dan biomass. Sumber yang tidak boleh diperbaharui >Sumber akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti atau diwujudkan semula seperti arang batu, petroleum dan gas asli. sumber yang boleh dikitar semula seperti mineral emas, bijih timah, besi, tembaga, kaolin , granit marmar dan perak bagi melambatkan kehabisan sumber. Sumber yang tidak boleh dikitar semula seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Ia akan habis apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti. Kejadiannya mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun.

SOALAN 1 (B) = perbezaan jangka panjang & jangka pendek Sumber Yang Boleh Diperbaharui (Aliran) >Keadaan ini wujud apabila melihat sumber yang tidak boleh diperbaharui mungkin akan habis digunakan pada masa akan datang. Dengan adanya teknologi pada masa kini, sumber ini sebagai inisiatif sekiranya sumber asli yang kita dapat dari muka dalam bumi habis digunakan. Tetapi sekiranya tidak dikawal dengan baik, kepupusan bagi sumber ini akan berlaku juga walaupun ia merupakan sumber yang boleh diperbaharui. >Sumber jenis ini terdapat dalam dua ketegori iaitu, sumber alam yang tidak boleh dianggar (distok) dan sumber alam yang kuantitinya serta kewujudannya boleh dianggarkan. Di sini dapat kita lihat, sumber yang boleh diperbaharui sebenarnya bukan tergolong dalam satu ketegori sahaja, malah masih boleh dibahagikan kepada beberapa jenis lagi bagi melihat pecahan sebenar jenis sumber ini. >Sumber alam yang tidak boleh dianggar (distok) merupakan semua jenis bahan yang terdapat di alam ini yang bekalannya sentiasa ada. Penggunaan sumber alam ini tidak memerlukan usaha tertentu untuk mengekalkan bekalannya secara berlanjutan malah jumlahnya juga tidak dapat dianggar secara pasti. Antara contoh sumber seperti ini adalah udara bersih, bahangan matahari dan permandangan yang cantik >Secara umunya, sumber alam ini boleh dibahagikan kepada 3 tahap kewujudannya iaitu:

Sumber Alam Yang Mempunyai Bekalan Jangka Pendek (20 Tahun) . >Bekalan bagi sumber alam seperti ini adalah banyak dan dapat dianggarkan kuantitinya. Tetapi sekiranya tidak dikawal penggunaannya, sumber ini akan musnah dalam tempoh 20 tahun. >Sebagai contoh sumber ini adalah tanah pertanian boleh musnah akibat terdedah dan digondolkan. Sumber perikanan seperti tasik, sungai dan laut boleh musnah disebabkan oleh pencemaran serta sumber alam yang mudah mengalami kemusnahan adalah taman pertanian, paya dan haiwan liar. Sumber alam yang mempunyai bekalan jangka sederhana (20-100 tahun). >Sumber alam pada tahap ini pula mempunyai bekalan yang banyak tetapi mudah musnah akibat pencemaran. Dalam jangka masa 20-100 tahun sekiranya tidak ada pengawalan, sumber ini akan musnah. Sebagai contoh sumber alam ini adalah air bersih, sungai, laut dan air terjun > Dapat kita lihat air merupakan sumber utama kepada manusia dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai penggunaan bahan pada zaman maju kini, pe lbagai bahan telah dicipta dan ini boleh menyebabkan pelbagai pencemaran dari kilangkilang yang mencipta bahan ini seperti pemb uangan sisa toksik dari kilang boleh menyebabkan pencemaran air yang berbahaya serta tumpahan minyak di lautan.

Sumber yang mempunyai bekalan jangka panjang. >Bekalan sumber ini terdapat banyak tetapi kuantiti bagi sumber ini merosot dari semasa kesemasa kerana penggunaannya yang tidak dikawal. Antara sumber tahap ini adalah termasuk hutan, kawasan padang ragut dan padang rumput >Sebagai contoh yang jelas adalah hutan yang terdapat di seluruh dunia. Setiap hutan ini mempunyai fungsinya tersendiri dan membekalkan pelbagai sumbe r alam terutamanya kayu, sumber protein, kawasan tadahan air hujan, alat binaan bangunan dan sebagainya. Oleh itu, bagi mengelakkan bekalan sumber tenaga ini habis, pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kita kehabisan sumber asli ini terutamanya petroleum dan gas asli. >Antara usaha yang dilakukan adalah denga n mengurangkan penggunaan sumber iniden gan menggunakan sumber tenaga lain yang dapat kekal lebih lama. Antaranya adalah dengan menggunakan sumber tenaga dari alam sekitar iaitu air, ombak, suria, udara, pasang surut dan sebagainya. >Hasil dari penggunaan tenaga seperti ini telah dapat mengurangkan penggunaan tenaga asli yang semakin kurang galiannya dari semasa ke semasa. Antara sumber tenaga yang telah digunakan sehingga ke hari ini adalah hidroelektrik yang bersumberkan air, tenaga suria dari cahaya matahari, tenaga geotermal, tenaga angin dari udara dan tenaga ombak. Oleh itu, sebagai bekalan tenaga yang mencukupi pad a masa hadapan.

SOALAN 1 (C) = kepentingan hutan/ kesan penyahutanan/ langkah KESAN PENYAHHUTANAN 1. Habitat dan spesies flora fauna diancam kepupusan dan kemusnahan Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan haram boleh memberi kesan kepada kemusnahan habitat malah spesies flora fauna juga diancam kepupusan. Hutan yang berfungsi sebagai habitat utama kepada haiwan telah mengalami kemusnahan apabila penyahhutanan untuk pelbagai tujuaan dilakukan. Apabila habitat musnah, haiwan akan melakukan penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru dan terpaksa pula menghadapi persaingan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan fauna diancam kepupusan apabila persaingan antara spesies-spesies yang berada di tempat baru akan menyebabkan spesies yang kalah akan musnah dan pupus. Selain itu, penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liar terganggu dan mengalami kepupusan. Sebagai contoh, haiwan liar seperti gajah, badak dan harimau kehilangan kawasan habitat dan sumber-sumber makanan. Fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan. Keadaan ini menyebabkan hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor akan kehilangan sumbersumber makanan. Penebangan hutan yang keterlaluan juga menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau.

2. Menggangu kestabilan ekosistem hutan Penyahhutanan juga akan mengganggu kestabilan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang mana akan menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan. Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang mana akan memusnahkan edaran nutrien. Secara semula jadi, edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan jika ianya tidak diganggu dengan sebarang kemusnahan hutan. Walau bagimanapun, penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkann rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air permukaan yang bertambah dikawasan hutan gondol yang terdedah kepada cuaca dan iklim. Selain itu, ketidakseimbangan ekologi makro dan mikro akan menyebabkan pelbagai kesan terhadap unsur-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir, hidrologi dan sebagainya. 3. Menyebabkan perubahan cuaca dan pemanasan global Selain daripada kemusnahan kepelbagaian biologi, penyahhutanan juga mampu mengubah cuaca dunia. Hutan berupaya menyerap dan menyimpan karbon dioksida disamping membebaskan gas oksigen. Oleh itu, penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Pembakaran hutan telah menyebabkan

imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Keadaan ini menyebabkan berlakunya lebihan karbon dioksida yang sekali gus memberi impak kepada pemanasan global. Kesannya suhu bumi akan meningkat dan menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari dan lebihan gas karbon dioksida di atmosfera akan mengurangkan kadar hujan yang turun sehingga wujudnya fenomena kemarau. Kekurangan sumber air di permukaan bumi akan menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan akan berkurangan sehingga menyebabkan udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Selain itu, hutan yang berfungsi menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi juga akan berkurang kesan daripada penyahhutanan. Keadaan ini akan menggalakkan pula berlakunya fenomena jerebu. Penebangan hutan untuk tujuan pembalakan dan pertanian akan menyebabkan mitigasi banjir secara semula jadi menjadi berkurangan. Permukaan bumi yang gondol dan terdedah akan mempercepatkan proses kejadian banjir kilat. 4. Kemusnahan pencarian sumber makanan dan perlindungan orang asli Penyahhutanan juga memberi impak kepada kaum orang asli yang menjadikan hutan

sebagai tempat berlindung dan sumber makanan mereka. Apabila penebangan hutan dilakukan secara berleluasa kawasan yang menjadi mata pencarian untuk sumber makanan bagi kaum orang asli akan musnah dan keadaan ini akan menyebabkan kaum orang asli tidak dapat mencari bekalan sumber makanan. Penerokaan kawasan hutan untuk pertanian komersial telah menyebabkan aktiviti tradisi penduduk setempat dalam memburu atau menjerat binatang turut diancam. Di Tasik Chini kawasan hutan berdekatan dijadikan tempat kaum orang asli untuk mencari rotan, akar kayu, ubat-ubatan dan haiwan buruan untuk kegunaan sendiri dan pasaran. Selain itu, hutan juga dijadikan tempat untuk mendapatkan jenis-kenis kayu tertentu bagi membina rumah dan menghasilkan kraf tangan seperti bakul, sumpit, sampan dan sebagainya untuk dijual kepada pelancong. Walau bagaimanapun, penerokaan kawasan hutan berdekatan di Tasik Chini, Pahang secara meluas untuk tanaman kelapa sawit dan getah menyebabkan kawasan mencari hasil hutan semakin mengecil dan bahanbahan yang diperlukan sukar diperolehi lagi. Langkah Pengurusan Bagi Mengatasi Aktiviti Penyahhutanan 1. Langkah perundangan Langkah perundangan adalah antara langkah yang penting dalam mengatasi aktiviti penyahhutanan. Terdapat beberapa akta telah dibentuk bagi menjamin kelestarian dalam pembangunan sektor perhutanan di Malaysia. Dasar Perhutanan Negara 1978 merupakan satu akta yang dibentuk untuk

memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusan agar dapat memberi sumbangan kepada sosio ekonomi negara. Aspek penting dalam Dasar Perhutanan Negara 1978 ini ialah penubuhan kawasan hutan simpan kekal di beberapa buah tempat tertentu yang meliputi kedudukan, keluasan dan fungsi kawasan tersebut. Melalui pelaksanaan dasar ini sebanyak 4.8 juta hektar atau tujuh puluh tujuh peratus (77%) dari 6.2 juta hektar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal. Selain itu, dasar ini juga bertujuan memulihkan semula kawasan hutan melalui silvikultur bagi mendapatkan penghasilan maksimum dari kawasan hutan. Dalam melaksanakan langkah yang lebih tegas melalui sistem perundangan ini, pihak kerajaan juga telah meluluskan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985. Melalui akta ini terdapat beberapa larangan telah dikuatkuasakan. Antaranya ialah, larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, menebang, menanda dan menoreh pokok, mengambil dan memindahkan hasil hutan, membersih dan membajak tanah dan sebagainya bagi menjamin kelestarian hutan tersebut. Selain itu, akta ini juga menetapkan undang-undang makhamah dan denda maksima RM50 000 atau dua tahun penjara terhadap sesiapa yang melanggar larangan tersebut. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976 juga telah diperkenalkan bagi memastikan spesies hidupan liar tidak pupus dan menjamin keberterusan terhadap generasi akan datang. Dalam mengatasi masalah kepupusan akibat aktiviti

penyahhutanan, Jabatan PERHILITAN telah diberi kuasa untuk mengawal perburuan melalui sistem perlesenan. Keadaan ini dikuatkuasakan apabila terdapat orang awam yang melakukan perburuan, menyimpan atau memperniagakan hidupan liar yang tidak dibenarkan. Selain itu, kerajaan juga telah mewartakan hutan rezab atau taman negara supaya menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL) dan segala peraturannya di bawah kawalan Jabatan PERHILITAN. Sebagai contoh, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok di Sabah yang telah diwujudkan pada tahun 1964 menjadi tempat perlindungan dan penjagaan spesies ape yang pertama di dunia 2. Langkah bukan perundangan Selain langkah perundangan, langkah bukan perundangan juga merupakan langkah pengurusan yang dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah penyahhutanan yang berleluasa. Antara langkah bukan perundangan yang dapat dilakukan adalah dengan menjalankan usaha penghutanan semula. Kaedah ini bertujuan untuk memastikan pokok hutan yang telah ditebang diganti dengan pokok yang baru, sama ada daripada spesies yang sama atau berlainan. Penghutanan semula ini boleh dilakukan melalui tiga cara, iaitu pemuliharaan semula jadi, pembenihan tiruan dan penanaman anak benih. Sebagai contoh, projek menanam semula hutan pernah dilakukan di Hulu Sedili, Johor yang mana antara pokok utama yang ditanam ialah meranti tembaga, meranti sarang punai, meranti bukit dan kapur.

Penebangan pokok juga haruslah menitikberatkan pengekalan kuantiti dan kualiti sumber. Oleh itu, penebangan haruslah dilakukan mengikut teknik yang betul dengan melakukan penebangan secara terpilih, penebangan sambil melakukan kerja pembersihan bagi memperbaiki ekologi kawasan hutan, penebangan bagi sumber biomas dan penebangan pokok yang menaungi pokok lain. Pendidikan alam sekitar melaui kurikulum juga boleh dilakukan secara formal pada peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah dengan menerapkannya dalam mata pelajaran yang berkaitan seperti Kajian Tempatan, Sains, Geografi dan sebagainya. Selain itu, mengadakan kempen kesedaran melalui media cetak atau media elektronik juga dapat mengurus masalah penyahhutanan. Melalui pendedahan yang dilakukan ini, secara tidak langsung ia dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.

You might also like