You are on page 1of 21

Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College(SITC) Tanjong Malim

Pengenalan Sebelum tertubuhnya Sultan Idris Training College(SITC), pekan Tanjong Malim tiada jauh bezanya dari pekan-pekan lain di Semenanjung Tanah Melayu. Namun, sejak SITC ditubuhkan pada tahun 1922 nama Tanjong Malim mula menjadi harum bukan sahaja di seluruh pelosok tanah air malah sehingga ke Brunei, Singapura dan Indonesia. Nama Sultan Idris yang diabadikan pada nama institusi pendidikan ini adalah sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah iaitu Sultan Perak yang Ke-28 yang memerintah negeri Perak dari 1889 hingga 1916.

Maktab ini telah dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. G. Maxwell Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kumpulan penuntut pertamanya berjumlah 120 orang dengan tenaga pengajar seramai empat orang termasuk O. T. Dussek sebagai pengetuanya yang pertama.

Sebagai maktab yang tertua di Malaysia, SITC telah banyak memainkan peranan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu. SITC merupakan satu-satunya maktab yang dibina oleh kerajaan di zaman sebelum merdeka dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Justeru itu, tidak hairanlah kalau dikatakan SITC telah berjaya dalam melahirkan guru-guru Melayu bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa di seluruh pelosok tanah air. Guru-guru ini juga

bertanggungjawab menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu yang kini sudah dijadikan bahasa kebangsaan.

Di samping melahirkan guru-guru yang terlatih, SITC juga berperanan memperkembangkan bidang penulisan, penterjemahan dan penerbitan melalui Pejabat Karang Mengarang. Penubuhan Pejabat Karang Mengarang telah mewujudkan suatu pembinaan asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang mengarang di kalangan orang-orang Melayu. Ia kemudiannya menjadi landasan kepada kebangkitan, kesedaran atau semangat nasionalisme orang-orang Melayu.

Pejabat Karang Mengarang memainkan peranan yang utama dalam memperjuangkan kedaulatan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang kini telah menjadi bahasa dan sastera kebangsaan. Pejabat Karang Mengarang ini juga telah menerbitkan dan menterjemahkan buku-buku teks dari barat terutamanya yang berbahasa Inggeris untuk menampung keperluan bahan bacaan di sekolah-sekolah Melayu dan juga untuk kegunaan di SITC sendiri. Antara lain, Pejabat Karang Mengarang juga menerbitkan novel, cerpen, puisi dan akhbar berbahasa Melayu. Ini telah membuktikan wujudnya perjuangan bahasa dan kesusasteraan di Semenanjung Tanah Melayu mulai tahun 1922 hingga ke era sebelum merdeka pada tahun 1957.

Sejarah perjuangan dan perkembangan bahasa Melayu di SITC mula timbul apabila R. O. Winstedt iaitu Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat mengesyorkan supaya pelajaran bahasa Melayu diperkembangkan. Winstedt yang mengetahui adat resam Bahasa Melayu juga bertanggungjawab dalam

pelajaran Vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Apabila tertubuhnya SITC, Winstedt berharap ia dapat mengatasi masalah kekurangan guru-guru Melayu dan seterusnya berupaya memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu. Beliau berharap agar diwujudkan suatu latihan perguruan Melayu yang seragam, efisien, dan ekonomikal. Contohnya beliau sendiri telah Ini jelas

mengembangkan bahasa Melayu di atas Garisan Praktik Perindustrian.

membuktikan hasil usaha dan peranan yang dimainkan oleh beliau sehingga tertubuhnya SITC yang telah membawa kepada perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Sebagai pengetua pertama SITC, O. T. Dussek juga turut memperjuangkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beliau pernah mengingatkan pelajarpelajar bahawa bangsa Melayu adalah pelajar sendiri dan pelajar-pelajar ini perlulah memajukan bangsa Melayu dan bahasa Melayu. Ini terbukti melalui ucapan beliau pada tahun 1935 mengenai bahasa Melayu yang berbunyi; Bahasa kamu, saya percaya diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia ini. Jangan lupa hakikat ini. Peliharalah bahasa kamu itu: berusahalah mengajikannya ke taraf yang layak di kalangan bahasa-bahasa di dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah bangsa kamu Dalam bidang penulisan bahasa, Dussek bersama Mohd Hashim bin Hj. Talib telah menerbitkan sebuah buku iaitu Kitab Pelita Mengarang. Penubuhan SITC dan Pejabat Karang Mengarang SITC khususnya telah memainkan peranan penting dalam

arus penerbitan dan penterjemahan buku-buku bahasa dan kesusasteraan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Sejarah Penubuhan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College Sejarah percetakan di Semenanjung Tanah Melayu bermula dengan tertubuhnya sebuah percetakan Melayu pada tahun 1885. Ia dijadikan Pejabat Percetakan Kerajaan dengan pengambilan Sayid Mahmud bin Sayid Abdul Kadir sebagai penterjemah dan penulis bahasa Melayu di Jabatan Pelajaran di Singapura. Usaha ini telah mendapat sokongan R. K. Wilkinson yang pada ketika itu menjawat jawatan nazir sekolahsekolah Negeri Bersekutu pada tahun 1903.

Sebelum

tertubuhnya

Pejabat

Karang

Mengarang

SITC,

kerja-kerja

menterjemah berpusat di Kuala Lumpur di bawah pengawasan Alexander Small yang pada masa itu adalah Pemangku Pelajaran di Jabatan Pelajaran. Pada tahun 1923, Pengarah Pelajaran telah melantik semula Zainal Abidin bin Ahmad(Zaba) sebagai penterjemah. Pada tahun berikutnya iaitu 1924, O. T. Dussek telah memainkan

peranannya agar pejabat terjemahan tersebut dapat dipindahkan ke SITC. Permohonan beliau akhirnya telah diluluskan dan Zaba turut sama berpindah ke SITC. Di SITC, unit ini dipanggil Pejabat Terjemah Menterjemah (Biro Terjemahan). Dengan tenaga penggeraknya yang terdiri daripada Zaba (Zainal Abidin bin Ahmad) dan lain-lain, usaha telah dimulakan bagi menampung kekurangan bahan bacaan untuk kegunaan Maktab dan sekolah-sekolah terutamanya untuk sekolah Melayu. Turut sama

memberikan kerjasama ialah R. O Winstedt yang pada ketika itu ialah Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri -negeri Selat.

Pada awal penubuhannya, Zaba telah diberikan sebuah bilik pejabat dan seorang kerani untuk memudahkan kerjanya dan akhirnya dengan persetujuan O. T. Dussek dan R. O. Winstedt, terbentuklah Pejabat Penterjemahan yang dirancang itu. Pada tahun 1925, setelah sekian lama berada di SITC, dan dengan persetujuan Winstedt, Pejabat Penterjemah tersebut mula dikenali sebagai Pejabat Karang Mengarang SITC. Maka terbentuklah Lembaga Pengarah dan Penyunting Umum.

Winstedt melantik dirinya sendiri sebagai pengarah dan O. T. Dussek sebagai pengarang. Walau bagaimanapun mereka lebih merupakan sebagai penasihat sahaja. Zaba pula dilantik sebagai Ketua Penterjemah Kanan dan Ketua Jabatan. Sebagai pengetua SITC, Dussek juga bertanggungjawab mengurus dan mentadbir biro ini secara am kerana ia adalah sebahagian daripada maktab. Ini bersesuaian sekali dengan

kedudukan maktab sebagai pusat pelajaran Melayu ketika itu.

Dalam usaha untuk mendapatkan tenaga mahir dalam bidang penterjemahan, jabatan ini telah mengadakan program latihan selama dua tahun. Latihan ini di

dikendalikan di bawah arahan Zaba untuk bakal-bakal penterjemah yang akan bertugas di situ. Jumlah pelatih yang diambil cuma seorang dua sahaja setiap tahun. Mereka disyaratkan memiliki kelulusan Darjah Lima Sekolah Melayu dan Sijil Senior Cambridge. Sewaktu mengikuti latihan, mereka mendapat elaun sebanyak $20.00

sebulan. Apabila berjaya dilantik menjadi Penolong Penterjemah, gaji mereka ialah $90.00 sebulan dengan kenaikan minimum tahunan sebanyak $10.00 dan maksimumnya $300.00.

Pada tahun 1930, Pejabat Karang Mengarang telah menambah 3 orang lagi ahli penterjemah pelatih iaitu Yazid Ahmad, Abdul Kudus Muhammad dan Ahmad Murad Nasaruddin. Penterjemah-penterjemah pelatih ini mempunyai School Certificate dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dua orang penulis Melayu yang terdiri dari lepasan SITC sendiri juga telah dilantik. Ini telah menjadikan kakitangan di jabatan ini seramai sembilan orang termasuk Zaba. Jumlah ini kekal sehingga tahun 1939.

Tugas penterjemah ialah membuat terjemahan, suntingan dan melatih penterjemah pelatih. Manakala tugas penulis Melayu pula ialah salin-menyalin dari rumi ke jawi, menyediakan naskhah-naskhah untuk dicetak, membaca pruf dan berlatih menterjemah. Pada September 1931 Zaba berpeluang melawat sebuah penerbitan di Indonesia selama tiga bulan. Semasa berada di sana Zaba telah mengambil

kesempatan berkenalan dengan Haji Abdullah (Bapa Hamka) dan menziarahi rumah sahabatnya, Hassan Bandung. Beliau turut melawat Balai Pustaka seperti yang

dicadangkan oleh O. T. Dussek. Dussek berharap lawatan ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada Zaba kerana beliau sendiri berhasrat untuk memperbesarkan Pejabat Karang Mengarang itu seperti Balai Pustaka di Indonesia.

Sekembalinya dari Indonesia, Zaba mengusulkan satu laporan kepada R. O. Winstedt, yang ketika itu bertugas sebagai Pengarah Pelajaran mengenai rancangan untuk menambahkan bilangan kakitangan yang kecil di Pejabat Karang Mengarang SITC kepada 60 atau 70 orang. Tujuannya adalah untuk memperbesarkan lagi jabatan itu dan juga untuk meningkatkan kegiatannya seperi yang telah dicapai oleh Balai Pustaka di Indonesia. Cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Winstedt, dengan

alasan kerajaan British lebih cekap dan lebih besar daripada kerajaan Belanda serta tidak perlu meniru mereka. Oleh itu Pejabat Karang Mengarang kekal pada kedudukan lamanya.

Pada tahun 1936 O. T. Dussek dibersarakan awal sebelum mencapai umur 55 tahun. Tanpa beliau menerajui Pejabat Karang Mengarang, maka kegiatan pejabat ini pun mulai beransur-ansur malap dan terhenti apabila Perang Dunia Kedua meletus. Selepas peperangan tamat, Pejabat Karang Mengarang berpecah kepada dua. Satu berpusat di Tanjung Malim dan satu lagi di Kuala Lumpur di bawah Jabatan Pelajaran. Akhirnya pada tahun 1957, apabila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan, Pejabat Karang Mengarang ini pun dibubarkan.

Tujuan Penubuhan Pejabat Karang Mengarang SITC Selaku ketua Pejabat Karang Mengarang, O. T. Dussek telah mengatur berbagai rancangan untuk menjayakan tujuan penubuhan pejabat ini. Dua rancangan yang diatur oleh beliau untuk dilaksanakan oleh biro Pejabat Karang Mengarang ini ialah:

1) a. b.

Rancangan jangka pendek Untuk mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu. Mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu amnya.

2) a. b.

Rancangan jangka panjang. Mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar. Mengadakan perpustakaan bergerak di kampung-kampung.

c.

Menjual buku-buku di kampung-kampung.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh biro ini ialah: a. menulis, menterjemah dan menyunting buku-buku pelajaran dan menyelenggarakan percetakannya; b. menulis, menterjemah dan menyunting novel-novel moden dan menyelenggarakan percetakannya; c. menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh Pejabat Kerajaan; dan d. melatih penterjemah-penterjemah pelatih.

Bagi mencapai tujuan di atas, Pejabat Karang Mengarang telah menerbitkan dua buah siri yang dinamakan The Malay School Series dan The Malay Home Library Series. Buku-buku ini diterbitkan untuk digunakan sebagai buku pelajaran di sekolahsekolah rendah Melayu, dan sebagai bahan kesusasteraan ringan untuk bacaan umum. Penubuhan pejabat ini telah membawa kepada perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu walaupun ia hanya terbatas kepada pelajarpelajar sekolah Melayu sahaja pada awalnya.

Hasil-hasil karya dan penerbitan pejabat Karang Mengarang SITC Pejabat Karang Mengarang SITC tidak berkembang seperti yang dicita-citakan oleh Zaba kerana sikap kerajaan Inggeris yang tidak begitu mengendahkannya. Hasilhasil karya dan penerbitannya hanya terbatas kepada pelajar-pelajar sekolah Melayu sahaja. Walau bagaimanapun, Pejabat Karang Mengarang telah memainkan

peranannya dalam perkembangan bahasa dan sastera melalui buku-buku keluaran dan penerbitan pejabat ini.

Dalam masa lima tahun pertamanya, segala pengurusan pejabat ini bergantung kepada usaha dan kreativiti Zaba serta sebilangan kecil kakitangannya. Sungguhpun kerja-kerja yang dilakukan berat, mereka berjaya menerbitkan buku-buku dalam Siri Buku Teks The Malay School Series. Pada 1929 Zaba pula ditugaskan untuk

mengelolakan penerbitan buku dalam Siri Perpustakaan Umum atau The Malay Home Library Series. Selain itu pejabat ini juga menterjemahkan dokumen-dokumen penting serta menyediakan bil dan enakmen untuk pelbagai jabatan kerajaan. Diantara tahun 1924 hingga1957, pejabat ini telah berjaya menerbitkan sebanyak 85 buah buku yang terbahagi kepada empat bahagian dalam The Malay School Series. Antaranya ialah: a) b) Books; c)
d)

mengeluarkan buku-buku bacaan sekolah atau school readers; mengeluarkan buku-buku teks mata pelajaran sekolah atau School Text

mengeluarkan buku-buku teks pekerjaan tangan; dan mengeluarkan buku-buku panduan antara tahun 1924 hingga 1936

seperti ilmu Brownies, ilmu pengakap dan ilmu Girl Guide.

Sehingga tahun 1937 sebanyak 40 karya standard telah diterbitkan. Sebanyak 64 buah buku karya terjemahan untuk umum dan untuk kanak-kanak telah diterbitkan melalui The Malay Home Library Series (1929 - 1957). Dari jumlah tersebut 34 daripadanya diterbitkan pada tahun 1936 dan kebanyakan karya-karya dari Barat yang

10

diterjemahkan adalah cerita-cerita yang mudah difahami oleh masyarakat kampung dan kanak-kanak. Selain itu, pejabat ini juga menerbitkan karya asli daripada peraduan karang-mengarang anjuran Pejabat Pelajaran, antara buku-bukunya ialah Cincin Rahsia, Hidup Berjuang, Cerita Rekaan dan Pahlawan Berkaki Kayu.

Terdapat 10 buah buku untuk bahagian bacaan sekolah yang diterbitkan sehingga tahun 1936. Buku-buku ini digunakan untuk darjah 1, 2, 3, 4 dan 5. Antara judul buku yang diterbitkan ialah Jolong Bacaan, Pengimbau Akal, Baja Akal, Tangga Pengetahuan, Pelampas Akal, Chanai Bachaan, Pelbagai Chetera Melayu dan Exercises in Malay Manuscript Reading. Pejabat ini juga telah menerbitkan dan mencetak buku hasil penulisan Ibrahim bin Dato Muda iaitu Kitab Kumpulan Nama.

Buku-buku teks yang diterbitkan, dikelaskan kepada beberapa kelas mengikut mata pelajaran. Antaranya ialah buku teks sekolah untuk karang mengarang, nahu Melayu dan ejaan seperti Pelita Mengarang dan Ilmu Mengarang Melayu karangan Zaba.. Judul-judul lain ialah seperti Pelita Bahasa Melayu, Daftar Ejaan Melayu dan Pedoman Guru I dan II. Buku-buku teks Sejarah seperti Sejarah Alam Melayu I hingga V pula diterbitkan dari tahun 1924 hingga 1936. Buku-buku Ilmu Hisab seperti Kitab Hisab I hingga IV, Ilmu Geometri, Hujongan Kitab Hisab II dan Kira-kira Chongak juga diterbitkan. Judul buku-buku teks untuk Ilmu Alam pula adalah seperti Ilmu Alam Melayu, Ilmu Alam Asia, Ilmu Alam Jajahan British, Ilmu Alam Eropah, Ilmu Alam Amerika, Ilmu Alam Afrika, Ilmu Bumi dan Ilmu Alam Tanah Melayu. Kesemua buku bacaan sekolah dan buku teks mata pelajaran sekolah ini diterbitkan dalam siri The Malay School Series. Di samping itu Pejabat Karang Mengarang juga menerbitkan

11

buku teks Kesihatan dan Latihan Tubuh.

Antara buku-buku tersebut ialah Ilmu

Kesihatan I dan II, Kitab Latehan Tuboh I dan II. Tidak ketinggalan juga buku-buku pekerjaan tangan seperti Rajah-rajah Anyaman dan Kitab Sirat Menyirat. Walau bagaimanapun di sebalik kejayaan tersebut terdapat juga buku-buku dalam The Malay School Series yang tidak dapat diterbitkan. Antaranya ialah Ilmu Tanam Menanam, Ilmu Berchuchok Tanam dan Nahu Melayu.

Buku-buku The Malay Home Library Series pula terdiri dari dua kumpulan iaitu buku cerita terjemahan umum dan buku cerita kanak-kanak. Kebanyakan buku cerita terjemahan umum ini adalah berkaitan dengan pengembaraan (adventure stories). Antara buku-buku tersebut ialah Melawat ke Eropah Tengah (catatan tentang pengembaraan di Eropah Tengah oleh O. T. Dussek), Lima Orang Pengembara, Mengelilingi Dunia 80 Hari terjemahan dari Round The World In 80 Days oleh Jules Vernes, Pelayaran Gulivar terjemahan dari Gulivers Travels, Pulau Emas terjemahan dari buku Treasure Island oleh R. I. Stevenson, Cerita Duka Shakespeare, Cerita-cerita Sherlock Holmes yang diterjemah dari buku The Return of Shelock Holmes, Gua Intan Raja Sulaiman terjemahan buku saduran Kings Solomons Mine dan lain-lain lagi. Buku-buku ini berunsurkan sastera ringan dan sesuai untuk bacaan ringan orang-orang Melayu dewasa dan kanak -kanak sekolah Melayu.

Sebahagian daripada buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam siri ini ialah The Arabian Night, cerita-cerita dongeng Grimm dan Anderson, Hikayat Taman Ajaib, Hikayat Taman Peri iaitu pilihan dari cerita dongeng Eropah, Chendera Lela merupakan saduran dari buku Cinderella (bergambar), Aladin Dengan Lampu Ajaib terjemahan

12

dari buku Aladin and the Wonderful Lamp, Ali Baba dan lain-lain lagi. Buku-buku ini diterjemahkan oleh Kudus Muhammad, A. Rahman Yusuf, Said Hj. Hassan dan Ahmad Murad dan berharga diantara 10 hingga 30 sen. Hasil cetakannya baik dan terdapat unsur-unsur sastera walaupun tidak begitu tinggi tetapi pengaruhnya sangat luas dan ada yang dijadikan sebagai buku bacaan tambahan di sekolah-sekolah pada masa itu.

Pejabat Karang Mengarang juga menterjemahkan buku-buku mengenai muzik dan lakonan dari tahun 1924 hingga 1936. Antara buku-buku tersebut ialah Topeng Hitam, Macbeth, Julies Ceasar dan lain-lain lagi. Buku-buku ini telah memperkenalkan hasil kesusasteraan Inggeris dan penulisan Shakespear kepada orang Melayu. Kebanyakan harga buku-buku ini ialah diantara 10 sen hingga 15 sen.

Selain daripada menerbitkan dan menterjemah buku-buku, Pejabat Karang Mengarang juga menterjemah risalah-risalah Inggeris ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1930 untuk Jawatankuasa Pendidikan Kesihatan Awam, Infanteri Sukarela Melayu, Persatuan Pengakap Kanak-kanak, Jabatan Syarikat Kerjasama, Jabatan Pos dan Taligraf. Pada tahun 1936, biro ini telah menterjemahkan lebih 70 dokumen yang kebanyakan Rang Undang-undang dan Tambahan Undang-undang untuk kerajaan Perak dan 675 halaman untuk Pejabat Setiausaha Persekutuan. Pada tahun 1937 pula pejabat ini menterjemahkan 87 Rang Undang-undang setebal 785 muka bersaiz kertas A4 (kertas kajang). Kerja-kerja penterjemahan ini merupakan salah satu daripada punca terbantutnya penerbitan buku-buku oleh Pejabat karang Mengarang.

Jika dilihat dari sudut kuantiti, buku-buku terbitan The Malay School Series ini

13

adalah mencukupi berbanding bilangan sekolah yang ada pada masa itu. Ini merupakan suatu kejayaan yang memuaskan bagi Pejabat Karang Mengarang. Walau

bagaimanapun pengeluaran buku-buku untuk kelas menengah atau tahap yang lebih tinggi amat mendukacitakan.

Penerimaan masyarakat di Tanah Melayu terhadap buku hasil terjemahan biro ini tidak begitu menggalakkan jika dibandingkan dengan hasil terjemahan oleh Balai Pustaka di Indonesia. Secara keseluruhannya kebanyakan buku yang diterbitkan oleh Balai Pustaka digemari oleh pembaca-pembaca di Tanah Melayu.

Namun demikian, kegiatan pejabat ini telah menimbulkan minat guru-guru dan pelajar-pelajar di SITC menceburkan diri dalam lapangan penulisan. Antara penulispenulis yang terkenal sejak sebelum Perang Dunia Kedua ialah Pungguk (Muhammad Yasin bin Maamur), Harun Aminurrasyid (Harun bin Muhammad Amin), Ahmad Bakhtiar (Ahmad bin Abdullah), Yusuf bin Arshad dan Abdullah bin Sidek.

Tokoh Penulis Pejabat Karang Mengarang dan Zaba. Penubuhan Pejabat Karang Mengarang pada tahun 1924 telah memberi kesan dan ilham kepada masyarakat Melayu. Ia telah membantu memperkembangkan bahasa, persuratan dan kesusasteraan Melayu serta melahirkan ramai tokoh-tokoh penulis Melayu. Diantara tokoh-tokoh penulis yang berjaya mengukir nama melalui Pejabat Karang Mengarang ialah Harun Aminurrashid, Buyung Adil, Pungguk dan Teruna Jaya.

Tokoh paling terkenal Pejabat Karang Mengarang ialah Zaba atau nama

14

sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad yang dilahirkan pada 1895 di Batu Kikir, Jempul, Negeri Sembilan. Zaba ditukarkan ke SITC, Tanjong Malim pada 1 April 1924 dan ditugaskan sebagai Ketua Penterjemahan di Pejabat Karang Mengarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk mengasaskan Pejabat Penterjemahan yang dijangka akan dapat menterjemahkan dokumen-dokumen penting kerajaan dan juga menyediakan buku-buku teks bagi kegunaan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Pada November 1924, Zaba dilantik menjadi Pengerusi Majlis Bahas SITC dan melatih pelajar-pelajar berbahas dan bersyarah serta menganjurkan majlis perbahasan dan syarahan pada tiap-tiap malam Khamis di maktab itu.

Bermula pada tahun 1929 Zaba ditugaskan pula untuk mengetuai Bahagian Pelajaran Bahasa Melayu SITC. Diantara tugasnya ialah menyediakan kurikulum dan mengajar pelajar-pelajar tahun satu hingga tahun tiga. Pada tahun yang sama juga, Zaba memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC. Selain terlibat di dalam pelbagai kegiatan, beliau juga banyak membaca majalah dan buku dari dalam dan luar negeri. Malahan beliau juga mempunyai Encyclopeadia of Islam pada tahun 1927. Ini jelas menunjukkan beliau telah cenderung kepada

persoalan Islam walaupun persoalan bahasa telah mula mendapat perhatian istimewa. Pada peringkat inilah juga Zaba menjadi bertambah serius dalam kegiatan penulisannya.

Zaba banyak menulis tentang bahasa dimana beliau lebih cenderung

15

menumpukan masanya dalam menghasilkan buku-buku dan juga rencana berbentuk ilmu bahasa di samping isu-isu lain seperti semangat nasionalisme, politik dan sastera. Zaba banyak menulis rencana dan juga banyak menterjemah buku-buku cerita dari barat. Kebanyakan rencana Zaba disiarkan dalam Majalah Guru, Al-Ikhwan dan Dalam bidang pelajaran pula beliau menulis mengenai kaedah

Semangat Islam.

pengajaran atau nasihat umum, kesihatan, agama, sejarah dan juga tentang kepercayaan orang Melayu.

Diantara buku yang ditulis oleh Zaba ialah buku Pelita Bahasa 1 dan 11 pada tahun 1934-1936 yang mengandungi kaedah-kaedah ejaan Melayu dan pada tahun 1940 beliau menerbitkan pula buku Ilmu Mengarang Melayu. Buku-buku ini ditulis

berlandaskan buku-buku Inggeris dan Arab dan juga dari buku-buku lain seperti Penutur Bahasa Melayu oleh Dato Abdullah Dato Abdul Rahman dan buku Pemimpin Johor oleh Mohd Ibrahim Munsyi. Selain menulis Zaba juga telah menterjemahkan beberapa buah judul buku dari Barat dan salah satu daripadanya ialah Cherita-cherita Suka dan Duka Shakespeare.

Walaupun banyak menulis, penulisan Zaba sentiasa di awasi oleh kerajaan British. Ini ialah kerana kerajaan British takut Zaba menerapkan semangat anti Abdul Majid Zainuddin yang suatu ketika dahulu

penjajah melalui penulisannya.

seorang sahabat karibnya pernah diambil oleh British untuk menjadi pengintip kepada kegiatan Zaba.

Antara tahun 1936 hingga tahun 1939, Zaba tidak lagi melibatkan diri secara

16

aktif dalam kegiatan penulisan. Kerana ingin berehat sementara bagi menenangkan keadaan pada masa itu. Sungguhpun begitu, beliau masih dianggap berkhidmat dalam lapangan penulisan secara tidak langsung. Ini berlaku apabila beliau bersetuju menjadi penasihat umum kepada Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) pada tahun 1937. Keadaan ini berterusan hingga September 1939, apabila Zaba dipinjamkan ke Jabatan Penerangan di Singapura untuk menyediakan berita dan menyelenggarakan buku-buku pelajaran mengenai pendidikan Melayu sehinggalah Singapura dijajah oleh Jepun.

Kesan Penubuhan Pejabat Karang Mengarang Pelbagai kesan yang dicapai akibat penubuhan Pejabat Karang Mengarang SITC. Antaranya ialah masalah kekurangan buku dengan pesat dapat diatasi

terutamanya tentang buku-buku teks bacaan umum dan buku-buku mata pelajaran sekolah. Malahan penubuhan Pejabat Karang Mengarang juga sebagai perintis

melahirkan penulis-penulis Melayu seperti Buyung Adil, Shaharom Hussain, Awang Had Salleh, Abdul Hadi dan lain-lain lagi sebagai perintis jalan bagi dunia buku Melayu. Hasil -hasil karya dan penerbitan Pejabat Karang Mengarang melalui The Malay School Series seperti Pelbagai Chetera Melayu I dan II, Melihat Dunia, Panduan Akal dan Cherita Lakunan I hingga V menjadi bahan bacaan utama di sekolah-sekolah pada masa itu. Buku-buku seperti Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu I dan II serta Ilmu Karang Mengarang yang di tulis oleh Zaba banyak digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar darjah IV dan V. Buku-buku ini yang mempersoalkan tentang petua mengarang dan nahu bahasa Melayu banyak membantu guru dalam pengajaran mereka di sekolah-sekolah. Sehingga kini buku-buku berkenaan

17

masih lagi dijadikan bahan rujukan asas bagi nahu bahasa Melayu moden. Secara keseluruhannya usaha-usaha yang dijalankan telah dapat mengatasi masalah kekurangan buku-buku teks sekolah terutama di sekolah-sekolah rendah.

Pejabat Karang Mengarang telah berjaya menambah jumlah bilangan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu melalui penerbitan buku yang terkandung dalam The Malay Home Library Series. Buku-buku cerita kanak-kanak seperti Chendera Lela, Cherita Aladin Dengan Lampu Ajaib dan Ali Baba Dengan Empat Puloh Orang Penyamun telah mendedahkan masyarakat Melayu kepada cerita kanak-kanak Inggeris. Buku-buku Macbeth dan Julius Caesar pula memperkenalkan hasil kesusasteraan Inggeris dan penulisan Shakespear kepada orang Melayu.

Buku-buku seperti Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar dan Pedoman Guru I dan II banyak digunakan oleh guru-guru sebagai panduan dalam pengajaran mereka di sekolah-sekolah sehingga tahun 1957. Hasil penerbitan pejabat ini telah melahirkan kesedaran minat membaca dan menjadi bahan koleksi bagi para pembaca yang celik huruf di seluruh pelosok tanah air.

Penerbitan buku-buku untuk bacaan umum seperti cerita mata-mata gelap dan pengembaraan, sedikit sebanyak telah berjaya memperkenalkan karya popular dari barat kepada masyarakat Melayu. Ini telah memberi kesedaran dan daya inspirasi di

kalangan masyarakat Melayu tentang hasil kesusasteraan dunia walaupun sedikit unsurunsur sastera itu. Hal yang sedemikian telah membezakan dengan hikayat-hikayat lama yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

18

Buku-buku yang diterbitkan oleh pejabat karang mengarang telah memberi kesan kepada pembinaan asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang mengarang di kalangan orang-orang Melayu. Buku-buku ini juga digunakan di sekolah-sekolah di seluruh tanah air dan oleh guru-guru lepasan SITC yang mengajar di seluruh tanah air. Pendidikan asas ini merupakan landasan kepada kebangkitan kesedaran bangsa Melayu terhadap nasib mereka sebagai bangsa terjajah. Lebih-lebih lagi kelahiran penulispenulis Melayu di SITC telah membawa kepada semangat kesedaran di kalangan orangorang Melayu. Semangat kesedaran ini wujud melalui hasil-hasil karya penulis-penulis seperti Ibrahim Haji Yaacob yang menyebabkan sehingga tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda dan seterusnya membawa kepada gerakan anti penjajah dan tuntutan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada bulan Ogos 1957.

Ditinjau dari sudut kesusasteraan, nilai buku -buku ini tidak begitu tinggi mutunya jika dibandingkan dengan buku-buku selepas merdeka. Walau bagaimanapun bahasa terjemahannya baik serta mudah difahami. Tema yang dibawa juga agak

berlainan daripada sebelumnya. Misalnya cerita-cerita pengembaraan yang menarik seperti Pulau Emas, Sherlock Holmes, dan Robinson Crusoe. Walau bagaimanapun sesetengah daripada pengarang terutamanya guru-guru lepasan SITC belajar mengarang dengan membaca karya terjemahan terbitan biro ini.

Di samping itu pejabat ini juga dianggap sebagai pembina asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang mengarang di kalangan orang-orang Melayu. Walaupun kejayaannya tidak setanding dengan Balai Pustaka di Indonesia, tetapi usaha-

19

usaha dan peranan yang dimainkan dalam menerbitkan buku-buku untuk kegunaan sekolah dan pembaca umum boleh dibanggakan. Sebahagian daripada buku-buku

sekolah hasil penerbitan pejabat ini masih dipakai dalam tahun 1960-an dan secara tidak langsung menjadi perintis ke arah perkembangan kesusasteraan dan terjemahan yang lebih luas lagi.

Kesimpulan Pada awal penubuhannya Pejabat Karang Mengarang kurang mendapat perhatian dari kerajaan. Walau bagaimanapun setelah beberapa lama peranan Pejabat Karang Mengarang di alam persekolahan, kesusasteraan dan perkembangan bahasa Melayu semakin jelas dan menampakkan hasil. Pejabat Karang Mengarang telah maju dan mencapai kejayaan menerbitkan buku-buku sekolah untuk keperluan pada masa itu. Ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang wujud berkaitan dengan kekurangan bahan bacaan di sekolah-sekolah Melayu sejak dari 1890 lagi. Ia telah menjadi badan yang penting dalam aspek persekolahan Melayu sehingga kerajaan mengakui semua keluaran buku Pejabat Karang Mengarang adalah hak kerajaan. Pejabat Karang

Mengarang merupakan satu-satunya badan kepunyaan kerajaan yang berjaya mengisi keperluan buku-buku di sekolah-sekolah Melayu, khususnya buku-buku teks untuk keperluan sekolah-sekolah dan amnya buku-buku bacaan.

Kegiatan Pejabat Karang Mengarang begitu berpengaruh dan berkekalan sehingga kini apabila kegiatan penterjemahan hasil-hasil kesusasteraan asing ke dalam bahasa Melayu semakin banyak dijalankan. Kegiatan menganjurkan peraduan

mengarang karya-karya kesusasteraan seperti cerpen, novel, puisi dan drama juga

20

diteruskan oleh institusi kesusasteraan di bawah pengawasan kerajaan, institusi swasta dan orang perseorangan.

Secara kesimpulannya dapat dikatakan buku-buku yang diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang SITC seperti The Malay School Series dan The Malay Home Library Series, banyak dipengaruhi oleh guru-guru Melayu, terutamanya guru-guru keluaran SITC sebelum Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada golongan ini memainkan peranan penting dalam perkembangan persuratan Melayu sebelum perang dan dalam lapangan pendidikan persekolahan Melayu pertengahan abad kedua puluh. Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa sumbangan Pejabat Karang Mengarang SITC terhadap perkembangan bahasa Melayu amat besar dan sedikit sebanyak mencelikkan masyarakat Melayu kepada kesusasteraan. Pentingnya usaha-usaha yang dijalankan oleh Pejabat Karang Mengarang dapat dilihat apabila kerajaan telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka apabila Pejabat Karang Mengarang dibubarkan. Sesungguhnya kini peranan yang dahulunya dimainkan oleh Pejabat

Karang Mengarang dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

RUJUKAN Abdullah Sanusi bin Ahmad (1966). Peranan Pejabat Karang Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Adnan Haji Nawang (1994) Zaba Patriot dan pendeta Melayu. Kuala Lumpur. Yayasan Penataran Ilmu. Ahmad Adam (1994) Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Amirolmokmenin b. Md. Taib. (1996?) Sejarah IPSI, Perpustakaan Zaba. Tanjong Malim. Institut Perguruan Sultan Idris. Awang Had Salleh (1980). Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman

21

British. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamedi Mohd Adnan (1994). Bahasa Melayu STPM (Kertas 1). Kuala Lumpur. Nurin Enterprise. Mohd Shafie bin Syed Mansur (1979) Ulu Bernam dan Tanjung Malim, Sejarah Awal sehingga 1940. Tesis B. A. U. Malaya. Kuala Lumpur. Ms. 91-94. Nurazmi Kuntum (1990) Strategi Menjawab Sastera Sebelum dan Sesudah 1800. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1984) Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Siri Kursus Bahasa Fajar Bakti. Petaling Jaya. Fajar Bakti. Shaharom Husain. Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi. (1996). Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like