You are on page 1of 9

PAM PEMANCIT SEDERET (INLINE PUMPS)

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL DIESEL

Jaga kulit dengan menggunakan krim pelembab prophylactic

Sediakan bekas bernombor untuk memudahkan kerja

Gunakan udara tekanan tinggi untuk membersihkan peralatan.

Pasang alat semasa masih basah

Jaga alat dengan cermat

Patuhi peraturan yang telah ditetapkan

Pastikan makmal bersuhu tetap dan tidak berhabuk.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

PENGENALAN PAM PEMANCIT DIESEL Sistem pam bahanapi diesel adalah mekanikal sepenuhnya sehinggalah lewat tahun 1980an. Apabila pengeluar kereta mula menggunakan teknologi komputer untuk meningkatkan ketepatan dan kejituan kawalan terhadap penghantaran bahanapi dan penimbang masa. Sistem mekanikal masih digunakan pada kebanyakan enjin diesel pertanian,pembangunan dan kegunaan marin. Perkara yang perlu ada pada pam bahanapi : a) Tekanan Mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 5000 psi untuk memaksa bahanapi menembusi kepadatan udara yang termampat di dalam silinder. b) Pengukuran bahanapi Jumlah bahanapi yang dihantar ke pemancit hendaklah tepat pada setiap masa untuk mengekalkan kestabilan enjin. c) Pemasaan Bahanapi mestilah dipancitkan pada masa yang tepat. Jika tidak ia akan mengurangkan kuasa enjin.

Terdapat dua jenis pam bahanapi diesel iaitu pam sebaris dan pam pengagih. Yang akan dibincangkan disini adalah pam sederet.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

LANGKAH KERJA PAM PEMANCIT BAHANAPI SEDERET

Pam pemancit jenis sederet ini merangkumi sebaris pelocok persendirian. Iaitu satu pelocok untuk setiap silinder, yang dikuasakan oleh sebuah aci sesondol dalaman. Tiub bertekanan tinggi menyambungkan setiap pelocok ke pemancit. Pegas balikan pelocok berfungsi seperti injap pop-offdan terbuka secara sendiri apabila tekanan tertentu dicapai. Pam pemancit bahanapi jenis ini banyak digunakan pada enjin marin. ia adalah sebuah peralatan yang ringkas dan mudah diselenggara. Namun tidak banyak digunakan kerana masalah jerk pump yang sering dihidapi oleh pam jenis ini.

Sistem pam pemancit sederet yang digunakan pada enjin marin Lehman enam silinder.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Pam pemancit sederet bosch series PE pump yang digunakan pada enjin marin Chrysler enam silinder.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Bahanapi masuk melalui intake port pada sebelah kanan pam iaitu melalui injap penghantar (delivery valve). Potongan/lurah heliks pada luaran pelocok berfungsi sebagai penghantar bahanapi semasa pelocok berada pada KBS. Bahanapi masuk pada lurah heliks tersebut lalu memenuhi ruang yang ada pada atas kepala pelocok. Bahanapi juga masuk ke bawah kepala pelocok melalui lurah heliks tersebut. Apabila ia bergerak ke atas (oleh aci sesondol) ia akan menutup liang masukan bahanapi lalu memampatkan bahanapi tersebut.tekanan akan mengakibatkan bahanapi itu mengangkat pegas injap dan injap akan terbuka. Bahanapi akan ditolak kearah pemancit(injector) melaui saluran tekanan tinggi. Dan apabila pelocok bergerak keatas semula, heliks pada pelocok itu akan membuka liang masukan bahanapi menyebabkan tekanan menjadi rendah. Membuatkan injap penghantar tertutup kerana tekanan pegas injap lebih tinggi daripada tekanan bahanapi menyebabkan penghantaran bahanapi berakhir.

Pelocok lurah heliks.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

RAWATAN PAM PEMANCIT 1) Melaras kepala pelocok

a) Dengan menggunakan petunjuk dial, tanggalkan injap hantaran dan pegasnya. Gantikan injap dengan rod brass yang sama saiz. Gabungkan rod bersama penunjuk dial dan pastikan kedudukan tegak 90 darjah. Pusing sesondol sehingga pam no.1 pada kedudukan KBS dan laraskan penunjuk dial kepada kosong. Angkat tepet setinggi mungkin dan perhatikan penunjuk dial mestilah di antara 2-20 thau.

Pemasangan penunjuk dial untuk mengukur kelegaan kepala pelocok.

b) Menggunakan sesondol KBS. Tidak perlu menanggalkan injap penghantar dan pegas. Laraskan tepet sehinga pelocok menyentuh injap penghantar. Turunkan pelocok sebanyak pusingan.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

2) Pemfasaan tangan. Tanggalkan injap penghantar, kemudian laraskan rod kawalan pada kedudukan maksima. Sambungkan bahanapi pada pam dan buangkan udara. Pasang pemutar tangan dan piring bertanda kepada pengganding pam dan laraskan jarum penunjuk.

Pemasangan dial penunjuk untuk mengukur anjakan rak kawalan bahanapi. Tentukan arah pusingan aci pam dan laraskan jarum penunjuk. Laraskan pam no.1 ke KBS pusing pengganding hinnga penamatan limpahan panjang dengan menggunakan paip leher angsa. Pasang semua injap dan pegasnya dan lakukan semula untuk pam no.2 dan seterusnya mengikut aturan pembakaran.

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Sumber rujukan :

1. Troubleshooting and repair diesel engine by paul Dempsey

2. Teknologi automotif 3 module of polytechnic

Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

You might also like